" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, April 21, 2006

Ulasan Buku

DAKWAH FARDIYYAH TEORI DAN PRAKTIKAL.

Karangan : Ustaz Abdul Halim Al Kinani .
Penterjemah : Ustaz Mohd Noor Hamzah
( AJK Lajnah Tabiyyah DPP Pusat )
Terbitan : Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat.
Harga : RM 10.00 sahaja.
( sambil menyumbang kepada LTDK DPPP )

Dakwah Fardiyyah dilihat sebagai salah satu method dakwah yang sangat penting bagi seorang dai'e ( pendakwah ) guna menghubungkan Islam dan perjuangannya dengan madu'u ( sasaran dakwah ) .

Namun begitu , tanpa memahami dan mendalami strategi dan seni Dakwah Fardiyyah , pendakwah akan mengalami kesukaran malah kegagalan bagi mencapai objektif dakwah .

Buku ini membekalkan segala teknikal dan taktikal serta skima dan skil Dakwah Fardiyyah yang penuh hikmah dan berkesan bagi setiap pendakwah dan anggota gerakan Islam , yang berjuang dan berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat .

Justeru seringkali masyarakat umum menolak perjuangan Islam ekoran perilaku dan penampilan pendakwah yang tidak berhikmah dan berwibawa .

Membaca , memahami , menghayati dan menterjemahkan kandungan buku hasil karya Ustaz Abdul Halim Al Kinani ini ke dalam setiap aksi dan aktiviti pendakwah , pastinya banyak membantu usaha mengembalikan semula kedaulatan Islam dan martabat ummah , setelah sekian lama ianya tercalar .

Saya selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat mencadangkan kepada semua petugas jamaah memiliki dan meneliti buku ini sebagai panduan dakwah yang berkesan . Juga sangat sesuai untuk para pendakwah membentangkannya sebagai teks kuliah di masjid dan surau .

Buku ini boleh didapati di Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat Taman Melewar atau langsung daripada saya sendiri . Insyaallah , untuk bulan april ini ( 20 hb. hingga 22 hb.) saya berada sekitar Lembah Klang untuk mengisi program di sana . Insyaallah , buku ini juga akan dilancarkan secara rasmi pada hari berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di kedah nanti .

1 Comments:

Blogger Afdol Ghaz!™ said...

masih dijual kah buku ini?

tlng bgi jwpn kat email sya vie_engage@yahoo.com

10:06 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home