IKTIBAR YANG MENGINSAFKAN
Ambillah sebagai pengajaran . Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya. Apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain.
*Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke Tabong Derma Jamaah, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
*Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan tv.
*Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di dalam majlis usrah , tamrin atau liqa’ fikri, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton TV di rumah.
*Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu Munajat atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.
*Lucu ya, sebagai seorang pejuang , susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan , surat khabar nyamuk dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
*Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlisilmu , mesyuarat dan program jamaah supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton , annual dinner atau high tea jadual, kita boleh ubah sekelip mata.
*Lucu ya, susahnya kita mengajak dan menyebarkan dakwah, tapi mudahnya kita menyertai dan menyebar gossip atau khabar angin.
*Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang diinternet atau surat khabar, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
*Lucu ya, semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir,berjuang ataupun melakukan apa-apa.
*Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewate-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seperti artikel atau kertas kerja sering mesti berfikir dua kali.
" Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa sesungguhnya bagi meraka kurnia yang besar dari Allah".
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home