Minyak Naik Darah pun Naik...
oleh : Hanipa Maidin
SEMALAM ketika saya ke stesen minyak, saya telah menjangkakan bahawa tangki minyak motor saya tidak akan penuh jika diisi pada kadar biasa iaitu RM15 seperti sebelum ini.
Benar sekali, kerana saya perlu menambah kepada RM3 lagi untuk memenuhkan tangki minyak motor saya. Ini bermakna perbelanjaan kenderaan saya meningkat kepada 20 peratus daripada kebiasaannya.
Kenaikan harga minyak sejumlah 30 sen yang diumumkan kerajaan benar-benar mengejutkan 'poket' saya yang mungkin akan kontang kerana bebanan mengisi minyak untuk berulang alik dari Seremban 2 ke Kuala Lumpur.
Darah saya mula mendidih, ditambah lagi semalam bila menonton Buletin Utama yang menyiarkan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Pak Lah minta rakyat berkongsi kereta atau menaiki pengangkutan awam berikutan keniakna harga minyak ini.Pelik sekali cadangan pemimpin Islam Hadhari ini.
Nak tanya sikit, Pak Lah pernah ke naik bas ke tempat kerja?atau naik teksi ke Putrajaya?Cakap mudah tetapi merasai mungkin tidak pernah.. Satu lagi perkara, soal perkongsian kereta, apakah sudi Pak Lah dan para menteri-menteri kabinetnya berkongsi kereta sesama sendiri.
Saya yakin ini tidak mampu dilakukan Pak Lah dan menterinya.Mereka (pak menteri) diberi laluan mudah untuk ke mana-mana dengan naik kereta duduk di bahagian belakang (orang besarlah katakan) di iringi pengawal, malah rakyat terpaksa ketepi ketika mereka melintasi jalan raya meskipun dalam keadaan sesak.
Inilah apa yang boleh dikatakan sebagai cakap tak serupa bikin, menteri boleh cadangkan apa sahaja kepada rakyat, tetapi yang menanggung kesusahan adalah rakyat.
Rakyat dikerah membayar cukai, membayar segala macam yuran untuk persekolahan anak-anak, membeli buku teks dan membayar caj perkhidmatan elektrik, air dan pembentungan dengan kadar yang tinggi. Yang sengsaranya rakyat, yang tersepit adalah rakyat, apa yang menteri rasa ketika ini, jika keadaan kehidupan menteri yang dilihat hari ini tidakpun menampakkan mereka susah.
Ke sana kemari, laluan mudah dengan ada pengawal.Jalan sikit klim minyaknya beribu.Duduk di hotel dapat klim.Elaun tak habis makan, tak termasuk elaun jadi pengarah, jadi pengerusi pelbagai syarikat berkepentingan kerajaan dan bukan kerajaan.
Apa yang ada pada rakyat?sabar-sabar sabar....hinggalah tekanan darah meningkat..yang sakitnya rakyat, sakit...sakit...sakit sakit..menteri sakit boleh dapat rawatan di hospital swasta yang terpilih, tetapi rakyat hanya boleh pergi ke hospital kerajaan yang kelengkapanya mungkin tak setara dengan hospital seperti Gleneagle atau Ampang Puteri.
Inilah yang seharusnya difikirkan pemimpin, bukannya naikkan minyak ikut sesuka hati mereka, kononnya atas dasar nak membuat pembangunan.
Bosannya bila berbicara soal minyak naik ni,sebab darah saya akan naik jika terus menceritakannya.Ketika saya menulis inipun kawan saya sedang memaki hamun kerajaan, umno dan sekutunya kerana kenaikan harga minyak.
Pesanan kepada Pak Lah,..".tak apalah, orang Melayu tak pernah marah Pak Lah naikkan minyak....Naiklah lagi...Kalau boleh tahun depan naik sehingga 90 sen setahun, pukul rata, mudah sikit."
Terkadang saya berfikir, tulis banyak-banyak dengan bahasa yang standardpun orang tak ambil peduli soal kenaikan harga minyak.Bila agaknya orang Melayu nak sedar betapa keadaan mereka hari ini tersepit..Hanya Allah yang tahu..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home