Thursday, February 16, 2006

Info Ringkas : HINA NABI : ArlaFood rugi RM 6.84 juta sehari.
Kaherah . 8 Feb - Arla Food syarikat gergasi Denmark yang mengeluarkan produk berasaskan tenusu mengumumkan kerugian satu juta pound sterling ( USD 1.8 juta ) atau RM6.84 juta sehari akibat kempen boikot barangan Denmark di negara - negara Arab dan ummat Islam .

Kempen berkenaan adalah respons kepada tindakan biadab akhbar Jylland-Posten menyiarkan karikatur menghina Rasulullah saw. Seluruh dunia digegarkan dengan demontrasi ummat Islam yang marah dengan penyiaran karikatur berkenaan .

Selain berdemonstrasi , ummat Islam diseru supaya memboikot barangan Denmark bagi mengajar mereka supaya pandai berbahasa dengan ummat Islam .

Selain barangan tenusu itu , barangan permainan Lego adalah jenama dari negara itu yang popular di dunia termasuk Malaysia .

No comments:

Post a Comment