" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, January 15, 2006

YA RABBI YA ALLAH .
KURNIAKANLAH KEKUATAN
BUAT HAMBAMU INI
Afif Syaikhani !! kalaulah... walid tahu betapa penderitaan mu ! Oh Tuhan ... Kini masuk hari keempat terlantar di wad . Doktor menghentikan suntikan anti biotik kerana Syaikhani disyakki allergi dengan suntikkan tersebut apabila seluruh tubuhnya dinaikki ruam , termasuk bahagian kepalanya .
Namun alhamdulillah , demamnya dilihat kian reda . Sesekali Syaikhani cuba mengukir senyuman , perkembangan ini agak melegakan umminya. Namun saya sendiri masih tidak tahu perkembangan berikut. Apakah anti biotik itu akan dihentikan terus atau sekadar melihat perkembangan ruamnya.
Insyaallah , esok saya akan berbincang dengan Dr. Hanafi untuk mengetahui keadaan Syaikhani . Sebab semalam , bukan sahaja paru - parunya dijangkiti kuman tetapi juga darahnya setelah dibuat ujian makmal beberapa kali , dikatakan turut mendapat jangkitan kuman .
PadaMu ya Allah aku berdoa agar segalanya kembali sejahtera & afiat.
Kini Afif Syaibani pula !
Pagi tadi , sekitar jam 8 , saya bersama sahabat ( Akmal , Us. Hazmi dan Kamal ) berlepas dari HTAA ke Temerloh untuk meeting DPP Negeri Pahang. Dalam perjalanan pulang , sejurus kami memasuki Gambang , Kak Long ( Iffatul Hannan ) menghubungi saya dalam keadaan cemas , menjelaskan abg chik ( Afif Syabani : 5 th ) sesak nafas selepas di"tumbuk" oleh abgnya ( Afif Syairazi 7 th ).
Pajero Kamal terus membidik meter ke 140 sejam untuk segera pulang ke HTAA guna saya mengambil kenderaan saya terlebih dahulu sebelum pulang ke Balok .
30 minit kemudian , saya sampai dan segera memberi rawatan kecemasan sementara membuat persiapan dokumen untuk dibawa ke Klinik. Sebaik sampai di klinik Dr. Syed Badaruddin , suhu badan Syaibani naik mendadak dan ketara peluh keluar di wajahnya dengan kerut menahan sakit ketika bernafas .
Menurut pandangan doktor , paru - paru dan jantungnya ok , cuma sendi tulang dada agak bengkak dan sakit ketika bernafas . Saya menarik nafas lega seketika sehingga saya kembali ke rumah lalu memberi rawatan sebagaimana nasihat doktor .
Syaibani terus tidur dari jam 6 petang tadi hinggalah jam 12 tgh mlm apabila suhu badannya kembali meningkat. Menangis dan merengek minta ubat dan mohon dibelai . Ya Allah , betapa tersentuhnya hati ini , kerana dalam kesibukan jadual saya bersama jamaah , jarang sekali saya dapat kesempatan membelai anak sedemikian di atas pangkuan apatah lagi disaat sakit begini . Menitis airmata ini .
Sementara umminya pula resah di hospital menanti khabar dari rumah . Saya mohon diri dulu , Syaiban merengek minta nak makan mee hoon sup. Lepas masak nanti , insyaallah saya kembali bersama sahabat - sahabat
1.00 am

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home