" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, November 01, 2005

SAYU DAN SIMPATI

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

AKU SAYU DAN SIMPATI mendengar rintihan suami setia yang kematian 'Wanita Pertama'nya yang kehilangan isteri tercintayang telah puluhan tahun hidup bersama yang telah melahirkan sepasang cahaya mata "Saya sunyi, sunyi," katanya. AKU SAYU DAN SIMPATI bagaimana bisa seorang suami melupakan jasa si isteri mana mungkin dilupai penderitaan si isteri serata dunia diubati mengharap kesembuhan dari Ilahi kini sang isteri sudah pergi dipanggil Rabbi ke alam abadi. SAYU DAN SIMPATI tinggallah suami tanpa teman berseorangan melayari kehidupan menelusuri hidup dengan kesukaran rindu pada orang kesayangan Bagaikan tertanya-tanya dan ternantikan bilakah kan pulang srikandi idaman. Namun...AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI melihat anak kecil terpinga-pinga melihat rakan-rakan menyambut hari raya bersama ayah dan juga bonda sedang dirinya hanya ada satu jua hanya ada ibu, ayah tiada 'Umi di mana ayah?' Itulah yang ditanya si ibu menitiskan air mata menahan sebak di dada soalan yang bagaikan gegak gempita yang bisa memecahkan kepala' Ayahmu pergi berjuang nak," ujarnya. AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI bila melihat seorang isteri mendokong bayi mengheret ke tengah dan ke tepi ke hulu ke hilir mencari rezeki sesuap nasi ingin dinikmati dialah isteri dialah suami kepada anak-anak yang dikasihi. AKU LEBIH SAYU LEBIH SIMPATI dan lebih terharumelihat si isteri menanti dan menunggu saat pembebasan suami yang diburu dan dikurung oleh mereka yang celaru celaru dengan pemikiran yang beku mengikut telunjuk Order Dunia Baru. AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI melihat sang ayah tertanya-tanya kerana apakah anaknya ditahan tanpa bicara dosa apakah lantaran anaknya didera bukan penjajah koloni yang melakukannya tetapi dari musuh rakan sebangsa. AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI melihat hilangnya akal seorang ayah lantaran rindu tak berbagi belah menitis keringat si tua yang sudah lelah anak ditahan tanpa sebarang salah menunggu dan merayu bertahun sudah penantian yang hasilnya tidak berbuah. AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI melihat si ibu dalam penantian mengharap pulangnya anak kesayangan anak yang dikandungnya sembilan bulan disusui si anak siang dan malam dibelai dipeluk dan dicium penuh harapan moga kelak jadi hamba Tuhan yang beriman Bercekang mata menjaga keselamatan seekor nyamukpun dihalau dan dijauhkan Kini... Si anak dalam kurungan entah bila kan dibebaskansi ibu terus dalam penantian. Ya... AKU SAYU DAN SIMPATI kepada si suami yang kematian isterinya. Tetapi AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI kepada Sharifah Aisyah yang kehilangan ayahnya (Syed Ali) kepada Noraini Ismail yang kehilangan suami (Alias Ngah) kepada Shukriah Jusoh yang kehilangan suami (Solehan Ghafar) kepada Norlaila Othman yang kehilangan suami (Mohd Shah) kepada Esa Kamarudin yang kehilangan anak (Zid Sharani) kepada Pak Arifin yang kehilangan anak (Lutfi) kepada Pak Darman yang kehilangan anak (Ahmad Pozi) kepada Sles Monira yang kehilangan suami (Nik Adli) kepada Nik Abdul Aziz kepada Nik Kifayatullah dan kepada Dato' Nik Abdul Aziz.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tajuk : PM dan ISA - Pedihnya terpisah dengan insan tersayang


Patut la,
Patut la dia senyap saja,
Meskipun pelbagai masalah melanda negara,
Meskipun tugasnya bisa dilaksanakan oleh timbalannya,
Patut la dia senyap saja,
Patut la.....


Kenapa?
Gerangan apa sedang melanda?
Sebab apa dikau meluahkan rasa?
Satu rasa seumpama terseksa lagaknya?


Begini,
Ku tahu derita yang menimpa si isteri,
Katanya si isteri berubat di luar negeri,
Dan sempat mereka bersama lebih 18 hari..
Tapi kini si isteri telah pergi..
Pergi mengadap Ilahi,
Lalu tinggallah si dia seorang diri,
Kehidupan baru tanpa isteri di sisi,



Oh diri,
Apakah kau tahu peritnya sang suami ditinggalkan isteri?
Si isteri pergi takkan kembali,
Taukah dikau peritnya di hati..
Sayu pilu ditanggung sendiri..
Mengenang setia seorang isteri,
Mengenang saat manis, pahit , masam, saat berdua dikecapi,
Bisa membuatkan sang suami menangis berhari-hari,
Pabila terkenang kembali segala memori..


Oh diri,
Demikianlah peritnya perasaan di hati..
Pabila terpisah dengan insan yang disayangi..


Tapi,
Tahukah dikau si suami yang kematian isteri,
Keperitan , kesakitan, kepiluan yang bersarang di hati,
Yang dikau rasai kini..
Pernah dirasai oleh insan lain yang bergelar suami isteri?
Pernah dirasai sebelum ini?


Tahukah dikau si suami yang kematian isteri,
Dikau pernah menzalimi,
Memisahkan anak dari bapa yang disayangi,
Memisahkan suami dari isteri yang dicintai,
Memisahkan bapa dari anak kecil yang tiada mengerti,
Sedang mereka kebingungan dan tiada mengerti,
mengapa insan yang mereka sayangi ini dizalimi,
mereka masih tidak mengerti hingga kini,
mengapa insan yang mereka sayangi ini disakiti,
mereka masih tidak mengerti hingga kini,
mengapa kepedihan ini mereka perlu lalui,



Wahai si suami yang kematian isteri,
Yang berjawat Perdana Menteri
Turut menyandang Kementerian dalam Negeri,
Mengapa dikau masih tidak mahu mengerti,
Keperitan terpisah dari insan yang disayangi,
Sedang dikau kini turut melalui,
Keperitan terpisah dari insan yang dicintai?



Wahai si suami yang kematian isteri,
Yang berjawat Perdana Menteri,
Bebaskanlah insan yang telah kau zalimi ,
Bebaskanlah mereka hari ini,
Kerana kesalahan mereka sangat diragui,
Malah hingga kini tiada bukti,
Sedang mereka disakiti berhari-hari,
Terseksa batin berjauhan dari insan yang disayangi,


Wahai si suami yang kematian isteri,
Yang berjawat Perdana Menteri,
Jika kau masih tidak mahu mengerti,
Jika kau masih mahu menzalimi ,
Maka tunggulah suatu hari,
Kepedihan yang kami rasai ini,
Akan terbalas di suatu hari,
Kerana kami sangat meyakini,
Janji dari Ilahi,
Akan membela insan yang dizalimi,
Ya,suatu hari yang pasti!
Dikau akan merasai kepedihan yang pernah kami lalui,
Akibat kezalimanmu yang tidak terperi,
Memisahkan kami dari insan yang kami sayangi..



Wahai si suami yang kematian isteri,
Yang berjawat Perdana Menteri,
Tolonglah kami ini,
Bebaskanlah insan yang kami sayangi,
Dari cengkaman ISA yang sangat keji,
Bebaskanlah tahanan ISA hari ini,
Dan janganlah dikau bertapi-tapi,
Kerana hari ini,
Dikau turut merasai ,
Peritnya terpisah dari insan yang dicintai,



Wahai Pak Lah yang dikasihi,
Maafkan daku andai ada bicara menguris hati,
Bukan niatku utk menyakiti,
Tetapi sekian lama kumemendam luahan hati,
Tidak sanggupku melihat mereka disakiti dan dizalimi,
Kini ku benar-benar tidak tertahan lagi,
Kupohon dikau bebaskan mereka yang telah kau aniayai,
Kerna mereka jua merasai keperitan terpisah dari insan yang disayangi,
Bebaskanlah mereka hari ini,
Dan janganlah dikau menangguh lagi,
Semoga dosa lalumu dan isterimu yang telah pergi,
Mendapat keampunan dari Ilahi,
Tambah lagi di bulan ramadhan yang mulia ini,



Dariku,

Budak Bertuah

6:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Paklah tahu famili ISA lama dah sunyi, memang nak lepaskan puak2 tu. Yelah, Paklah seorang nak lepaskan, seribu orang kata jangan. Dia PM hanya mendengar maklumat, bukan pergi siasat puak2 tu. Dah 1001 manusia politik dan polis kata jangan lepas, Paklah diam sajalah. Macam Islam Hadhari, Paklah seorang diri saja. Dialah syiekhnya, dialah naqibnya, dialah anak usrahnya. Balaci2nya hanya sebut Islam Hadhari jika ada kepentingan atau dah rasa diteliti oleh Paklah. Itulah yang menambah sunyi hidup Paklah.
Nota tanya: kalau Azmi kawin dengan Mala, agaknya dengan siapa Paklah mengakhiri zaman dudanya?

8:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Pak lah boleh kahwin dengan zakiah anas, azizah ariffin, nanu, sh. aini,

11:00 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home