AKU TERIMA UJIAN INI .
Hari raya Korban tahun ini ( 1426 ) , Saya dan anak isteri pulang ke Felda Keratong 5 untuk menyambutnya bersama keluarga sementara saya ditaklifkan untuk menyampaikan khutbah di Masjid Felda Keratong 4 .
Dalam keriuhan keluarga/sanak saudara berkumpul di pagi raya , saya dikejutkan dengan panggilan dari isteri saya yang meminta agar segera pulang ke rumah , " ada kecemasan !! "
Saya lantas bergegas pulang untuk mendapatkan isteri di rumah dan bertindak atas kecemasan yang dilaporkan . Rupa - rupanya anak bongsu saya ( ke enam ) sedang mengalami sesak nafas yang agak teruk . Tanpa banyak bicara saya menghantar Afif Syaikhani ke Hospital Muadzam Shah.
Afif Syaikhani hanya dibekalkan ubat dan pengesahan yang mengatakan bahawa ia tidak mengalami apa jua penyakit . Jatung dan paru - paru normal.( tidak mengalami apa apa masaalah )
Rasa lega dengan keterangan pihak Hospital Muadzam Shah , pada malam itu saya bersama adik ipar ( Ust. Fadhil Noor ) terus bergegas ke Markaz PAS Lanchang dengan ditemani oleh akhi Zahari untuk menyampaikan ucapan sempena Ibadah Korban PAS Kawasan Temerloh . Saya dijadualkan berceramah dengan Dr. Hassan Ali Naib Presiden PAS .
Jam 3 am , saya kembali tiba ke rumah , Alhamdulillah , kini saya dapati Afif Syaikhani telah berhenti daripada sesak nafas yang ia alami sebelumnya.
Part II
Setelah membuat persiapan wajar , saya dan keluarga mula bergerak ke Felda Mempaga pada jam 1.30 pm , dimana saya telah dijemput untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Ibadah Qurban anjuran PAS Kawasan Bentong di rumah Tok Ayah Mat .
Majlis yang berlansung jam 4.00 pm itu dijayakan secara sederhana , namun cukup menginsafkan semua pihak terhadap keperluan berkorban dan istiqamah dengan perjuangan suci ini.
Jam 5.15 pm Kami mula berangkat pulang ke kediaman kami di Balok Sejahtera Kuantan . Malangnya selepas 2 jam kami merentasi highway , Afif Syaikhani sekali lagi diserang sesak nafas yang pastinya menjadikan kami resah dan gelisah .
Saya mula meluru laju membelah masa untuk terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA ). Alhamdulillah , saya selamat sampai jam 8.20 mlm di HTAA dan terus ke Jabatan Kecemasan dengan bantuan dan nasihat daripada Dr. Khairus Soleh , Dr. Fadhli dan juga Dr. Hanafi . Segala prosuder dan urusan menempatkan Afif Syaikhani ke bawah jagaan doktor berjalan lancar . Terima kasih kepada semua sahabat terutamanya Dr. Khairus Soleh yang telah menggadaikan masa cuti dan rehatnya untuk menemani kami sehingga segala prosuder selesai .
AFIF SYAIKHANI DI WAD 6 C HTAA .
Jam 12 tgh . Afif Syaikhani mula disyaki mengalami jangkitan kuman pada paru - parunya dan ia terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari lagi . Namun alhamdulillah , demam dan sesak nafas yang dialaminya mula berkurangan.
Saya sepatutnya berada di Menara May Bank Kuala Lumpur tengahari ini untuk menyampaikan Kuliah di sana . Maaf saya mohon dari pihak penganjur di atas kegagalan untuk hadhir hari ini ekoran keuzuran yang menjadikan saya serba salah untuk bertindak . Sebelah kanan , dakwah yang telah mendarah daging dalam diri saya sementara sebelah kiri pula anak yang terlantar sakit yang tentunya pula dia adalah jantung hati saya .
Saya meminta agar saudara Wan Haswari mencari ganti tenaga pengajar agar majlis kuliah tersebut tidak tergendala . Sementara saya terus menanti harap penuh tawakkal kepada Allah swt. agar Afif Syaikhani segera sembuh dari derita yang ia alami dalam usia yang pastinya ia tidak lagi mengerti apa apa kecuali mengerang kesakitan.
Ya Allah Ya Rabbi , Aku terima Ujian ini dengan penuh redho atas ketentuanMu yang Maha Agong lagi Maha Perkasa .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home