Dilemma seorang Pejuang .
Bersua kembali kita disini . Namun kali ini saya akan membawa satu paparan yang agak menarik dan penting untuk dinilai dan dihayati bersama .
Bagaimana pergolakan dan dilemma jiwa seorang pejuang sebelum terjun ke Medan . Dilemma tersebut dapat disaksikan melalui dialog saya ( melalui YM ) bersama seorang sahabat lama yang kini masih menuntut di Mesir .
Saya percaya , tidak seorang azhari yang mengalami dilemma sedemikian bahkan tidak seorang pejuang yang turut mengalaminya , justeru itu saya mengambil keputusan untuk menyiarkan dialog kami agar ianya boleh dijadikan iktibar oleh semua pihak .
Dialog sendu jiwa dilemma .
tantawi22002: Assalamualaikum
tantawi22002: beberapa lama , ana di mesir . Tak berjumpa ker kita ?
tantawi22002: sbb saya tak dah tak cam mana satu anta nih ?
Hisyam Misri : wsalam
Hisyam Misri: tak sempat jumpa
Hisyam Misri: us din sibuk di depan
Hisyam Misri: lepas tu peminat ramai
Hisyam Misri: ana segan nak tunjuk diri
tantawi22002: kenapa la anta berfikiran begitu sdg ana tertunggu mana satu Hisyam Misri nih . Puas ana bertanya khabar sahabat. tak ada seorang pun yg perasan siapa yg guna nick Hisyam Misri .
Hisyam Misri: ana tgk ramai yg mengurumi nak jumpa us din
Hisyam Misri: ana jadi segan
tantawi22002: alaa , banyak jer masa kosong masa tu
tantawi22002: masa makan dan masa solat tu boleh jumpa
tantawi22002: anta hadhir program yg kat mana ?
Hisyam Misri: rumah kelantan
tantawi22002: kan banyak jer masa lapang masa tu.
tantawi22002: ntah mcm mana lah ucapan ana masa tu
tantawi22002: ceramah dlm keadaan badan terasa penat sangat mlm tu
Hisyam Misri: ok je
Hisyam Misri: kasi can kat org lain jumpa us din
Hisyam Misri: ana dah dapat kenangan dan tarbiah gunung ledang dah memadai
Hisyam Misri: sampai la ( skrg ) ana simpan jd kekuatan
tantawi22002: oooo
tantawi22002: masa prog ngan us mansur dulu ker
Hisyam Misri: ya
Hisyam Misri: dan juga tantawi
tantawi22002: masa pertemuan di tanta tu anta tak ada ker
Hisyam Misri: ana kat kaherah masa tu
Hisyam Misri: tapi adik2 kat tanta ada maklumkan
Hisyam Misri: mcmana tanta us din tengok? sama mcm dulu ke
tantawi22002: ada perbezaan tetapi tak banyak berubah
Hisyam Misri: makanan dah naik harga
Hisyam Misri: tambang pun naik
tantawi22002: kecuali kaherah agak pesat pembangunannya dlm tempoh 10 th
Hisyam Misri: ana ada sembang dengan ramai adik2 yg dengar pengisian us din
Hisyam Misri: depa jd semangat la
Hisyam Misri: cuma ana ni sedikit dalam dilemma
Hisyam Misri: :(
tantawi22002: kenapa plak
tantawi22002: ada apa-apa yg tak kena dgn ucapan ana ker
Hisyam Misri: ucapan us din
Hisyam Misri: menyeru kepada berjuang dan bekerja dgn PAS
Hisyam Misri: ok je
tantawi22002: and then , apa yg menyebabkan anta dlm dilemma
Hisyam Misri: cuma ana selalu terdetik terfikir,bagaimana kalau ana pulang dan bekerja juga utk Islam tetapi tidak secara langsung dengan PAS adakah ana mengkhinati perjuangan
tantawi22002: oo gitu
tantawi22002: maksud anta tu , berjuang cam na tu
tantawi22002: cuba anta xplain sikit utk ana lihat bagaimana dari aspek hukumnya
Hisyam Misri: contoh katakan ana berminat dalam mendidik dan bercadang nak giatkan satu pusat mendidik kanak2 kenal alquran dan hafal alquran dan menumpu ke arah kerja tersebut
tantawi22002: ooo gitu
tantawi22002: ingatkan nak masuk Islam Hadhari :)
Hisyam Misri: bagaimana?
Hisyam Misri: wajar ke
Hisyam Misri: atau ana kena bekerja secara langsung dengan Pas
tantawi22002: Mcm nih !
tantawi22002: Kalau begitu , Jamaah/PAS turut mengalu - alukan
tantawi22002: sesiapa sahaja yg nak menubuhkan NGO atau apa apa yg sewaktunya dgn nya yg membolehkan kita enggage dgn masyarakat
tantawi22002: cuma syaratnya , anta wajib intima' dgn jamaah/PAS yg berjuang utk menegakkan Islam
tantawi22002: kita tak boleh berjuang secara bersendirian.
tantawi22002: Anta intima' ngan parti PAS , pas tu anta buat kerja anta untuk Islam. Komitmen anta ngan parti untuk menghadhiri program dlman parti yg tidak mendedahkan identiti anta kpd umum itu boleh diuruskan
Hisyam Misri: identiti mungkin takde masalah
Hisyam Misri: cuma masalahnya ada yg berfahaman mesti terlibat secara organisasi
Hisyam Misri: jika ana tidak pegang mana2 jawatan dalam parti sama ada cawangan maka mereka akan mempertikaikan
Hisyam Misri: dan pandang sebelah mata
Hisyam Misri: dan timbul kata – kata , dulu ceramah berdegar2 ajak berjuang , balik m’sia tak terlibat pun
tantawi22002: itu semesti antara satu cabaran yg perlu dihadapi , sbb anta sebenarnya berada di post pimpinan
tantawi22002: itu sebab ana kata , anta kena intima' ( terlibat ) tantawi22002: ramai jer pemegang jawatan dalam PAS , jadi exco dan hadhir meeting, tetapi tidak tampil di depan umum kerana mrk pensyarah dan penjawat awam
tantawi22002: tetapi sumbangan mrk besar kpd parti spt duit , idea dan tenaga kerja dalaman
Hisyam Misri: jd kalau dalam pas sekarang dah ada pembahagian kerja mengikut kesesuaian mengapa timbul cakap2 belakang?
tantawi22002: yg cakap belakang tu sbb mrk tak faham
tantawi22002: dan mungkin mrk tak nampak yg terlibat itu memberi intima' kpd parti
Hisyam Misri: ana sebenarnya suka pada teori pembahagian tugas dan takaful
tantawi22002: yg penting syeikh ...Intima' dan lapor diri
Hisyam Misri: ana rasa perkara ni ramai yg tak jelas lagi
tantawi22002: yg tak jelas tu krn tidak berada dlm tanzim
tantawi22002: dan tidak mengambil skima pentarbiyyah yang secukupny
Hisyam Misri: dalam ucapan2 pimpinan mengapa azhariun ni dianggap manja?
tantawi22002: SEBAB TIDAK MEMBERI INTIMA' DENGAN PERJUANGAN ISLAM DAN mudah mengalah dengan tekanan dan kemewahan
tantawi22002: apabila anta balik nanti , anta akan lihat dari puluhan ribu yg pulang ke tanahair , terlalu ramai yg hanyut dibuai angka gaji yg agak lumayan
tantawi22002: bersama gaya kehidupan yg selamat dan selesa
tantawi22002: melarikan diri dari tekanan hidup berjuang dgn 1001 alasan yg sungguh bijak dan petah
Hisyam Misri: hmm
Hisyam Misri: apakah tindakan dalam hal ni
tantawi22002: bagi pihak PAS kita buat apa yg boleh kita untuk menginsafkan mereka
tantawi22002: maka terpulang kpd sikap mrk yg mula menjual agama dan perjuangan mrk krn tawaran dunia
tantawi22002: tiada apa yg boleh jamaah lakukan lagi
tantawi22002: Kehadhiran ana ke Mesir tu pun salah satu langkah untuk menyuntik kesedaran awal sblm pulang ke tanahair agar memberi intima' kpd perjuangan islam
Hisyam Misri: ana ada terdengar bahawa pimpinan tidak akan manjakan pelajar azhari
Hisyam Misri: apakah maksudnya?
tantawi22002: yes . kita tidak akan berikan 100 persen masa kita utk jaga dan layan atau memujuk pelajar azhari yg sememangnya mrk mempunyai ilmu untuk menyuluh kehidupan juang mrk , sedang kita masih ramai yg menanti perlukan tunjuk ajar kita
tantawi22002: kita akan memberi tumpuan standard dan akan banyak masa utk mendidik mrk yg mahu kpd Islam dan memperjuangkannya daripada kita banyak habis masa dgn org yg mmg tak mahu berjuang sdg mrk tahu tanggungjawab berjuang
tantawi22002: bukan kita abaikan mrk tetapi kita tidak manjakan mrk
tantawi22002: justeru perjuangan ini perlukan ketabahan , keperkasaan dan kekentalan jiwa
Hisyam Misri: ada tak perancangan buat sistem mentor bagi mereka yg dah dididik ketika pulang msia?
tantawi22002: kita telah laksanakan
tantawi22002: bagi mesir blm ada siapa yg nak organize secara aktif buat masa ni
Hisyam Misri: pengalaman ana menjaga pejuang2 azhari kat mesir ni dalam jangkauan ana la
Hisyam Misri: ada kategori2nya
Hisyam Misri: jd masalahnya ana lihat mereka dipukul rata
Hisyam Misri: sedangkan mereka tak sama
Hisyam Misri: kudratnya
Hisyam Misri: menyebabkan ramai yg gugur sebelum pulang dan menyepikan diri
Hisyam Misri: dalam hati mereka mahu terlibat tapi ......mereka dilema
tantawi22002: Semoga Ilmu mrk dapat menyuluh mrk ke jalan yg benar
Hisyam Misri: ana merasakan perlu ada sistem mengumpulkan dan menyatukan dahulu mereka ini
Hisyam Misri: dan menilai kemampuan masing2 dan disalurkan pada tempatnya
Hisyam Misri: nampak seperti dimanjakan bukan?
tantawi22002: sistem itu sememang kita ada . dan ana rasa bukan krn masaalah agihan kerja yg menyebabkan azhari gugur
tantawi22002: tetapi krn sikap
tantawi22002: mcm mana anta nak agihkan mrk kalau mrk sudah tertarik dgn tawaran ceramah Islam hadhari yg akan dibayar 400 - 500 sejam
tantawi22002: mcm mana kita nak agih kalau pejabat dewan pemuda PAS Pusat tidak pernah pun dikunjungi oleh mana mana azhari yg pulang utk libatkan diri dgn perjuangan
Hisyam Misri: kejap2...ana tak maksudkan golongan tersebut
Hisyam Misri: ana maksudkan yg nak bekerja utk Islam takut takut terjun dalam PAS
tantawi22002: Ana adalah azhari . bila bercakap soal azhari , kelemahan ini mebuatkan ana sendiri menjadi malu . tetapi ana merujuk kpd sikap
tantawi22002: mrk mahu berjuang , ayuh datang kita berjuang dan kita tak akan suruh pun terjun dalam PAS kalau mrk tak berani . buatlah apa yg mereka mahu buat utk Islam asal shj memberi intima' kpd jamaah/PAS
tantawi22002: tetapi , mrk tak datang pun . beberapa kali usaha kita lakukan untuk mengadakan ijtimak
tantawi22002: azhari di malaysia . ttp yg datang hanya mrk yg sememangnya yg telah terlibat ngan parti
tantawi22002: insyaallah bulan tujuh ni sekali lagi kita akan kumpulkan semua pelajar azhari dan bekas pelajar azhari utk tujuan yg sama
tantawi22002: pengumpulan yg anta maksudkan tadi . dgn kita beri taujihat dan kita kumpulkan biodata
tantawi22002: kita lihatlah apa nak jadi ngan ijtimak yg ntah kali ke berapa kita anjurkan di mesia
Hisyam Misri: usaha spt us din sebutkan tadi amat baik
Hisyam Misri: cuma mungkin perlukan ubat lain utk masalah azhari ni
tantawi22002: langkah proaktif , kita telah daftarkan sebuah syarikat yg akan mengumpulkan pelajar lepasan azhar
tantawi22002: ditubuh sbg syarikat ttp dari segi ruhnya seperti persatuan Alumni azhar
tantawi22002: ada juga sorang dua dari jordan dan syria join
tantawi22002: Ia adalah NGO
tantawi22002: bekerja sbg badan pengkaji , penggerak Islam bebas kpd semua lapisan masyarakat dan juga sbg intelek muda/ulama' muda
tantawi22002: tak nampak kaitan ngan PAS
tantawi22002: kita harap ramai org mcm anta sebut tadi dapat menganggotainya
Hisyam Misri: suatu yg baik dan menarik
Hisyam Misri: tapi masalah ini masih tak selesai di akar umbinya iaitu azhari itu sendiri
tantawi22002: itu yg ana maksudkan sbg sikap
tantawi22002: sikap adalah suatu yg mesti diurus oleh diri mereka sendiri dan ana berdoa agar ilmu yg mereka belajar akan memandu mrk
tantawi22002: mrk tak boleh harapkan pihak lain menyediakan ruang buat mrk
Hisyam Misri: ana berpandangan kita perlu sediakan ruang
tantawi22002: Ruang telah ada dan telah disediakan
tantawi22002: maksudnya azhari jgn terlalu bergantung kpd ruang sdg mrk tiada sikap yg positif
tantawi22002: jgn harapkan pihak lain sediakan ruang ... maksudnya , apakah kalau ruang tu tiada maka azhari tidak mahu berjuang
tantawi22002: azhari yg sepatutnya mencipta ruang utk mereka berjuang justeru prestasi ilmu ada pd mereka
tantawi22002: terlalu mengharapkan ruang itu lah yg pimpinan maksudkan sbg manja sdg mrk berjuang dlm keadaan tiada ruang di sediakan kpd mrk dulu sebaliknya mrk lah yg bersungguh sungguh tampil memikul beban perjuangan ini sehingga terbentuk satu ruang lebar buat mrk sendiri berjuang
tantawi22002: PAS amat terbuka
tantawi22002: PAS tidak pernah menyingkir dan menyisihkan orang yang mahu berjuang
tantawi22002: namun suatu hal yg perlu disedari bahawa , kini saingan sangat sengit
tantawi22002: siapa yg benar benar mahu berjuang dgn segala kesungguhan dan mempunyai keikhlasan yg tinggi serta kemahuan yg tinggi sahaja dapat menempatkan diri di persada perjuangan
Hisyam Misri: saingan apa?
tantawi22002: sementara mrk yang menanti " invite " dari pimpinan atau jamaah mungkin terpaksa menanti turn yg terlalu lama dan mrk akan hilang ditinggal arus masa yg bergerak pantas
tantawi22002: itulah bentuk persaingannya. tiada siapa yg mengasas persaingan itu , ia ibarat glasier yg terbentuk sendiri dlm perjuangan
tantawi22002: sbb itu pimpinan kata jgn manja dlm perjuangan tantawi22002: kena tabah , lasak , besar jiwa , jgn cepat merajuk dan putus asa
tantawi22002: jgn fikir negatif dan jgn teragak agak dgn dunia perjuangan ini
tantawi22002: sebaliknya tekad dan nekad
Hisyam Misri: siapa bersaing dengan siapa?
Hisyam Misri: mengapa perlu bersaing?
tantawi22002: Persaingan itu wujud bukan krn mereka mahu bersaing dan mahu menyaingi pihak yg lain , tetapi tuntutan perjuangan dan keperluan ummah masa kini menjadikan wujudnya persaingan
tantawi22002: org manja akan terkebelakang
tantawi22002: tertinggal jauh dalam arus perjuangan yg mencabar dan ganas ini
tantawi22002: sebaliknya org tabah dan berkeyakinan tinggi berasaskan aqidah perjuangan insyaallah akan terus bersama dgn perjuangan ini
tantawi22002: itu pasti terjadi bukan krn yg berjuang ingin menyaingi org manja dgn perjuangan
tantawi22002: tetapi org yg berjuang tak mampu lagi menunggu dlm arus persaingan/perjuangan
tantawi22002: yg manja tetap akan tertinggal jauh dibelakang dengan disaksikan penuh sebal dan terkilan
Hisyam Misri: hmm
tantawi22002: kita nak selamatkan mrk tapi kita tidak berdaya lagi krn perjuangan bergerak pantas menyahut tuntutan ummah . mrk yg masih memerlukan belaian ...tak siapa lagi sempat memberi belaian
tantawi22002: kerja amal islami terlalu banyak
tantawi22002: musuh yg dihadapi sangat kejam
tantawi22002: strategi yg perlu diatur sgt sukar dan perlukan masa serta penumpuan yg teliti
tantawi22002: Masaalah dalam yg memerlukan tumpuan dan sentuhan pimpinan/pejuang masih berlambak di atas meja perjuangan ini
tantawi22002: so , sekadarnya shj lah masa yg dapat diberikan kpd mrk yg memerlukan belaian.
tantawi22002: untuk menunggu mrk memberi jawapan , mahu berjuang atau tidak , pasti sahaja kita tidak mampu , justeru perjuangan yg kita kenderai ini sangat pantas bergerak maju kehadapan
Hisyam Misri: maka yg kuat akan kekal
Hisyam Misri: tapi azhari ramainya yg tidak kuat
tantawi22002: kini kita sdg fikirkan bagaimana nak menegakkan Negara Islam dan strateginya bukan lagi menghabiskan masa memberi belaian dan pujukan kpd mrk yg mengambil masa terlalu lama utk buat keputusan mahu berjuang atau tidak sedang mereka mempunyai ilmu .
tantawi22002: Itulah masaalahnya ya akhi....TIDAK SEPATUTNYA AZHARI lemah.
tantawi22002: Sepatutnya mereka memimpin
tantawi22002: sepatutnya mereka membimbing
tantawi22002: Sepatutnya mereka Murabbi
tantawi22002: Sepatutnya mereka berjuang
tantawi22002: Sepatutnya mereka menyumbang
tantawi22002: Sepatutnya mereka mendokong
Hisyam Misri: mmm
Hisyam Misri: tapi mereka lemah us din
Hisyam Misri: mereka lemah antara teori dan praktikal
Hisyam Misri: perlukan penampung
Hisyam Misri: udara di sini dan di medan berbeza
Hisyam Misri: perlukan ruang bernafas
Hisyam Misri: pergerakan mereka lemah ketika menyedut udara tanahair
Hisyam Misri: kekurangan oksigen
tantawi22002: Itu perlu mereka atasi . Kalau ada yang mampu berjuang diruang yg sama , kenapa ada pihak yg tidak berupaya . maka adalah masaalah mrk dgn diri mrk , dengan tuhan mereka . Mrk perlu cari jawapan segara sebelum membarah
tantawi22002: Kalau pelajar dari Jepun , UK , USA dsbnya . yang tak belajar agama balik mesia boleh berjuang , kenapa yg pulang dari mesir perlu menghadapi persoalan ini
tantawi22002: so ini bukan persoalan medan dan ruang ttp persoalan sikap mrk yg perlu dimuhasabah kembali
Hisyam Misri: ana tahu sebab apa
Hisyam Misri: sebab azhari tanggungjawab mereka menjadi ulama'
Hisyam Misri: dan mrk lemah utk bgelar ulama' (kesan pendidikan azhar sekarang)
Hisyam Misri: fobia dgn title itu menyebabkan mereka rasa rendah diri
Hisyam Misri: mrk tahu mrk akan dikehadapankan
Hisyam Misri: tapi mrk tak mampu
Hisyam Misri: mrk tak dpt berceramah
Hisyam Misri: tak dpt petah berkata2
Hisyam Misri: seribu kekurangan mereka rasakan
Hisyam Misri: rendah diri menghantui diri
Hisyam Misri: tiada kawan nak mengaturkan diri
tantawi22002: itulah sikap
Hisyam Misri: lantas buat keputusan sendiri
Hisyam Misri: berdiam diri
tantawi22002: so fikir positif
tantawi22002: Bumi Allah luas dan Medan perjuangan itu lebar . Jgn sempit dada dan buntu fikiran
tantawi22002: Perbaiki sikap
Hisyam Misri: sbb itu ana katakan ada dikalangan mereka yg perlukan penampung
Hisyam Misri: dimotivate ketika di msia
Hisyam Misri: kita sayangkan mrk
tantawi22002: kalau org balik usa yg tak belajar agama punya keyakinan diri boleh terjuan dlm perjuangan sehingga mereka mampu memimpin parti , kenapa tidak pelajar Azhari yang ada serba kelebihan
Hisyam Misri: walaupun sumbangan mrk kecil berdasarkan kemampuan
Hisyam Misri: biah membentuk mereka
tantawi22002: ok syeikh....masa sudah larut . Esok pagi ana nak kena bagi kuliah subuh dan tgh pula kuliah petugas MTD , petang tu plak ada Motivasi Muslimat , dan berakhir ngan kuliah maghrib serta ceramah Isu semasa selepas Isyak di Guar sanji Perlis
Hisyam Misri: ok
Hisyam Misri: maaf mengambil masa us.
tantawi22002: Ana balik ke Kuantan pagi Rabu
tantawi22002: dari Mesir , ana sampai lbh kurang jam 10 mlm semalam ke rumah , pas tu subuh subuh hari lagi terpaksa pula berlepas ke Perlis , dan skrg ni ana di perlis.
Hisyam Misri: oo
tantawi22002: Lusa baru balik
Hisyam Misri: jauhnya
tantawi22002: doakan lah ana terus thabat dlm perjuangan ini utk mengangkat martabat azhari dipersada perjuangan ini
tantawi22002: Takbir
Hisyam Misri: insya Allah
tantawi22002: Assalamualaikum
Hisyam Misri: wsalam
tantawi22002: ilalliqa'
Hisyam Misri: fi amanillah
1 Comments:
Assalamualaikum
Semoga saya juga di tetapkan hati dlm perjuangan ini
3:51 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home