" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, April 07, 2006

KARNIVAL FUTSAL
PUSINGAN AKHIR
PERINGKAT NEGERI PAHANG
PIALA DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
ANJURAN : LAJNAH SUKAN DAN KEBUDAYAAN DPP NEGERI PAHANG.

Pasti sahaja debaran kian terasa , apabila hari semakin hampir ke saat " turun padang " bagi Pertandingan Futsal yang akan berlansung di Indera Mahkota Futsal Centre ( sebelah Dewan Badminton MPK dan juga berhampiran dengan Masjid Indera Mahkota ) pada 9 hb April . 2006 / hari Ahad ini jam 8.30 am .

Kepada semua kontinjen Futsal yang akan menyertai Karnival Futsal sehari ini diharapkan dapat menunjukkan komitmen tinggi terhadap syarat dan peraturan yang telah ditetapkan . Ini bertujuan untuk memelihara dan memperlihatkan imej yang penuh disiplin dan islamik dalam menjayakan sukan seperti ini .

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan tahniah kepada pasukan - pasukan yang layak ke pusingan akhir pada 9 hb ini . ( setelah melalui pusingan kelayakan diperingkat kawasan . ) Semoga riadhah ini bukan sahaja menyihatkan badan dan bergembira merangkul kejuaraan tetapi juga mengeratkan semangat ukhuwwah dikalangan kita untuk terus kita memacu perjuangan islam ini . Selamat berjaya .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home