" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, April 01, 2006

PESTA DAN ISLAM HADHARI

Hari ini ( 31 Mac 06’ di Taman esplaned) , bandar Kuantan menjadi sesak ekoran Pesta Air peringkat Kebangsaan sedang berlansung dan dijangka berterusan hingga 2 April sebagai kemuncak kepada sambutan Pesta Air kali ini .

Selain pelbagai acara di war – warkan untuk menarik pengunjung , pasti sahaja tidak ketinggalan satu daripada rukun Islam Hadhari ( yang tidak dicatit dalam kitab Islam Hadhari ) iaitu hiburan .

Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah dijangka akan turun ke Kuantan bagi tujuan tersebut. Saat seperti ini tentu sahaja sangat ditunggu – tunggu oleh sebahagian dari masyarakat dan mereka tidak perduli lagi apa yang berlaku disekeliling mereka.

Orang nak hina Nabi saw , anak – anak muda runtuh dan musnah akhlak mereka , gejala murtad berkembang dan meningkat , harga minyak naik , harga gas petroleum naik , harga barang naik dan apa pun lah yang berlaku dan menimpa nasib masyarakat , mereka tidak peduli lagi .

Kesengsaraan mereka akibat terhimpit dan tersisih oleh pembangunan pesat selama ini , hilang apabila mendengar Siti Nurhaliza nak datang . Penderitaan mereka akibat kenaikan harga minyak dan barang runcit , reda apabila mendengar Jamal Abdillah akan menghiburkan mereka .

Berduyun – duyun masyarakat Bandar dan luar Bandar , tua dan muda , lelaki dan perempuan berkunjung ke tapak pesta dan ekspo tersebut , malah masyarakat Mak Nyah dan Pelacur pun kelihatan sibuk memasarkan service mereka di Bandar Kuantan yang tentunya lumayan dalam suasana seperti itu .

Saya tersinggung dengan fenomena ini , namun hanya mampu menompang dagu sambil mengeluh melihat nasib rakyat yang diperlakukan begitu oleh kerajaan mereka sendiri .

Bukan saya anti hiburan dan anti sukan , tetapi hiburan dan sukan sebagaimana yang dianjurkan ini adalah suatu yang sangat bercanggah dengan prinsip Deenul Islami .

Hiburan dan Sukan yang mencampur adukkan lelaki dan perempuan serta persembahan tanpa kawalan dan apa yang paling menghiris perasaan ini , bagaimana mereka langsung tidak bertanggungjawab sejurus sahaja selesai persembahan mereka pada lewat malam .

Muda – mudi dibiarkan berpeleseran , berdua – duaan dan berpasang – pasangan secara terbuka dengan aksi rambang mereka di tempat awam . Mat Rempit dengan motornya tanpa seorang polis pun atau penguat kuasa agama yang meronda dan berkawal bagi mencegah perkara yang tidak baik berlaku .

Sangat berbeza apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan sewaktu mengawal konsert hiburan yang dianjurkan di Kota Bharu sempena hari pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam suatu masa dulu .

Mereka mengawal sebelum , sedang dan selepas konsert berlansung bagi mengelakkan maksiat dan mungkar berlaku . Tetapi apa yang saya saksikan berlaku di Kuantan ini adalah tanpa sebarang kawalan ke arah itu .

Muda – mudi bebas sebebasnya . Sementelah pula di Bandar Kuantan ini terletaknya tidak kurang dari 20 buah kelab malam dan pusat karaoke .

Pesta sebegini pasti sahaja tidak mendidik rakyat ke arah menjadi insan yang beriman dan bertaqwa sebagai mana termaktub dalam 10 prinsip Islam hadhari .

Islam Hadhari kini hanyalah momokan politik kerajaan UMNO untuk memancing undi masyarakat Islam , tidak lebih daripada itu .

Negara sunyi dari program dan pengisian berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang beriman dan bertaqwa . Apa yang perlaku ialah bingit dengan pesta dan hiburan , dalam Television boleh dikata setiap hari kempen JOM HEBOH membingitkan suasana mengajak pengunjung turun berhibur .

Negara kita kaya dengan pesta dan Islam Hadhari memberi laluan selesa kepada pesta – pesta ini .

Pesta Anugerah Era , pesta Festival Filem , pesta Anugerah Juara Lagu , pesta Anugerah Bintang Popular Berita Harian , pesta Anugerah Planet Music , pesta Anugerah Industri Music , pesta Pantai , pesta Air dan bermacam – macam pesta lagi . Samaada rasmi atau tidak rasmi .

Soalnya , dimana ruang agar rakyat terdidik akhlak dan jiwa mereka , agar terbentuk syakhsiyyah mereka dan terbina iman dan taqwa mereka .

Justeru ini satu bukti bahawa Islam Hadhari adalah satu mazhab yang menyeleweng dari syariat Ilahi . Rosak lagi merosakkan .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home