WACANA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Pengenalan:
Persoalan berhubung dengan ketidakadilan ke atas wanita sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Lazimnya apabila ianya memberi kesan langsung ke atas wanita seperti isu poligami dan hak jagaan anak.
Jeritan ini semakin kuat apabila Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dipinda dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini. Persoalannya, benarkah pindaan yang dibuat itu zalim! Atau setidak-tidaknya ia tidak bertepatan dengan Syara? Atau apakah jawapan sebenarnya.Sama-samalah kita ikuti wacana penerangan isu-isu ini yang akan dikupas oleh tiga penalis yang hebat dalam profesyen masing-masing iaitu akademik, peguam dan Hakim.
Objektif :
1. Pengenalan dan penerangan tentang isu poligami, harta sepencarian dan fasakh dalam undang-undang keluarga Islam dan perlaksanaannya di Malaysia.
2. Menjawab persoalan-persoalan yang timbul hasil daripada pindaan undang-undang keluarga baru-baru ini.
3. Cadangan penyelesaian kepada isu-isu ini.
Penalis:<br>
1) Prof. Madya Dr. Najibah Binti Zin dari UIA
2) Tn. Hj. Zainal Rijal dari Persatuan Peguam Syarie Malayia
3) Y.A.Tn. Hj. Mohd. Naim Mokhtar dari JSKM
Pengerusi : Dr Zulfakar Ramlee
Anjuran :
Anjuran Bersama JK Undang-Undang dan Perlaksanaan Syariah JIM Pusat (JKP) dan Pejabat KW JIM Pusat (JKPW)
Tarikh, Masa Dan Tempat :15 Jan 2006, jam 9 -12 tengahari di Pusat Komuniti JIM (PKJ)
Bayaran :RM10 seorang
Kami memohon jasa baik YDP serta KW JIM daerah di KL dan Selangor menggerakkan ahli masing-masing untuk menghadiri program ini yang amat penting, relevan dan semasa ini.
Untuk urusan pendaftaran, ikhwah dan akhawat bolehlah ;
1. Menghantar e-mail kepada SUE wanita JIM, Cik Azreen : wjim@pd.jaring.my
2. Menelefon JIMHQ di talian : 03-41073379
3. Boleh juga menghubungi Roha (012-4317948) atau Anfaal (019-2227201)
Jzkk
Roha Hassan
SUK Wanita JIM Pusat 2005-2007
1 Comments:
Hi Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi ! You cannot explain better your thoughts about this post . Congratulations for your blog, it's really nice! Continue to keep it updated! If you wanna visit my website about scommesse click on this link: here you'll find just scommesse !
11:42 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home