" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, November 30, 2007

AL MURAABITUN

Muqaddimah

Umat Islam yang diamanahkan untuk mentadbir dunia sudah tentu memerlukan pendukung yang komited dan memiliki tasawur Islam yang jelas. Pendukung-pendukung dan pejuang-pejuang yang berjiwa besar ini hendaklah bersedia untuk berkorban masa, harta dan jiwa untuk mempastikan Islam diletakkan di tempatnya yang tinggi lagi mulia.

Sudah sekian lamanya PAS berusaha dan berjihad untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini seruan dan laungan PAS telah menampakkan petanda positif penerimaan ummah.

Sokongan ini hendaklah dipertahankan dan dipertingkatkan agar seluruh umat Islam khususnya dan manusia amnya dapat menerima dan menikmati keadilan dan kebenaran serta kesejahteraan yang dijuarai oleh Islam.

Tugas dan tanggungjawab yang besar lagi berat ini hendaklah dipikul oleh para petugas sepenuh masa yang diistilahkan sebagai Al-Murabitun.

KONSEP AL-MURABITUN

Apabila Islam semain berkembang maka menjadi suatu keperluan untuk menjaga keutuhan pemerintahan dan mempertahankan sempadannya sepanjang masa daripada diancam oleh musuh. Kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa ini dikenali sebagai al-Murabitun.

Kalimah ini juga digunakan bagi merujuk kepada orang-orang beriman yang berkekalan di dalam Masjid Nabawi selepas solat Maghrib untuk menunggu solat Isya’.

Takrifan di atas bolehlah dirumuskan bahawa al-Murabitun itu adalah kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa untuk tujuan-tujuan tertentu. Apabila sesuatu tugas itu dilaksanakan secara sepenuh masa maka sudah tentu ianya merangkumi sumbangan masa, tenaga dan pemikiran.

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Ali ‘Imran: 200)

Daripada nas di atas, dapat difahami bahawa menyediakan petugas sepenuh masa “al-Murabitun” merupakan suatu kewajipan. Antara rasional kewajipan ini ialah:

a) tenaga perofesional
b) menjimatkan tenaga
c) menjimatkan kos

Apabila sesuatu golongan itu ditugaskan secara sepenuh masa maka sudah tentu akan lahirlah para petugas yang berpengalaman yang mana hasil dari pengalaman ini menjadiakn seseorang itu pakar dalam bidangnya dan disebut sebagai professional.

Aspek ini dianggap sangat penting untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan yang optima. Iannya juga penting untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu rancangan mahupun tindakan.

Petugas sepenuh masa tentu menjimatkan tenaga memandangkan tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian, dan factor ini sudah pasti boleh menjimatkan kos yang merupakan salah satu daripada ajaran Islam.

Tenaga-tenaga yang dimaksudkan di atas telah dijanjikan ganjaran oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya: Daripada ‘Aisyah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan bahawasanya sebaik-baik pekerjaan kepada Allah ialah yang paling berkekalan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari)

Kedua-dua hadith di atas memberi keyakinan kepada pendukung yang memahaminya untuk berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kepentingan Islam dalam apa jua bidang yang ditugaskan.

KEPENTINGAN AL-MURABITUN DALAM GERAKAN ISLAM

Gerakan Islam masa kini menamakan al-Murabitun dengan al-Mutafarr’ghun. Adalah tanggungjawab al-Mutafarrighun masa kini agak mencabar dari masa-masa yang lampau memandangkan penyebaran Islam telah sampai ke segenap pelosok dunia serta pesatnya perkembangan teknologi moden.

Dengan meningkatnya tahap keintelektualan manusia, maka keperluan kepada al-Murabitun menjadi semakin mendesak lebih –lebih lagi bagi negeri-negeri yang belum berdaya maju.

Perkara ini berdasarkan kepada pengalaman beberapa buah negeri yang mula menerima Islam di mana factor penting kepada kejayaan tersebut disandarkankepada kesedaran rakyat hasil daripada pengorbanan al-Murabitun yang tidak jemu-jemu dalam menjalankan tugas.

Terdapat beberapa bidang yang memerlukan al-Murabitun di dalamnya antaranya:

1.Penyelidikan

Bidang ini amat penting diutamakan untuk merancang strategi, kedudukan dan tindakan yang bakal dilaksanakan seperti Jabatan Pilihanraya Negeri.

2.Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat jelata yang berbilang latar belakang maka keperluan kepada tokoh-tokoh yang bekerja sepenuh masa dalam bidang ini haruslah diutamakan seperti para mursyid dan nuqaba’.

3.Penerangan

Dalam melaksanakan prinsip menerang bukan menyerang kita memerlukan para murabitun yang terdiri dari tenaga-tenaga penceramah yang berkemampuan secukupnya.

4.Ekonomi

Tidak dinafikan bahawa bidang inipenting dalam menggerakkan jentera gerakan Islam. Justeru itu, kita memerlukan pakar-pakar ekonomi seeprti para usahawan yang bertugas sepenuh masa untuk membiayai program-program dan aktiviti-aktiviti gerakan Islam.

5.Perundangan

Pakar-pakar di bidang ini haruslah dilahirkan dan dikaderkan dalam bilangan yang mencukupi untuk mempastikan proses pemulihan kuasa dan pelaksanaan undang-undang Islam dapat dijalankan.

CABARAN DAN HALANGAN

Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk melahirkan para murabitun di setiap negeri antaranya:

a) sifat fasik dan jumud
b) tidak sanggup berkorban
c) tidak mempunyai tasawur yang jelas

PENUTUP

Kemenangan Islam dapat dilihat apabila cabaran-cabaran di atas dapat diatasi. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk membincangkan perkar di atas dan mencari jalan penyelesaian demi untuk memastikan keutuhan dan kekuatan gerakan Islam dapat diperkembangkan dari masa ke semasa.

Wednesday, November 28, 2007

MB PAHANG JOLI SAKAN

Bila rakyat tidur di reban ayam dan MB Pahang joli sakan .

Herman Samsudeen

Rakyat harus menyelar sikap pemimpin Umno-BN yang suka membazir di kala rakyat dan negara ini dihimpit oleh masalah dan tekanan ekonomi yang memuncak.

Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang bertajuk, "Pejabat MB menang bidaan CCC 9" benar-benar menguris perasaan rakyat. MB Pahang dilaporkan dengan wewenangnya membelanjakan RM 48,000 hanya semata-mata untuk mendapatkan nombor kenderaan baru CCC 9.

Sementara itu, masih Ingatkah lagi berita sedih tentang kedhaifan sebuah keluarga Melayu di Pahang yang bertajuk "Keluarga hidup dalam 'reban ayam'" yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 8 Jun 2007 lalu.

Zakaria Deraman, 42, bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh, 34 dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal di sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di Pahang.

Kisah sedih itu langsung tidak dimanfaatkan oleh Adnan Yaacob selaku Menteri Besar Pahang untuk menginsafi dan memperbaiki diri.

Sebagai pemimpin beliau seharusnya turun ke bawah membantu rakyat, bukannya duduk di Pejabat Besarnya sambil memikirkan Nombor CCC 9 yang bernilai RM 48,000.

RM48,000 itu sudah cukup untuk Zakaria Deraman memiliki sebuah rumah dengan 3 bilik tidur untuk keluarga beliau. Ia juga mampu digunakan untuk membeli sebuah Motosikal berharga kurang dari RM 6,000 untuk memudahkan beliau keluar mencari nafkah di Bandar bagi menyara keluarganya yang dhaif itu.

Ini baru kisah tentang sebuah nombor kenderaan, kita belum lagi bicara soal milikan harta yang berjuta-juta dalam khazanah Menteri Besar ini.

Pihak BPR perlu menyiasat perbelanjaan ini. Adakah ianya dibayar oleh kerajaan atau dari dana Adnan sendiri? Adakah Adnan membayar cukai untuk rakyat selama ini?

Jika beliau boleh berbelanja mewah sebegini, Kerajaan Pahang yang mempunyai defisit hutang sebanyak RM433.11 juta boleh memotong gaji dan elaun beliau bersama exco lain bagi tujuan pembayaran hutang negeri. Beliau sebagai Menteri Besar harus dipertanggungjawabkan atas bebanan hutang negeri yang terlalu banyak itu.

Pemimpin BN harus belajar berjimat cermat dan tidak terus menerus dibiarkan membazir sebegini.

Jika kita lihat kepada Exco Kerajaan PAS di Kelantan. Mereka sanggup memotong gaji mereka setiap bulan termasuk elaun untuk dimasukkan dalam tabung-tabung kebajikan rakyat.

Jika dilihat Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abd Aziz, kereta yang digunakan hanyalah sebuah kereta lama milik Kerajaan dan ketika di luar waktu tugas rasmi kerajaan beliau hanya menggunakan kereta peribadi untuk ke mana-mana. Rumah beliau juga sama seperti rakyat biasa, tidak terlalu mewah dan tidak berpagar.

Sesiapa pun boleh melawati beliau pada bila-bila masa tanpa adanya birokrasi. Dan sebenarnya, ramai lagi pemimpin PAS yang berjiwa sederhana seperti beliau. Itulah bentuk budi pekerti yang harus ada pada setiap pemimpin. Beliau juga akan berlapar bila rakyatnya berlapar dan tersenyum sama bila rakyatnya riang gembira.

Semoga dalam pilihan raya akan datang rakyat Pahang dan seluruh rakyat Malaysia umumnya dapat merubah undi mereka bagi memilih pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak angkuh dan kedekut seperti Menteri Besar dari Barisan Nasional-Umno ini.

Thursday, November 22, 2007

RUMAH ANGGOTA UNIT AMAL
TERBAKAR
Satu Kebakaran telah berlaku di Kampung Belukar Batu 3 1/2 Jalan Gambang, Kuantan Pahang melibatkan sebuah rumah yang disewa oleh seorang anggota Unit Amal kawasan Kuantan, Pahang musnah.

Menurut maklumat dari mangsa kebakaran Sdr. Roslan b Hj . Mohamad, kebakaran berlaku pada jam 3.30 petang sewaktu beliau berada diluar rumah. Semasa kejadian isteri beliau bersama 6 orang anaknya yang berada dalam rumah sempat menyelamatkan diri manakala 2 orang lagi anak beliau sedang berada di sekolah sesi petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran yang mengambil masa sekitar 20 minit telah menyebabkan segala harta benda beliau tidak dapat diselamatkan. Anggaran kerugian beliau adalah sebanyak RM 50,000.00 termasuk tempahan perabut yang baru siap. Selain daripada menjual ikan serta membuat perabut secara kecil-kecilan beliau juga merupakan Siak di Masjid Al-Fatah Batu 3 Kuantan.

Ekoran kejadian yang menimpa Sdr Roslan itu, beberapa anggota Unit Amal Pahang yang diketuai pengarahnya Ustaz Rosli Abd Jabar telah bergegas melawat mangsa dirumahnya yang terbakar itu sambil menghulurkan sumbangan pendahuluan bagi meringgankan beban yang ditanggung mangsa.

Menurut Sdr Roslan, beliau terpaksa menyewa rumah tersebut sementara menunggu rumah kepunyaan beliau sendiri yang masih dalam pembinaaan yang mana hampir 60% rumah kepunyaan beliau telah pun siap.

Bagi meringankan beban mangsa, Unit Amal Pahang memohon jasa baik kepada para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa dan keluarga. Segala sumbangan bolehlah di salurkan kepada :

Unit Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang -
06019010070049. ( BIMB )

Sumbangan hendaklah dimaklum kepada Sdr. Johari b Abdul Wahid selaku Setiausaha Unit Amal Pahang di talian 013-9844767.

PERHIMPUNAN RAKSASA
( haram / tanpa permit )

23 November
( Hadhir beramai - ramai )

Satu Perhimpunan Haram oleh semua kakitangan Kerajaan akan diadakan besar - besaran di seluruh negara .

Polis dijangka tidak akan mampu berbuat apa - apa kerana kumpulan besar ini akan berpecah membentuk saf yang panjang secara berasingan di seluruh pekan dan bandar - bandar utama .

Perhimpunan ini akan bermula esok .
Lokasi utama ialah disemua cawangan ATM .

PEMUDA PEMUDI !
SEMARAKKAN KEBANGKITAN
MENANGI PILIHANRAYA

Duduk di rumah lagi baik ! duit tidak habis , tenaga tidak penat , masa tidak terbuang , dapat pula bersama dengan keluarga dan menyelesaikan kerja - kerja rumah , bermanja dengan anak - anak , bermesra dengan isteri atau suami berbanding keluar menghadhiri program dan aktiviti jamaah . Kalau saya tidak hadhir pun , bukannya batal program tu , ramai lagi yang boleh hadhir !

Demikianlah kenyataan sebahagian dari kita . Kita merasakan itu adalah pandangan yang terbaik buat diri kita justeru ia tidak mengorbankan sebarang kepentingan diri kita .

Kita mungkin puas dapat mengemukakan alasan demi alasan untuk diri kita sendiri dari turut serta bersama delegasi pejuang ke tengah medan . Tapi , tahukah kita bagaimana pula pandangan Ilahi dalam hal seperti ini . Bukankah Allah swt. telah berfirman :

يا ايها الذين ءامنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم تؤمنون بالله و رسوله و تجاهدون في سبيل الله بأموالكم و أنفسكم ذلكم خيرلكم إن كنتم تعلمون

Wahai orang - orang yang beriman ! Mahukah kamu Aku tunjukkan kepada kamu satu perdagangan lumayan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ( neraka ) , iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu , sedemikian itu adalah suatu yang terbaik untuk kamu , jika sekiranya kamu mengerti .

As Shof : ayat 11

Jelas dan nyata , bahawa Allah mempunyai pandanganNya yang tersendiri tentang kita . Bukan tinggal di rumah untuk mengelak diri dari tanggungjawab perjuangan itu terbaik buat kita , tetapi yang terbaik buat kita ialah turun ke medan , berjuang menegakkan agama Allah dengan segala harta dan jiwa yang kita miliki .

Ayuh Pemuda Pemudi Ku

Saya percaya , kalian tahu benar tanggungjawab kalian untuk agama ini . Lantaran itu , janganlah kalian biarkan bisikan syaithan menipu daya , desahan nafsu memerangkap jiwa dan pujuk rayu musuh mematah semangat . Bangunlah bersama semarak kebangkitan dengan semangat waja mendepani segala cabaran demi agama suci ini.

Usahlah kita membazirkan setiap detik waktu kita dengan perkara yang tidak mendatangkan manafaat buat agama dan ummatnya. Menjebakkan diri dalam kancah hidup yang bergolak dengan segala kekhilafan , yang tidak pula diurus dengan matang dan rasional .

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه

Dari Abi Hurairah Rha. berkata : Rasulullah saw bersabda : Sebahagian dari keindahan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan faedah .

Hadis Hasan riwayat Imam at Tarmizi , Ibnu Majah dan Imam Malik .
Az Zarqani dalam syarah Muwatta' menyebut
proses sanadnya Hasan bahkan Sohih .

Waktu yang kita miliki sering berlalu dan meninggalkan kita tanpa mungkin ia kembali semula . Malang bertimpa malang , andainya masa yang berlalu hanya merakamkan aksi kita yang karam dalam episod perbalahan fikrah sesama sendiri , tambahan pula menyumbang kepada keretakkan ukhuwwah yang parah .

Tidak kurang kabur dan suramnya aksi semalam yang dirakam bersama waktu yang berlalu , apabila ia hanyalah aksi bingit kita mengkritik di sana , menegur di sini , mempersoal itu , mempertikai ini sedang prestasi kerja dan amal Islami kita tidaklah sehebat lidah kita yang petah .

Pilihanraya Umum kian hampir .

Sahabatku , pemuda dan pemudi sekelian ! marilah kita perbetulkan sedikit kedudukan kita agar benar - benar menepati landasan manhaj perjuangan suci ini sebelum kita terlewat banyak .

Kini kita ibarat pelari akhir dalam rangkaian 4 pelari berganti - ganti . Baton telah berada ditangan kita , hanya pecutan akhir ke garis penamat menjadi penentu masa depan ummah di negara kita .

Kelekaan dan kelalaian di saat ini hanya menjadi duka dan lara buat ummah dan perjuangan .

Bukankah telah kering air mata kita menangisi suasana dan keadaan yang berlaku di negara kita ini.

Peningkatan jenayah kejam dan sadis , yang diukur mengikut perkiraan jam dan minit , laksana kita berada di Mexico atau Colombia yang menjadikan rakyat hidup tidak selamat .

Rasuah yang membarah , melibatkan pemimpin atau pembesar negara , malah turut membabit pihak yang bertanggungjawab membasmi rasuah , pula meletakkan negara tidak mungkin selesai dan mampu mengatasi jenayah yang kian meningkat .

Jerebu sosial bernoda dengan segala jenis maksiat dan kategori mungkar yang menambah kelam kehidupan masyarakat kita khasnya generasi muda , sehingga kini masih tidak menampakkan tarikh ia akan berakhir.

Penindasan gaya moden ke atas rakyat marhain oleh golongan kaya bersadur korporat malah bertopengkan pemimpin masyarakat sebagai wakil rakyat , berselindung pula disebalik kelulusan projek untuk rakyat kini meletakkan rakyat terus sengsara dan derita .

Agen Perubah .

Segalanya memerlukan perubahan segera dilakukan . Perubahan pula memerlukan perjuangan berbekal semangat tinggi dan kerja gigih dari setiap individu pemuda dan pemudi sekelian . Kalian adalah mujahid dan mujahidah harapan ummah . Kalian adalah agen perubah yang membawa warna baru mewarnai masa depan ummah agar ceria bersama redho Ilahi .

Kepada yang telah bertungkus lumus , siang dan malam mengurus perjuangan ini, syabas diucapkan agar terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan yang semakin mencabar .

Kepada yang belum turun ke medan atau masih mencari rentak perjuangan , ayuh tanpa ragu ! kita mulakan tugas kita hari ini !

Hubungilah ketua Pemuda atau Muslimat di cawangan atau kawasan masing - masing untuk sama - sama mengatur langkah memburu kemenangan buat Islam agama tercinta.

Bilik Gerakan ON LINE dan Pimpinan Pemuda ON CALL

Bermula hari ini , pastikan semua bilik gerakan kita telah dibuka sepanjang waktu . Ketua dan jawatankuasa pemuda disemua peringkat mestilah senantiasa on line dan on call .

Harapnya , tiada lagi yang masih lena disaat - saat getir ini. Pun tiada lagi yang masih berehat di anjung . Demikian juga , harapnya tiada lagi jentera yang lumpuh mengenang kekalahan lalu .

Bangkitlah ! dengan sikap yang optimis dan positif terhadap masa depan perjuangan kita . Bukankah yang kita perjuangkan ini agama suci lagi benar ? Justeru itu , apa lagi yang meragukan kita mengenai masa deoannya ? Bukankah Allah telah menjanjikan kemenangannya ?

Firman Allah swt :

و كان حقا علينا نصر المؤمنين

Adalah menjadi tanggungjawab kami memenangkan orang - orang yang beriman.

Monday, November 19, 2007

AR RASYIDIN


CA 0124385-W

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ,

Saya mulakan usaha kecil ini (menubuhkan AR RASYIDIN) untuk sama – sama mengambil bahagian dalam mengimarahkan kehidupan kita dengan pelbagai aktiviti Amal Islami.

Bergandingan pula dengan pelbagai pihak NGO muslim seperti PAKSI dan lainnya , menggalas tanggungjawab membina dan mendidik anak bangsa agar memahami dan menghayati agama suci .

Lokasi :

B 632 . Tingkat 1 , Taman Emas
Jln. Baserah 25300 Kuantan Pahang .
( Bersebelahan Tunas Manja berhampiran Simpang Empat Bukit Pelindung .)

Kapasiti :

Mampu menampung 100 – 120 orang
( berkerusi ) dalam satu masa .

Pengurus Besar :

Al Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi

AR RASYIDIN

AR RASYIDIN merupakan satu agensi yang berdaftar sebagai sebuah syarikat dengan orientasinya berasaskan Amal Islami .

AR RASYIDIN membekalkan ilmu kepada masyarakat dan membentuk pemikiran Islami yang jelas dan benar berasaskan al Quran dan as Sunnah .

AR RASYIDIN sebagai sebuah badan bukan kerajaan sangat memerlukan sumbangan dan bantuan orang ramai serta golongan prihatin untuk menjayakan misinya dalam melahirkan generasi Ulul Albab.

Kini AR RASYIDIN telah menyewa di satu premis yang baik dan strategis ( B 632 . Tingkat 1 , Taman Emas Jalan Baserah 25300 Kuantan Pahang ) untuk melaksanakan aktivitinya.

Fungsi :

AR RASYIDIN adalah sebuah badan yang menjalankan aktiviti :

Penganjuran seminar dan kursus kefahaman serta penghayatan Islam.

Pengajian Fardhu Ain dan Tasawwur Islam secara berkala dan percuma .

Motivasi pembentukan syakhsiyyah dan jati diri muslim yang gemilang secara percuma .

Khidmat rundingan dan pembinaan fikrah Islamiyyah secara percuma .

Anjung ilmu atau mini maktabah yang disedia dan dibuka secara percuma.

Pusat Muzakarah ilmu agama yang dibuka serta dianjur secara tidak berkala dan percuma .

Menerbit dan mengedarkan buku – buku atau vcd agama secara tidak berkala.

Galeri makanan halal dan barangan buatan muslim

Mengiklan dan menghebah kepada umum mengenai setiap aktiviti semasa AR RASYIDIN .

Penasihat AR RASYIDIN :

Al Fadhil Tuan Guru
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man .

Anggota Badan Pengurus AR RASYIDIN :

Al Fadhil Ustaz Yusaini bin Yahya
Al Fadhil Ustaz Adnan bin Fadhil
Ustazah Wan Hamidah binti Wan Daud
Encik Akmal bin Alias

Sumbangan dan bantuan yang diperlukan oleh AR RASYIDIN :

ASSET

Renovation_________: RM 11,000.00
1 set P.A System______: RM 5,000.00
1 set LCD Projector____: RM 4,000.00
1 set Komputer_______: RM 4,000.00
Peralatan Pejabat_____: RM 3,000.00
150 unit Kerusi_______: RM 3,000.00

Jumlah_____________: RM 30,000.00

Sumbangan boleh terus ke akaun di atas nama :
AR RASYIDIN ENTERPRISE
06010000016106
( CIMB Islamic )

Thursday, November 15, 2007

TAHNIAH !
Buat Kak Long dan Sekolah Rendah Islam
al Irsyad Balok Kuantan .

Sebaik sahaja menerima keputusan UPSR bagi sekolah al Irsyad Balok , Muallim Soleh Senafi selaku Mudir segera ke Surau bersama para muallimah dan pelajar untuk sujud syukur lalu mengumumkan bahawa al Irsyad Balok tahun ini beroleh pencapaian 13 orang 5A dari 36 calon yang mengambil peperiksaan UPSR di sekolah tersebut berbanding tahun lepas hanya seorang sahaja yang mendapat 5 A .

Ini adalah tahun kedua al Irsyad Balok menduduki peperiksaan UPSR . Tentu sahaja ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan .

Jam 10. 30 am , selepas saya menyerahkan kertas jawapan subjek Sains 2 SPM kepada pegawai peperiksaan , saya terus bergegas ke sekolah al Irsyad dan mencari Muallim Soleh untuk mengucapkan mabruk bi alfin mabruk di atas pencapaian tersebut.

Semua guru tahun enam al Irsyad terharu dan masing - masing gagal untuk menyeka air mata gembira dari berguguran menjadi saksi usaha gigih mereka selama ini mendidik anak bangsa berjaya . Saya turut berkongsi rasa dan hilang beban penat semalaman menghadap buku untuk menduduki SPM.

Saya mencari Kak Long ( Iffatul Hannan ) untuk mendapat pengesahan keputusannya. Hati bapa mana yang tidak resah , tambahan pula memikirkan harapan dan cita - cita anak tercinta yang ingin sekali melanjutkan pelajarannya di Maahad Muhammadi (P) Kelantan .

Saya masih ingat , dikala beliau mulai tahu memasang cita - cita seusia 9 tahun , Maahad Muhammadi telah menjadi sebutannya . Itulah yang menjadi sandaran motivasi beliau belajar dan umminya dalam memantau pengajian beliau .

Tambah resah dan berbaur pula perasaan saya , apabila memikirkan saya terlalu sibuk di luar dengan urusan jamaah dan dakwah . Hanya umminya yang banyak memberi perhatian. Apakah nanti keputusan tidak berpihak kepadanya lalu sayalah sebetulnya yang bersalah menghancurkan harapan seorang anak .

Tuhan sahajalah yang tahu perasaan saya disaat itu . Sehinggalah saya bertemu Kak Long yang terus meluru , menerpa dan memeluk saya sambil menangis menunjukkan slip keputusan UPSRnya. Saya kaget sambil menenangkannya . Sememangnya dari awal pagi sebelum Kak Long turun ke sekolah untuk menerima keputusan UPSR hari , saya telah berpesan :

Kak Long ! kalau berjaya dapat 5 A , walid ucapkan tahniah dan usaha dan doa Kak Long selama ini dikabulkan Ilahi . Namun jika gagal , usahlah Kak Long kecewa atau sedih , masih ada waktu untuk kembali bangkit memburu kejayaan . Yang penting kak Long mesti positif !

Alhamdulillah Walid .... Kak Long dapat 5 A ! .... begitulah nada Kak Long dalam sebak penuh terharu . Saya hanya mampu mengucupnya sepuas - puas sambil melafazkan kalimah syukur kehadhrat Ilahi.

Pada saya , bukan melihat kepada 5 A nya , tetapi melihatkan kepada harapannya untuk masuk Maahad Muhammadi semakin hampir menjadi kenyataan .

Semoga Kak Long terus gigih dan kelak berjaya menjadi seorang pelajar yang baik , anak yang solehah dan mujahidah yang hebat seterusnya gugur sebagai syuhada' bagi mempertahankan Islam di atas tanahair ini. itulah doa walid buat mu Kak Long. Tahniah Kak Long dan Tahniah buat seluruh warga al Irsyad Balok!

Tuesday, November 13, 2007

Usah Cela Rakyat Bertemu
Yang Di Pertuan Agong !!

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

Alangkah malang sekali rakyat Malaysia yang cuba dijahilkan oleh Perdana Menteri sendiri berkenaan system negara berpelembagaan dengan kenyataan simplistik beliau hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu adalah cubaan mengheret institusi raja ke dalam politik, Abdullah berkata:

“Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka.”

Rakyat Malaysia disajikan dengan pendidikan kenegaraan sejak zaman persekolahan rendah sehinggalah ke peringkat menara gading. Tidak cukup dengan itu program BTN dan PLKN pula sebagai medan untuk rakyat faham bahawa negara ini mempunyai yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara yang melebihi peringkat ketua kerajaan (Perdana Menteri).

Umum juga mengetahui peranan Yang Dipertuan Agong sebagai tiang seri utama negara dan sebagai tempat pengaduan terakhir bagi segala permasalahan termasuk pengampunan jenayah berbahaya sekalipun.

Jika jenayah boleh berhubung dengan Yang Di Pertuan Agong, mengapa pula isu Pilihanraya dan penyelewengan SPR tidak boleh diadukan. Peranan institusi istana adalah sebagai penimbang tara kepada kegoyangan dan ketidakseimbangan politik negara.

Mengadu dan memohon istana untuk peka dengan isu marhain bukanlah bermakna mempolitikkan istana. Rakyat juga melihat sendiri begitu ramai kerabat diraja yang bermain politik. Adakah itu bermaksud mempolitikkan institusi istana?

Selepas pengaduan dan memorandum beberapa kali saban tahun kepada Suruhanjaya Hak Asasi tidak menampakkan kecerahan daripada mendung penyelewengan dan kezaliman, bantahan kepada SPR juga beberapa kali te;ah dibuat. Jalan-jalan rasmi sebegini telah acap kali dilakukan secara berprotokol. Tetapi semua mengetahui tahap demokrasi negara ini adalah antara yang terburuk.

Lihat sahaja di Britain dan Amerika Syarikat, dimana perpindahan kuasa politik bukan pencetus huru-hara dan tidak dipolemikkan secara murahan. Politik ala-monopoli UMNO dan BN adalah politik ala hutan yang dicipta oleh para ideologis melayu yang diketuai oleh UMNO.

Dalam siri-siri BTN dan PLKN, rakyat ditakutkan dengan kemusnahan, huru-hara dan kemelesetan sosial dan ekonomi jika pembangkang hari ini memegang tampuk pemerintahan. Kes 13 Mei dijadikan contoh lapuk oleh mereka tanpa mereka sedarkan kelemahan UMNO dibawah pimpinan Tunku lah yang menyebabkan perbezaan ekonomi dan taraf sosial yang menyebabkan huru-hara dan bukannya disebabkan demokrasi atau pembangkang.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) memandang kenyataan Perdana Menteri hari ini adalah sebagai kenyataan yang cuba memperbodoh atau menjahilkan lagi pemikiran rakyat dengan dogma picisan. Memandang usaha rakyat bertemu Yang Dipertuan Agong adalah suatu sikap yang membuka topeng UMNO bahawa mereka tidak yakin dengan kuasa institusi istana sebagai penimbangtara negara demokrasi raja berpelembagaan dan sikap ingin membolot kesemua kuasa yang ada.

Haji Nasrudin Hassan At Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

Monday, November 12, 2007

ISLAM MEMBENARKAN DEMONTRASI
12 Nokhtah perhatian.

Oleh : Al Fadhil Ustaz Ghani Shamsudin

Berhimpun dan mengadakan demonstrasi ; menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syara dan undang-undang untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran.

Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka. Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus .

Tapi kalau dirujuk kepada “ Maqasid al Syaria’ah “ ia mungkin menjadi “Mandub” atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran kecuali dengan cara keluar beramai-ramai berhimpun dan berdemonstrasi di padang terbuka atau di jalan raya .

Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat .

Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.

Salah satu aras penanda utama yang menyerlahkan sifat kejantanan dan kelelakian ialah keupayaan seseorang menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah tirani yang zalim dan korup. Hal ini akan lebih nyatadan berkesan lagi jika dilakukan oleh rakyat seluruhnya .

Suara dan teriakkan ribuan para demonstran di jalan raya melaungkan kebenaran di berbagai pelusuk kota dan desa pastikan akan menyerlahkan kesepaduan tekad dan kekuatan umat membanteras kejahatan . Menyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral ; malah dia adalah syiar agama.

Seandainya menyatakan kegembiraan justeru ketibaan hariraya dan menghimpunkan umat untuk berhari raya itu sunat termasuk menghimpunkan orang yang tidak wajib atau sunatpun mereka bersolat ; demi meramaikan majlis kera’ian orang orang Islam; sebagai menyatakan keceriaan dan kegembiraan dengan kedatangan hari raya maka apatah lagi berhimpun dan menunjukkan rasa solidariti dan simpati kepada mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap mana-mana manusia di dunia ini.

Samaada rumah mereka telah dirobohkan atau maruah mereka telah dicabuli mahupun kerana pembunuhan terhadap anak dan isteri mereka. Kepentingan dan Keabsahan Demonstrasi Memandangkan masih ramai kalangan yang jahil dan keliru terhadap pandangan agama Islam terhadap demonstrasi ini maka di sini kita akan tampilkan dalil sunah daripada Sirah Rasul dan perspektif Islam terhadap hal ini berdasarkan asas dan kaedah yang difahami oleh ulama dan amalan mereka; baik pengucapan mahupun perbuatan.:

Pertama:

Dari Sudut Kesannya Terhadap Lawan Lawan atau musuh akan tersentak dengan perbuatan itu dan ini akan menyebabkan mereka kembali merenung dan memikirkan kesilapan mereka. Ini mungkin menyebabkan mereka insaf dan tidak jadi melakukan kejahatan atau kezaliman.

Kaum Quraisy pada zaman dahulu tekejut dan dikejutkan oleh keberanian Rasululluh yang tampil berdemo dalam satu gelombang demontrasi pertama dengan dua ketumbukan yang satu dikepalai oleh Hamzah dan satu lagi diketuai oleh Saidina Omar Ibnu al Khattab.

Inilah suatu demonstrasi pertama dalam Islam; di mana kekuatannya ditampilkan secara aman tanpa peperangan dan maruah Islam diproklamir tanpa konfrantasi.

Kedua:

Demonstrasi Adalah Bukti Penolakan Terhadap Kemungkaran Kalau berlaku kekejaman atau pembunuhan terhadap mana mana rakayat yang tidak berdosa maka kita wajib tampil menyatakan bantahan samaada dengan kuasa mahupun dengan yang lain.

Namun kalau tidak ada kuasa maka sekurang-kurangnya dengan lidah dan perkataan. Tapi kalau lisanpun sudah menjadi kelu dan tidak terkata maka sekurang-kurangnya penolakan kemunkaran itu dilakukan dengan hati .( dan itu adalah selemah-lemah iman). Rasulullah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu.

Kalau dia tidak mampu maka sekurang-kurangnya dengan lidah. Kalau tidak mampu juga maka sekurang-kurangnya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman.. Ibnu Hajar dalam kitab beliau Fathu al Bari mengatakan: Wajib melaksanakan amr ma’ruf bagi yang berupaya meskipun ianya mungkin berbaur maksiat.

Kerana pada umumnya ia akan diganjari terhadap perlaksanaan amr makruf itu; lebih-lebih lagi jika ia masuk dalam kategori ketaatan. Manakala dosa kecil maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan diampunkan oleh Allah atau sebaliknya. Akan tetapi bagi orang yang berpendapat sebaliknya; yang mengatakan amr makruf tidak wajib hanya kepada sesiapa yang tidak pernah melakukan maksiat maka itu bermakna seolah-olah menutup pintu sama sekali untuk terlaksananya amr ma’ruf .

Lebih-lebih lagi jika tidak ada cara lain untuk menentang kemungkaran kecuali dengan perbuatan itu..

Ketiga:

Demonstrasi Memamirkan Kekuatan Umat Islam Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah pernah keluar bersama sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara , kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan para sahabat baginda .

Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah.

Ini berlandaskan hadith bahawa kaum muslimin keluar beramai-ramai setelah Omar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan . Satu barisan diketuai oleh Hamzah R.A. dan satu lagi diketuai oleh Omar.

Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran) Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na’im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas.

Di mana di (riwayatkan) Saidina Omar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipehak yang benar; samada semasa kita hidup atau kita mati?. Bahkan jawab Rasulullah. Kamu di pehak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri .

Lalu kami keluar bersama baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegap dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi :

Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul . Mereka merasa kecewa dan frustrasi yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah member i nama jolokan kepada ku sebagai Omar al Faaruq. Kerna Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dengan (pengislaman) diriku.(Lihat Hilyatul Aulia’ Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59}

Keempat:

Semangat Perundangan Islam Membenarkannya Syariat Islam banyak mengandungi syi’ar amalan dan slogan yang menyerlahkan menifestasi kekuatan, pengaruh dan dakwah Islam itu sendiri.

Umpamanya solat berjamaah, solat Jumaah, solat dua hariraya dan sebagainya. Rasulullah sendiri memerintahkan agar kaum wanita samadan yang berhaidh atau anak dara keluar menghadiri solat hari raya samaada di masjid atau di tempat lapang dengan alasan yang beliau sebutkan :

Mereka hendaklah melihat( meramaikan) majlis kebaikan dan seruan dakwah Islam kaum muslimin. Antara kebaikan yang mereka saksikan ialah ramainya bilangan orang Islam dan bagaimana mereka beramai-ramai menampilkan syi’ar syi’ar Islam.

Baginda juga pernah mengutus para utusan yang ramai dan ketumbukan perang yang matlamat utama baginda di sabalik pengiriman utusan tersebut ialah untuk mempamirkan kekuatan umat .

Sebab itu baginda pernah berkata kepada Usamah R.A. ”Bawa (tentera berkudamu) memijakkan kakinya di bumi Balqa’

Kelima:

Demonstrasi Pada Asasnya adalah Harus Demonstrasi adalah satu tatacara atau wasilah. Oleh itu hukumnya adalah hukum yang berstatus wasilah.” Al Asl fi al Wasaail al Ibahah.” (Hukum wasilah – pada dasarnya – adalah harus )

Oleh itu kalau ada pun perkara pelanggaran kecil yang dilakukan ketika itu maka hukumnya adalah mengikut hukum al Maqasid .

Perkara yang dimaksudkan oleh orang Islam ketika melaksanakan kegiatan seperti ini ialah menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman , mendedahkan kejahatan golongan tirani . meniup semangat orang ramai menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan.

Oleh itu demonstrasi boleh mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat..

Keenam:

Demonstrasi Memperkasa dan Menggerakkan Massa Umat Menghadapi Kuasa Tirani. Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah tentang perangai buruk jiran tetangganya ( sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran) .

Baginda berkata kepadanya; Keluarkan barangan rumah tangga saudara di luar rumah. Diapun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya .Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya.

Maka orang yang lalu lang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah . Rasulullah bertanya apa masaalah saudara. Dia menceritakan kepada baginda bahawa orang ramai mengutuknya .

Baginda menjawab . Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda. Orang itu menjawab . Kalau begitu aku taubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku. Ia pulang menemui jiranya dengan berkata. Angkatlah barangan masuk ke rumah saudara semula saya berjanji tidak akan menyikit suadara lagi ( sebagai jiran)..

Al Bazzar ada meriawayatkan Hadith seperti ini dengan status sanad nya sebagai ”Hasan”, tapi dengan teks berikut:

ضع متاعك على الطريق أو على ظهر الطريق فوضعه،‏ فكان كل من مر به قال ما شأنك؟ قال جاري يؤذيني فيدعو عليه فجاء جاره فقال ‏:‏ (رد متاعك فلا أؤذيك أبدا)‏ ‏.‏

Ketujuh ;

Demonstrasi Dalam Zaman Modern Ini Adalah Sebahagian Daripada Wasilah Perjuangan Media informasi, samada tulisan , imej , video, demontrasi dan sebagainya adalah sebahagian daripada ”kempin” ”raya” untuk memenangkan sesuatu agenda perjuangan atau peperangan.

Sebab itu kalau kita meneliti gerak kerja Zionist dalam hal ini kita akan dapati betapa gerakan mereka begitu rapi, banyak dan berpengaruh untuk menjuari perjuangan mereka. Peperangan media begitu gencar sekarang terhadap umat Islam.

Informasi Barat , Amerika khasnya sengaja menggelapkan berita berita kebangkitan dan demonstrasi orang Islam menentang penindasan mereka, kecuali berita yang membayangkan keburukan dan kemunduran Islam maka itu akan mereka paparkan seluas-luasnya .

Penampilan media mereka sampai kepada pembuat keputusan dan pengendali kuasa politik umat , Mereka sedar betapa seriusnya peranan informasi termasuk demonstrasi dalam menggegarkan sendi pemerintahan diktator dan penguasa yang zalim di dunia ini . Massa rakyat akan segera menyahut dan bertindak atas kebejatan mereka .

Ia adalah permulaan kepada kesedaran yang akan meniupkan semangat perjuangan umat. Kalaulah tidak kerana kesedaran pehak tertentu tentang peranan demonstrasi ini dalam menggerakkan dan menimbulkan kesedaran massa sudah pasti mereka tidak akan merubah sikap atau sudah pasti golongan penzalim tidak akan mengurangkan kezalimannya kerana adanya demo-demo menentang kezaliman mereka.

Umat Islam tidak kurang memiliki kesedaran seperti ini. Mereka tidak sepatutnya tinggal diam seribu bahasa membiarkan kejahatan dan kezaliman berlaku terus menerus terhadap diri dan rakyat . Mereka wajar tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam berbagai bidang hidup demi kesejahteraan bangsa dan keselamatan negara mereka .

Rasulullah bersabda :

"فالمسلم أخو المسلم لا يسلمه ولا يخذله

“Orang muslim adalah saudara orang muslim yang lain. Ia tidak wajar menyerahkan orang muslim yang lain (untuk dizalimi) atau membiarkannya (dizalimi)” Prinsip ini juga berlaku terhadap sesama manusia dan sesama warga negara .

Kelapan:

Kalau Ada Fatwa Yang Mengharamkan Demonstrasi Maka Ia tunduk Kepada Perubahan Keadaan Namun ada juga segelintir yang terpengaruh dengan fatwa kumpulan Tariqat atau Tasauwuf tertentu yang mengharamkan perbuatan demonstrasi kerana terpengaruh dengan pendapat syaikh mereka yang agak terhad pemikiran mereka . Terhadap golongan ini mereka wajar bertaqwa kepada Allah .

Mereka tidak harus terbelenggu dalam minda terhad Syaikh-Syaikh mereka . Mereka tidak sepatutnya mengikut – begitu sahaja - secara membuta tuli . Yang benar atau al haq lebih wajar dipatuhi berbanding figure atau orang tertentu; betapapun besarnya mertabat orang berkenaan. Para Syaikh yang baik itu mungkin terpengaruh pada isu dan masa tertentu .

Manakala latar belakang isu berkenaan telah berubah dan tidak wujud lagi sekarang.Fiqh leluhur silam atau Fiqh Salafi sentiasa dinamis menurut keperluan dan tuntutan lingkungan.

Sebab itu fatwa mereka boleh berubah dengan perubahan situasi. Kalau Salafi difahamkan sebagai period masa lampau maka dia telah berlalu dengan ciri khasnya. Kalau al Salafi itu dihubungkaitkan dengan Manhaj atau methode maka tentulah ia manhaj yang responsive terhadap perubahan lingkungan dan zaman. Kini adalah zaman ilmu dan akal .

Sesungguhnya menurut Rasulullah adalah selaras dengan tuntutan kontemprori atau al Mu’asarah yang didambakan oleh orang sekarang. Manhaj yang baik ialah manhaj yang sentiasa responsive dengan bijak terhadap perkembangan situasi dan kondisi semasa. Ia bukan manhaj yang beku dan statis.

Kesembilan:

Hujjah Amalan Para Ulama Sepanjangan sejarah para alim ulama ramai yang telah meluahkan perasaan dan pandangan mereka melalui demontrasi aman tanpa dipersalahkan oleh ulama yang muktabar. Di Kuwait, algeria, Mesir dan Syam.

Ulama seperti Rashid Redha Rahimullah pernah turut berdemo untuk mengeluarkan penjajah Perancis dari tanah air mereka . Ulama Azhar pernah keluar beramai-ramai berdemo menentang penjajah Inggeris pada tahun 1919 dan baru baru ini menentang regim tirani di Mesir.

Tiada seorang ulama pun mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Malah Sami Budha Burma pun turut tampil berdemo untuk menuntut keadilan dan demokrasi dalam Negara mereka.

Kesepuluh:

Demonstrasi Parameter Denyutan Keperihatinan Massa Tunjuk perasaan aman adalah petanda hidupnya keperihatinan massa rakyat; baik kafir mahupun muslim pada zaman ini. Kita tidak akan dapat mengesan pandangan rakyat terhadap golongan atau parti yang memimpin mereka yang memerintah dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan kepentingan rakyat melainkan dengan gerakan massa seperti ini yang mendedahkan golongan mana yang tidak setuju dan golongan mana pula yang bersekongkol.

Demonstrasi aman seperti ini bukan perkara baru dalam sebuah negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain. Dalam Negara tersebut semua jentera negara – termasuk polis dan pegawai trafik - memberi laluan, kerjasama dan melindungi para penunjuk perasaan aman berkenaan.

Kesebelas:

Hasil Demonstrasi Ialah Umat Berjaya Mengatasi Sebahagian Kemusykilan Hidup Mereka Demonstrasi besar-besaran di berbagai pelusuk dunia telah menghasilkan buahnya yang positif di beberapa buah negara sepanjang sejarah.. Yang terakhir ialah dapat kita lihat kejayaan demonstrasi rakyat Afrika selatan sehingga berhasil memerdekakan negara mereka.

Di Indonesia rakyat berjaya meruntuhkan kekuasaan Suharto yang korup dan digantikan dengan pemerintahan era reformasi golongan Orde Baru. Di Yugoslovia rakyat yang berdemonstrasi secara besar-besaran berjaya menjatuhkan Slobodan Milosonich dan mengembalikan maruah dan kehurmatan bangsa mereka dari dilumuri kehinaan dan kebejatan regim yang korup. Malah dalam banyak lagi negara negara lain kita melihat kejayaan demonstrasi rakyat mengubah nasib mereka;
samada sebahagian atau keseluruhan sosok dan wajah kehidupan mereka.

Keduabelas:

Demonstrasi Perlu Demi Mempertahankan Kebenaran di Samping Menentang Kebatilan dan Kezaliman Keluar beramai-ramai menobatkan kebenaran, menumpaskan kebatilan adalah suatu hak yang sah .

Amalan ini juga diperakukan oleh Allah untuk menunjukkan penentangan serta penolakan terhadap amalan munkar . Sebab itu Allah memerintahkan agar perlaksanaan hudud diperlihatkan kepada segolongan orang ramai . Allah juga memerintahkan supaya umat keluar beramai-ramai menyambut hari raya , bahkan beginda Rasulullah menggesa rakyat agar ikut serta mengucapkan pamitan kepada rombongan mujahid dan pejuang Islam yang akan bergerak ke medan tempur atau menyambut kepulangan mereka ketika mereka kembali dari medan perjuangan.

Baginda pernah memamirkan kekuatan dan kehebatan ketumbukan tentera Islam kepada Abu Sufian agar dia tidak berani bertempur dengan ketumbukan berkenaan. Sebelum itupun Rasulullah pernah menyuruh umat Islam yang menunaikan tawaf di Mekah agar melakukannya dengan tangkas , berlari anak sambil mendedahkan bahagian bahu dan lengan (”Kaedah al Raml dalam tawaf”) sebagai petanda keperwiraan , kecekatan dan kesiapsiagaan umat Islam untuk berjuang .

Perincian perkara ini boleh dirujuk dalam huraian mengenai bab Haji atau Umrah. Seandainya kita semua – sebagai bangsa dan rakyat yang merdeka - enggan melahirkan sikap penentangan kita terhadap kejahatan , penipuan , rasuah dan kezaliman yang berlaku serta tindakan pengkhianatan dan menghakis kemerdekaan dan maruah umat yang dilakukan oleh pehak-pehak tertentu; dengan cara yang berkesan maka apakah lagi yang ada dari sifat kejantanan dan dakwaan kemerdekaan kita sebagai umat yang bermaruah ..

Jelas daripada hujah di atas bahawa melahirkan sikap dan menunjuk perasaan atau berdemonstrasi secara aman adalah suatu yang dibenarkan dalam Islam; bahkan pernah diamalkan oleh para leluhur di zaman silam dan malah menjadi amalan bangsa-bangsa yang bertamadun, bermaruah dan merdeka..

Semoga Allah memberikan kita semua keyakinan dan keberanian untuk merubah nasib umat dan rakyat. Semoga bangsa , warga dan rakyat Malaysia amnya bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

Sunday, November 11, 2007

HIMPUNAN 100 RIBU UMMAH
4 RIBU POLIS DIKERAH .

Saya sangat tertarik dengan langkah yang diambil oleh pihak keselamatan dengan mengerahkan anggotanya seramai 4 ribu orang untuk menghalang dan bertindak ke atas perhimpunan aman anjuran BERSIH semalam di ibu kota .

Ternyata benar mereka turun dengan satu jumlah bala tentera yang ramai untuk menggagalkan himpunan rakyat prihatin. Apatah lagi sang panglimanya Khairy Jamaludin telah mengarahkan agar menangkap siapa sahaja yang menghadhiri perhimpunan tersebut.

Mereka mendakwa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram . Soalnya kenapa ia haram ? apakah takrif bagi sesebuah perhimpunan ? Jika ianya haram kerana tidak mendapat permit polis , pihak BERSIH telah memohonnya, kenapa pula pihak polis tidak meluluskannya ?

Ertinya mereka sengaja tidak membenarkan perhimpunan itu berlangsung. Mereka tidak membenarkan rakyat berhimpun untuk menyatakan bantahan dan pendapat rakyat sedang perhimpunan itu hanyalah dilaksanakan dalam keadaan aman . Ini diakui oleh pemerhati antarabangsa .

Bukankah demokrasi membenarkan perhimpunan aman oleh rakyat . Apatah lagi yang hadhir melibatkan kanak - kanak , wanita dan orang kurang upaya . Mereka datang untuk menyatakan suara hati mereka tanpa membawa walau sebutir peluru malah tidak juga sepucuk pistol .

Ada pihak mengatakan bahawa untuk menyatakan bantahan dan pandangan rakyat tidak perlu berhimpun .

Kalau tidak perlu berhimpun , bagaimana ? Kita tidak diberi hak memiliki stesen televisyen sendiri , akhbar kita yang sepatutnya pada kadar paling minima boleh diterbit 2 kali seminggu dihadkan kepada 2 kali sebulan , itupun untuk edaran ahli sahaja . Kenapa tidak diberi hak penerbitan ( permit ) untuk edaran umum dan pula bersifat harian .

Kita tiada saluran yang boleh didengari oleh seluruh rakyat untuk mereka mendengar dan menilai pandangan , mesej dan risalah perjuangan kita .

Kalau kita berhimpun dalam jumlah yang kecil sahaja dengan dua atau tiga orang menghantar memorundum dan itulah yang kita lakukan selama ini , siapa yang nak pedulikan kita ? kita dah beberapa kali jumpa SPR , serah memo kepada SUHAKAM , malah kita pernah jumpa pihak polis sendiri di Bukit Aman dan pelbagai kementerian , agensi kerajaan dan jabatan tertentu untuk membawa hasrat kita termasuk suara terpencil di dewan rakyat.

Nyata dalam jumlah yang kecil , suara kita sering terpinggir dan tidak pedulikan. Saya tidak ingat entah berapa ratus kali kita serah memo , buat report polis dan rundingan demi rundingan , tetapi hasilnya kita bagaikan dipersenda oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional .

Kini kita ambil satu langkah menyertai himpunan rakyat yang dianjurkan oleh lebih 20 kesatuan badan - badan bukan kerajaan ( BERSIH ) untuk menyerahkan memo kepada Yang di Pertuan Agong dengan jumlah kehadhiran mencecah 100 ribu rakyat .

Saya setuju kita tidak perlu berhimpun dan mengadakan ceramah saban malam tetapi dengan syarat berikan hak kita memiliki sebuah stesyen tv sendiri sebagaimana ianya boleh diberikan kepada pihak swasta yang hanya menyiarkan hiburan untuk melekakan rakyat .

Berikan kita hak memiliki permit media massa harian dan bersifat edaran umum sebagaimana permit boleh diberikan kepada akhbar - akhbar nyamuk dan hiburan yang pasti sahaja merosakkan minda dan melahirkan jiwa yang keliru .

4 ribu dikerah hanya untuk bertindak kepada rakyat yang berhimpun secara aman bertangan kosong pula tanpa sebarang provokasi . Untuk apa ?

Kenapa tidak serang penjenayah .

Kalaulah 4 ribu anggota keselamatan ini diletakkan untuk berjaga - jaga dan mengawal keselamatan ibu kota atau Lembah Klang ini dari ancaman penjenayah , gangguan mat rempit dan maksiat bohsia dan pelacur , saya yakin ibu kota akan selamat dan dapat mengurangkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan negara sementara ianya tinggi indeksnya di Lembah Klang.

Malangnya tidak pula mereka mengerahkan kekuatan seramai itu untuk mengejar penjenayah , mat rempit dan pelaku maksiat . Mereka sangat cemburu kepada rakyat sendiri yang bangkit menuntut perubahan politik dalam negara .

Saya bimbang , anggota keselamatan kini hanya menjadi alat pemerintah untuk mengekalkan kuasa politik mereka , lalu mereka dikerah untuk menghadapi kebangkitan rakyat sendiri dengan air kimia , gas pemedih mata dan peluru hidup seperti di Batu Buruk .

Oleh kerana Mat Rempit , Pengedar dadah dan pelacur tidak menggugatkan kuasa politik mereka maka tidaklah mereka mengarahkan anggota keselamatan untuk bertindak nekad dengan mengerahkannya seramai mungkin.

Hilang hormat rakyat kepada Polis

Lebih malang apabila polis tidak lagi dilihat sebagai sekadar menjalankan tugas kerana aksi mereka menyerang dan membelasah rakyat sekehendak rasa menunjukkan pihak keselamatan benar - benar menjadi alat UMNO dan Barisan nasional.

Sungguh - sungguh mereka memukul rakyat tanpa lagi belas simpati . Polis lah sebenarnya yang ganas dan mencetuskan rusuhan sementara rakyat tenang dan aman.

Buktinya apabila kita pulang ke destinasi masing - masing , keadaan tidak lagi dalam satu saf yang terkawal rapi seperti perarakan bermula . Tiada lagi arahan untuk memilih laluan dan tiada lagi peraturan untuk melangkah .

Tetapi apa yang cukup menarik ialah tiada satu provokasi dan keganasa tercetus . ini bermakna keluhuran budi dan ketinggian akhlak bersama kehendak inginkan keamanan sememangnya datang dari jiwa mereka sendiri. Syabas kepada semua rakyat prihatin .

Paling tidak bertamaddun apabila polis hanya menangkap orang atas kesalahan memakai baju kuning dan bercadang untuk hadhir perhimpunan sedang perhimpunan belum pun berlaku. Demikian juga 10 orang anggota unit Amal yang bertugas membantu keamanan dan lalulintas turut ditangkap dan baju uniform mereka yang berwarna merah turut dirampas.

Tahniah Khairy !! kerana ternya polis sangat patuh kepada arahan anda .

HIMPUNAN 100 RIBU UMMAH
SYABAS PEMUDA

Tahniah ! Alfun Mabruk ! Jazakumullah Khairan Jaza' ! itulah lafaz yang boleh saya utarakan kepada seluruh pemuda yang berjaya hadhir mem"bersih"kan kotaraya dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi .

Syabas buat pemuda. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen tinggi yang telah ditunjukkan. Saya bangga dengan kesungguhan kalian termasuklah anggota AMAL yang gigih dan tekun bertugas sehingga mendapat pengiktirafan dunia dalam beberapa laman web mereka .

Kepada pemuda yang tidak berkesempatan untuk hadhir , janganlah berdukacita dan bermuram durja . Memanglah satu kerugian besar tidak menghadhirkan diri namun mungkin berikut keuzuran yang dihadapi oleh pemuda ( yang tidak dapat hadhir ) , insyaallah kalian boleh memberi komitmen di masa - masa akan datang . Pun begitu peluang seperti ini amat sukar untuk ditemui lagi .

Perjuangan Tidak Terhenti di sini .

Kepada pemuda - pemuda dan serikandi Islam yang telah mempamerkan komitmen mereka dalam menjayakan perhimpunan besar penuh sejarah ini , sangat diharapkan agar dapat mengekalkan prestasi yang sama malah terus dipertingkatkan dengan semangat waja berasaskan prinsip amal Islami untuk mendepani Pilihanraya Umum ke 12 kelak sekali gus memburu kemenangan buat Islam .


Langkah gagah pemuda selayaknya terus mantap untuk menghidupkan Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC ) berasaskan UKJ . Serentak itu menggerakkan jentera pemuda disemua peringkat dengan penuh disiplin dan akhlak tinggi memancarkan seri PAS sebagai sebuah Gerakan Islam .


Pemuda PAS Bukan Ganas .


Biarpun semangat berkobar dan darah muda pantas menyirap , kesabaran dan keluhuran akhlak terus membendungi peribadi pemuda kita. Alhamdulillah dan sekali lagi syabas saya ucapkan buat semua. Himpunan dan perarakan 100 ribu ummah yang bolehlah saya katakan disini secara umumnya dijayakan oleh anak - anak muda bahkan remaja , mampu mengelak dari mencetuskan provokasi dan keganasan .


Semangat ini sewajarnya dipertahankan untuk memimpin pergerakkan pemuda dipelbagai peringkat parti menjalankan tanggungjawab perjuangan dan memakmurkan muka bumi Allah swt dengan pengabdian diri kepada Allah dan kebajikan yang tiada batas.


Saturday, November 10, 2007

HIMPUNAN 100 RIBU UMMAH - siri satu
KOTARAYA : KUNING DI MANA - MANA


100 Ribu ummah berhimpun menuntut pemulihan Demokrasi yang kini rosak teruk dan parah di bawah UMNO dan Barisan Nasional . Pemulihan Demokrasi penting untuk laluan perjuangan Islam di Malaysia .

Jika Krajaan UMNO dan Barisan Nasional masih memekakkan telinga dari mendengar rintihan dan desakan ummah , dunia sedang menyaksikan kebangkitan mereka dan ini adalah momentum awal kebangkitan menghadapi PRU 12

Kita memilih Muwajahah Silmiyyah , justeru itu kita menggerakkan Himpunan Aman sebagai menyatu suara membantah penyelewengan Pilihanraya agar PRU 12 dilangsungkan secara adil dan telus. Kita tidak memilih cara perang atau gerila untuk kita menggalas senjata dan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan menimbulkan kekacauan , pembunuhan dan sebagainya.



Sejurus selesai Meeting DPP Pusat , sebelum turun ke jalanraya untuk menyertai perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorundum tuntutan bersih demokrasi .



Tentera Merah bersiap sedia menerima arahan untuk bertugas di post - post yang telah diarahkan . Penuh dedikasi dan semangat amal islami , mereka cekal dan tabah menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal merintang . Syabas Amal .



Ke mana sahaja kami diarah , asal saja untuk Islam dan perjuangannya , kami sedia dengan penut taat setia dan beramal kerana Allah .



Sebaik sahaja selesai solat zuhur berjamaah , kami turun ke lobi bangunan PAS untuk sama - sama mengaminkan doa rabitah dan doa jihad sebelum kami berangkat ke check point pertama iaitu di Kompleks Sogo . Sementara di Masjid Jamek telah berhimpun lebih 30 ribu , demikian juga di Masjid Negara yang sedang menanti kemaraan kumpulan Komplek Sogo untuk bergabung sebelum sama - sama berarak ke Istana Negara .



Taklimat , pengarahan dan peraturan sedang disampaikan oleh pimpinan dihadapan bangunan PAS sebelum bergerak ke Sogo .



Melangkah gagah al fadhil ustaz Ghani Shamsudin memimpin rombongan ke Komplek Sogo .



Rombongan telah berada di Kompleks Sogo dan sedang menanti arahan lanjut yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik dan Cikgu Badrul



Rombongan perarakkan raksasa telah memasuki selekoh pertama sebelum membelok ke pintu Istana Negara . Rombongan ini adalah gabungan rombongan Komplek Sogo yang dipimpin oleh Ust. Abu Bakar Chik dan Cikgu Badrul dengan Kumpulan Masjid Negara yang dipimpin oleh Tok Guru Hj. Hadi dan Salahuddin Ayub serta beberapa pimpinan Pusat yang lain . Jumlah mereka 50 ribu atau lebih .


Sementara Rombongan dari Masjid Jamek ketika kami sampai diselekoh ini dilaporkan sedang dikepong oleh pihak Polis dan FRU serta berlaku tembakan gas pemedih mata serta water canon di sana . Jumlah mereka di Masjid Jamek juga tidak kurang sekitar 30 ribu


Rombongan pertama telah sampai di hadapan jalan utama menuju ke pintu Istana Negara .



Gambar dari atas . Rombongan pertama sedang menanti rakan - rakan yang lain ( dari masjid Jamek , Central Point dll ) . Masa ini rombongan Dato' Seri Anwar Ibrahim belum tiba .


Setelah selesai dan bersurai , kami bertembung dengan kumpulan dari Masjid Jamek yang baru terlepas dari kepongan polis dan mereka sedang menuju ke Istana . Hampa , di mana mereka terpaksa berpatah pulang kerana majlis penyerahan memo telah berakhir dan majlis telah disuraikan secara aman .