" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, April 26, 2006

Kertas Kerja ( 019 / siri kedua )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH .

USUL KEDUA

و القران الكريم و السـنة المطهـرة مرجع كل مـسـلم فى تعرف أحكام الإسـلام و يفـهم القـران طـبـقـا لـقـواعد اللـغـة الـعـربـيـة من غـيـر تـكـلـف و لا تـعـسـف و يرجـع فى فـهـم الـسـنة الـمـطـهـرة إلى رجـال الـحـديث الـثـقـات

Al quran dan sunnah ( hadis ) adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam . Al quran difahami menurut kaedah - kaedah bahasa arab dengan tidak memberat dan meringankan . Hadis pula di fahami melalui periwayat - periwayat hadis yang dipercayai .”

ULASAN .

فـإن تـنـازعـتـم فى شـئ فـردوه إلى الله و الـرسـول
" Maka jika kamu bertelingkah dalam sesuatu masaalah maka kembalikanya kepada Allah dan rasul ."

( An Nisa' 59 )

Ittifaq ulama' bahawa quran dan sunnah dua sumber perundangan Islam , menafikan kedua - duanya atau salah satu daripadanya adalah tindakan yang menjerumus ke lembah murtad

اتـبـعوا ما أنـزل إلـيكم من ربكم و لا تتبعوا من دونه أولياء قليلا ما تـذكـرون

" Ikutlah olehmu apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhan mu dan jangan kamu mengikut pemimpin yang lain daripadanya . Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran ( daripadanya )

( Al A'raf 3 )

A ) Al quran

Al quran adalah petunjuk dan surat pekeliling buat semua makhluk yang bersedia menerima Al quran .

الـم ذلـك الـكــتاب لا ريب فـيـه هـدى للـمـتقـيـن

" Demikian Al kitab yang tiada keraguan padanya petunjuk bagi orang yang bertaqwa "

( Al Baqarah 1-2 )

Ia jua mengandungi unsur berikut .

i ) الـبـيـنات keterangan atau pemberitahuan
ii ) الـفـرقـان pembeza antara hak dan bhatil
iii ) الـمـنهـاج و الـشـريـعـة perundangan
iv ) الـتـربـية pendidikan
v ) الـتـنبـيـه kewaspadaan
vi ) بـشـيرا و نـزيـرا khabar gembira dan ancam
vii ) الـتـوحـيد keesaan Allah

Hukum hakam di dalam Al quran terbahagi kepada dua :
[1]

1 . Hukum yang dimaksudkan sebagai Iqamatuddin ( menegakkan ugama ) Ianya merangkumi hukum Aqidah dan Ibadah .

2 .Hukum yang dimaksudkan sebagai sistem kenegaraan dan Jamaah , sistem hubungan antara individu dan ini merangkumi hukum Mua’malat , Tindak balas , Nikah kahwin dan Keluarga , Dustur dan Daulah .

Keistemewaan Al Quran .

Al quran diturunkan dalam bahasa arab sebagai satu - satunya bahasa yang amat sesuai dengan status Al quran justeru bahasa arab mempunyai keistemewaan yang tinggi dari sudut tata bahasa dan pembendaharaan maksud yang kaya dengan nilai balaghah , ma'ani dan al bayan .

كـتاب فـصـلـت ءايـتـه قـرانـا عـربـيـا لـقـوم يـعـلـمون بـشـيرا و نـزيرا

" Kitab yang dijelaskan ayat - ayatnya iaitu bacaan dalam bahasa Arab untuk qaum yang mengetahui yang membawa berita gembira dan peringatan , tetapi kebanyakan mereka tidak mahu mendengar ."

( Fushshilat 3-4 )

Berasaskan kenyataan Ilahi ini , kita bertanggungjawab mempelajari kaedah bahasa arab untuk memahami peraturan dan arahan Al quran . Namun begitu , dek kerana sukarnya mempelajari bahasa arab , janganlah kita meninggalkan Al quran sementara tidak pula terlalu bersahaja ( meringan - ringankan ) usaha mendalami bahasa arab ( sebagai bahasa pengantar wahyu Ilahi ).

Ketidakfahaman bahasa arab dengan baik adalah mengeluarkan seseorang dari senarai mereka yang layak menafsirkan Al quran . Percubaan berani untuk menafsirkan Al quran tanpa memiliki asas penguasaan bahasa arab yang kukuh dan selok belok penafsiran hanyalah menyeret penafsirnya ke dasar neraka .

Sabda Rasulullah saw .

من فـسـر الـقران بـرأيـه فـليـتـبواء مـقـعـده فى الـنار

" Barangsiapa menafsirkan Al quran dengan pandangannya semata mata maka hendaklah ia sediakan tempat duduknya dalam api neraka "

Kriteria mufassirin .
[2]

Mereka yang mahu manafsirkan Al quran sekurang - kurangnya memiliki ilmu - ilmu berikut :

1 ) Bahasa arab dan sumber ambilannya yang tepat .
( kedapatan sebahagian mereka yang terseleweng dengan menta'wil ayat - ayat Al quran , jauh daripada pengertian bahasa yang sebenar . ) Benarlah apa yang disebut oleh Syaidina Omar :

عـلـيكم ديـوانكم لا تـضـلـوا

" Kamu mestilah berasaskan pembendaharaan bahasa kamu jangan kamu menyeleweng "

Jua apa yang disebut oleh Mujahid :

لايحل لأحد يؤمـن بـالله و الـيوم الأخر أن يتكلم فى كتاب الله إذا لم يكن عـالما بـلغـات العرب

" Tidak harus bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bahawa ia berbicara mengenai kitab Allah sedang ia tidak mengerti tentang bahasa arab ."

2 ) Nahu dan soraf
3 ) Sastera arab dan ilmu balaghah
4 ) Ulum Al quran
5 ) Ilmu usuluddin dan tauhid
6 ) Usul fiqh
7 ) Al Hadis An Nabawi , fekah dan sirah
8 ) Lain - lain ilmu seperti sosial , sejarah , geografi dan lain - lain .

B ) Assunnah .

Assunnah sebagai sumber syariat Islam kedua terbahagi kepada tiga fungsi .

i ) menguatkan hukum yang terdapat dalam Al quran

ii ) menafsir dan memperincikan hukum yang terdapat dalam Al quran

iii ) menetapkan hukum yang tidak terdapat dalam quran

Menolak As sunnah sebagai sumber syariat sebagaimana yang diputuskan dalam sebuah persidangan antarabangsa di San Francisco pada 29 - 31 Ogos 1996 adalah nyata bertentangan dengan Islam dan membawa kepada murtad .
[3]

Firman Allah swt .

و من يعـص الله و رسـول فإن لـه نـار جـهـنم خـالديـن فـيـها أبـدا

" Barangsiapa yang memaksiatkan ( menginkari ) Allah dan Rasul maka bagi neraka Jahannam , mereka kekal di dalamnya buat selama - lama . "

( Al Jin 23 )

Antara lain yang di putuskan dalam persidangan tersebut :

i ) Hadis punca perpecahan ummat Islam .

ii ) Menggandingkan Muhammad pada syahadah dan tahiyyat adalah menyekutukan Allah .

Mereka yang menganggap Al quran sahaja yang wajib diterima sementara Muhammad hanyalah manusia biasa , boleh diterima dan ditolak perkataannya adalah tidak berasas . Jika mereka benar beriman kepada Al quran , bukankah Allah telah berfirman :

و ما يـنطـق عـن الـهـوى إن هـو إلا وحـى يـوحـى

" Dan tidaklah ia berkata menurut nafsu melainkan ia adalah wahyu yang diutuskan"

( An Najm 3 - 4 )

و من يـطـع الـرســول فـقـد أطـاع الله

" Dan barang siapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah"

( An Nisa' 80 )

Suatu kepincangan yang amat ketara dan ia memberi impak negatif kepada pembangunan insan apabila masyarakat kita terutamanya yang berbangsa melayu tidak mendalami ilmu Al quran dan Sunnah . Guru - guru yang mengajar sebahagiannya tidak berupaya mendekatkan masyarakat kepada Al quran dan Sunnah . Masyarakat dibiarkan menerima ilmu Islam secara rambang melalui pembacaan dan pertanyaan di tepi - tepi jalan .

Perlu ditegaskan disini , demi mewujudkan keintiman ummat dengan sumber Islam yang asli , kelas - kelas pengajian yang berlansung disemua peringkat sewajarnya menjadikan Al quran dan Al hadis sebagai sumber utama atau sandaran dalil dalam setiap masaalah yang dirungkai .

Sungguhpun ilmu Feqah atau lainnya yang diajar ( dengan tidak dinafikan sememangnya ia diambil dari Al quran dan Al hadis ) namun perlu dinyatakan serentak itu juga dengan jelas, bahawa sumbernya diambil dari nas yang termaktub di dalam Al quran dan Al hadis .Hal ini amat penting untuk kita mewujudkan rasa keterikatan masyarakat dengan Al quran dan Al hadis sehingga mereka tidak sewenang - wenangnya mempertikaikan kedudukkan Al hadis begitu juga Al quran .

Sebelum Al Hadis dipraktiskan ianya perlu dikenal pasti kategorinya . Samaada ia shohih , dhoif atau maudhu' . Usaha pengecaman hadis - hadis ini telah digariskan oleh ulama' - ulama' mu'tabar melalui ilmu mustholah hadis , antaranya Mustholah Hadis Ibnu Solah .

[1] Al Fahmul Islam oleh Jumua’h Amin
[2] Rujuk Al Fahm Al Islam karangan Jumua'h Amin
[3] Artikel Drs. Yusuf Hasbullah . ( Majallah Mustaqim bil 7 Ogos 95

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home