" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, January 31, 2008

Dewan al Imam Syafie

Akademi Ar Rasyidin
B 632, Tingkat 1 Taman Emas
Jalan Beserah 25300 Kuantan Pahang

( Bersebelahan Tunas Manja Beserah )

Muslimin dan Muslimat dijemput hadhir
Sebarkan kepada semua

AKTIVITI SEMASA DI
AKADEMI AR RASYIDIN

Kuliah atau pengajian agama secara intensif akan bermula 1 Feb. 2008 ini. ( esok ) Saya sangat mengharap agar ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak khasnya masyarakat setempat.

Pengajian ini dihidangkan secara percuma kepada masyarakat dengan hasrat ianya benar - benar mampu dimanafaatkan oleh segenap lapisan masyarakat ke arah membasmi kejahilan dan meningkatkan penguasaan ilmu agama .

Akademi Ar Rasyidin dengan segala keupayaannya , cuba melakukan khidmat yang terbaik , semoga ianya tergolong dalam amalan yang soleh dan diterima Allah swt.

Segala kelemahan dan kekurangan , terlebih dahulu pihak Akademi Ar Rasyidin memohon maaf dan mengalu - alukan pandangan serta penambahbaikan demi kepentingan semua.

Buat masa ini , aktiviti tetap di Akademi Ar Rasyidin akan dijalankan di Dewan al Imam Syafie sebagaimana berikut :

Setiap Hari ISNIN ( malam selasa : Jam 7.30 pm )

Pengajian Tajwid dan Ulumul Quran.
Dibimbing oleh : Al Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria al Haafiz .

Setiap Hari SELASA ( malam Rabu : Jam 7.30 pm )

Pengajian Feqah Asy Syafie .
Dibimbing oleh : Al Fadhil Ustaz Zuridan bin Daud
Kitab berjudul : Feqh Minhaji . ( Karya Dr. Musthafa Bugho )

Setiap Hari RABU ( malam Khamis : Jam 7.30 pm )

Pengajian Tafsirul Quran.
Dibimbing oleh : Ustaz Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Kitab berjudul : Tafsir al Munir . ( Karya Dr. Wahbah az Zuhaili )

Setiap Hari JUMAAT ( Jam 5.00 pm )

Pengajian Feqh Wanita.
Dibimbing oleh : Ustazah Humaidah binti Daud

Keterangan lanjut mengenai aktiviti ini boleh hubungi kami di talian
019 - 984 8182 ( Nasrudin )
019 - 997 8427 ( Asyraf )
013 - 968 6002 ( Habibullah )

Sebarang sumbangan derma dan infaq saudara untuk menjayakan kelas - kelas pengajian ini sangat dialu - alukan dan ianya boleh disalurkan terus ke akaun Akademi Ar Rasyidin atas nama :

Ar Rasyidin Enterprise
06010000016106
CIMB ( Islamik Bank )

Tuesday, January 29, 2008

KALIMAH SYAHADATAIN
TUNTUTAN DAN PENGHAYATANNYA ( siri ketiga )

SIAPA TOGHUT .. ?

Toghut adalah suatu yang amat bercangah dengan Iman dan Islam .

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

( Al Baqarah 256 – 257 )

Melalui ayat di atas , jelas kita dapat mengenal pasti indentiti dan orientasi toghut . Identiti dan orientasi yang dimaksudkan ialah :

( Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. )

Orientasi mereka ialah Mengeluarkan manusia dari cahaya Iman kepada kegelapan kufur .

( mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). )

Identiti mereka ialah Kekal didalam neraka buat selama – lamanya .

( mereka kekal di dalamnya. )

Toghut ini merangkumi syaithan , berhala dan manusia – manusia jahat yang menetapkan hukum secara curang menurut hawa nafsu .

Setiap idea , arahan , seruan atau pemaksaan supaya keluar dari cahaya Allah ( syariat ) kepada Zulumat ( yang bercanggah dengan syariat ) itu juga adalah Toghut .

Sebagai contoh , kita melarang orang minum arak kerana Allah swt. menegah kita meminum arak .

Firman Allah swt :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

( Al Maaidah 90 – 91 )

Tetapi mereka mengajak orang supaya minum arak dengan mereka mengiklankan arak , tampal arak berjenama seperti Carlberg di belakang bas , tepi – tepi jalan , atas bumbung teksi, dalam media cetak dan seumpamanya . Semuanya ini dinamakan Toghut sebab kerja mereka ialah kerja :

Mengajak manusia dari cahaya hidayah menuju kegelapan Jahiliyyah.

Kita mengajak orang memakmurkan masjid dan kuliah ilmu di dalamnya , tinggalkan pergaulan bebas , jauhi zina dan sebarang muqaddimah yang boleh mendorong berlakunya zina .

Firman Allah swt :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

( Al – Isra’ 32 )

Tetapi mereka mengajak orang ke Dataran Merdeka , kelab malam dan sebagainya untuk berhibur tanpa peduli waktu solat , mereka berpesta dan bergaul bebas menari lelaki dan perempuan , yang akhirnya berkesudahan dengan kes zina dan buang anak . Inilah Toghut sebab kerja mereka ialah :

Kita menyeru semua orang supaya melaksanakan syariat Allah swt. secara menyeluruh ( ibadah , muamalat , munakahat , aqidah dll ) justeru ini adalah perintah Qadhi Rabbul Izzati ,

FirmanNya :

“ Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”

( Al Jathiah 18 )

“ Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

( Ali – Imran 85 )

Tetapi mereka mengajak orang mengejar pembangunan dan kemajuan seraya menuduh hukum hakam Islam tidak sesuai di zaman modern , kalau laksanakan hukum Islam boleh makan sup tanganlah kita , apabila tangan tak ada , pembangunan akan tergendala dan pelbagai tohmahan dan kata – kata sinis . Inilah Toghut sebab kerja mereka ialah :

Mengeluarkan manusia dari cahaya hidayah menuju kegelapan Jahiliyyah.

Allah swt. berfirman :

” Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauhDan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu..”

( An – Nisa’ 60 – 61 )

Dunia hari ini dikuasai oleh anasir Toghut dan ia bertembung hebat dengan usaha – usaha untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyyah . Pertembungan ini amat sengit namun ia hanya dapat dirasai oleh mereka yang bekerja dan berjuang untuk membina Khilafah Islamiyyah .

Sementara mereka yang hanya hidup untuk mencari makan tanpa mempedulikan Amal Islami dan Amal Jamaei , ( hanya sekadar solat , puasa , haji , zakat sedang Islam apa nak jadi , jadilah ! ) jiwa mereka kekosongan dan mereka larut dalam iklim toghut dan jahiliyyah .

Persoalan siapakah toghut bukan hanya untuk kita mengenali toghut semata - mata bahkan sekurang – kurangnya mesti mengambil 2 tindakan tegas :

Ø Kita kenal toghut , mestilah kita tidak melibatkan diri dengan sebarang gejala tajaan toghut .

Ø Kita kenal toghut , mestilah kita tentang ia habis – habisan supaya ummat Islam selamat dari bahaya dan ancamannya.

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah swt. sayugianya kita menyedari bahawa toghut adalah matlamat dan hadaf orang – orang kafir , sementara orang – orang kafir pula siang dan malam merancang untuk mengepong dan membinasakan Islam . Dalam situasi begini , apakah dikalangan kita ummat Islam masih ada mereka yang sanggup dan mampu berpeluk tubuh .

Angkara toghut yang bermaharajalela dengan orientasi atau misi Agong mereka sebagaimana yang didedahkan oleh Allah swt.

kita dapat menyaksikan implikasinya amat dahsyat :

· Angka orang – orang murtad meningkat tinggi.
· Kes – kes zina , free sex menjadi suatu yang rutin.
· Remaja berpeleseran dan berpoya – poya .
· Penghinaan terhadap Islam secara terbuka.
· Iklim social kian parah dan tenat .

( Pembunuhan , gengster , penderaan , perdurhakaan terhadap orang tua menjadi isu yang berpanjangan.)

· Jumlah orang yang tidak bersembahyang dan buta Al Quran terus menjadi igauan ngeri buat semua ummat Islam , tambahan pula masih terlalu ramai mereka yang tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah .

Justeru itu , bangunlah wahai saudara seagamaku ! Toghut mesti ditentang habis – habisan .

Sebarang gejala dan anasir toghut jua mesti dihapuskan hingga ke akar umbi . Ingatlah perintah Allah swt :

“ Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.”

( Surah an Nisa' : 76 )

Berwaspadalah agar kita tidak terlibat dengan gejala toghut ini , kerana kelak kita akan diazab oleh Allah swt. Antara golongan yang berhak menerima azab dari Allah swt. ialah golongan toghut .

Setinggi mana pangkat , selebar mana pengaruh dan sekuat mana kuasa , mereka yang terlibat dengan toghut tetap diazab dan mereka pastinya gagal melepaskan diri dari azab Ilahi . Al Quran telah highlight kepada kita tokoh – tokoh toghut dunia yang menerima azab dari Allah swt.

1 . Firaun :

Firman Allah swt.

“ Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas – toghut- (dalam kekufuran dan kezalimannya); "Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? `Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar. Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

( An – Naziaat 15 – 24 )

Firaun diisytiharkan toghut dan berhak mendapat azab yang berkekalan kerana 4 sifat berikut :

Ø Mendustakan Nabi
Ø Durhaka kepada Allah swt.
Ø Berpaling ingkar dari keterangan Allah swt.
Ø Mengaku menjadi tuhan .

2 . A'ad dan Thamud :

Firman Allah swt :

(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela dan melampaui batas ( toghut ) di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

Wednesday, January 23, 2008

Tuntutan dan Penghayatan
asy Syahaadatain. ( siri kedua )

لا إله إلا الله: adalah kalimah tauhid yang mengesakan Allah swt .

4 kategori ini :

Ahkam ( Peraturan dan syariat )
Afa'al ( perbuatan )
Sifat
Zat

Firman Allah swt :

“ Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

( Al – Isra’ 111 )

Kekeliruan yang amat ketara dihadapi oleh ummat Islam hari ini , tatkala ramai dikalangan ummat Islam masih memberi hak kepada manusia untuk menentukan dasar hidup manusia di muka bumi, sedang ini nyata bercanggah dengan Tauhid Ahkam Allah swt. yang meletakkan hanya Allah swt. berkuasa mutlak menentukan dasar dan cara hidup manusia ( syariat / perundangan )

Firman Allah swt :

“ Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

( Ali – Imran 85 )

Syirik adalah virus yang amat merbahaya justeru ia melumpuhkan aqidah atau iman seseorang . Al – Quran telah mengisytiharkan pekelilingnya kepada dunia untuk mengesahkan bahaya syirik . Firman Allah swt :

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

( Luqman 13 )

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

( An – Nisaa’ 48 )

Mereka yang melakukan syirik dan kufur kepada Allah swt. akan menyaksikan bagaimana seluruh amal ibadah yang mereka lakukan terbatal begitu sahaja .

Firman Allah swt :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

( Al – Baqarah 217 )

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”

( An – Nisaa’ 116 )

لا إله إلا الله : Adalah kalimah yang dilafazkan untuk seseorang itu mengaku muslim , namun begitu ianya tidak terhenti di atas lafaz yang kaku tanpa memenuhi tuntutan - tuntutannya .

Setiap individu yang melafazkannya jua wajib menafikan 4 perkara :

4 PERKARA NAFI :

1 . الآلهـــة : ( yakni sesuatu yang dianggap boleh memberi manafaat dan menolak kemudharatan )

Kalimah لا إله إلا الله sekali – kali tidak boleh berkompromi dengan mana – mana kalimah yang meletakkan kekuasaan “ memberi manafaat dan menolak kemudharatan atau sebaliknya menolak manafaat dan memberi kemudharatan ” selain Allah Azza Wajalla.

Kalimah لا إله إلا الله adalah kalimah tauhid yang mengesakan Allah swt. dengan pengertian tiada siapa yang berkuasa mutlak untuk memberi dan menolak manafaat , sekalipun ia mempunyai pengaruh yang hebat , kekayaan yang melimpah dan kuasa yang kuat .

Begitulah jua tiada siapa yang berkuasa mutlak untuk menolak dan memberi mudharat . Penguasa , pawang , benda – benda keramat , jin jembalang dan sebagainya seringkali menyebabkan ummat Islam menjadi syirik dan kufur kepada Allah swt.

Hal ini berlaku apabila ummat Islam menganggap perkara tersebut mampu memberi serta menolak manafaat dan mudharat . Satu peringkat khasnya dalam masyarakat melayu fahaman Hantuisme begitu menebal sehingga melahirkan rasa harap dan takut yang bersangatan seolah – seolah hantu itu memiliki kuasa mutlak untuk memberi manafaat dan mudharat , sedang Allah swt. telah berfirman :

“ Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan ”

( Al Anbiya’ 22 )

“ Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? "

( Al A’raaf 65 )

2 . الأنداد :
( Yakni : sesuatu yang memalingkan seseorang dari agama Islam dan ianya terdiri dari perkara yang disayangi seperti isteri , anak - anak , tempat tinggal , kaum keluarga , harta dan seumpamanya .

Firman Allah swt :

“ (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)”.

( Al Baqarah 165 )

Firman Allah swt :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan ( daripada ) berjihad untuk UgamaNya , maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya ( azab seksanya ) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang – orang yang fasik ( derhaka )

( At – Taubah 24 )

3 . الأرباب : ( Yakni : mereka yang memberi fatwa menyeleweng dan bercangggah dengan Kitab Allah swt. dan Sunnah Rasulullah saw. Seperti menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah )

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

( At Taubah 31 )

Rasulullah saw. Bersabda :

عن عدي بن حاتِم قال : جِئْتُ إلى النَّبي صلى الله عليه و سلم و عُنُقِيْ صَليبٌ مِن ذَهَبٍ فقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَدِي إِطْرَاحْ هَذَا الْوَثَنَ ثُمَّ تَلاَ : اِتْخَذُوْا أَحْبَارَهُمْ وَ رُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِن دُوْنِ اللهِ . فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ لاَ يَعْبُدُوْنَهُمْ : قَالَ أَلَيْسَ يَحِلُّوْنَ عَلَيْهِمْ مَا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِمْ فَيَسْتَحِلُّوْنَهُ أَلَيْسَ يُحَرِّمُوْنَ مَا أَحَلَّ اللهُ لَهُمْ فَيُحَرِّمُوْنَهُ قُلْتُ بَلَى قَالَ : تِلْكَ عِبَادَتُهُمْ .

رواه الإمام البيهقي

Maksudnya ; dari A’di bin Hatim telah berkata ; Aku telah menemui Rasulullah saw. sedang dileherku terkalung lambang salib yang diperbuat dari emas . Maka Rasulullah saw. telah bersabda : Wahai A’di buangkan lambang salib itu , lalu Rasulullah saw. membaca ( ayat 31 dari surah At taubah ) “ Orang Yahudi dan Nasrani telah menjadikan pendita – pendita mereka sebagai tuhan yang lain dari Allah ”. Lantas aku berkata : Ya Rasulallah: mereka ( Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah pendita – pendita mereka . Seterusnya Rasulullah saw. Bersabda : Bukankah mereka (Pendita ) menghalalkan ke atas mereka ( Yahudi dan Nasrani) apa yang diharamkan oleh Allah keatas mereka lalu mereka turut menghalalkannya dan bukankah mereka mengharamkan apa dihalalkan oleh Allah bagi mereka maka mereka turut mengharamkannya , maka aku berkata : Bahkan . (Akhirnya ) Rasulullah saw. Bersabda : Itulah penyembahan mereka.

( Riwayat Al Baihaqi )

Negara kita hari ini juga menyaksikan bagaimana dhohirnya ulama’ yang mengeluarkan fatwa – fatwa yang menyelewengg dan karut , namun ia masih diterima oleh sebahagian ummat Islam yang jahil . Seperti fatwa Politik suku ugama suku , Hudud tidak sesuai di zaman sains dan teknologi , syariat Islam tak boleh dilaksanakan kerana masyarakat majmuk dan sebagainya .

Tambah menyedihkan keadaan apabila negara kita mempunyai ruang untuk para juhala’ mengeluarkan fatwa dan pandangan , sedang orang alim pula diam membisu .

Sebagai contoh Akta keganasan rumahtangga , membolehkan isteri mendakwa suami atas tuduhan merogolnya apabila ia tidak mahu bersetubuh dengan suaminya tetapi suaminya tetap melakukannya. ( sedangkan Islam mewajibkan Isteri melayan suami walau apa keadaan sekalipun - kecuali uzur syarie . )

Akta tanah membolehkan kerajaan mengambil tanah rakyat sewenang – wenangnya di atas nama pembangunan tanpa boleh didakwa ke mahkamah . Sedang di zaman Zahir Shah , raja yang mengambil harta baitul Mal untuk kegunaan tentera di sempadan , ditentang hebat oleh Al Imam Nawawi Rhm.

Begitulah juga dimana peristiwa Saiyidina Omar didakwa ke Mahkamah oleh Al Abbas kerana mengambil tanahnya walaupun di atas tujuan untuk membesarkan masjid An –Nabawi .

Peristiwa - peristiwa ini menunjukkan bagaimana akta – akta tersebut bercanggah dengan usul dan qaedah syariat Islam , namun ia tetap diterima oleh sebahagian ummat Islam dan ulama membungkam sejuta bahasa kecuali segelintir dikalangan mereka . Inilah bahananya apabila Ulama’ diperintah oleh Juhala’

4 . الطواغيت :
( Yakni : sesuatu yang melampaui batas.) Saiyidina Omar Al Khattab rhu. menafsirkan Toghut sebagai Jalan – jalan Syaithan, sementara Imam Malik rhm. pula berkata : Semua perkara yang disembah selain Allah swt .dan ia rela disembah maka itulah Toghut .

“ Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.”

( An – Nahl 36 )

Syeikh Mohd Abd. Wahab Rhm. Berkata :

“ seseorang itu tidak akan menjadi mukmin yang hakiki kepada Allah swt. melainkan ia menentang Toghut.”

Monday, January 21, 2008

لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tuntutan dan Penghayatannya.

( Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi )

بسم الله الرحمن الرحيم

MUQADDIMAH .

Islam bertunjangkan aqidah yang sejahtera . Aqidah yang selamat dari sebarang virus yang menggugat dan menghakis nilai keyakinan kepada Allah Azza Wajalla . Khasnya virus syirik yang bahayanya mampu menghalang kelayakkan seseorang untuk menduduki syurga Allah swt.

Tentunya لا إله إلا الله adalah anti biotic yang efektif untuk membasmi penguasaan virus syirik yang amat merbahaya . Namun begitu , لا إله إلا الله mesti direalisasikan seluruh prinsip dan tuntutannya dalam kehidupan setiap individu . Selamatnya individu tersebut bergantung kepada sejauh mana ia berupaya memiliki prinsip dan melaksanakan tuntutan لا إله إلا الله .

PENGERTIAN لا إله إلا الله .

لا إله إلا الله : TIADA yang diikuti , dituruti , dipatuhi dan disembah selain daripada Allah swt.

Firman Allah swt :

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

( Taha 14 )

Firman Allah swt :

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

( Al Fatihah 5 )

لا إله إلا الله : PETUNJUK dan DOA hanya kepada Allah swt .

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka [1], bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

( Al Fatihah 6 – 7 )

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

( Al Qasas 56 )

لا إله إلا الله : Menyeru supaya TAAT dan TAKUT hanya kepada Allah swt. serta dalam masa yang sama mestilah mendurhakai hawa nafsu yang menyeleweng. Pengertian ini melahirkan sifat dan watak TAQWA kepada Allah swt. apabila ianya dicerna dalam dua keadaan serentak :

1. Tunduk kepada Allah swt.
2. Lawan hawa Nafsu yang menyeleweng .

Firman Allah swt :

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya

( An Naaziaat 40 – 41 ).

Mereka yang berhak menduduki syurga Allah swt. Ialah mereka yang:

1. Takut pada kebesaran Tuhannya
2. Cegah diri dari pengaruh hawa nafsu

Pengertian Taqwa :

1. Takut dalam erti kata TAAT ( melaksanakan semua bentuk perintah Allah samaada ringan atau berat dan meninggalkan semua larangan Allah swt. )

Cinta yang mendalam kepada Allah swt. dan tidak sampai bermain kayu tiga dengan Allah swt.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata :

“ Hati tidak berasa gembira dan mencapai kelazatan yang sempurna melainkan hati itu sentiasa berada dalam keadaan cinta kepada Allah swt. dan senantiasa menghampirinya dengan apa yang dikasihinya . Tidak mungkin hati itu rasa cinta dan kasih kepadaNya melainkan dengan meninggalkan semua perkara yang dikasihi selainNya. Inilah hakikat لا إله إلا الله “

لا إله إلا الله : Juga memberi erti Mengikut dan mematuhi apa sahaja perintah yang datang daripada Allah swt.

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

( Al A’raaf 3 )

Sebagai seorang mukmin kita tidak selayaknya banyak soal dan dalih dalam menerima arahan Allah swt.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَ مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنْمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَ اخْتِلاَفِهِمْ عَلى أَنْبِيَائِهِمْ .

Maksudnya : “ Dari Abi Hurairah Rha. Berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. Bersabda : Apa yang telah aku larang kamu daripada melakukannya , maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu maka laksanakanlah semampu mungkin , maka sesungguhnya telah rugilah orang – orang sebelum daripada kamu kerana banyaknya persoalan mereka dan wujudnya percanggahan pendapat terhadap nabi - nabi mereka .

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sebagai seorang mukmin , jua tidak seharusnya kita menggunakan logikal manusia semata – mata dalam membuat penilaian ( untuk menerima atau menolak ) sesuatu hukum atau perundangan .

Berkata Imam Syafie Rhm. :

“ Kiranya Islam itu dinilai secara logik , nescaya segalanya rosak dan binasa . Contohnya : kenapa tatkala kita buang air besar , kita hanya diwajibkan basuh sedangkan ianya jelas najis . apabila keluar air mani , kita diwajibkan mandi sedang ianya tidak najis.”

Ini menunjukkan kepada kita , bahawa Islam diamalkan bukan kerana logik atau tidak sesuatu amalan tersebut, tetapi berdasarkan ketaatan menjunjung tinggi titah perintah Allah saw.

Firman Allah swt :

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

( al a'raaf : 3 )

Negara kita tidak ketinggalan menerima ancaman dari golongan Aqlaniyyah yang cuba menafsirkan semula Al Quran menggunakan aqal dan logik .

Sabda Rasulullah : [2]

عن سعيد بن جُبَيْرٍ عن ابْنِ عباسٍ رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ قَالَ فِي اْلقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ .

رواه الترمذي وقال أبو عيس هذا حديث حسن صحيح

“ Barangsiapa yang bercakap mengenai ( menafsirkan ) AlQuran tanpa ilmu ( berdasarkan pandangan aqalnya semata – mata ) , maka silalah sediakan tempat tinggalnya di dalam Api neraka.”

( Riwayat at Tarmizi )

Menafsirkan Al – Quran mestilah berasaskan qaedah yang ditetapkan, bukan secara ' semborono ' atau ' hentam kromo ' juga bukan mengikut ' faham sendiri ' yang jauh dari ketetapan qaedah muktabar.

Ijma’ ulama’ menggariskan qaedah tafsir dalam 5 usul dan qawai’d [3] :

1. Tafsir Quran dengan Quran
2. Tafsir Quran dengan Sunnah
3. Tafsir Quran dengan kata–kata Sahabat Rhm.
4. Tafsir Quran dengan Lughah Arabiah
5. Tafsir Quran dengan apa yang difahami daripada ayat .
( seperti berasaskan Asbabun Nuzul dan Dhohir ayat . )

Imam As – Sayuthi berkata :

“ Tidak adalah yang lebih jahat dan bodoh daripada daripada ulama’ yang menggunakan ayat – ayat quran untuk membenarkan pemikirannya ( yang berdasarkan hawa nafsu ) ”

Sebagai seorang mukmin kita tidak harus degil dan takabbur terhadap ketetapan Allah swt.

لا إله إلا الله memaksa kita tunduk dan patuh kepada kebenaran Ilahi . Keengganan kita hanyalah membawa kita ke Neraka Allah dan kekal di dalamnya .

Firman Allah swt :

" Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

( Al Baqarah 39 )

Sifat enggan dan takabbur inilah menjadi 2 sifat aktif yang mendorong seseorang menjadi kufur kepada Allah swt. sebagaimana ianya pernah menimpa Iblis A’laihi Laknatullah .

Firman Allah swt :

“ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”

( Al Baqarah 34 )

Namun , amat malang sekali apabila budaya degil dan sombong ini berkembang pesat dikalangan segelintir ummat Islam semata – mata kerana sikap tidak mahu mengalah . Sedang kita telah diajar oleh Allah swt :

“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

( Ar Ruum 30 )

لا إله إلا الله : Bererti menolak dan menjauhkan diri secara menyeluruh akan semua bentuk undang – undang dan cara hidup Jahiliyyah .

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. . Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

( Al Maaidah 50 – 51 )

[1] Ayat 69 dari Surah An Nisa’ ( di bawah ) adalah menafsirkan golongan yang mendapat nikmat .

[2] Sunan at Tarmizi . Jilid 5 . Muka surat 199 .
كتاب تفسير القرآن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم

[3] Keterangan lanjut Ruju’ Kitab أصول التفسير و قواعده Karangan Syeikh Khalid Abdur Rahman .

Friday, January 18, 2008

Malaysia Negara Polis.
Apakah salah saya sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia , menghantar memorundum kepada Speaker Dewan Rakyat ? , sehingga saya dan beberapa pimpinan yang lain seperti Dr. Hatta Ramli , Dr. Lo' Lo' , Ustazah Nuridah Salleh dan ramai lagi rakan - rakan seperjuangan yang lain ditangkap sebelum sempat kami menyerahkan memorundum tersebut .

Semalam kami dihadapkan ke mahkamah dan ditahan dalam lokap malah digari bagaikan seorang penjenayah .

Apakah ini sebagai tekanan psikologi ke atas saya untuk melemahkan semangat daya juang saya dan rakan - rakan ? Demi Allah , Jeriji besi lokap dan gari ini tidak akan melemahkan semangat para pejuang Islam Insyaallah .

Sunday, January 13, 2008

Al Fatihah
Buat Bonda
Azizah bt. Mat Zin

Alhamdulillah , sekitar jam 10.10 mlm ( 12. January . 08 / sabtu ) jenazah al Marhumah Azizah bt Mat Zin ( bonda kepada Ustaz Fadhil Mohd Noor bin Abdul Karim al Yamani ) selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Chini Timur.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas al Marhumah dan menggolongkannya dikalangan hamba-hambaNya yang soleh .

Al Marhumah adalah antara muslimat yang gigih berjuang bersama gerakan Islam ini demi mendaulatkan syariat Allah swt. di bumi tercinta. Malah beliau juga sangat dikenali dikalangan masyarakat setempat dengan sikap ramah dan mudah mesranya.

Al Marhumah kembali ke rahmatillah di atas pangkuan anak lelakinya yang sulong Al Fadhil Ustaz Ariff ( bekas AJK DPP Kawasan Rompin ) sedang beliau menerima rawatan kecemasan di klinik yang berdekatan dengan tempat kejadian ( kemalangan ) sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Al Marhumah dalam perjalanan pulang ke Kedah bersama anaknya ( ustaz Ariff ) dengan menaiki Bas Ekspres . Mereka singgah di sebuah Masjid berhampiran Bagan Serai untuk menunaikan solat subuh . Sejurus selesai solat subuh , al Marhumah kembali untuk menaiki Bas Ekspres bagi meneruskan perjalanan. Secara kebetulan beliau singgah di sebuah gerai untuk membeli kuih sebagai bekal sarapan pagi tersebut.

Sewaktu memilih kuih , al Marhumah teringat cermin matanya tertinggal di Masjid lantas beliau terus kembali ke Masjid untuk mengambil cermin matanya dan pada masa itulah datang sebuah kereta dan terus melanggar al Marhumah sehingga al marhumah yang masih dalam keadaan berwudhu' melambung ke udara dan jatuh dalam keadaan yang sangat parah. Sementara kereta tersebut terus memecut laju dan menghilangkan diri .

Al Marhumah yang mengalami pendarahan yang teruk dibahagian kepala , menghembuskan nafasnya yang terakhir sejam kemudian di klinik sebelum di bawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani prosuder biasa .

Jenazah kemudiannya diuruskan serta dibawa pulang ke Felda Chini Timur dan sampai sekitar jam 6 petang.

Sewaktu insiden ini berlaku , saya berada di Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai persiapan untuk meeting bulanan pada jam 10 pagi sementara Ustaz Fadhil Noor pula sedang menyampaikan kuliah subuh di Ampang .

Kami berdua , sebaik sahaja menerima berita kemalangan tersebut , terus berkejar ke Parit Buntar , tetapi alhamdulillah tidak lama kemudian kami dapat berita bahawa jenazah telah dibenarkan untuk dibawa pulang ke Chini Timur ,
lalu kami patah balik dan menunggu mereka di hentian Genting Sempah .

Alhamdulillah , Kami bagi pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat memudahkan urusan kami dan memberi sokongan kepada kami menghadapi saat seperti ini.

Terima kasih Dewan Pemuda PAS Perak , Parit Buntar dan semua yang hadhir menyempurnakan solat jenazah pada malam tersebut.

Kami adik beradik juga alhamdulilah , dapat membuat pembaharuan dalam keluarga dan masyarakat apabila majlis pengebumian yang biasanya berakhir dengan talqin tetapi kini formatnya ditukar secara perlahan - lahan tanpa menyentuh sentimen masyarakat dengan kami membahagikan majlis kepada tiga.

Pertama ialah Tazkirah dan ianya disampaikan oleh saya sendiri guna mengingatkan semua yang hadhir dan masih hidup agar membuat persiapan dan persediaan menghadapi satu peristiwa yang pasti akan dihadapi oleh setiap insan iaitu mati.

Kedua ialah Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Ariff dan ketiga majlis berakhir dengan doa dari Ustaz Fadhil Noor untuk memohon kesejahteraan buat al Marhumah dan semua muslimin dan muslimat yang bersama dengan perjuangan Islam ini.

Amin . Semoga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak .

Friday, January 11, 2008

Squad Penyelamat

Unit AMAL .

Cari Sharlinie

Sampai Jumpa !


Pendahuluan :


Hari ini sekali lagi Negara kita gempar dengan kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar . Suatu tragedi yang meletakkan rakyat kembali resah dengan tahap keselamatan mereka dewasa kini . Tragedi yang menimpa adik Nurin Jazlin masih menjadi trauma yang sukar dilenyapkan dari masyarakat kita terutama kepada ibu bapanya , kini terpaksa berhadapan sekali lagi dengan peristiwa yang sangat menakutkan .


Sebelum ini adik Nur Fatiha Zaidi juga diculik namun alhamdulillah ia dikembalikan , kini tragedy penculikan berlaku lagi dan entah berapa kali lagi rakyat akan terus menghadapi tragedy seumpama ini sementara tahap keselamatan rakyat kian dipertikai dan dipersoalkan .


Gesaan Terhadap Pihak Kerajaan.


Berurutan dengan peristiwa ini , Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa dan mendesak supaya pihak kerajaan lebih serius dalam menangani kes yang berkait dengan keselamatan rakyat khasnya kanak – kanak .


Melahirkan rasa sedih dan simpati dari pimpinan Negara terhadap keluarga mangsa dan meratapi tragedi yang berakhir dengan kekejaman adalah suatu yang tidak memadai tanpa tindakan tegas dan berkesan diambil untuk mengatasinya.


Satu Suruhanjaya Khas mesti segera dibentuk bagi meneliti dan mengemukakan langkah serta tindakan berkesan guna mengekang jenayah serupa dari terus berlaku dan berleluasa disamping memburu dan menghukum penjenayah terbabit .


Dewan Pemuda PAS Pusat secara konsisten , tetap menegaskan bahawa kerajaan perlu segera melaksanakan syariat Islam sebagai peraturan dan undang – undang Negara yang berdaulat demi membendung Negara ini dari terus dicengkam ketakutan atau kebimbangan melampau akibat jenayah yang terus marak dan subur dalam negara ini.


Setelah peraturan dan undang – undang yang sedia ada jelas kelihatan gagal menangani pelbagai isu terutamanya berkait dengan soal jenayah yang dilihat mutaakhir ini berkembang pesat tanpa kawalan yang efektif. Penjenayah pula bagaikan “selamat” berada dalam system ini untuk terus memburu mangsa tanpa simpati.


Kerajaan selayaknya melunturkan keegoan mereka untuk sedia mengakui perlunya syariat Islam dalam menyelesaikan persoalan seperti ini setelah “mata kepala” mereka sendiri melihat dan menyaksikan kegagalan system ciptaan manusia yang mereka agongkan selama ini. Kenapa tidak kembali kepada qanun Ilahi ?


Sekali lagi kerajaan digesa supaya mereka menggunakan polis secara all out untuk memerangi jenayah dan mengekang tragedi seperti ini agar ianya tidak lagi berlaku. Janganlah kerajaan hanya mengerahkan kekuatan polis ini habis - habisan untuk memerangi dan membelasah parti pembangkang dan mereka yang tidak sealirang dengan mereka sebagaimana yang mereka tunjukkan sebelum ini dalam banyak insiden seperti isu BERSIH dan lainnya .


Squad Penyelamat Unit AMAL


Dewan Pemuda PAS Pusat turut terpanggil dengan penuh rasa tanggungjawab dan berkewajipan untuk bantu mencari dan menjejaki adik Sharlinie Mohd Nashar dengan mengarahkan Jabatan AMAL Pusat dan Negeri – negeri agar mengambil langkah pro aktif dalam menggerakkan jentera mereka . Squad Penyelamat UNIT AMAL dilancarkan dengan misi “ Cari Sharlinie Sampai Jumpa ” .


Semua jentera Dewan Pemuda PAS Pusat dikerahkan untuk mengedar risalah “ Di Mana Sharlinie ” dengan segala kesungguhan dan keupayaan yang ada. Dalam masa yang sama , solat hajat dan munajat hendaklah diadakan di seluruh Negara terutama di masjid – masjid dan juga di Pusat Tarbiyyah masing – masing .


Bersabar dan bertawakkal


Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan ibu bapa Sharlinie bersabar menghadapi ujian getir ini dan bertawakkal kepada Allah Azza wa Jalla . Semoga adik Sharlinie kembali kepangkuan keluarga dalam keadaan selamat . Amin Ya Rabbal A’lamin .


Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

KEARAH MEMAHAMI

DASAR - DASAR AQIDAH


1 - MAKNA AQIDAH DAN PERANANNYA SEBAGAI LANDASAN (DASAR) DALAM BERAGAMA


Aqidah berasal dari kata ‘aqd yang membawa maksud pengikatan (iqtikad). Maksudnya saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai aqidah yang benar,” bererti aqidahnya adalah bebas daripada keraguan.


Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.


Definisi Aqidah Secara Syara’


Iaitu iman kepada allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini disebut juga sebagai rukun iman.


Syari’at terbahagi kepada dua bahagian:


1 - Iqtiqadiyah

2 – amaliyah


Iqtiqadiyah adalah hal-hal yang tidak berhubungan dengan tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (pokok agama).


Maka aqidah yang benar adalah asas bagi bangunan agama serta merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. berikut:


قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا


“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


(al-Kahfi: 110)


وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ


“Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.”


(az-Zumar: 65)


إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (2) أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (3)


“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).”


(az-Zumar: 2-3)


Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat banyak, menunjukkan bahawa segala amal tidak akan diterima jika tidak bersih dari syirik. Kerana itulah perhatian Nabi s.a.w. yang pertama kali di-dakwahkan (disampaikan dan diterapkan) adalah hal-hal perlurusan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal yang paling utama dan pertama yang di-dakwahkan oleh para rasul kepada setiap umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia (menghapuskan syirik). Sebagaimana firman Allah berikut:


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan rasul-rasulNya.”


(an-Nahl: 36)


لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ


“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya Aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari Yang besar (hari kiamat)"


(al-A’raaf: 59)


وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلا تَتَّقُونَ


“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadanya? "


(al-A’raaf: 65, rujuk juga 73 dan 85)


Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syu’aib, dan seluruh rasul a.s. Dan selama 13 tahun baginda Nabi s.a.w. di Makkah sesudah kerasulannya, baginda mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan landasan (asas) bangunan (binaan) Islam. Para da’i dan para pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang tulen, dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada seluruh perintah Islami yang lain.


2 - SUMBER-SUMBER AQIDAH YANG BENAR DAN MANHAJ SALAF DALAM MENGAMBIL AQIDAH


Aqidah adalah tauqifiyah. Yang mana ertinya, tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil syar’i, tidak ada medan ijtihad dan pendapat di dalam-nya. Kerana itulah sumber-sumbernya terbatas kepada apa yang ada di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sebab tidak seorang pun yang lebih mengetahui tentang Allah, tentang sebarang apa yang wajib bagi-Nya dan apa yang harus disucikan dari-Nya melainkan Allah sendirilah yang sedia mengetahui. Dan tidak seorang pun sesudah Allah yang lebih mengetahui tentang Allah selain Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian, manhaj salafus soleh (golongan beriman yang terdahulu) dan para pengikutnya dalam mengambil aqidah terbatas kepada al-Qur’an dan as-Sunnah.


Maka segala apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah tentang hak Allah mereka mengimaninya, meyakininya dan mengamalkannya. Sedangkan apa yang tidak ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah mereka menolak dan menafikannya dari Allah. Kerana itu tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam iqtiqad. Bahkan aqidah mereka adalah satu dan jama’ah mereka juga satu. Kerana Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan al-Qur’an dan sunnah rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran aqidah dan kesatuan manhaj (dasar prinsip). Allah s.w.t. berfirman:


وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ


“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;”


(Ali Imran: 103)


قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى


“Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.”


(Thaha: 123)


إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”


(an-Nuur: 51-52)


Dan mereka inilah golongan yang selamat (firqatun-najiyah). Di dalam sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya):


“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlu kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jama’ah.”


(Hadis Riwayat Abu Duad, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury, al-Lalikaiy.

Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Az-Zhahabi)


Dalam riwayat yang lain disebutkan; “Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya.”


(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dinilai Hasan oleh al-Albani)


Ketika Rasulullah memberitahukan bahawa umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan yang kesemuanya di neraka, kecuali satu golongan. Baginda Rasulullah ditanya tentang perihal siapa yang satu itu..., lalu baginda Rasulullah s.a.w. menjawab;


“Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku.”


(Hadis Riwayat Ahmad)


Kebenaran sabda baginda Rasulullah s.a.w. tersebut telah terbukti ketika sebahagian manusia membangunkan aqidah dan manhaj mereka di atas selain kitab Allah dan sunnah yang sahih, iaitu dengan mengambil landasan ilmu kalam (mantiq dan aqal) yang diwarisi daripada falsafah Yunani dan Romawi. Maka atas sebab itulah, terjadinya pelbagai penyimpangan dan perpecahan dalam hal aqidah yang mana seterusnya mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat Islam kepada pelbagai jenis firqah (kelompok perpecahan) dan manhaj beragama yang berbeza-beza.


3 - BEBERAPA FAKTOR UTAMA TERJADINYA PENYIMPANGAN AQIDAH


1 – Kebodohan terhadap aqidah yang sahih. Ini berlaku adalah atas sebab tidak mahu mempelajari serta mendalami ilmu aqidah itu sendiri. Kurangnya inisitif untuk menyebarkan aqidah yang benar ke dalam diri setiap masyarakat yang ada. Ramai yang sengaja menjauhkan diri (berlepas diri) daripada mempelajari aqidah yang tulen ini. Sehingga tumbuhlah generasi yang tidak mengenal aqidah yang sahih dan juga tidak mengetahui yang haq atau batil. Akibatnya mereka meyakini yang haq sebagai sesuatu yang batil dan yang batil dianggap sebagai yang haq. Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar r.a.:


“Sesungguhnya ikatan simpul Islam akan pudar satu demi satu, manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa mengenal kejahilan.”


2 – Faktor yang kedua adalah kerana Taksub (fanatik) kepada sesuatu yang diwarisi dari puak-puak mereka atau orang-orang tua mereka, sekalipun hal itu jelas kebatilannya, dan mencampakkan apa yang menyalahinya, sekalipun hal itu benar. Sebagaimana yang difirmankan allah s.w.t.:


وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُونَ


“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?


(al-Baqarah: 170)


3 – Taqilid buta, dengan mengambil pendapat manusia dalam masalah aqidah tanpa mengetahui dalilnya dan tanpa menyelidiki seberapa jauh kebenarannya. Sebagaimana yang terjadi pada golongan-golongan seperti Muktazilah, Jahmiyah, dan lain-lainnya. Mereka bertaqlid kepada orang-orang sebelum mereka dari para imam yang sesat, sehingga mereka juga mengikut kesesatan imam ikutan mereka itu dan menyimpang jauh dari aqidah yang sahih.


وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا


“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.”


(al-Israa’: 36)


4 – Ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mencintai para wali, para imam, dan orang-orang soleh, serta mengangkat mereka di atas darjat yang melebihi kewajaran, sehingga meyakini pada diri mereka sesuatu yang tidak mampu dilakukan kecuali oleh allah, baik berupa mendatangkan kemanfaatan mahupun menolak kemudharatan. Juga menjadikan para wali itu sebagai perantara Allah dan makhluk-Nya, sehingga sampai pada tingkat penyembahan para wali tersebut dan bukan menyembah Allah. Mereka bertaqarrub kepada kuburan para wali itu dengan haiwan kurban, nadzar, doa-doa, istighatsah, dan meminta pertolongan. Sebagaimana yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh a.s.:


وَقَالُوا لا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلا سُوَاعًا وَلا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسرا


"Dan (Ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.”


(Nuh: 23)


Dan demikianlah yang terjadi pada pengagung-pengagung kuburan di pelbagai negeri sekarang ini.


5 – Ghaflah (lalai) daripada menghayati ayat-ayat Allah yang terhampar di jagat raya ini (ayat-ayat kauniyah) dan ayat-ayat Allah tertuang dalam Kitab-Nya (ayat-ayat Qur’aniyah). Di samping itu, juga terbuai dengan hasil-hasil teknologi dan kebudayaan, sehingga mengira bahawa itu semua adalah hasil ciptaan manusia semata-mata, sehingga mereka mengagung-agungkan manusia serta menisbatkan seluruh kemajuan ini kepada jerih payah dan penemuan manusia semata-mata. Sebagaimana kesombongan Qarun yang mengatakan:


قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ


Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).”


(al-Qashash: 78)


Dan sebagaimana perkataan orang lain yang juga sombong:


وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ رَحْمَةً مِنَّا مِنْ بَعْدِ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ هَذَا لِي وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِنْ رُجِعْتُ إِلَى رَبِّي إِنَّ لِي عِنْدَهُ لَلْحُسْنَى فَلَنُنَبِّئَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِمَا عَمِلُوا وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ


“Dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang aang kufur ingkar itu akan keburukan apa aang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.


(Fushilat: 50)


فَإِذَا مَسَّ الإنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لا يَعْلَمُونَ


“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).”


(az-Zumar: 49)


Mereka tidak berfikir dan tidak pula melihat keagungan Tuhan yang telah menciptakan alam ini dan yang telah memperlihatkan berbagai macam keistimewaan di dalam-nya. Juga yang telah menciptakan manusia lengkap dengan bekal ilmu dan kemampuan yang berguna untuk menemukan keistimewaan-keistimewaan alam serta mengaplikasikannya demi kepentingan manusia.


وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ


"Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu!"


(as-Shaffat: 96)


أَوَلَمْ يَنْظُرُوا فِي مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ وَأَنْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ


“Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?”


(al-A’raaf: 185)


6 – Pada umumnya rumah tangga dan institusi kekeluargaan sekarang ini kosong dari pengisian dan pendidikan yang benar menurut Islam. Padahal baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabada:


“Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah (Islam). Maka kedua orang tuanyalah yang (kemudian) menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”


(Hadis Riwayat Bukhari)


Jadi, di sini jelas bahawa orang tua atau ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam hal-hal pendidikan anak-anak mereka kepada akidah yang benar.


7 – Enggannya media melaksanakan tugasnya. Sistem pendidikan di sektor pendidikan juga tidak menerapkan perihal pendidikan yang sewajarnya berkaitan aqidah yang sebenar. Malahan, media maklumat samaada media cetak atau elektronik berubah menjadi sarana penghancur dan perosak, atau paling tidak hanya memfokuskan pada hal-hal yang bersifat materialistik dan hiburan semata-mata. Tidak memperhatikan hal-hal yang dapat meluruskan moral dan menanamkan aqidah serta menangkis aliran-aliran sesat. Dari sini, muncullah generasi yang telanjang tanpa asas pertahanan (iman), dan tidak berdaya berhadapan dengan pasukan kekufuran yang lengkap persenjataannya.


4 - BEBERAPA LANGKAH MENGATASI PENYIMPANGAN AQIDAH


1 – Kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. untuk mengambil aqidah yang sebenar. Dan mengambilnya sebagaimana para salafus soleh mengambilnya. Mempelajari aqidah yang benar dan berupaya membezakan fahaman yang menyimpang.


2 – Memberi perhatian pada pengajaran aqidah sahih, aqidah yang dipegang oleh para salaf (golongan terdahulu), di pelbagai lapangan pendidikan. Memberi ruang pengajian yang baik serta mengadakan pengawalan yang ketat dalam menyediakan sumber-sumber ini.


3 – Harus ditetapkan kitab-kitab salaf yang bersih sebagai wadah (bahan) pengajian. Sedangkan kitab-kitab kelompok yang menyeleweng haruslah dijauhkan.


4 – Menyebarkan para da’i yang meluruskan aqidah umat Islam dengan mengajarkan aqidah salaf serta menjawab dan menolak seluruh aqidah yang batil.


Sumber: Kitab Tauhid - jilid 1, Sheikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, (edisi terjemahan), Darul Haq, Cetakan ke-3 (2000).