" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, January 24, 2006

SUNNAH ORANG BERJUANG
Saat jemari saya mula menitip button lap top ini , jam menunjukkan pukul 4.50 pagi . Sebetulnya saya baru sahaja sampai dari perjalanan jauh yang mencecah jarak 300 km ( memakan masa 4 jam setengah ) , dari kediaman saya di Balok Kuantan ke selatan negara. Entah mengapa , air mata ini mengalir di pagi hening , menyulitkan lagi percubaan saya untuk masuk tidur. Memandangkan blog saya ni pun sudah 4 hari ‘terbengkalai’ , maka kesempatan ini saya gunakan sepenuhnya untuk menemui sahabat – sahabat dengan titipan terbaru ini. Pagi hening ini telah mengimbau sejuta kenangan silam , menerjah masuk mengambil tempat dan ruang yang masih kosong dalam kepala saya . Barangkali inilah yang menjadikan air mata saya mengalir dengan sentuhan syahdu di dinihari . Biarpun badan masih letih memandu dalam jarak sedemikian jauh , saya bagaikan diserap tenaga tambah ( energy plus ) untuk terus bersengkang mata dihadapan lap top ini. Segalanya bermula dengan kerinduan yang mendesak untuk saya kembali bermusafir menunai tanggungjawab perjuangan dan dakwah bagi menyampaikan mesej jamaah setelah saya banyak menghabiskan masa di Hospital Tengku Ampuan Afzan menemani Afif Syaikhani yang tertahan di wad , ekoran jangkitan kuman di paru – parunya . Setelah 3 lagi abang dan kakaknya ( Afif Syairazi , Afif Syaibani & Iffatul Widad ) telah kebah dari demamnya , Saya mula mengaktifkan diary harian saya untuk terus keluar guna menyampaikan risalah perjuangan suci yang tertunggak . Kelmarin , jam 3 petang saya terus memulakan perjalanan untuk meneruskan misi dakwah ini ke Negeri A . Dalam jaraknya yang agak jauh , saya meminta jasa baik Ustaz Sanusi untuk menemani saya dan beliau bersetuju . Lalu saya terus ke Keratong untuk mengambil beliau . Sejurus saya melintasi kawasan Timbang JPJ di Chini , saya terserempak dengan Ustaz Fadhil Noor yang dalam perjalanan pulang ke Inderapura , lalu saya mengajak beliau menyertai rombongan kami ke Negeri A. Jam 11.30 malam , majlis ceramah selesai dan saya berlepas pulang . Bermula detik inilah , berlaku satu kejadian yang sangat menyentuh hati saya , sebagai seorang yang sememangnya kerja mengajar , ceramah agama , ceramah politik menjadi darah daging dan sebati dengan cara kehidupan saya sejak 19 tahun yang lalu . Kerinduan yang agak tebal terhadap program jamaah , memaksa saya meminjam terlebih dahulu wang sahabat untuk mengisi minyak dan kegunaan di perjalanan . Secara kebetulan bulan ini , saya terpaksa banyak menggunakan wang untuk urusan awal persekolahan 3 orang anak di Sekolah Islam Al Irsyad Balok , ditambah pula pembiayaan kos perubatan semasa mereka terlantar sakit seminggu yang lalu . Memang berat hati untuk pergi sehingga terpaksa meminjam wang sahabat , tapi tak tergamak pula untuk menghampakan permintaan sahabat dari negri A agar saya hadhir berceramah di tempat mereka. Lagipun mereka berkali – kali menghubungi saya untuk confirm program dan kehadhiran saya . 11.50 malam , saya berhenti di sebuah stesen minyak , untuk mengisi keperluan WIRA saya yang cukup setia menemani saya mengurus amanah perjuangan ini saban hari dan saban waktu . Seperti biasa keperluan sang WIRA ini , saya gunakan wang pembiayaan yang diberikan oleh pihak penganjur ceramah . Terima kasih kepada pihak penganjur yang bersusah payah membekalkan sedikit wang buat saya biarpun jumlahnya hanyalah Rm 50.00 . Ustaz Sanusi dan Us Fadhil Noor menggeleng kepala dan saya hanya senyum melihat mereka terpinga – pinga . Ustaz ! tak kan RM 50 sahaja ? demikian perkataan pertama yang terpacul dari mulut ustaz Fadhil Noor . Saya kata : “ alhamdulillah , Fadhil ! ada tempat ceramah yang saya pergi , hanya pulang tanpa apa – apa . “ Ana pernah pergi ke Negeri B , yang jauh ke utara negara , malah terpaksa menaiki bot untuk sampai ke tempat ceramah . Ana terpaksa pulang pada malam itu juga ke Pahang kerana Isteri Ana sakit dan keadaannya agak kritikal pada waktu itu . Peringkat awal Ana memang nak balik esok , kerana bot tak ada pada malam itu . ………tetapi Hj. Mahfuz mendesak Ana agar pulang mendampingi isteri saat isteri sakit begitu . Lalu Ana minta agar pihak penganjur menguruskan kepulangan Ana pada malam itu . Kebetulan beberapa AJK perhubungan PAS negeri B ada meeting keesokkan harinya , maka kami sama – sama meredah lautan pada malam itu . …….sampai di Jeti , penganjur memberikan wang sebanyak RM 50 untuk membiayai perjalanan Ana yang jauh , memakan masa 8 jam non stop ke Kuantan . Ana terima dengan senyum ya akhi !!.... walhal anta pun tahu berapa kos minyak dan tol sebab anta pun orang utara " Saya menceritakan pengalaman ini kepada Us. Fadhil Noor , sebab beliau adalah “pendatang baru” ke pentas dakwah ini secara pembabitan langsung setelah beliau pulang dari Yaman dan Mesir . “ Akhi…anta jangan patah semangat berhadapan dengan situasi seperti ini . Ana pernah pergi ke negeri C , nun jauh di seberang laut , bagi memenuhi undangan ceramah politik di sana . Perjalanan ke sana terpaksa menggunakan flight . Ana ambil flight air asia , kerana harganya murah . …..masa tu Ana pergi dengan akhil Fadhil Shafiee dari Kuala Krau . Sampai kami di negeri C . 4 jam kami tunggu di airport . Tiada siapa datang menjemput kami , sehingga akhirnya kami berjaya menghubungi penganjur . ….malangnya , penganjur pada waktu itu berada di Brunei dan meminta maaf kerana terlupa untuk menganjurkan ceramah yang beliau sendiri mengambil tarikh dari Ana sebulan sebelum itu . ….kami ambil sikap untuk terus pulang malam itu ke Kuala Lumpur tetapi malang sekali lagi , tiket sudah full . MAS ada , tapi kami kena tambah RM 300 ( kalau tak silap Ana ) lagi untuk mendapatkan 2 seat ke Kuala Lumpur . Manalah kami mampu dan mana pula nak cari duit sebanyak itu dalam waktu yang demikian terdesak . ….mujurlah ada sahabat yang simpati pada waktu itu lalu membawa kami ke penginapan sementara menunggu turn flight pagi esok untuk pulang ke Kuala Lumpur." Panjang lebar saya menceritakan pengalaman itu kepada Us. Fadhil Noor dan Us. Sanusi memecah kesunyian malam membelah kabus . Akhirnya mereka diam . Entah apa yang difikirkan mereka . Sementara saya pula teringat satu lagi pengalaman indah menghiasi perjuangan ini , apabila saya bersama isteri sebagai teman ke negeri D . Saya sampai seawal jam 11 pagi ke negeri tersebut . Saya telah cuba menghubungi penganjur berkali – kali tetapi gagal . ( yang akhirnya saya tahu bahawa telefon bimbitnya rosak .) Saya menghubungi ketua ( DPP negeri D ) untuk bertanya mengenai program ceramah pada malam itu . Beliau menjawab program anta tak ada malam ni !. Mendengar jawapan itu , lalu pada jam 4.30 petang saya terus pulang ke Pahang dengan hampa setelah 10 jam memandu untuk destinasi program . ( beberapa hari kemudian baru saya tahu , bahawa Ketua DPP negeri D tu silap faham . Dia sangka saya Us. Azman Syafawi yang menghubunginya sedang saya perkenalkan diri sbg Us. Nasrudin Tantawi . ) Memang program saya ( tantawi ) dalam pengetahuan dia , sementara ( syafawi ) tak ada . Saya tersenyum terkenang peristiwa silam , namun air mata mengalir tanpa sedar . Entah lah , perasaan saya berbaur dalam keletihan memandu dalam perjalanan yang jauh begini . Ya Allah …tabahkan hati hambaMu ini untuk terus gagah berpaut didahan hidayahMu sementara arus begitu deras menghanyutkan apa sahaja yang bersifat lemah . Tiba – tiba saya teringat hutang saya dengan sahabat sewaktu nak berlepas ke negeri A tadi. Macam manalah saya nak jelaskan hutangnya . Kos minyak , RM 120 , tolak RM 50 yang penganjur bagi , baki lagi RM 70 . Mana saya nak cari RM 70 nih , sedang sahabat nih nak duit tu pada hari Rabu nih , kerana hari sabtu nih beliau akan berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajarannya. Persoalan itu terus bermain dalam benak saya . Us. Fadhil telah hanyut dalam mimpinya indahnya . Ustaz Sanusi terus jalankan tugas setianya , memandu sehingga akhir kami sampai ke keratong . Setelah turunkan Ustaz Sanusi , Ustaz Fadhil ambil alih untuk memandu hinggalah ke Gambang . Giliran saya pula memandu dan setelah turunkan Us. Fadhil di Inderapura , saya terus meluncur pulang seorang diri ke Balok . Antara perjalanan saya dari Inderapura ke Balok inilah , perasaan saya sukar dikawal , air mata meluncur laju tanpa mampu saya sekat lagi . saya pun tidak memahami kenapa perasaan saya dinihari ini begitu sentimental , apa lagi nak menafsirkanya . Yang pasti , saya hanya memohon tanpa putus agar Allah memberkati usaha dakwah saya dan menjadikan ini sebahagian daripada amal yang soleh dan diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran perjuangan ini . Ya Allah , selagi badanku sihat begini , akan ku teruskan perjuangan suci ini biar 1001 halangan merintang di hadapan. Apa yang ku harap , Kau berikanlah kekuatan kepadaku . Amin Ya Rabbal A’lamin . Ya Allah …bagaimanalah sahabat – sahabatku yang lain , pasti mereka juga menghadapi situasi yang sama malah jauh lebih perit dan sukar memandangkan diary mereka jauh lebih ketat dan padat . Ya ….…saya kenal mereka . Yb. Salahudin ( KDPPP ) , Hj. Mahfuz , Abg Mat ( Sabu ) malah Tok Guru Hj. Hadi dan pimpinan PAS yang lain . Tentu sahaja masa rehat mereka tiada bertanda dalam diary perjuangan . Apa yang saya alami ternyata , sejumlah kecil dari apa yang mereka alami . Ya Allah…ku tahu , inilah SUNNAH ORANG BERJUANG !

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Reaksi Sunnah Orang Berjuang tulisan Ust Nasrudin Tantawi

Saya agak sibuk beberapa hari. Tugas rasmi di pejabat sebelah siang dan kuliah sebelah malam. Tidak sempat membuka laman Tranungkite dan webblog para sahabat.

Cuma hari ini zaujah tersayang memberitahu satu artikel ditulis oleh Ustaz Nasarudin Tantawi bertajuk: ‘Sunnah Orang Berjuang’ dalam blognya. Artikel yang barangkali jarang ditulis oleh Ustaz Nasarudin, bahkan mungkin juga oleh seorang yang sepertinya dan seperti saya. Namun, mungkin kerana ‘sedikit kekecewaan’ terhadap sikap sesetengah para sahabat yang tidak cuba memahami diri menyebabkan beliau meluahkan rasa hatinya-bukan kepada orang lain, tetapi di atas skrin laptopnya.

Orang lain mungkin melihat ‘garang’nya melalui ceramah si penceramah tetapi disebalik itu, ada sudut sentimental dan sifat kemanusiaan dalam diri. Saya dapat menyelami rasa hati Ustaz Nasarudin, bukan sahaja kerana saya mengenali beliau (dan beliau pun sebenarnya mengenali saya, cuma melalui nama pena ini mungkin dia tidak perasan) bahkan kerana saya juga terlibat dengan dakwah dan berkuliah, walaupun tidak se’global’ Ustaz Nasarudin kerana faktor-faktor tertentu.

Mungkin ada yang berkata: ‘Ustaz tak ikhlas kerana nak duit’. Bukan masalah ikhlas atau nak duit. Di zaman dahulu, kenderaan dengan kuda dan unta. Rumput boleh dicari dengan mudah. Tetapi kuda dan unta juga ada harganya. Perjalanan sekarang dengan kenderaan-kereta, bas dan lain-lain menggunakan minyak. Menuang minyak bermakna menuang duit. Minyak pula bukannya murah sekarang. Penceramah dan pengkuliah pula sama ada bekerja rasmi, maka adalah gajinya tanpa mengharapkan sangat imbuhan kuliah. Ada alhamdulillah, tak ada tak apa. Penceramah dan pengkuliah yang tidak ada kerja lain selain ceramah dan kuliah bagaimana? Sumber nafkahnya ambil di mana? Untuk anak isterinya bagaimana? Sekolah anak-anak dan sewa rumahnya?

Dulu, bila tok guru mengajar, beliau mengajar di rumah sahaja. Anak murid datang. Itupun bawa gula, beras dan lain-lain kerana tok guru telah wakafkan dirinya untuk dakwah, tak sempat untuk mencari nafkah lain. Maka anak muridlah yang membantu gurunya. Sekarang kalau mahu mengajar, terpaksa cari anak murid. Jarak perjalanan juga menjangkau puluhan bahkan ratusan kilometer. Belanja makan, minum, minyak perlu ada.

Kalau si penyanyi diraikan dengan begitu sekali hebatnya-permaidani merah, bayaran ribuan ringgit untuk 3 minit menyanyi, kenapa kita tidak boleh memberikan sedikit imbuhan yang berpadanan dan sesuai dengan masakini untuk penceramah dan pendakwah? Si penceramah dan pengkuliah bukanlah orang yang mencari populariti murahan dunia, tidak juga mengharapkan hamparan permaidani merah, tidak juga ribuan ringgit untuk sejam kuliah dan ceramahnya. Namun biarlah masa, keringat dan pengorbanan dihargai oleh sahabat-sahabat juga. Tidak bolehkah digunakan konsep ‘win-win’ situation? Saudara mendapat ilmu dan si penceramah/ pengkuliah mendapat sedikit insentif yang wajar.

Andainya perkara ini terus berlaku, bersabarlah sahaja wahai sahabatku. Ganjaran yang Allah sediakan di SANA adalah lebih besar. Janganlah give-up atau masuk Hadhari pulak.

rantisi_jr

12:36 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum wrt

Catatan us n.t ni amat berbekas sekali pada pemikiran saya yg amat sedikit masa berjihad jiak dibanding dgn us. n.t.


Sharing of ideas mcm ni mmg penting, pada ana bukan utk selesaikan satu-satu persoalan tertentu spt. infaq yg kurang wajar dr penganjur, ttp lbh kpd lontaran rasa dan suara hati masing-masing.

Ana pun tahu dan dpt rasa us. n.t bukanlah nak pertikaikan penganjur (ttp pihak penganjur kena ambik kira perkara ini) cuma inilah ibrah dan sunnah yg mesti diterima dgn sabar dan rela oleh setiap pendakwah. Setiap cabaran dan ujian yg ditempuhi bukanlah alasan utk meninggalkan jihad yg mulia ini. Biarpun ujian dan cabaran menggunung tinggi, ttp pendakwah tetap akan berjuang.

Marilah sama-sama kita memujuk hati dan perasaan kita utk terus sabar dan kuatkan azam dan keyakinan utk mengharungi badai dan ranjau perjalanan dakwah yang berliku dan jauh perjalanannya ini.

Tahniah us n.t mencetuskan ide yg berkesan ini.

abu alwani,
d.tunggal, melaka.

12:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ust, bapa saya, (arwah), ada 15 org anak. sepanjang hidupnya, dia sentiasa hidup org lain bukan untuk dirinya. Bila diisytiharkan bangkrap oleh mahkamah dunia, dia berusaha menjadi jutawan untuk akhirat. Semakin tak de apa2, semakin byk dia akan bersedekah. Kdg2 kami anak2 fikir, duit abah habis sentiasa. Kata bapa saya, hartawan ataupun jutawan bukan dinilai dari apa yang dia ada dan simpan tetapi berapa banyak yang dia infaqkan. Usahanya tak pernah berhenti menjaga anak2 yatim, membela armalah, membina & membaiki masjid dan membina sekolah. Kdg2 kami fikir, bapa kami tak ada apa2 tetapi semua dia dapat lakukan infaq kereta untuk program2 tamrin, memberi makan kpd org yang berpuasa sehingga membina sebuah maahad tahfiz. Pernah dalam satu peristiwa, kami kering kontang. Cuma ada beras dan kangkung. Malam itu satu rombongan dari Melaka tiba dan mereka singgah ke rumah. Abah kata masak nasi. Bawang tak ada, apa2 pun tak ada. Akhirnya kami tangkap ikan talapia dalam kolah, dan ibu kami goreng dan goreng bersama kangkung. Rombongan melaka 20 org semuanya kata inilah hidangan yang paling sedap mereka rasa.
Sewaktu meninggal, usianya baru 58 tahun. Dia tinggalkan byk jejak yang boleh diikut. Tidak resah, tidak gelisah. Kata abah waktu pagi, mungkin kita tak ada apa2, tetapi ptg ataupun esok tentu Allah berikan pertolongan-Nya. Kata Abah "InnaLLah ma'ana". Bapa saya bukan rijal haraki, bukan juga berpengajian islam tetapi dia Muslim sejati. Seorang Muslim yang byk mengubah pemikiran anak2nya dan sesiapa yang rapat dengannya. Dan seorang Muslim yang berjaya mengislamkan 3 rakan cinanya dengan peribadi dan sifatnya yang suka menolong sesiapa.
saya percaya, setiap org lain ujiannya. Kalau lah kita melihat ujian sebagai rintangan dan kesusahan maka itulah yang akan jadinya, tetapi jika kita melihat kesusahan itu satu petanda ilahi dan 'income' berganda daripd Allah maka positiflah bil2 dan list kerja kita untuk akhirat. Saya juga percaya, yg ust sebut di sini hanyalah yang 'ringan' dan byk lagi 'ujian berat' yang telah ditanggung selama ini tak diketahui dan yg akan dtg Allahu A'lam.
'Sesungguhnya syurga yang berlari2 air di bawahnya itulah tempat sebenarnya'.

9:26 PM

 
Anonymous Anonymous said...

subhanallah

11:37 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Seeruu 'ala barakatillah.

Cawangan dan dewan2 kenalah perkasakan ekonomi, ya? Sudahlah kita hendak buah yang sudah dikupas, dibelah dan disuap ke mulut...

Orang Islam itu bersaudara...

12:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ustaz,

Kalau nak murah rezeki raikan tetamu. Kalau ada tetmu datang, jawab sendiri slm, jangan suruh anak jawab salam,
Buka lampu kat tangga dan
keluar rumah ikut pintu hadapn bukan pintu dapur.

Itu petua orang tua-tua lah..

6:28 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home