Rakyat Itali tidak peduli Pitt-Jolie kahwin
CERNOBBIO, Itali 18 Mac - Sama seperti penduduk bandar di utara Itali ini, pemilik restoran, Holmes Sitta juga tidak tertarik dengan khabar angin kononnya pasangan popular Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie akan melangsungkan perkahwinan mereka di sini.
Peniaga itu masih ingat pengalaman Sylvester Stallone yang `tidak senang hati' apabila tiada penduduk di sini yang meminta beliau memberikan autograf.
``Beliau marah kerana semasa meninggalkan tempat ini, tiada seorang pun yang menahannya,'' kata Sitta sambil tersenyum mengenangkan peristiwa lima tahun lalu di restoran Holmes Lido yang menghadap tasik.
Jelasnya, penduduk tempatan tidak berminat dengan bintang-bintang filem dan tidak mengambil peduli dengan kehadiran mereka.
Kata Sitta, khabar angin yang dicetuskan itu telah menyebabkan ramai wartawan hadir bagi mendapatkan bukti sebelum menjelangnya perkahwinan Pitt dan Jolie di di kawasan yang romantis ini iaitu Lake Como yang digembar-gemburkan akan berlangsung hari ini.
``Siapa yang mahukannya? Dia cuma seorang pelakon bukannya Tuhan,'' kata penduduk tempatan yang dikenali sebagai Marco Berna, 26.
Laporan :
Utusan On Line 20 Mac 2006
Kalaulah mereka datang ke Malaysia Negara Islam Hadhari ini untuk melansungkan perkahwinan mereka , saya percaya ribuan remaja dan muda - mudi akan menerpa untuk menyaksikan artis pujaan mereka dari dekat .
Bukan sekadar autograf tetapi mungkin pelukan dan rangkulan akan dilakukan oleh mereka . Inilah yang saya lihat apabila Micheal Jackson datang ke Malaysia satu masa dulu .
Begitulah mereka menerima kehadhiran Scorpion yang datang melancarkan album mereka di sini dulu . Tak kurang juga hebat sambutan masyarakat Islam hadhari terhadap kehadhiran Inul Daratista.
Sistem Nilai telah menunjuk tanda bahawa Itali jauh lebih tinggi wibawa dan tamadun mereka berbanding Masyarakat islam Hadhari di Malaysia yang masih meletakkan artis sebagai Idola mereka.
Segalanya bermula dari dasar negara yang pincang dan menyeleweng justeru tidak meletakkan Agama sebagai priority dalam kehidupan muda - mudi atau masyarakat hari ini .
Ambillah iktibar dari perkembangan ini .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home