"Najib beri peringatan supaya para remaja terutama para peserta realiti TV menjaga moral Melayu (akhlak Islam?) supaya tidak berpelukan di atas pentas sesama bukan mahram. Katanya: “No hugging please! We are Muslim.”
Ayat itu benar dan begitulah sebenarnya hukum Islam. Tapi bukan peluk saja yang salah. Banyak lagi sebenarnya yang salah. Cuma mungkin ia agak ketara di program realiti TV. Sama ada Najib menyebut dengan hati atau dengan mulut, itu terserahlah kepadanya. Tapi nasihat itu baik pada zahirnya.
Fenomena peluk dan lebih dari peluk adalah fenomena generasi baru remaja yang dihasilkan oleh pemerintahan UMNO/BN yang menjadikan hiburan sebagai ‘pusat tarbiyyah’ remaja. Kisah ‘remaja terlampau’, ‘pelajar IPT menjadi pelacur’ dan seribu satu tajuk yang meloyakan adalah produk-produk dari kilang UMNO/BN selama 48 tahun beroperasi.
Lihat saja jawapan Kak Fati, guru AF tentang anaknya yang bermesra dengan pakwenya: ‘memupuk budaya kasih-sayang!’ Episod terbaru adegan peluk ialah apabila Rafidah Aziz memeluk Mahathir sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 48. Ini bukan fitnah. Gambar boleh dilihat.
Biasanya ustaz-ustaz UMNO akan berkata: ‘Inilah orang PAS, suka memfitnah orang lain.’ Sekali lagi, ini bukan fitnah. Ini realiti. Bukan realiti TV, tapi realiti kehidupan pimpinan UMNO. Seorang bertaraf nenek boleh saja memeluk erat seorang bertaraf moyang yang bukan mahramnya. Darah dan kerabat pun tak sama. Yang sama mungkin hanya darah sesama UMNO. Tapi boleh berpeluk erat di pentas pemimpin kerajaan sempena kemerdekaan. Merdeka? Jiwa nenek dan moyang ini belum merdeka dari belenggu dan penjajahan pemikiran. Belum bebas sepenuhnya. Merdeka penuh ialah apabila taat mutlak kepada perintah Allah.
Agaknya Rafidah darurat memeluk Dr M kerana isu APnya. Dalam keadaan darurat, mungkin dibenarkan. Itu kena tanya Dr Mashitah pula. Yang jelas, peringatan Najib kepada remaja supaya jangan memeluk di pentas realiti TV dan di bawah pentas dipandang sinis oleh para remaja sendiri kerana pimpinan kerajaan ‘Islam Hadhari’ sendiri menjadi ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ melalui pelukan ‘budaya kasih-sayang’ antara Rafidah dan Dr M. Ingat sikit pesanan Najib tu: ‘No hugging please! We are Muslim!’
حدثنا عبد الله بن يوسف عن مالك عن إسحاق بن عبد الله بن أبي طلحة عن أنس بن مالك رضي الله عنه أنه سمعه يقول
ReplyDeleteكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يدخل على أم حرام بنت ملحان فتطعمه وكانت أم حرام تحت عبادة بن الصامت فدخل عليها رسول الله صلى الله عليه وسلم فأطعمته وجعلت تفلي رأسه فنام رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم استيقظ وهو يضحك قالت فقلت وما يضحكك يا رسول الله قال ناس من أمتي عرضوا علي غزاة في سبيل الله يركبون ثبج هذا البحر ملوكا على الأسرة أو مثل الملوك على الأسرة شك إسحاق قالت فقلت يا رسول الله ادع الله أن يجعلني منهم فدعا لها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم وضع رأسه ثم استيقظ وهو يضحك فقلت وما يضحكك يا رسول الله قال ناس من أمتي عرضوا علي غزاة في سبيل الله كما قال في الأول قالت فقلت يا رسول الله ادع الله أن يجعلني منهم قال أنت من الأولين فركبت البحر في زمان معاوية بن أبي سفيان فصرعت عن دابتها حين خرجت من البحر فهلكت
[صحيح البخاري, الجهاد والسير, الدعاء بالجهاد والشهادة للرجال والنساء 2580]