" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, March 12, 2006

IJTIMAK NUQABA'

Hari ini 12 Mac 2006 adalah hari bersejarah . Bertempat di Taman Melewar , akan menyaksikan Himpunan Seluruh Nuqaba' yang menjadi jentera dan rijal tarbawi di seluruh negara .

Ijtimak Nuqaba' yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan DPP Pusat akan di Rasmikan oleh Yb. Ayahanda Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang pada jam 9.00 am.

Beberapa sessi pembentangan kertas kerja dan bengkel akan berlangsung sepanjang hari ini , dan ianya berakhir dengan majlis penutup yang akan disempurnakan oleh Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayub , selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada jam 4 petang nanti.

Saya selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyyah mengalu-alukan kehadhiran para pimpinan , tetamu kehormat dan seluruh Nuqaba' ke Ijtima' ini untuk sama sama kita membulat tekad melangsungkan perjuangan ini berasaskan perancangan rapi dan tawakkal yang tinggi kepada Allah swt.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada kita semua .

Ucapan Saidina Omar Al Khattab Rha . : Sesungguhnya kita diberi kemenangan oleh Allah Jalla wa A'la dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh . Seandainya kamu melakukan maksiat yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh musuh nescaya kemenangan akan berpihak kepada musuh , justeru jumlah anggota kita tidak menyamai jumlah anggota musuh , kekuatan material kita tidak pula menyamai jumlah kekuatan material musuh .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home