" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, January 14, 2006

Kerja Kerja ( 004 )
PEMUDA - PEMUDI
DALAM MENGHADAPI CABARAN-VOL 3
Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
CABARAN 3
KERUNTUHAN MORAL .
تحديات الإنحلال ااخلقي

Kepincangan nilai dan keruntuhan moral pemuda - pemudi hari ini amat membimbangkan , sehingga ia menjadi satu masaalah kronik bagi negara - negara ummat Islam . Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam . Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan yangg tidak terbatas untuk menyeret pemuda - pemudi menjadi liar dan buas semata - semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas . Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara , mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka . Majallah - majallah dan video - video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu , malah ianya suatu yang rutin bagi pemuda - pemudi hari ini . Masyarakat bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah - celah pembangunan yang mencakar langit . Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari illahi buat semua manusia agar sedar dan insaf . Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah . Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa . KEBEBASAN TAJAAN BARAT

  • Bebas dari kongkongan tanggungjawab di rumah . Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab - kelab malam dan pusat - pusat hiburan dari tingggal di rumah .
  • Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang .
  • Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin , akhlak dan tatasusila. Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan .
  • Bebas beraqidah dan memegang prinsip.
  • Pembebasan wanita dengan menuntut hak yang sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai suri rumah atau pembantu lelaki .
  • Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain . Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam .
  • Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan . Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat .

MENANGANI KERUNTUHAN MORAL . Baginda Rasul saw. Bersabda :

يَا مَعْشَرَ الشّباب مَنِ اسْتَطاعَ منكمُ الْباءَة فَلْيَتَزَوَّجْ

فإنه أغَضُّ لِلْبصَر و أحصَنُ الفرج و من لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء . / رواه الجماعة

Wahai sekelian pemuda , Barangsiapa yang berkemampuan dikalangan kamu maka berkahwin lah , sesungguhnya ia menundukkan pandangan , memelihara kemaluan dan barang siapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah ia berpuasa justeru puasa itu adalah suatu perisai .

Justeru itu, pemuda sewajarnya prihatin dalam pembentukan peribadi dengan mengambil kemuliaan diri demi masa depan perjuangan Islam itu sendiri. · Tundukkan pandangan dari perkara-perkara haram. Firman Allah swt . yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ( An - Nuur 30 - 31 ) Berkata ahli syair :

كل الحوادث مبدأها من النظر و معظم النار من مستصغر الشرار

Maksudnya : Semua peristiwa bermula cetusannya dari pandangan dan api (kecelakaan) marak menyala bermula dari kejahatan yang kecil . sebahagiannya turut berkata : نظرة فابتسامة فسلام فكلام فموعد فلقاء Maksudnya : Bermula dari pandangan , maka terukir senyuman lalu menyapa salam , diikuti pula oleh bicara mesra lalu mengikat janji lantas bertemu . · Istiqamah dengan puasa sunat.Ianya dapat melahirkan 2 keadaan positif, iaitu 1. Meningkat kualiti Muraqabat Lillah (المراقبة لله ) 2. Merendahkan tekanan shahwat · Mengelak diri dari sebarang anasir yang meransang shahwat. من وقع في الشبهات وقع في الحرام ألا وإن لكل راع حمى وإن حمى الله محارمه (رواه البخاري)

Maksudnya : Barangsiapa yang terjerumus ke lembah syubhat , terjerumuslah ia ke lembah yang haram . Ketahuilah sesunggguhnya bagi setiap penggembala itu ada kawasan larangan dan sesunggguhnya kawasan larangan Allah ialah suatu yang diharamkannya . · Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah . أحرص على ما ينفعك Maksudnya : Tekunlah terhadap suatu yang memberi manafaat kepada mu . ( رواه مسلم ) · Sahabat yang soleh . لا تحاصب إلا مؤمنا ( رواه الترمٍذي ) Maksudnya : Jangan dijadikan sahabat kecuali orang yang beriman . · Mendampingi majlis ilmu الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها كان أحق بهما ( رواه الترمذي ) Maksudnya : Hikmah adalah suatu yang hilang dari orang yang beriman , justeru itu dimana sahaja ia ditemui maka ia berhak memilikinya . · Melibatkan diri dengan aktiviti gerakan Islam dan berjihad di jalan Allah. Maksudnya : Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( At Taubah 41 ) تلزم جماعة المسلمين و إمامهم ( رواه البخاري ) Maksudnya : Iltizam lah dengan Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka .

عليكم بالجماعة فإن الشيطان مع الواحد وهو مع الإثنين أبعد من أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة . ( رواه الترمذي )

Maksudnya : Diwajib ke atas kamu berjamaah maka sesungguhnya syaithan bersama dengan individu yang menyendiri sedang ia ( syaithan ) akan menjauhi jamaah , barangsiapa yang mahu menikmati kegemerlapan syurga , iltizamlah dengan Jamaah Islam . Pemuda sewajarnya bangkit dengan Himmah yang tinggi untuk menyelamatkan ummah dari bahaya keruntuhan moral ini dengan terlebih dahulu membebaskan diri sendiri dari belenggu kefasadan dan kemungkaran.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home