Friday, January 13, 2006

PERKEMBANGAN KESIHATAN
AFIF SYAIKHANI
Part two : 12 tgh .

Doktor telah buat pengesahan bahawa Afif Syaikhani mengalami jangkitan kuman di paru - parunya . Ini bermakna Syaikhani terpaksa ditahan wad selama 5 hari lagi bagi memboleh doktor membekalkan antibiotik 2 kali sehari kepadanya. Sabarlah sayang ! semoga cepat sembuh.

Saya ucap terima kasih atas kesudian sahabat menziarahi kami di HTAA dan juga terima kasih kepada semua sahabat yang turut mendoakan kesihatan Syaikhani . Saya bangga mempunyai sahabat seperti kalian termasuklah mereka yang turut bertanya khabar dari kejauhan , terutama Tuan Hj. Mahfooz Omar . Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua tatkala mengharungi ibtila' dalam hidup ini .

Apa yang sewajibnya saya belajar dari pengalaman begini ialah bagaimana الصبر و المصابرة dipraktik dalam kehidupan seorang pejuang . Sementara suatu yang tiada tara pentingnya dalam saat yang seperti ini ialah Al Ukhuwwah fillah .

Segala kesempitan dan kesukaran , samada yang melibatkan material mahupun perasaan , tatkala menyaksikan nilai ukhuwwah wujud dalam persahabatan malah perjuangan ini , segalanya menjadi ringan .

Part one : 1.00 am

Sehingga saat ini , Afif Syaikhani masih demam malah badannya kian panas sehingga terpaksa memasukkan ubat melalui punggungnya.
Umminya keseorangan menjaga Syaikhani di Wad 6 C HTAA ( kanak - kanak ) . Saya baru sahaja sampai ke rumah dari hospital sebentar tadi . Saya terpaksa balik sebab masih ada 5 orang dirumah yang perlu diurus untuk ke sekolah awal pagi esok .
Buat ummi , sabarlah menghadapi ujian ini . Cuba saksikan pada katil sekeliling di wad 6 itu , bukankah anak kita jauh lebih ringan deritanya daripada mereka yang lain .
Syukurlah kepada Allah swt atas segalanya .

5 comments:

  1. Anonymous9:50 AM

    semoga adik afif akan cepat sembuh. amin.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:26 AM

    Semoga permata hati ustaz kebah. Moga dengan lebih sihatnya adik afif memudahkan lagi perjalanan dakwah ustaz. Takbir!

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Semoga Ust dan Keluarga diberi kekuatan dan adik afif juga di beri kesihatan yg lebih baik Insya Allah

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:54 PM

    Moga ustaz dan seluruh ahli keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini. Disebalik musibah ada kenikmatan menunggu. Bersabarlah. Perjuangan harus diteruskan

    ReplyDelete
  5. Tidak ada yang lebih hebat bagi seseorang yang ditimpa musibah melainkan dia berkata, "Aku redha dengan musibah ini."

    didoakan juga semoga adik syaikhani cepat sembuh.

    ReplyDelete