" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, October 24, 2008

PEMUDA AGEN PERUBAH


Ucapan di majlis Perasmian ( Himpunan Pemuda Islam Terengganu ) HIMPIT 08 semalam . Ucapan yang bersifat motivasi yang menjurus ke arah Pemuda Agen Perubah ( Agent of Change ) . Turut sama berucap di dalam majlis ini ialah Yb. Salahudin Ayub Ketua DPP Pusat selaku Perasmi . Selamat Berijtima'

HUKUM MENYAMBUT DEPAVALI

Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.


penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.


Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan gologan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA

Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".

(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),

Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.

Wednesday, October 22, 2008

SEJARAH RINGKAS
PERGERAKAN YAHUDI
MENJELANG PENUBUHAN ISRAEL

OLEH : HAJI HANAFI RAHMAN EL FESFANJI

KEMASUKAN YAHUDI KE TURKI DAN KEKACAUAN-KEKACAUAN

Untuk membangunkan Istanbul, bandar yang baru untuk di majukan, Sultan Sulaiman al Qanuni (926H/1520M- ?/1566M) telah membawa masuk Yahudi dari Teluk balkan untuk menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul.

Sebelum ini , khalifah-khalifah uthmaniyyah yang terdahulu telah menyelamatkan mereka dari di bunuh oleh Pemerintah Kristian di Sepanyol dengan membantu mereka masuk ke Bulgaria dan menyediakan kehidupan yang selamat untuk mereka. Dengan gaji yang murah, mereka sanggup menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul dan mentaati kerajaan Uthmaniyyah.

Dua ratus tahun sebelum Uthmaniyyah di gelar orang tua sakit Eropah, sebahagian mereka telah dapat menjawat jawatan penting dalam pentadbiran termasuk dalam ketenteraan , manakala sebahagian yang lain pula menjadi taukeh-taukeh yang memiliki gedung perniagaan yang besar .

Setelah kedudukan mereka kuat dan teguh, mereka telah mendesak Uthmaniyyah agar memberikan Palestin kepada mereka, bersama seruan Yahudi yang bersifat global untuk menubuhkan Negara mereka yang merdeka di Palestin.

Pada tahun 1840, sebagai suatu kesedaran baru di kalangan orang-orang Yahudi berikutan kejayaan mereka dalam perancangan colonial yang sedang berlaku di sebahagian besar Dunia Islam.

Dari sini, maka seruan untuk kembali ke Palestin mewujudkan Negara Yahudi merdeka yang berasingan dari Negara-negara penjajah lain telah di laung-laungkan oleh Perdana Menteri British (1840) Frankrut BilMereston . pada tahun 1897, sebuah organisasi yang di bernama zionisme telah ditubuhkan di Swaziland untuk tujuan-tujuan tersebut.

Bermula dari tarikh tersebut,golongan yahudi di Turki telah menjadi sebahagian dari tulang belakang yang bergerak aktif untuk mencapai impian tersebut. Beberapa usaha telah di jalankan oleh golongan Yahudi di Turki termasuk menyogokkan kepada khalifah-khalifah Uthmaniyyah rasuah politik.

Sultan Abdul Hameed II (1876-1909) telah mendedahkan bagaimana ia telah di tawarkan dengan wang pound yang banyak dan beberapa kereta mewah supaya memberikan tanah di Palastin kepada orang-orang Yahudi. Melalui pakatan Yahudi, apabila Sultan Abdul Hameed menolak tawaran tersebut, beliau telah di lucutkan jawatan khalifah dan demikianlah mereka lakukan kepada khalifah-khalifah lain sehingga kerajaan tersebut jatuh dalam Perang Dunia Ke Dua

Dalam masa yang sama, British yang mana pekerja-pekerjanya adalah merupakan Yahudi Eropah yang beerasal dari luar Turki juga turut menjalankan dasar melemahkan pemerintahan Uthmaniyyah dengan cara menghasut pemimpin-pemimpin di wilayah Uthmaniyyah supaya bangkit secara bersenjata menentang Uthmaniyyah.

Mereka telah menjanjikan untuk membekalkan senjata kepada pemberontakan as Sanusiyyah di Afrika, Sharef Hussain Ibn Ali di Hijjaz(1856-1931), gerakan al Wahhabiyyah di Saudi-Iraq dan sebagainya.

PALESTIN DI BAWAH NAUNGAN BRITISH

Berikutan lenyapnya Uthmaniyyah dari muka bumi ini , super power yang di geruni selama lima ratus tahun, pihak bersekutu telah menubuh suatu organisasi politik yang di namakan League of nations bertujuan untuk mengelakkan peperangan. Ini kerana desakan penduduk Eropah yang terpaksa menanggung kerugian nyawa yang banyak akibat harga perang yang sangat mahal.

Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negeri –negeri bekas wilayah Uthmaniyyah yang telah lama bergelar Orang Tua Sakit Di Eropah telah di serahkan kepada British , termasuklah Palestin telah di serahkan di bawah Naungan British,

Suatu polisi yang melarang penduduk palastin mengekport hasil mahsul mereka sebagaimana yang telah berjalan lama sebelum perang telah di perkenalkan. Ini menyebabkan Palastin mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Sebagai usaha memulihkan keadaan tersebut, British telah menggalakan penduduk-penduduk tempatan supaya menjual sebahagian tanah-tanah yang mereka miliki. Ekoran dari Muktamar Yahudi Antarabangsa ke 5, Jewish National Fund telah di daftar sebagai suatu badan kewangan yang di lindungi British untuk tujuan membiayai pembelian tanah-tanah Palestin.

Apabila rancangan jahat yang terselindung di sebalik memperkemaskan ekonomi Palastin ini ke sedari oleh Ulama-Ulama, seorang pemimpin mereka, al Qadhi Mohamad Amen al Husaini telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kepada penduduk Palastin dari menjual tanah kepada orang-orang Yahudi.

Dengan menyatakan sebab pengharaman tersebut adalah kerana orang-orang yahudi yang membeli tanah adalah bertujuan untuk merampas Palastin daripada menjadi hak milik orang-orang Islam. Namun begitu, Yahudi telah berjaya mempengaruhi segelintir masyarakat Islam Palastin supaya memperlekehkan fatwa tersebut. Akhirnya fatwa tersebut tidak di endahkan, al Qahdi Mohamad Amen al Husaini di pecat dari jawatan tersebut dan telah mati di bunuh oleh orang-orang Yahudi dalam satu pertempuran

Dalam kemelesetan Ekonomi akibat inflasi yang teruk melanda dunia selepas Perang Dunia Pertama , Perdana Menteri British, Winston Churchill (1874-1960) telah memujuk ahli-ahli perniagaan yang kaya raya agar membiayai perang tersebut. Ahli-ahli perniagaan Yahudi telah bersetuju untuk membiayai perang dengan syarat , sebagai bayarannya, pihak British perlulah menyediakan satu negara yang sah untuk orang-orang yahudi di Palestin. Permintaan ini tidak sulit bagi British untuk di tunaikan kerana tanah tersebut adalah naungannya.

SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Selepas Perang dunia kedua, British telah memperolehi kemenangan besar menentang musuh-musuhnya. Maka hutang perang di tuntut supaya di lunaskan, tibalah masanya untk mewujudkan Negara Israel. League of Nations telah buburkan kerana kegagalannya dan digantikan United nations yang telah di tubuhkan pada awal 1948 . Usaha-usaha seterusnya di pergiatkan sehingga tertubuhnya Israel beberapa bulan selepas itu pada tahun yang sama

Tuesday, October 21, 2008

TAHAALUF SIYASI
KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw.

Siri Kelima :

Tahaaluf Siyasi di Peingkat Pembentukkan Negara .

Bai'ah al Aqabah Pertama

Nabi saw bertemu 6 orang pemuda dari Yathrib ( Madinah ) Semua mereka berasal dari Bani Khazraj. Mereka ialah As’ad bin Zurarah , Auf bin al Harith , Raafi’ bin Malik bin ‘Ajlan , Qutbah bin Amir bin Hadidah , Uqbah bin Amir bin Naabi dan Jabir bin Abdulullah bin Ri’ab.

Ibnu Ishaq menyebut bahawa Nabi saw. menyeru mereka agar menyembah Allah , memeluk agama Islam dan membacakan mereka ayat – ayat suci al Quran , akhirnya mereka menerima dakwah Nabi saw. [1]

Mereka juga sanggup menyahut seruan Nabi saw. untuk mempertahankan Islam bahkan sanggup melindungi Nabinya saw. sehingga Nabi saw. bebas menyampaikan Islam kepada masyarakat . Mereka turut berjanji untuk kembali ke Makkah pada musim berikutnya untuk bertemu Rasulullah saw. dan mendengar risalah yang dibawa . [2]

Setahun Baginda saw. menanti pertemuan yang telah dijanjikan bersama orang - orang Khazraj sebelumnya dan akhirnya ia dapat dilangsungkan di Aqabah dengan dihadhiri oleh 12 orang Ansar pada musim haji . Ia adalah pertemuan Aqabah pertama .[3]

Ubadah bin Shomit Rha. berkata : “ Aku termasuk di antara yang menghadhiri Bai’ah Aqabah pertama . Kami seramai 12 orang lelaki . Kemudian kami memberi Baiah kepada Rasulullah saw. yang dinamakan Bai’ah an Nisa’ untuk tidak menyekutukan Allah swt. , tidak mencuri , tidak berzina , tidak membunuh anak – anak , tidak melakukan dosa yang kami lakukan dan tidak menderhaka melakukan kebaikan.”

Rasululllah saw. berkata : “ Apabila kamu memenuhi janji tersebut maka kamu akan dibalas dengan syurga. Tetapi jika kamu tidak menepatinya maka urusan kamu semua diserahkan kepada Allah swt sesuai dengan kehendakNya samaada disiksa atau diampun . ”

Beberapa Perkara Penting Dalam Bai’ah Aqabah Pertama .

Pertama :

Strategi Siyasah Islam fokus kepada pembinaan dalaman dan hanya memberikan tumpuan kepada penduduk Yathrib . 6 orang Khazraj telah memainkan peranan besar menyebarkan risalah dakwah Islam kepada penduduk Yathrib ( Madinah ) sebagaimana disebut oleh Ibnu Ishaq :

Ketika sampai kepada Kabilah mereka di Madinah , mereka menjelaskan tentang Rasulullah saw dan mengajak kaum mereka memeluk agama Islam sehingga akhirnya ia tersebar ke seluruh Madinah tanpa terkecuali sebuah rumah pun melainkan sampai cerita tentang Nabi Muhammad saw.”

Justeru itu , orientasi gerakan Rasulullah saw fokus kepada pembinaan dalaman di Madinah dan menyebarkan fikrah baginda saw. kepada para pengikutnya.

Kedua :

Baia’ah Aqabah Pertama turut dihadhiri oleh 2 orang dari suku Aus . Ianya suatu perkembangan yang cukup positif bagi kepentingan dan masa depan Islam . 6 orang dari suku Khazraj telah berjaya menyelesaikan pertelingkahan dalaman mereka dengan Aus dengan membawa 7 orang baru dan 2 dari kalangan Aus .

Mereka telah menunaikan perjanjian mereka untuk mengenepikan pergaduhan antara suku dikalangan mereka dan berusaha mengajak yang lain memeluk Islam .

Ketiga :

Perkembangan positif yang hasil dari baiah Aqabah Pertama antaranya ialah peritusan Musa’b bin ‘Umair ke Madinah sebagai wakil peribadi nabi saw untuk memantau perkembangan semasa dan mendidik kaum muslimin mengenai agama yang serba baru bagi mereka .

Ulama’ melihat ini sebagai anjakan pemikiran dan politik Islam yang menjurus ke arah proses pembinaan dan pembentukan kaum Ansar yang telah meyakini aqidah suci ini .

Keempat :

Diplomasi Politik Islam pertama di Madinah berasaskan kepintaran politiknya meletakkan pemimpin Aus iaitu usaid bin Hudhair dan Saad bin Muadz akhirnya memeluk Islam . Bahkan hanya dalam tempoh setahun , tidak tinggal dikalangan Bani Abdul Asyhal ( kumpulan besar dari Aus ) , baik pemuda , wanita dan kanak – kanak melainkan semuanya telah memeluk Islam .

Fenomena tersebut semakin ketara dan ia menyediakan peluang ke arah mendirikan sebuah negara Islam di Madinah . Bertolak dari fenomena ini , menjadi satu tugas penting bagi kepimpinan pula menyusun kekuatan ini demi kepentingan gerakan .

Kelima :

Inilah yang dirancang oleh Rasulullah saw setelah mengerahkan seluruh keupayaan baginda untuk menjana kekuatan dan kejayaan Islam di Madinah . Usaha gigih ini ( peringkat akhir ) mengambil masa selama 2 tahun yang sarat dengan aktiviti dakwah dan gerakkerja dalaman seperti pembentukan saf yang kukuh dikalangan Ansar setelah mereka sebelumnya melalui tempoh peperangan saudara yang begitu panjang .

Keenam :

Gerakkerja tersebut dianggap selesai apabila sofwatul mukhtarah ( golongan teras ) telah merasakan bahawa negara baru perlu dibentuk dan didirikan segera . ianya dapat dilihat melalui kenyataan Jabir Rha. : “ sampai bila kita harus biarkan Nabi saw melakukan Tawaf dan melewati gunung ganang di Makkah dengan perasaan takut ?[4]

Jelas mereka telah siap siaga untuk bergerak lebih maju kehadapan dan menanti arahan juang menghadapi golongan Jahiliyyah .

Ketujuh :

Musa’b bin Umair kembali ke Makkah sebelum musim haji pada tahun ke 13 an Nubuwwah dan melaporkan bagaimana keadaan pemuda – pemuda Islam telah bersedia memikul amanah perperjuangan serta bagaimana Islam telah meresap ke segenap lapisan masyarakat Aus dan Khazraj dan kini mereka telah bersedia untuk memberi bai’ah baru yang lebih kuat dan meyakinkan dalam melindungi Rasulullah saw.

Kelapan :

Allah swt . memberikan keizinan [5] kepada kaum muslimin untuk berperang sebagai tindak balas terhadap kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka oleh Musyrikin Quraisy . Hikmahnya agar kaum muslimin tidak terkepung dalam suasana ketakutan ditindas dan lemah dizalimi .

Justeru proses membentuk negara Islam tidak akan berjaya kecuali membangunkan sofwatul mukhtarahnya yang kuat terlebih dahulu . Ibnu Ishaq berkata :

Sebelum Baia’ah Aqabah yang pertama , Rasulullah saw belum diizinkan untuk berperang dan belum dihalalkan baginya darah kuffar ( yang menentang ). Baginda hanya diperintah agar berdoa kepada Allah , bersabar atas segala siksaan dan mengelak diri dari segala perbuatan orang yang bodoh sedang waktu itu Quraisy telah menyiksa orang – orang muhajirin yang mengikut baginda.”

Kesembilan :

Pertemuan tersebut benar telah mengubah perjalanan sejarah di Musim haji pada tahun ke 13 an Nubuwwah dimana lebih 70 orang Madinah datang mengerjakan haji . Setiba mereka di Makkah , beberapa siri pertemuan berlaku antara mereka dengan Nabi saw secara sulit .

Pertemuan tersebut akhirnya membawa kepada kedua – dua kumpulan itu berpakat untuk bertemu semula pada pertengahan hari Tasyrik di sutau tempat ( jurang antara dua gunung ) di Aqabah berdekatan Jamratul Aqabah Pertama di Mina dan diadakan secara sulit pada waktu malam .

[1] Sirah an Nabawiyyah . Ibnu Hisyam jil. 1 hlm 428 - 429
[2] Sirah An Nabawiyyah Abdulluah bin Muhammad bin Abdul Wahab. Hlm 125
[3] Sirah An Nabawiyah . Ibnu Hisyam jil. 1 hlm 431
[4] Sirah an nabawiyah: Muhamad bin Abdul Wahab
[5] Surah al Haj : 39 - 41

Monday, October 20, 2008

SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA AYAH CHIK TERUS THABAT

20 hb. Oktober 1947 adalah tarikh lahir Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik .

Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat hari lahir yang ke 61 buat Ayah Chik semoga Allah swt mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat Ayah Chik terus memimpin Gerakan Islam ( PAS ) ke arah mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini khasnya tanahair kita .

Ayah Chik telah melalui pengalaman yang cukup luas di dalam dan di luar negara bersama dengan kebangkitan ummah menongkah arus tamaddun material dan ideologi Jahiliyyah Modern hari ini .

Jua telah melalui pelbagai pahit maung berdepan karenah ummah dan ahli Gerakan Islam ini dalam proses memimpin dan membentuk mereka , agar lahir sebuah generasi yang berjuang dan merdeka dari penjajahan pemikiran jahiliyyah hari ini .

Kami pemuda sangat berbesar hati di atas segala curahan ilmu dan bimbingan pengalaman yang telah Ayah Chik berikan tanpa jemu dan penat .

Insyaallah , perjuanganmu Ayah Chik akan kami langsungkan sehingga Islam tegak di bumi ini . Semoga kehidupan Ayah Chik sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah swt .

IBRAHIM ALI
WAJIB MELETAKKAN JAWATAN

Sejak awal saya tidak berminat dengan Ibrahim Ali ekoran karektornya yang gemar "cakap lepas" dan kasar dalam memilih istilah untuk dilafaz samaada dalam ucapan umum mahupun sewaktu berbual biasa .

Namun bukanlah itu menjadi sebab saya mengulas mengenainya di sini . Soal peribadinya saya kira telah disedari atau diketahui oleh umum . Cuma apa yang ingin saya sentuh ialah berkait dengan sikap dan pemikiran politiknya.

Beliau berkemungkinan besar tidak mengenali saya , tetapi saya tentu sahaja ingat dan kenal beliau sebagai "tokoh popular" dalam politik tanahair.

Sokong ISA.

Sudah banyak kali saya mendengar dari perbualan rakan - rakan mengenainya yang banyak menimbulkan "karenah" di Parlimen mahupun di luar parlimen . Malah sesekali saya sempat mendengar ucapan beliau yang disiar di kaca tv .

Sehinggalah beliau membuat sokongan terbuka terhadap ISA , membuatkan saya tidak mampu lagi memandang kosong melainkan saya terpaksa mendesak malah mencabar agar beliau segera meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas bagi membolehkan rakyat khasnya pengundi di Pasir Mas membuat penentuan semula secara jelas siapakan yang benar - benar layak mewakili mereka di Parlimen .

Beliau bertanding atas tiket PAS . Walau beliau berkali - kali menegaskan bahawa beliau tidak mewakili PAS sebaliknya BEBAS yang menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya umum yang lalu , tetapi realitinya rakyat memilih ( mengundi ) beliau berasaskan parti atau lambang parti yang beliau wakili dalam pilihanraya .

Tentu sahaja pihak PAS terutamanya PAS Kelantan mempunyai persefahaman dengan beliau sewaktu membenarkan lambang PAS mewakili beliau dalam PRU yang lalu . Tetapi , melalui "karenah" dan sokongan terbuka beliau terhadap ISA ( sebuah akta draconion ) maka saya melihat beliau telah melanggar malah mengkhianati "persefahaman" dengan PAS yang mana lambang PAS dibenar guna kepada beliau dalam PRU tempohari .

Mungkin tiada persefahaman rasmi seperti menandatangani MOU antara PAS dengan beliau ( saya tidak pasti mengenainya ) tetapi apabila beliau bertanding diatas tiket PAS , sekurang - kurangnya beliau mesti memahami dan menghormati pegangan , dasar serta prinsip perjuangan PAS . Antaranya ialah PAS sangat konsisten menentang ISA .

Apabila Ibrahim Ali membuat sokongan terbuka kepada ISA , sudah tentu ia melukakan perasaan ahli - ahli PAS malah pimpinan PAS jua , terutama YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyid Am PAS sementelah pula anaknya Ustaz Nik Adli pernah menjadi mangsa kezaliman akta primitif ISA tersebut .

Ibrahim Ali : Jika bermaruah sila Letak Jawatan

Rakyat secara umumnya sebagaimana yang saya sebutkan tadi pastinya mengundi Ibrahim ALi dan membawa kemenangan kepada beliau kerana mengenangkan beliau bertanding di atas tiket PAS .

Atas semangat rakyat mahu mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan , rakyat kelantan khasnya Pasir Mas sedia melupakan individu yang bertanding tetapi lebih melihat kepada parti yang diwakilinya. Tanpa saya menafikan bahawa mungkin ada faktor individu atau tokoh yang bertanding itu menyumbang kepada kemenangan .

Tetapi , untuk lebih adil dan memastikan benar kemenangannya solid bukan faktor PAS sebagai parti yang diwakilinya sewaktu bertanding , lantaran itulah beliau tidak teragak - agak untuk berbeza malah bertembung sikap dan prinsip dengan PAS , saya desak agar Ibrahim Ali letak jawatan kemudian turun bertanding semula dalam pilihanraya kecil dan kali ini beliau di atas tiket beliau sendiri iaitu BEBAS .

Saya cadangkan kepada PAS agar sudi memBEBASkan Ibrahim Ali dan saya juga percaya Ibrahim berani untuk mewakili BEBAS lawan PAS sebab beliau adalah anak jantan .

Kita boleh bersama sebagaimana kita bersama rakan - rakan parti kompenan dalam PAKATAN apabila kita boleh menghormati dan memahami ( bersefahaman ) dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip bersama .

Tetapi , saya melihat Ibrahim Ali telah banyak kali menyerang PAKATAN dan pimpinannya secara terbuka dan ini termasuk dalam karenah yang saya maksudkan tadi disamping sokongan beliau terhadap ISA menunjukkan tiadanya persefahaman antara PAS dengan Ibrahim Ali . Atau mungkin saya yang tidak faham isu ini , wallahualam . Saya mohon mencadang .......

RESOLUSI SEMINAR.
Penglibatan PAS dalam Urustadbir
Negeri - Negeri PAKATAN Rakyat

1. Parti mesti menerajui kerajaan dan bukan sebaliknya. Perangkaan dasar, program, penubuhan jabatan dan institusi baru mestilah diputuskan oleh parti terlebih dahulu.

2. Bagi negeri-negeri yang memerintah, mestilah membuat kajian dan analisa secara professional dengan diterajui parti sebelum ianya direalisasikan.

3. Negeri pakatan rakyat yang dikuasai oleh pas hendaklah melantik pakar2 tertentu walaupun bukan dinegeri itu untuk membantu kerajaan negeri dalam tugas2 khas guna memberi input kepada kerajaan dan memberi khidmat nasihat dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan.

4. Mewujudkan Shariah Advisory di setiap negeri pakatan rakyat.

5. Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.

6. Hubungan dengan sultan.

7. Hubungan negeri dengan negeri dan dengan pusat hendaklah dipelihara dengan baik dan diperkukuhkan

8. Mekanisme yang digunakan hendaklah menggunakapan peruntukan projek 2 di setiap daerah dengan diberikan grant atau surat jaminan.

9. Hudud tidak dilaksanakan kerana sekatan kerajaan federal. Tetapi tidak boleh ditinggal kesemua sekali. Yang boleh dibuat ialah kesalahan2 hudud yang dibicarakan dimahkamah2 negeri yang biasanya dihukum dengan wang atau denda hendaklah segera diubah dengan selain daripada wang kerana denda wang itu adalah As-suhtu dan as-suhtu adalah haram.

10. Isu arak: kilang yang masih beroperasi pada hari ini adalah lesen yang telah diluluskan oleh kerajaan UMNO dan BN terdahulu. Berdasarkan perjanjian dan penilaian siasah syariyyah, kerajaan pada hari ini tidak boleh menutup secara drastik kilang-kilang arak yang sedia ada sebelum tamat tempohnya. Tetapi apabila lesen yang sudah sedia ada telah tamat tempohnya, maka kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh membenarkan pembaharuan lesen tersebut atau melanjutkan tempoh lesen yang telah tamat.

11. Babi, berdasarkan siasah syariyyat dengan menggunakan maqasid di dalam muwazanat situasi yang ada, maka pemusatan pemeliharaan babi adalah lebih baik daripada dibiarkan pemelihannya berlaku tanpa kawalan.

12. Rumah ibadat golongan bukan islam adalah dibenarkan beroperasi di dalam negara islam. Hatta nabi saw pernah berpesan kepada tentera islam supaya jangan merobohkan rumah ibadat orang bukan islam. Oleh itu, pembinaan rumah ibadat bukan islam yang sedia boleh diteruskan dan pembinaan rumah ibadat yang baru perlu diteliti dan diselidiki dari sudut syarat keperluan secara tepat dan terperinci.

13. Hudud adalah salah satu dari syariat yang hendak dilaksanakan oleh pas. Untuk itu, kerajaan pas kelantan dan terengganu telahpun selesai membuat enakmen jenayah syariah di negeri masing-masing dan telah siap sedia untuk dilaksanakan akan tetapi dihalang oleh sistem undang2 malaysia yaaang meberika hhhak kepppada undang2 persekkutttan menguasai undang2 negeri, dimana yang bercannnggah dengan perlembagaan persekutuan tidak boleh dilaksanakan dinegeri. Tambahan pula UMNO BN sendiri yang menjadi penghalang dan pernah wakil mereka menyaman kerajaan PAS kerana hendak melaksanakan hudud.

CADANGAN:

1. Mempergiatkan dan memperbanyakkan program penerangan dan pemahaman tentang konsep siasah syariyyah daripada sumbernya yang tepat bagi kesemua jentera parti terutamanya mereka yang terlibat dengan pentadbiran negeri.

2. Mendokumentasikan siasah syariyyah dalam bentuk manual yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak pemegang kuasa di negeri-negeri pakatan rakyat.

3. Merekodkan pengalaman siasah syariyyah terdahulu dalam konteks moden seperti pengalaman kelantan, terengganu, Turkey, Hamas Palesin, FIS algeria, Jamaat Islamiyyah Pakistan dan lain-lain.

4. Mendokumentasi semula situasi dan reality sebenar serta siasah syariyyah yang digunakan sewaktu penggabungan PAS dan UMNO pada tahun 70an supaya generasi yang kemudian dapat mengambil kesimpulan dan pengiktibaran dengan mengambil pengalaman dalam mengatur strategi dan membuat keputusan .

Sunday, October 19, 2008

Seminar Siyasah Syariyyah :
Penglibatan PAS dalam Urustadbir
Negeri - Negeri PAKATAN RAKYAT
Berasaskan Siasah Syariyyah

PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat telah berjaya menganjurkan Seminar Penglibatan PAS dalam urustadbir negeri - negeri PAKATAN berasaskan Siasah Syariyyah

Beberapa kertas kerja telah dibentang dan diulas dengan baik oleh panel yang diundang . Antaranya :

Ucaptama ( Perasmian ) : Prinsip - prinsip Syar'iyyah dan Amalan di Malaysia dan Pengalaman PAS . oleh Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS .

Kertas kerja pertama bertajuk : Pengalaman PAS dalam Barisan Nasional ( 1973 - 1978 ) Analisis Pencapaian PAS . Kertas ini dibentang oleh Dato' Mustafa Ali selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat . Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Sains dan Teknologo di zaman Kerajaan Campuran tempoh lalu .

Sementara kertas kerja kedua dibentang oleh Yb. Dato' Ustaz Hj. Abdul Halim Abdul Rahman bertajuk : Pengalaman PAS dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan ( 1990 - 2004 )

Dr. Kamaruzzaman Yusof ( UKM ) dan Sdr Mohd Fadhli Ghani ( Pegawai Penyelidik PAS ) telah diminta mengulas kedua - dua kertas kerja tersebut .

Kertas kerja ketiga bertajuk : Siyasah Syari'yyah Dalam Kerajaan PAKATAN Rakyat Kedah , Perak dan Selangor. oleh Yb. Dato' Harun Taib AJK PAS Pusat . Kertas ini diulas oleh YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ( MB Kedah ) , Yb. Hj Mohd Zainudin ( EXCO Kerajaan Negeri Perak ) dan Yb. Ir Iskandar Abd Samad ( Exco Selangor ).

Sessi soal jawab juga disediakan kepada semua peserta dengan menyentuh pelbagai isu berkait perlaksanaan siasah Syar'iyyah .

Seminar ditutup secara rasminya oleh Ybhg Dato' Dr. Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS yang turut menyentuh soal keperluan melaksanakan pentadbiran berasaskan Siasah Syar'iyyah demi membentuk sebuah negeri yang aman , sejahtera dan adil serta mendapat rahmat jua berkat dari Allah Jalla wa A'la .

Alhamdulillah , saya kira objektif seminar ini dapat dicapai dengan baik dan insyaallah saya akan postkan resolusi seminar ini tengah malam nanti .

Objektif Seminar .

1. Merumus polisi dan dasar yang disepakati dikalangan pimpinan PAS dalam menangani penglibatan PAS dalam kerajaan PAKATAN berasaskan Siasah Syari'yyah .

2. Merintis jalan kepada mewujudkan satu garis panduan kepada anggota - anggota kerajaan daripada PAS terutamanya dalam konteks negeri Kedah , Perak dan Selangor .

3. Mewujudkan keselarasan dalam penerangan oleh pimpinan - pimpinan PAS kepada ahli - ahli dan rakyat tentang pendekatan PAS dalam melaksanakan Syariah Islam dalam realiti politik pasca PRU 12

Bagi mencapai objektif yang digariskan , adalah penting bagi seminar ini :

1. Meneliti kembali pengalaman PAS dalam melaksanakan idelisme PAS dalam beberapa pentadbiran kerajaan berikut dari sudut pandangan Siasah Syariyyah .

2. Kerajaan Kelantan Darul Naim ( 1990 - Sekarang )

3. Pembabitan dalam Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional ( 1973 - 1978 )

4. Memahami realiti politik semasa , kerangka perundangan , populasi masyarakat dan lain - lain di Malaysia yang memberi faktor kepada "positioning" PAS mencapai matlamat perjuangannya .

5. Menentukan sikap PAS dalam melaksanakan tugas Tamkin ( Pemerintahan ) kerajaan PAKATAN Rakyat berasaskan :

Feqh at Taghyir
Feqh al Waqi'
Feqh al Aulawiyat
Feqh al Muwaazanat
Feqh maratibil Amal .

Friday, October 17, 2008

NAJIB MENUJU TAKHTA
DENGAN IMEJ YANG SANGAT BURUK

Hari ini setuju atau tidak , penganalisis politik terpaksa melihat kehadhiran Najib dan kemnya menuju takhta pemerintahan negara .

Bagi pihak PAKATAN RAKYAT pastinya usaha masih giat dan gigih digerakkan untuk merebut takhta tersebut.

Saya percaya , Abdullah Badawi tentu sahaja mencongak strategi agar tidak "terlopong" begitu sahaja setelah beliau "terpaksa" merencana pelan peralihan kuasa .

Pertukaran potfolio dari Kewangan kepada Pertahanan sebelum beliau berundur sebagai Presiden UMNO pun dilihat sebagai salah satu strategi yang dicongak oleh Pak Lah . Kita juga kena ingat , Pak Lah belum membuat sebarang kenyataan atau pelan untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri , yang disebut ialah hanya Presiden UMNO .

Turut menambah daya tarik pemerhati politik ialah kebelakangan ini isu atau skandal yang membelenggu Najib bukan sahaja diungkit dan didedah kembali tetapi juga satu demi satu skandal baru didedah dengan lebih terperinci . Terbaru isu pembelian Eurocopter RM 2.3 bilion.

Walaupun skandal itu didedah oleh pihak PAKATAN RAKYAT , tetapi tidak mudah untuk kita mengenepikan peranan Pak Lah setelah mengambil alih Kementerian Pertahanan .

Najib disebut sebagai tokoh dan bakal Perdana Menteri ke 6 . Saya sendiri tidak dapat menyembunyikan kebimbangan justeru Najib adalah seorang tokoh yang kaya dengan skandal yang mampu menggugat kestabilan politik dan ketenteraman tanahair .

Saya percaya , masyarakat awam diluar juga turut menyimpan rasa bimbang . Al Tantunya terus menghantui laluan politik tanahair khasnya Najib . Nampaknya tak mudah juga Najib ingin menduduki takhta Perdana Menteri .

Tambahan pula , Perdana Menteri lain sebelum ini secara umumnya menaiki takhta dengan imej yang baik dan bersih . Hanya di akhir pemerintahan mereka baru terserlah segala kepincangan dan tembelang . Berlainan sekali dengan Najib , belum pun menapak ke kerusi takhta tersebut , dirinya telah bergelumang dengan skandal yang mempalit imej kotor dan buruk . Tu , belum kita cerita pasal isterinya yang juga bakal menjadi "first lady" , kini telah mendapat jolokan "Imelda Malaysia"

Dari segi imej yang ada pada Najib hari ini , saya pun tak nampak slogan apa yang akan dibawa oleh beliau setelah Mahathir dulunya berjaya memukau rakyat dengan slogan Islamisasinya sehingga turut mendorong Dato' Seri Anwar menyertai kabinet Mahathir pada waktu itu . Begitu juga dengan Pak Lah yang mendapat jolokan Mr. Clean bersama slogan Islam Hadhari mampu "menyihir" rakyat sehingga memberi kemenangan besar kepada UMNO.

Najib sekarang ? dengan imej Najib al Tantunya , mampukah Najib menongkah cabaran menuju Takhta . Nabil kata Lu Pikir lah sendiri !!

Jangan pandang rendah pada keupayaan PAKATAN RAKYAT !!

Thursday, October 16, 2008

TAHAALUF SIYASI
KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw.

SIRI KE EMPAT


Pengalaman Dari Tahaaluf Yang Gagal.

Sepuluh tahun selepas an Nubuwwah , baginda saw. membawa pendekatan baru yang lebih nekad dalam dakwahnya .

Al Maqrizi menyebutnya di dalam kitab Imta' al Asma' bahawa Rasulullah saw. mengambil kesempatan bertemu dengan semua kabilah yang datang di musim haji untuk menyeru mereka kepada Islam dan mempertahan Islam serta rasul nya .

Antara sasaran baginda saw ialah Bani Amir , Bani Syaiban bin Ta'labah , Bani Hanifah , Bani Kilab dan Bani Kindah .

Fokus utama dalam misi ini selain menyeru mereka kepada Islam ialah jaminan dari kabilah - kabilah tersebut untuk pertahankan Islam dan penganutnya meskipun mereka mahu kekal terus dengan agama anutan mereka . Lihat sahaja bagaimana Nabi saw. dipelihara dan di lindungi oleh Abu Talib tanpa ia memeluk ajaran islam .

Ulama' sirah menyebut bahawa usaha Nabi saw. bertemu ( muqabalah ) dengan pelbagai kabilah itu adalah antara gerakkerja akhir Nabi saw. di peringkat akhir ke arah penubuhan Daulah Islamiyyah pertama di Madinah.

Namun Bani Hanifah telah menolak seruan Nabi saw. dengan keras dan biadab . Sementara Bani Kalb dan juga Bani Kindah turut menolak seruan Nabi saw. biarpun tidaklah dengan cara yang keras dan kasar seperti Bani Hanifah .

Sokong berasaskan Material

Apa yang menarik ialah Bani Amir bin Sha' Sha'ah pada peringkat awal menyambut baik seruan Nabi saw malah sangat mengkagumi Nabi saw. sebagaimana yang disebut oleh salah seorang pemimpin mereka iaitu Buhairah bin Farras telah berkata : Demi Allah , jika aku ambil pemuda Quraisy ini ( Nabi Muhammad saw. ) , pasti aku dapat menguasai seluruh bangsa Arab .

Tetapi mereka lebih tersilau dengan material sehingga mereka bertanya Nabi saw : Apakah pandangan kamu sekiranya kami membaiah kamu kemudian Allah berikan kemenangan kepada kamu , apakah kami akan mendapat bahagian ( kuasa ) selepasmu ?

Nabi saw. menjawab : Bahagian tersebut terserah kepada Allah swt. Lantas mereka pun berkata : Apa gunanya kami menentang Arab dengan mengorbankan nyawa kami demi kamu tetapi setelah kemenangan diperolehi , ia ( kuasa ) diberikan kepada selain daripada kami . Oleh itu kami tidak memerlukan kamu !

Sirah an Nabawiyah Ibn Hisyam . Jil 1 , hlm 422 - 425

Maka mereka pun menolak seruan Nabi saw.

Sokong Tanpa Bersedia

Muqabalah ke arah tahaaluf antara Nabi saw. dengan Bani Syaiban bin Tha'labah pula hampir membuahkan hasil . Tetapi malang Bani Syaiban biarpun mempunyai keyakinan tinggi untuk bertahaaluf dengan Islam dan berkeupayaan untuk melindungi Nabi saw. , namun mereka tidak sanggup menghadapi Parsi yang menjadi kuasa besar dunia pada waktu itu . Sedang Nabi saw. meletak syarat tahaaluf mestilah mereka bersedia untuk sama - sama menghadapi cabaran dan tentangan sekalipun dari Parsi yang turut menjadi musuh Islam .

Ketidaksanggupan Bani Syaiban berhadapan dengan Parsi membuatkan Nabi saw. membatalkan hasrat membentuk tahaaluf antara Islam dengan bani Syaiban .

Sokongan Aus dan Khazraj

Akhirnya Nabi saw. bertemu pula golongan Aus dan Khazraj . Dalam kitab al Bidayah wan Nihayah ( jilid ke 2 ./ 156- 159 ) ada menjelaskan bahawa belum sempat Nabi saw dan para sahabatnya bangun daripada majlis , mereka telah membaiah Rasulullah saw dan mereka adalah golongan yang jujur dan penyabar .

Sebuah Pengalaman yang menjadi Hikmah Besar

Pengalaman melalui fakta yang menunjukkan kegagalan beberapa tahaaluf siyasi dizaman Nabi saw. memberi hikmah yang besar kepada ummah disepanjang zaman . Sekurang - kurang ia menjadi bukti dan dalil bahawa di sana terdapat bentuk - bentuk Tahaaluf Siyasi yang dibenarkan dan yang ditolak .

Tanpa kita menghayati pengalaman ini , kita mungkin gagal mengesan batas - batas gerakan politik Nabi saw . sedang gerakan politik Nabi saw. sayugianya menjadi inspirasi kepada gerakan Islam yang kita dokong hari ini .

Jelas melalui perbincangan Nabi saw dengan Bani Amir Sha' Sha'ah gagal disebabkan Nabi saw. tidak dapat menjanjikan penyerahan kuasa pemerintahan kepada mereka sekiranya mereka bertahaaluf dengan Rasul saw.

Syeikh Munir Muhammad Ghadban dalam bukunya yang berjudul Tahhaluf Siyasi Dalam Menegakkan Daulah Islamiyah ada menyebut bahawa :

Gerakan Islam mungkin dibenarkan untuk menerima perlindungan daripada pihak Musyrikin terutama sewaktu mereka lemah dan tidak berupaya akan tetapi untuk memberikan musuh hak untuk memimpin atau memerintah dengan nama Gerakan Islam , bergerak dibelakangnya atau menjadikannya sebagai tunggangan untuk kepentingan mereka , maka ia ditolak sepenuh menurut pandangan islam .

Syeikh Munir Muhammad Ghadban juga ada menyebut :

Sering berlaku di mana gerakan Islam akan berhadapan dengan kumpulan atau negara yang menyokongnya untuk jangka masa tertentu dengan meletak syarat pembahagian kuasa dalam pemerintahan apabila gerakan Islam berjaya menguasainya kelak .

demikian berlaku dalam satu masa sebuah pemerintahan yang bercampur antara Islam dan jahiliyyah atau secara bergilir antara keduanya dalam memegang tampuk kuasa pemerintahan berdasarkan terma perjanjian atau Tahaaluf Siyasi . Hal ini tidak dapat diterima oleh Islam .

Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islam

Termasuklah pengajaran yang boleh diambil daripada rundingan ( muzakarah ) dengan bani Syaiban bin Tha'labah . Perbahasan Lanjut boleh dilihat melalui pengkisahan yang cukup menarik bagaimana dialog antara Nabi saw. dengan pemimpin Bani Syaiban yang boleh kita ikuti melalui buku Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islamiyah karya Syeikh Munir Muhammad Ghadban .

Kesimpulan yang dibuat oleh beliau :

walaupun pertemuan ( muqabalah ) itu berorientasikan perbincangan politik , namun dakwah kepada Allah swt tetap menduduki tempat pertama sekali kerana kejayaan membawa sesuatu kaum kepada Islam itu lebih afdhal atau utama berbanding ( mengharap ) mereka hanya memberikan perlindungan kepada Rasulullah saw tanpa yakin kepada risalahnya .

Pengalaman tersebut boleh disimpulkan beberapa pedoman seperti berikut :

1. Semua perundingan atau tolak ansur ( kerjasama/tahaaluf ) yang berakhir dengan membelakangi prinsip agama atau rundingan yang menuntut kita bertolak ansur dalam soal prinsip dan aqidah mestilah ditolak .

2. Begitu juga dengan rundingan yang meletak syarat supaya beberapa ajaran Islam mesti digugurkan dan tidak diseru kepadanya ataupun kita dikehendaki meninggalkan sebahagian dari amalan islam sebagai syarat persetujuan kerjasama / tahaaluf tersebut juga tidak boleh diterima dalam Islam .

3. Terdapat perbezaan antara mengenepikan salah satu prinsip agama sebagai syarat perundingan dengan mengemukakan perkara umum ( tidak berkait soal prinsip perjuangan dan aqidah ) yang mempunyai ciri persamaan antara kita dengan musuh sewaktu rundingan berjalan agar dapat mencairkan hati lawan

4. Kebatilan mempunyai beribu - ribu jalan dan ianya bukan satu jalan sahaja . justeru itu Gerakan Islam mesti mempunyai kepintaran dan kebijaksanaan berpolitik untuk mengharungi jalan - jalan tersebut dengan cara mengenali titik kelemahan dan punca krisis diantara kebatilan itu agar gerakan Islam dapat memperolehi keuntungan dari kelemahan ini demi merealisasikan kejayaan baru sebagai suatu langkah yang pro aktif .

rujuk Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islamiyah

Wednesday, October 15, 2008

TAHAALUF SIYASI
KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw.


SIRI KETIGA
Beberapa Tahaaluf telah berlaku di zaman Rasulullah saw samaada sebelum atau selepas nubuwwah . Antaranya ialah :

Perjanjian ( Hilf ) Mutayyibin .
Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :

شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم

Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193

Perjanjian ( tahaaluf ) ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah , hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian ( tahaaluf ) untuk tidak merampas hak masing - masing .

Kemudian dibawa bekas berisi air wangi yang diisi oleh Bani Abd Manaf di hadapan Kaabah kemudian sekutu - sekutu perjanjian itu memasukkan tangan masing - masing ke dalam bekas air wangin tersebut dan melakukan perjanjian . Lantas mereka menyapunya ke Kaabah. Perjanjian ( tahaaluf ) ini dinamakan Mutayyibin ( orang - orang yang memakai minyak wangi . )

Perjanjian ( Hilf ) Fudhul

Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah .

Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .

Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian ( Fudhul ) yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Perjanjian ( tahaaluf ) ini melibatkan Bani Hasyim , Bani Mutalib , Asad bin Abdul Uzza , Zuhrah bin Kilab dan Taim bin Murrah . Mereka menamakan perjanjian ini sebagai Hilful Fudhul

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

Si Badwi ini mengadu kepada beberapa kabilah seperti Makhzum , Abd daar dan A'di bin Kaab tetapi mereka menolak untuk membantu malah lelaki Badwi ini diherdik . Lalu Badwi ini akhirnya nekad memanjat Bukit Qubais sewaktu matahari mula muncul sementara orang - orang Quraisy sedang berhimpun dihadapan Kaabah lantar ia berteriak :

Wahai golongan yang menyaksikan orang yang dizalimi hartanya di Kota Makkah , ia datang dari kampung halaman yang jauh . Orang - orang ihram dengan kusut , belum menyempurnakan umrahnya . Wahai orang yang sedang berkumpul di Hijr Ismail dan Hajar aswad . Sesungguhnya Tanah Haram hanya diduduki oleh orang terhormat dan tidaklah layak tanah haram ini didiami oleh orang - orang yang selalu berbuat dosa .

Setelah mendengar ucapan tersebut , Zubair Abdul Mutallib bangun lantas berkata : Perkara ini tidak boleh dibiarkan , lalu mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an dan memeterikan satu perjanjian untuk membasmi kezaliman .

TAHAALUF SIYASI
KE ARAH MENDAULATKAN
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw

SIRI KEDUA :
Taarif Tahaaluf Siyasi . ( dari sudut bahasa secara ringkas )
Perkataan Tahaaluf bermula dari bina huruf asalnya Ha’ , Lam dan Fa’ . Ibnu Zakaria [1] menyebut ia bermula dengan perkataan Hilfu ( perjanjian ) dan ia terbina dari huruf Ha’ , Lam dan Fa’ .

Dalam kitab as . Shihah al Jauhari menyebut : Hilf bermaksud suatu perjanjian antara beberapa kelompok atau kumpulan . [2]

Menurut al Laith : Apabila seseorang berjanji dengan seseorang yang lain maka di sebut halifuhu . Perjanjian yang dimeteri antara mereka disebut hilfun . Tindakan mereka saling berjanji antara satu sama lain disebut tahaalafa.

Dalam kitab Al A’wdatu Ila Nihayati Fi Gharibil Hadith susunan Ibnu al Athir ada menyebut : Nabi saw telah melakukan perjanjian ( tahaaluf ) diantara kaum Quraisy dengan kaum Ansar . Dari Anas Rha. :

حالف رسول الله صلى الله عليه وسلم بين المهاجرين و الأنصار في دارنا مرتين

Tahaaluf dari sudut Istilah .

Asal perkataan Hilf adalah sumpah dan berjanji untuk saling membantu , tolong menolong dan membuat permuafakatan .

Zaman Jahiliyyah menyaksikan sekiranya perjanjian itu menyebabkan terjadinya bermacam – macam fitnah dan peperangan antara puak maka perjanjian ( tahaaluf ) itu dilarang . Inilah yang dimaksudkan oleh Nabi saw. :

لا حلف في الإسلام

Tidak ada lagi perjanjian dalam Islam .

Perjanjian yang dilakukan untuk menolong orang yang terinaya atau menjalin hubungan silaturrahim seperti perjanjian Mutayyibin . maka perjanjian seperti ini disokong oleh Nabi saw dengan sabdanya :

لا حلف في الإسلام و أيما حلف كان في الجاهلية لم يزده الإسلام إلا شدة

TIdak ada perjanjian dalam Islam dan setiap perjanjian yang dilakukan pada zaman jahiliyyah sangat didokong oleh Islam .


Riwayat Abu Dawud dari Jabir bin Muti’m

Kesimpulan daripada dua hadis tersebut ialah :

Saya tidak mahu membawa perbahasan panjang para ulama mengenai 2 hadis yang secara zahir dilihat bertentangan . Tetapi secara mudah saya terus membawa kesimpulan para ulama yang Berjaya melaraskan kedua – dua hadis tersebut seperti berikut :

Jika perjanjian itu dapat mendorong kea rah kebaikan atau mempertahankan kebenaran maka ia diterima dan dibenarkan oleh Islam . Sementara perjanjian dalam perkara yang dilarang dan merugikan Islam maka ia bertentangan dengan Islam .

Al Imam an Nawawi Rhm berpendapat :[3]

Yang dilarang ialah mengadakan perjanjian ( Tahaaluf ) untuk memberikan hak perwarisan dan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam . Adapun perjanjian ( tahaaluf ) yang berasaskan ketaatan kepada Allah , menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dibenar dan dianjurkan oleh Agama .

[1] Mu’jam Maqayis al Lughah , Ahmad bin Faris bin Zakaria . Jil 2 , hlm. 97 . Sila lihat bab huruf ha’ , lam dan fa’
[2] Mukhtar Sihah al Jauhari . Ahmad Abd Ghafur
[3] Ibn al Hajar , Fathul Bari. Maktabah Salafiah Jil. 10 Halaman 502

Tuesday, October 14, 2008

TAHAALUF SIYASI
KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM:
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw.

SIRI PERTAMA :



Muqaddimah :


Hari ini saya melihat isu Tahaaluf Siyasi tidak difahami dengan baik oleh sebahagian dikalangan mereka yang mengadakan Tahaaluf . Lebih malang pula berlakunya salah faham dan menghasilkan fitnah yang tidak sedikit daripada Tahaaluf yang dilakukan.

Sebagai anggota Gerakan Islam ( PAS ) , saya mengharapkan semua dikalangan pemimpin dan ahlinya dapat memahami dengan jelas mengenai prinsip , konsep , perlaksanaan , objektif dan marhalah Tahaaluf Siyasi di dalam Islam . Malah turut memahami Tahaaluf yang di benar dan Tahaaluf yang diharamkan oleh syara' .

Saya dengan sedikit keupayaan dan ruang , cuba menambah pembendaharaan ilmu khasnya mengenai isu Tahaaluf ini untuk sama - sama kita memahami dan menghayatinya . Agar kita tidak salah dalam langkah yang diambil dan tidak pula silap dalam memahaminya .

Saya selaku orang muda dalam ilmu Islam ini sangat memerlukan tunjuk ajar dari alim ulamak agar senantiasa betul haluan dan benar tindakan .

Saya akan membawa perbahasan berkait dengan Tahaaluf Siyasi ini melalui beberapa peringkat perbincangan dan tentunya agak panjang perbahasannya. Saya harap semua pembaca dapat bersabar hingga ke nokhtah akhir dan doakan agar saya diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk menyelesaikannya.

Peringkat Pertama : Taarif atau pengertian berkait perkataan Tahaaluf
Peringkat Kedua : Tahaaluf Sewaktu Merancang Pembentukan Negara
Peringkat Ketiga : Tahaaluf Sewaktu Pembinaan Negara
Peringkat Keempat : Tahaaluf Selepas Negara Berjaya dibina
Peringkat Kelima : Tahaaluf Menurut Feqh al Islami
Peringkat Keenam : Tahaaluf yang diharamkan oleh Syara'

Perbahasan Peringkat Pertama hingga keempat adalah melihat kepada Tahaaluf yang dilalui atau dilakukan pada zaman Nabi saw. sebagai sunnah yang wajar dipelajari dan dihayati .

Monday, October 13, 2008

Dewan Pemuda PAS Pusat
Melakar Pelan Amal Jamaei
Merentas saat payah dan Sukar

Musibah yang paling besar bagi sebuah Gerakan Islam ialah apabila berlaku kerosakan teruk atau kepincangan ketara pada 5 Rukun Amal Jamaeinya.

5 Rukun inilah yang kami jadikan sebagai peringkat atau marhalah wajib lulus oleh semua individu amilin yang memberi intima' kepada Gerakan Islam ini .

Berfungsi sebagai filter besar untuk menilai tahap kelayakan dan keupayaan bagi seorang amilin menapak ke marhalah/peringkat berikutnya seperti Nuqaba' - Naqibun Nuqaba' - Amir Wilayah - Ahli Majlis Syura - Amir Aam .

5 Rukun yang saya maksudkan ini ialah:

Ukhuwwah ( persaudaraan ) ,
as Samu'u wat Taa'ah ( dengar dan taat ) ,
Iltizam ( komitmen ) ,
Tadhiyyah ( pengorbanan )
Wala' ( kesetiaan. )

Alhamdulillah , setelah kita melalui tempoh sukar dan payah kini suasana kian stabil dan tenang . Seperti kita mengambil perjalanan yang jauh dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain , pasti sahaja kita akan melalui beberapa selekoh tajam , kawasan kemalangan , bukit tinggi dan jalan berlubang . Keadaan - keadaan itu membuatkan kita dalam situasi berisiko dan tidak mustahil kenderaan kita mengalami hentakkan yang kuat , terbabas ke bahu jalan dan tersasar melepasi garisan tengah.

Keadaan tersebut memberi kesan kepada pemandu atau penumpang . Mungkin dikalangan mereka pening , mabuk dan terhantuk . Sehinggalah kita melepasi kawasan - kawasan sedemikian , lalu memasuki highway atau jalan lurus yang luas dan baik . Namun , berkemungkinan besar kelak dihadapan , sebelum kita sampai ke destinasi yang dituju , masih banyak kawasan berisiko yang terpaksa kita lalui .

Suatu yang sangat penting bagi kita ialah istiqamah dan iltizam ( komitmen ) . Janganlah kerana halangan dan risiko sedemikian , maka kita tidak meneruskan perjalanan atau membatalkannya sebaliknya sabar menghadapi saat susah dan payah demi sampai ke destinasi dengan jayanya.

Demikianlah pengajaran yang perlu kita ambil sewaktu mengenderai perjuangan besar ke arah mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Banyak mehnah dan ibtila' yang pastinya mendatang risiko tinggi kepada para pejuang . Samaada halangan dan cabaran itu datang dari luar atau dalam , ianya menjadi sunnatullah yang suka atau tidak terpaksa dilalui oleh para pejuang.

Istiqamah , iltizam dan sabar menghadapi mabuk dan pening sementara kita melalui saat susah dan payah perjuangan ini menjadi sebahagian syarat untuk kita mencapai kejayaan dalam memikul beban amanah perjuangan suci ini .

Firman Allah swt :

قال قد أجيب دعوتكما فاستقيما و لا تتبعان سبيل الذين لا يعلمون

Telah berfirman ( ALlah swt ) Sesungguhnya aku memustajabkan doa kamu berdua ( Musa dan Harun Alaihimassalam , maka beristiqamahlah dan jangan kamu berdua mengikut jalan orang - orang yang tidak mengerti .

Surah Yunus : Ayat .89

Istiqamah dengan maksud tetap pendirian dengan ketulenan perjuangan dan aktif menggerakkannya dengan tidak mengalah sekalipun perit dan getir menerima musibah di sepanjang perjuangan .

..... dan tidak mengikut haluan atau arah tuju yang menyimpang dari jalan Allah swt. semata - mata kerana terpesona dengan silauan mata benda dunia atau keliru dengan papan tanda arah .

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengamati pengalaman yang telah kita lalui semalam . Ternyata hari ini kita sangat wajar ( semua anggota Dewan Pemuda ) mempelajari penegasan Allah swt agar kita Istiqamah dan jangan pula kita ubah haluan perjuangan suci ini .

Antara yang sangat mahal dan tinggi nilainya ialah ukhuwwah fillah dikalangan kita . Alhamdulillah saya melihat , biar pun kita mempunyai perbezaan pandangan dalam banyak perkara namun tidak mengheret kita ke kancah pertelingkahan dan perbalahan yang mazmum ( keji ) .

Kebiasaan Dewan Pemuda PAS Pusat , sejurus selesai mesyuarat bulanan , semua exco akan makan tengahari bersama dan solat zuhur berjamaah . Kami juga bersalam - salaman penuh mesra meski pun terus mengutara pandangan yang berbeza dan mencongak strategi yang tidak serupa .

Pun begitu , tidaklah banyak sangat perkara yang berbeza dalam pandangan antara kami para exco DPPP sebagaimana tidak juga banyak congakan yang tidak serupa dalam strategi . Kami sering dapat mencari kata sepakat setelah lama berbincang dengan dada lapang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain .

Mungkin ini juga berkat bacaan al mathurat dan doa rabitah yang di baca setiap kali memulakan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat . Kalau ada yang nak berbalah pun , hatinya tak sampai untuk berbuat demikian . Kalau ada yang nak bertelingkah pun , jiwa tidak gamak untuk pergi jauh sehingga memutuskan persaudaraan yang dibina .

Akhirnya , salam dan senyum manis menyimpul segalanya . Kita tidak kemana selagi 5 rukun Amal jamaei ini tidak mengalami kerosakan teruk dan kepincangan yang ketara .

Yb Salahudin Ayub selaku Ketua Pemuda dalam mesyuarat yang lepas telah menasihati semua anggota pemuda agar tidak menjadi seperti harimau yang hanya tahu memanjat tetapi tidak tahu turun . ( dengan maksud jangan kita hanya tahu berbalah tetapi tidak untuk kembali berbaik atau damai )