" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, January 01, 2006

TAHUN BARU 2006
Satu Episod Islam Hadhari
Semalam hari Sabtu jam 10.45 mlm , semua jalan menuju KLCC telah ditutup . Saya dan Ustaz Ridhuan Mohd Noor terpaksa parking Toyota UNSERnya di V.I.O.B.A dan berjalan kaki menuju LRT untuk terus ke KLCC. Kami terpaksa naik dua LRT utk sampai ke KLCC.
11.50 pm kami sampai ke Dataran KLCC dan menyaksikan bagaimana puluhan ribu manusia dengan pelbagai ragam dan aksi ( yg kebanyakkan sangat menjolok mata ) berhimpun disitu untuk countdown menanti detik 12 tgh malam bagi menyambut tahun baru masehi .
Saya terpaksa merempuh kesesakan yang memualkan itu untuk sampai ke perkarangan Masjid Asy Syakirin , tempat yang dijadualkan kami berkumpul untuk menjalankan tugas Amar Makruf dan Nahi Mungkar pada malam tersebut .
Tiba - tiba berpuluh - puluh das bunga api dengan dentuman yang menggegarkan dada dilepaskan ke udara bagi merayakan detik 12 tgh malam . Saya tergamam justeru itulah kali pertama saya melihat upacara sedemikian dari jarak dekat di tapak sambutan .
Entah berapa ratus ribu nilai bunga api tersebut telah tidak saya pedulikan lagi . Apa yang menyesak perasaan saya ialah bagaimana saya terpaksa melalui lautan manusia untuk tiba ke Perkarangan Masjid Asy Syakirin dengan pemandangan yang cukup memilukan perasaan . Manakan tidak , Saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri bagaimana jatuh dan hancur nilai akhlak dan moral masyarakat khasnya ummat Islam .
Perlakuan maksiat dan mungkar dilakukan secara terbuka bagai satu pesta tanpa rasa segan silu apatah lagi untuk memikirkan soal dosa pahala dan syurga neraka.Berkali - kali saya mengeluh dan itulah yang mampu dilakukan dalam saat yang seperti itu .Sementara di perkarangan Masjid Asy Syakirin , ada pihak menyediakan majlis sambutan alternatif untuk sambutan tahun baru dengan mengadadakan Forum dan persembahan Nasyid .
Saya sempat bertemu dengan salah seorang ahli panel forum tersebut , Al Fadhil ustaz Nazri Chik yang turut melahir rasa resah gelisahnya menyaksikan fenomena ini . hanya sebilangan kecil yang menghadhiri Forum dan persembahan Nasyid , sedang puluhan ribu lagi dengan pasangan masing masing terus tenggelam dalam gelora nafsu di Dataran Maksiat KLCC.
Perasaan yang sama diluahkan oleh dua orang sahabat saya ( Ustaz Syarifudin dan Syazili ) yang juga merupakan anggota Kumpulan Wadi-L-jadid. Mrk yang turut membuat persembahan pada malam itu untuk membimbing orang ramai agar mereka tidak lalai dan leka dalam berhibur hanya mampu menggeleng kepala menyaksikan fenomena ini .
to be continue ...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home