" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, March 17, 2006

Bangkitlah Wahai Azhari ku !!

Keperluan ummah kian mendesak untuk mendapatkan bantuan kecemasan dari team Azhari yang pulang dari Mesir , setelah mereka mula tenggelam timbul di tengah samudera ganas kehidupan modern dewasa kini.

Akhlak dan moral mereka tercalar teruk ekoran pergeseran yang berlaku antara mereka dengan tamadun barat yang melanda kehidupan seharian mereka.

Aqidah dan keyakinan mereka kian terhakis di hentam kebejadan terancang , golongan yang mendendami Islam dengan semangat solibiyyah yang belum padam.

Jiwa mereka kosong dan tandus gersang tanpa pengisian dan bimbingan intelektual Islam yang haraki dan muttaqin.

Kini kesucian dan kebersihan landskap tamadun dan peradaban Ummat Islam dicemari sampah sarap kemungkaran yang sengaja dilonggokkan kepada mereka. Kehidupan ummat Islam di Tanahair kita semakin terancam dan sangat membimbangkan.

Namun , dimanakah Azhari ku ? Bukankah kepulanganmu dinanti ? tapi kenapa tidak kunjung tiba .

Berbanding jumlah yang pulang dari university Azhar saban tahun dengan individu azhari yang menginfaqkan diri membarisi saff pejuang guna menyelamatkan ummah , adalah terlalu kecil bilangannya.

Malah apa yang menghiris perasaan ku ini , apabila menyaksikan sebahagian besar mereka kini sedang membina kehidupan di zon selesa dan selamat tanpa memberi intima' kepada Gerakan Islam , demi memperjuangkan Islam agar ianya kembali berdaulat di Tanahair kita.

Sahabat Azhariku !!

Apakah tidak terdetik dalam sanubari kalian , bahawa tindakan mengelak diri dari perjuangan suci ini , merupakan suatu yang sangat dikesali oleh ummah seluruhnya.

Ayuh !! Marilah kita mengenderai perjuangan ini , sedang kepulangan dan kehadhiran kalian sangat diperlukan ummah sebelum mereka karam digulung gelombang ganas , sementara kalian pula akan dipersalahkan sepanjang zaman terhadap apa yang berlaku andainya kalian persiakan harapan mereka.

Masih belum terlambat untuk kita kembali mempertaut ribat dan menjalin ukhuwwah perjuangan . Kita bergerak sehayun tangan selangkah kaki meredah segala cabaran di medan .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home