Tahun Baru 2006
Satu Episod Islam Hadhari - 2
Sampai bila kita terpaksa menghadapi krisis nilai sebegini ? Saya hanya mampu melihat kelam yang tebal menanti masa depan negara , andainya inilah suasana yang terpaksa dilalui oleh remaja negara sedang mereka adalah harapan bangsa juga negara agar memimpin dan mentadbir negara ini .
Namun siapa pula yang mahu bertanggungjawab diatas kejatuhan dan keruntuhan nilai akhlak dan aqidah ummah masa kini .
Setiap kali menyambut Tahun baru , Ulangtahun kemerdekaan negara , hari Natal dan hari - hari kebesaran negara yang lain seringkali sambutan itu dibuat tanpa kawalan pula tidak mengambil kira aspek dosa pahala .
Kemudian negara pula akan menangisi setiap kali berlaku peningkatan indeks jenayah tapi malang , mereka tidak pernah serik untuk memberi kebenaran pesta sambutan yang tidak bermanafaat ini kepada penganjur yang hanya mempunyai kepentingan duniawi semata - mata.
Pemuda PAS dan pelbagai NGO islam yang lain telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani gejala ini ( menghantar memorundom , bertemu Mufti , report polis , edar Risalah , demontrasi , dialog Ngo , Kuliah , Khutbah , ceramah agama , khidmat masyarakat dan seribu satu aktiviti ) termasuk berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan aktiviti sebegini .Namun lihatlah bagaimana segala usaha itu bagaikan sia sia sahaja apabila langsung tidak diambil kira oleh pihak berkuasa Islam Hadhari bagi turut membendung gejala seumpama ini dengan kuasa pemerintahan yang mereka miliki .
Sebab itu saya melihat bahawa ini adalah satu kerosakan yang tidak terhenti diatas sikap masyarakat tetapi kerosakan sistem yang teruk. Bagaimanapun usaha diambil untuk memulihkan rakyat atau masyarakat , segalanya menjadi sia sia apabila sistem tidak dipulihkan .
Sistem sosial , sistem penerangan , sistem penguatkuasaan , sistem pendidikan , sistem pemantauan , sistem pendakwaan , sistem penghakiman dan sistem apa jua yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan negara terhadap rakyat dan seluruh kepentingannya mestilah mengambil kira soal dosa pahala , syurga neraka dan redho atau murka dari Allah swt.
Membebaskan segalanya dari ikata syara' hanya menjadikan negara ini panas di bawah murka Allah swt dan jelas bertentangan dengan konsep Islam Hadhari kecuali sememangnya konsep itu hanya satu sandiwara untuk manipulasi keadaan agar mendapat sokongan daripada orang Islam untuk mereka mengekalkan kuasa pemerintahan .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home