" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, March 17, 2005

MONOLOG BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG Jelmaanmu merentas bongkah sendu Mengorban naluri merungkai pilu Mengharungi gurun tanpa bayu
Isteriku… Kehadhiranmu adalah mustika Mengerlip cahaya sakinah Laksana bintang membentuk arah burujnya
Isteriku… Saban waktu , dirimu abdi di gobokku Senyum manismu menenang jiwaku Kerlinganmu mengorak senyumku Kesetiaanmu menyejuk mataku
Isteriku… Ketika kesejukan mataku Memandang wajahmu duhai isteriku Memori ini mengimbau zaman remajaku Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru Merintih harap isteri yang solehah Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga
Isteriku… Di senjakala , ku menongkat resah Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan Dirimu hanya ku langir debu Ku balutkan jubah Ku hilangkan dahagamu secangkir Cuma Ku hambat bosanmu seketika sahaja Isteriku… Di hening subuh ku merenung sayu Dirimu kesepian dalam kesibukkanku Hari - hari berlabuh kita berasingan Kesedihanmu , sementara diriku di medan Kesakitanmu pun tiada aku disisi Rumahku , dirimulah penanti setia Sementara bagiku , ia hanyalah dangau persinggahan
Isteriku… Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi Demi nilai cinta dan ketaatanmu
Isteriku… Dongaklah wajahmu ke atas Hulurlah tanganmu ke hadapan Tabahlah duhai isteriku Tidakkan ku sia siakan hidupmu Kan ku hidangkan ilmu buatmu Kan ku bawamu ke alam perjuangan Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah
Isteriku… Bajailah cinta kita Tenggelamkanlah kemelut rasamu
Isteriku… Diriku tetap setia disampingmu Sungguhpun kita jarang bertemu Sayang isteriku… sayang isteriku Nukilan : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home