" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, November 01, 2007

FORUM RAKYAT .

Jenayah dan Rasuah :
Malaysia di ambang bahaya .

Tarikh : 4 November 2007
Masa : 2.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : KL International Hotel . Kampung Baru KL .

Hadhirlah beramai - ramai . ( Pendaftaran Percuma )
Untuk daftar penyertaan terus , sila taip :
DPNAMA dan hantar kepada 32244

JENAYAH DAN RASUAH :
MALAYSIA DIAMBANG BAHAYA !

Gejala rasuah dan jenayah adalah penyakit ummat di mana – mana negara . Kejatuhan bangsa dan negara adalah berpunca dari kegagalan manusia mengurus penyakit rasuah dan jenayah .

Sejarah membuktikan tamadun manusia hancur dan musnah disebabkan berlakunya penyelewengan kuasa ( rasuah ) dan peningkatan jenayah . Empayar Rom dan Parsi suatu ketika dahulu , begitu hebat dan gagah musnah akibat berlakunya rasuah dan jenayah .

Umum mengetahui rasuah adalah jenayah korporat paling bahaya . Indeks rasuah di negara – negara seluruh dunia menunjukkan fenomena dan amalan rasuah Malaysia setaraf dengan negara – negara mundur , menjatuhkan maruah negara dan bangsa Malaysia .

Dalam masa yang sama , negara juga berdepan dengan situasi jenayah yang kian hari kian membimbangkan . Aktiviti penyalahgunaan dadah , along , penculikan , gengsterisme , kongsi gelap , pelacuran , rempit serta perniagaan barang – barang terlarang terlah menjadi suatu yang semakin menghimpit keamanan negara .

Kini rakyat Malaysia diambang bahaya . Tubuh manusia sudah menjadi barang yang tidak berharga . Kita sudah mangli mendengar berita penculikan , rogol , bunuh , rompak , samun , peras ugut , pukul , yang berlaku setiap saat .

Remaja seawal usia 12 tahun pun sudah tahu dan mampu melakukan jenayah seksual . Rakyat Malaysia seakan trauma melihat episod kejadian culik , rogol dan bunuh seperti yang berlaku ke atas kanak – kanak malang sedikit masa dahulu yang menggemparkan negara .

Apakah ini kesudahan sebuah mimpi ngeri rakyat Malaysia ? Apakah jaminan tidak ada lagi isu dan kes seumpama ini di masa akan datang ?

Isu jenayah dan rasuah dalam negara tidak boleh dipisahkan . Untuk melahirkan negara yang bebas dari jenayah , sistem penguatkuasaan dan penghukuman mestilah berkesan dan bebas .

Negara dikejutkan dengan pendedahan media bahawa ada penguasa yang dirasuah dan disuap supaya mendiamkan diri dan memejamkan mata terhadap jenayah malah ada pula dikatakan membebaskan kepala kumpulan samseng dalam negara untuk balasan tertentu .

Rasuah mega melibatkan jutaan ringgit dilakukan oleh pembesar negara hanya tinggal dalam fail pendakwaan . Bahkan rakyat menjadi keliru bila ketua agensi yang menangani rasuah ( BPR ) dan jenayah ( PDRM ) sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah .

Dimanakah rakyat hendak berlindung andai badan dan agensi yang bertugas melindungi rakyat tidak bebas dari najis rasuah ? Apakah rakyat Malaysia akan terus hidup dalam ketakutan dan kebimbangan ?

Di atas kebimbangan ini , saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan , kesejahteraan dan kebebasan untuk bersama hadir ke program:

Forum Rakyat yang bertajuk :

Jenayah dan Rasuah :
Malaysia di ambang bahaya .

Tarikh : 4 November 2007
Masa : 2.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : KL International Hotel . Kampung Baru KL .

Forum ini akan membariskan panelis :

Yb. Dato' Seri Nazri Aziz
( Menteri di Jabatan Perdana Menteri )
Yb. Dato' Paduka Husam Musa
( Exco Kerajaan Negeri Kelantan )
Sdr. Ezam Mohd Nor ( Pengerusi Gerak )
Prof. Agus Yusof ( Mederator

Program ini diadakan bertujuan untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap tahap kritikal jenayah yang berlaku di Malaysia , memberi kesedaran politik kepada rakyat terhadap isu – isu besar negara serta kaitan rasuah dengan jenayah yang berlaku serta menyediakan satu platform untuk rakyat mencadangkan penyelesaian dan perubahan dalam menangani isu rasuah dan jenayah .

Yang Menjalankan Tugas .

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Pengarah Program Forum Rakyat :
Jenayah dan Rasuah : Malaysia di Ambang Bahaya .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home