" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, March 06, 2006

NAIK BASIKAL DAN KONGSI KERETA ?
TRADISI MEMBELA RAKYAT BERTUKAR NADA
TRADISI MENDERA RAKYAT .

Saya hanya mampu mengeluh di anjung Markaz , apabila menyaksikan sikap sebahagian ummat Islam khasnya dan rakyat negara ini amnya yang tidak mempunyai sensitiviti tinggi , biarpun orang menindas mereka .

Apalagi yang boleh kita , apatah lagi orang seperti saya untuk menyedarkan ummah.

Saya teringat sewaktu belajar di Mesir dulu , biarpun Mesir adalah negara sosialis , tetapi pemerintahnya sangat berhati - hati untuk menaikkan harga barang khasnya roti yang menjadi makanan asas mereka.

Ekoran sikap rakyat yang sering keluar dan bangkit memberontak apabila harga roti atau keperluan asas mereka naik. Bertuahlah UMNO dan Barisan Nasional memerintah negara yang mempunyai rakyat seperti ini .

Minyak naik pada kadar RM 0.30 seliter , Gas petroleum yang di gunakan untuk memasak seharian pun naik , bil api pun naik dan tentu sahaja banyak harga barang dikedai akan naik harganya. Tetapi segalanya tidak menjadikan rakyat bangkit untuk menegur kerajaan yang memerintah. Sebaliknya ramai pula yang terus mengampu di atas kemiskinan dan kesengsaraan masyarakat terbanyak .

Tambah pelik , apabila ada sebahagian rakyat menyambut baik saranan Shahidan Kassim supaya naik basikal untuk jimat minyak . Suatu saranan yang bukan membawa Malaysia dan rakyat bertambah maju tetapi membawa rakyat mundur ke belakang .

Begitu juga saranan Pak Lah supaya kongsi kereta , suatu saranan yang tidak munasabah . Mana mungkin saya nak kongsi kereta dengan Pak Lah , justeru kami berlainan arah tempat kerja . ( begitu lah rakyat keseluruhan , mereka mempunyai destinasi yang berbeza dengan kepentingan harian yang berbeza pula , mana mungkin mereka boleh berkongsi kereta .)

Persoalannya , bagaimana ada rakyat yang boleh menerima saranan yang sungguh melucukan ini .

Sepatutnya mereka mempertikaikan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak sehingga menyusahkan mereka .

Jika alasan untuk mengurangkan subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan dengan kadar 4.4 billion ringgit , kenapa tidak mengambilnya dari keuntungan Petronas yang mencapai tahap lebih 30 billion ringgit. Apalah sangat dengan 4.4 billion berbanding lebih 30 billion ringgit itu demi memberi khidmat kepada rakyat .

Soalnya kemana pergi slogan Tradisi Membela Rakyat . Apakah telah bertukar nada menjadi Tradisi Mendera Rakyat .

Saya yang bergerak ke seluruh negara saban hari sangat terasa penderaan ini . 30 sen pada satu liter kenaikan harga , bayangkan berapa kenaikannya pada satu tangki atau 50 liter . Bukankah saya terpaksa menambah kos sebanyak 15 rm untuk setiap 50 Liter.

Bukan saya tak nak sahut seruan Pak Lah untuk kongsi kereta , tapi dengan siapa saya nak kongsi kereta ini , atau siapa yang mahu kongsikan kereta mereka dengan saya untuk bergerak keseluruh negara dengan kadar purata 300 - 4oo km sehari .

Apakah Pak Lah akan mendengar rintihan seperti ini ?

Bukan saya tak nak sahut seruan Shahidan Kassim untuk naik basikal , tetapi ke mana saya nak tuju dengan kadar tenaga saya sebagai manusia biasa menunggang basikal ? , berapa masa yang saya terpaksa ambil dengan berbasikal untuk sampai dari rumah saya Kuantan ke Johor Bahru bagi menyampaikan kuliah maghrib di sana ? Lucukan ....tapi hati saya geram dengan pandangan Shahidan Kassim ni ...

Bukan seorang rakyat dalam negara ini yang tidak mempunyai pendapat tetap seperti saya . Bukan seorang rakyat dalam negara ini yang hanya bergantung kepada pendapatan hasil kerja sendiri seharian .

Kalau sakit pening , mereka tidak mampu keluar bekerja , maka terputuslah pendapatan mereka sedang kos kehidupan mereka kian meningkat .

Ya Allah .....Negara ini Engkau kurniakan minyak dan hasil galian yang banyak agar ianya diurus dengan baik guna membekalkan kemudahan kepada rakyat , tetapi malang ianya diurus oleh mereka yang hanya menjaga kekayaan dan keuntungan puak atau kroni mereka , sedang rakyat terus dihisap keringat dan darah mereka .

Ya Allah ...kami dizalimi oleh mereka Ya Allah . Telah kering air mata ini untuk menangisi penderitaan dan kesengsaraan yang dialami . Aku mengadu kepadaMu ya Allah , Engkau Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa .

Ya Allah .... Mereka menjadi sombong dan angkuh dengan kuasa yang Engkau berikan kepada Mereka . Mereka menjadi lupa daratan dan suka menindas kerana Engkau memberi kemewahan dan harta yang banyak kepada mereka . Ya Allah , Engkap lenyapkan lah kuasa dan harta mereka sehingga mereka rebah tersungkur dihadapanMu mengakui keagonganMU Yang Allah .

Ya Allah.....aku tidak berdaya lagi . Aku mohon kekuatan dariMu ya Allah .

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Mapuh UMNO

2:35 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam...cadangan naik basikal tu bagus..cam kat luar negara la..tapi yg peliknya..selamat ke nak bawak basikal kat mesia tu?kemudahan pengangkutan n jalan raya kat mesia tu tak mesra rakyat pun.longkang besar sana sini.kerja2 tepi jalan terbiar camtu je.membahayakan je!kalau kat ireland ni nak bawak basikal atau jalan kaki logik gak.mana jumpa longkang besar2 cam kat mesia tu..kerajaan betulkan structure..baru ada hati nak saran rakyat yek..

9:59 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home