Kertas Kerja ( siri 003 )
PEMUDA - PEMUDI
DALAM MENGHADAPI CABARAN- VOL 2
Cabaran 2 :
SERANGAN PEMIKIRAN
Oleh : Hj Nasrudin bin Hj. Hassan At tantawi
Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam dan kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam yang datang dari segenap arah .
1. Barat
Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjaawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat. Dalam hal pentadbiran , Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . ( فصل الدين عن الحياة ).Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan ( فصل الدين عن الحكومة و الدولة )
Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi . Urusan politik pula ,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.
Demikianlah urusan kemasyarakatan , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.
2. Timur Blok Komunis
Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.
Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam
Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.
Firman Allah swt :
Maksudnya :
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
( An Nasr 1- 3 )
Mereka turut menyerang Islam dek kerana keistimewaan Islam sebagai Risalah Kholidah yang melengkapi di atas keistimewaan berikut :
I ) Rabbaniah ( تمتاز بالربانية )
Islam adalah agama yang datang dari Tuhan Yang Maha Mentadbir lagi Maha Bijaksana. Firman Allah swt :
Maksudnya :
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
( Al Maidah 50 )
II ) Al-Khulud تمتاز بالخلود
Islam adalah agama yaang kekal dan dipelihara oleh Allah hingga Hari Kiamat. Firman Allah swt :
Maksudnya :
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya
( Al Hijr 9 )
C) Alamiah ( تمتاز بالعالمية )
Islam diutuskan untuk semua melalui lidah Nabinya Muhammad S.A.W yang diutus untuk semua manusia. Firman Allah swt :
Maksudnya :
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
( Saba’ 28 )
IV ) Inqilabiyah ( تمتاز بالإنقلابية )
Islam adalah datu daa’wah untuk membawa perubahan hidup manusia sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu telah diutus untuk merubah manusia. Firman Allah swt :
Maksudnya :
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
( Al Maidah 48 )
V ) Tasyri’yah ( تمتاز بمعطياتها التشريعية )
Islam merupakan satu perundangan yang lengkap yang merangkumi muamalat, masalah perlembagaan,sistem ekonomi, diplomasi kemasyarakatan dan hal yang berhubungkait dengan negara.
Firman Allah swt :
Maksudnya :
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
( Al Anaam 38 )
Rancangan Jahat Mereka
Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit untuk tujuan tersebut.
Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya.
Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )
Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut :
· Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali
· Isytihar Negara Sekular
· Mengekang gerakan Islam
· Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada
perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.
Pemuda yang dihormati sekelian,
Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.
Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.
Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu :
a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية
b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل
i) Gerakan Komunis [1]
Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.
Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.
Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta .
Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.
Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.
Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam
1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan : “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.
2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”
3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan : Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.
4. Mu’tamar ke 22 ,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa : Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.
Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam
Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..
Menganggap agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah . Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.
Sabda Rasulullah saw :
بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء
Maksudnya ;
Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang - orang yang dagang ( asing )
Wahai pemuda/I, ingatlah firman Allah :
Maksudnya :
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka. Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan. (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka? (Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).
( Muhammad 23 - 28 )
b) Gerakan Solibiyyah
Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis , Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.
Orientalis
Helah yang aktif selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah. Ia merupakan saatu percubaan Barat melalui berbagai institusi dan cendikiawan mereka untuk menindas Islam dan mencampakkan kekeliruan (syubhat) serta kebohongan dan kebatilan keatas ummat Islam yang pada asalnya fikrah mereka bersumberkan al-Quran dan al-Hadis serta fakta-fakta sejarah ummat Islam dengan berselindung disebalik Istilah Ilmiah.
Antara bentuk serangan Orientalis ialah mereka menganggap al-Quran adalah khayalan Nabi Muhammad saw. dan tidak ada hubungan dengan wahyu . Mereka turut merendah-rendahkan peribadi Nabi Muhammad saw. kononnya Sunnah bertentangan dengan aqal dan ilmu pengetahuan.
Golongan Orientalis dengaan semaangat dendam dan benca terhadap al-Quran Baginda Rasulullah S.A.W menjadi duta-duta kepada Nasrani antarabangsa di Universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh dunia termasuk di negara kita.
Golongan anti-hadis di negara kita merupakan antara kita yang dapaat dikesan sebagai hasil pembawaan Orientalis yang berjaya melontar tasykik kepada orang Islam supaya meragui sumber perundangan / syariat mereka sendiri.
Missionerry Kristian
Solibiyyah Barat sebagaimana yang telah dijelaskan tidak hanya mempunyai satu helah, malah antaranya merek memerangkap ummat Islam melalui program-program pengkristianan di negara-negara ummat Islam sendiri.
Program ini direalisasikan melalui perubahan dalam sistem pembelajaran ,media massa,badan-badan Kebajikan Masyarakat , projek-projek ekonomi dan pembangunan.
Majlis Gereja Sedunia dan Vatican juga pertubuhan-pertubuhan Kristian yang lain telah menetapkan sumbaangan yang lumayan untuk projek-projek kemajuan dan rancangan-rancangannya di negara-negara membangun di bawah slogan “Dari Gereja Untuk Masyarakat”
Majlis Gereja Sedunia dalaam mu’tamar mereka di Sweden padaa tahun 1969 menetapkan supaya digunakan wang dari tabung kewangan gereja dalam menjayakan rancangan mereka. [2]
Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.
1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan
Sistem Khilafah.
2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.
4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.
5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan
“Women Liberation “ dan sebagainya.
Wasilah-wasilah Mereka
1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .
2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3. Khidmat kebajikan masyarakat.
4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan ,arak ,
perempuan dan sebagainya .
5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian
ke negara-negara ummat Islam.
c) Gerakan Yahudi dan Freemason
Firman Allah swt :
Maksudnya :
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
( Al Maidah 82 )
Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.
Gerak Jahat Yahudi
1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.
2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel padaa 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.
3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:
Kerjasama Israel Antarabangsa
Mu’tamar Yahudi Antarabangsa
Kesatuan Sahafi Yahudi Sedunia
Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Pertubuhan Israel Sedunia
Majlis Yahudi Rabbani Sedunia
Pertubuhan Zionist Sedunia
Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:
a) Freemason
b) Rotary Club
c) Lions Club
Freemason , Rotary dan Lions
Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I ,sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.
Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة .
Melalui protokol ke-11 ,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina . Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.
( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya . Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani . ) [3]
Objektif Politik Zionist
1. Penguasaan ekonomi
2. Kekuatan tentera
3. Penguasaan media massa
4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran .
d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam .
Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum baangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam .Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah.
الشيوعية الملحدة / الصليبية الحاقدة / اليهودية الماكرة / المذاهب الإستعمارية المضللة ))
Ancaman golongan ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita . Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian , media massa , jabatan-jabatan pendidikan , muassasah-muassasah, yayasan-yayasan , badan-badan berkanun dan badan -badan swasta.
Lantaran itu, dengan tidak disedari , mereka telah meresapkan ideologi daan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari . Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini .
Aduhai pemuda/i , ingatlah penegasan Ilahi :
Maksudnya :
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
( Ali Imran 196 - 197 )
APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH PEMUDA /I.
1. Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar .
2. Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh .
3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya . Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah swt .
4. Membina syakhsiyyah dengan akhlak dan disiplin sebagai anggota gerakan Islam seperti : taat , wala’ , thiqah dan seumpamanya .
5. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran dan keganasan senjata musuh , sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam .
Firman Allah swt :
Maksudnya :
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
( Ar Ruum 4 - 5 )
oleh : Us. Fathi Yakan . العالم الإسلامى و المكائد الدولية خلال القرن الرابع عشر الهجرى [1]
Oleh : Us. Fathi yakan . العالم الإسلامى و المكائد الدولية خلال القرن الرابع عشرين الهجرى [2]
Oleh : Us. Fathi Yakan. العالم الإسلامى و المكائد الدولية [3]
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home