بسم الله الرحمن الرحيم
HARAKAH ISLAMIYYAH:
PERANAN ULIL ALBAB
INTRO
Kertas kerja ini dikemukakan dalam bentuk objektif dan rangka aktiviti yang mesti direalisasikan dalam hidup seorang muslim yang memiliki ‘knowledge’ dan potensi intelektual .Kertas ini jua berfungsi memecah kebuntuan dan melerai kekusutan yang dihadapi oleh sebahagian mahasiswa dan graduan muslim dewasa ini.
Sementara perbincangannya pula dalam bentuk fikratul amal yang turut dikombinasikan bersama realiti ummah kini dengan pengalaman sejarah silam yang nyata telah menyaksikan kejayaan demi kejayaan dicipta dan dibuktikan.
POSISI ULIL ALBAB. YANG MEMILIKI AQAL BERPENGETAHUAN)
Ulil Albab telah mendapat Tauliah Agong daripada Allah untuk beraksi:
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
(At-Taubah. Ayat: 122)
Tauliah ini jugalah yang telah dianugerah kepada Rasulullah saw.
“ Wahai orang yang berselimut! Bangun lalu berikan peringatan.”
(Al Muddathir Ayat:1-2)
Tauliah ini berorientasikan ‘reformasion’, daripada:
Pengabdian diri sesama makhluk kepada mengabdikan diri kehadhrat ilahi .
Kedholiman ideologi manusia kepada keadilan Islam.
Kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.
Asas reformasi yang di perjuangkan oleh Rasulullah saw. ialah ;
Pengabdian diri kepada Allah dan menjauhkan Toghut
Memastikan kesedaran dan keinsafan
Mendhohirkan ugama Islam mengatasi ideologi dan ugama ciptaan manusia.
Mendaulatkan syariat dan menyelia muka bumi berasaskan syariat.
Perjuangan ini diwarisi oleh Ulil Albab atau Ulama’ justeru mereka adalah agen yang berupaya menentang kejahilan (yang merupakan virus utama membawa wabak kekufuran.) sekaligus menjadi arkitek untuk mengawal proses reformasi itu agar ia berakhir di persada rahmat dan redho ilahi.
(العلماء ورثة الأنبياء )
HARAKAH ISLAMIYYAH
Harakah Islamiyyah adalah Jana Kuasa yang menggerakkan jentera perjuangan dan dinamika pejuang di sepanjang zaman. Ianya suatu ketumbukan yang lahir merentas zaman guna memenuhi tuntutan ilahi sehingga Khilafah menjadi milik Islam sepenuhnya. Firman Allah swt:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
(Ali-Imran.Ayat:104 -105)
CIRI-CIRI HARAKAH ISLAMIYYAH.
Sifat yang terkandung dalam ayat 54 surah Al Maidah.
· Syumul
· Universal
· Pengalaman di medan juang
· Iltizam dengan Amal Islami.
· Berlandaskan Manhaj An-Nabawi.
Firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
(Al-Maidah. Ayat: 54 -56)
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN ULIL ALBAB.
Kepimpinan ummah pastinya dikemudi oleh Ulil Albab dan kepimpinan itu pula tidak akan berfungsi tanpa jana kuasa yang menggerakkannya.Namun keupayaan dan potensi sebenar Ulil Albab tidaklah hanya berdasarkan ijazah dan ilmu yang mereka miliki semata-mata, sebaliknya persiapan berikut ini wajiblah dilaksanakan:
· Membina aqidah (keyakinan) yang mantap.
· Memiliki etika dan disiplin syakhsiyyah Islamiyah yang tinggi .
· Mendasari tasawwur Islami dan amalnya dengan jelas.
· Berda’awah dan deklarasikan kebenaran.
· Tegas bersama syariat.
· Menghayati ciri dan watak kepimpinan Islam tulen.
· Berintima’ dengan Harakah Islamiyyah
( dan memenuhi segala syarat intima’ seperti wala’, dengar dan taat , pengorbanan, keikhlasan, persaudaraan, istiqamah dan lain-lain.[1] )
5 PENEGASAN BUAT ULIL ALBAB.
· Ulil Albab sewajarnya berjiwa besar dengan semangat menjiwai kepimpinan ummah justeru kepimpinan negara mesti dikuasai oleh Ulil Albab. Jika tidak, bukan saja para juhala’ yang akan bermaharajalela tetapi juga Ulil Albab akan terus dikuasai.
· Ulil Albab adalah tenaga pendesak yang berkualiti dan berpotensi untuk membasmi kemungkaran serta membina roh spiritual dalam iklim sosial di atas runtuhan kemungkaran tersebut.
· Ulil Albab merupakan jentera yang dinamis untuk bangkit menggerakkan ummah dari tidur yang lena dan mengepalai delegasi jihad fi sabilillah tatkala menentang kerakusan mustakbirin seraya meniupkan api kesedaran dan semangat berjuang .
· Ulil Albab lambang kualiti dan identiti ummah, justeru itu berwaspadalah dalam setiap langkah agar ia tidak memulangkan kesan negatif kepada syakhsiyyah ummah, maka selayaknya Ulil Albab mewarisi syakhsiyyah Rijaluddin dengan memiliki identiti berikut:
1. Aqidah yang sejahtera (سليم العقيدة )
2. Ibadah yang benar ( صحيح العبادة )
3. Akhlak yang kontan. ( متين الخلق )
· Ulil Albab tidak seharusnya larut dalam konflik sosial dan hanyut dibawa arus persaingan material yang tidak pernah mengenal simpati ke atas mangsanya. Sebaliknya Ulil Albab mesti berhemah tinggi dan tidak berasa sempit dada, resah dan gelisah dalam mengharungi badai gelombang kehidupan dunia dan konspirasi durjana musuh-musuh Allah. Firman Allah swt:
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
(Al Ahzab.Ayat: 22-23)
BAGAIMANA ULIL ALBAB BERJUANG.
· Intisari dari surah As -shoff.(Rujuk surah As – Shoff) · Mentaqdiskan Allah Azza Wajalla sehingga tiada yang agong selain Allah. · Qudwah hasanah menjadi slogan perjuangan · Kombinasi tenaga yang membentuk Amal Jamaei yang utuh. · Menghadapi mehnah perjuangan yang berkesinambungan di sepanjang zaman. · Mengenal tahap kegigihan musuh memerangi Islam. · Mesej dan silibus perjuangan kita ialah ugama yang benar. · Mewaqafkan diri untuk perjuangan Islam dengan pulangan yang lumayan. · Yakin lah, pertolongan hanya dari Allah, justeru itu apa ada pada manusia. · Kemenangan perjuangan adalah suatu yang pasti dan hampir. · Membantu ugama Allah dengan segala apa yang ada sebagai syarat kemenangan.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh dan sukar bagi mereka.
Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
· Intisari dari surah At -Taubah dari ayat 38 hingga 45.
· Jangan menukar perjuangan dengan mata benda dunia.
· Awas ! tidak memberi intima’ kepada perjuangan Islam adalah suatu dosa.
· Kita yang memerlukan perjuangan bukan perjuangan memerlukan kita.
· Usah gentar dengan kehebatan musuh justeru Allah bersama kita.
· Perjuangan ini tidak bermusim dan tidak pula mempunyai pilihan .
· Tribulasi dan kesukaran berjuang adalah episod perjuangan sepanjang zaman.
· Tiada dolak-dalih dan alasan helah untuk tidak melibatkan diri dengan jihad ini.
· Awas ! tidak memberi intima’ kepada perjuangan Islam adalah suatu dosa.
· Kita yang memerlukan perjuangan bukan perjuangan memerlukan kita.
· Usah gentar dengan kehebatan musuh justeru Allah bersama kita.
· Perjuangan ini tidak bermusim dan tidak pula mempunyai pilihan .
· Tribulasi dan kesukaran berjuang adalah episod perjuangan sepanjang zaman.
· Tiada dolak-dalih dan alasan helah untuk tidak melibatkan diri dengan jihad ini.
ADUHAI ULIL ALBAB !!
Menimba dan memiliki ilmu adalah suatu yang terpuji tetapi tidaklah ia dipuji lagi apabila ia menjadi si Alim Himar .
Firman Allah swt ;
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Al Jumuaah. Ayat: 5)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home