" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, March 01, 2006

PROTES SENYAP

Kepada rakyat Malaysia yang tidak kisah atau tidak terjejas dengan kenaikan harga minyak tidak perlu melakukan PROTES SENYAP ini.

Kepada rakyat Malaysia yang merasakan mereka terjejas akibat kenaikan harga minyak, kenaikan tarif air, kenaikan cukai tanah, kenaikan tarif elektrik, kenaikan tambang bas dan bermacam lagi kenaikan ini bolehlah melakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan bantahan serta sokongan terhadap rakyat yang terjejas akibat kenaikan pelbagai kemudahan asas rakyat.

Bukannya sokongan kepada pembangkang. Apakah dia PROTES SENYAP ? Protes Senyap ialah dengan anda tidak menghadiri sebarang acara, program, perhimpunan yang dianjurkan serta dihadiri oleh Menteri-Menteri, Wakil Wakil Rakyat, Wakil Wakil Parlimen. Dalam erti kata lain anda memboikot sebarang majlis yang dihadiri oleh mereka ini.

Ini adalah kerana setiap kali perhimpunan serta program seperti ini diadakan akan membelanjakan banyak wang untuk menganjurkan program tersebut, dari promosinya dalam televisyen , dalam akhbar.Perbelanjaan pengangkutan untuk mengangkut ribuanhadirin serta makan minum mereka. Pentas, muzik, bayaran artis dan banyak lagi.

Sekiranya mereka ingin membantu orang susah, tak perlu susah-susah mereka buat program besar-besaran. Bersusah payah orang susah nak datang, bersiap dengan pakai baju cantik sedikit. Biar mereka ini Pak Menteri, Wakil Rakyat turun ke padang tanpa perlu escort dan pengiring (ini semua membazir wang pengiring), jumpa terus dengan rakyat.

Inilah dia PROTES SENYAP. Kalau Menteri dan Wakil Rakyat nak jumpa rakyat, mereka sendiri yang kena turun jumpa rakyat. Bukannya kumpulkan budak-budak sekolah , budak-budak universiti tengah matahari terik. Lakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan kesengsaraan anda akibat kenaikan pelbagai harga minyal dan lain-lain.

Semalam pun dah ada Pak Menteri cadangkan kepada rakyat kongsi kereta. Kepimpinan melalui tauladan. Kita nak tengok Pak Menteri pergi mana-mana program lepas ni jangan lagi pakai pengiring polis, membazir minyak.

Kita nak tengok lepas ni PM, TPM, Samy Vellu dan Ong Ka Ting pergi pejabat naik satu kereta, kongsi kereta. Dan mereka ni mesti pakai kereta guna gas NGV untuk jimat minyak. Dengan ini lebih banyak duit subsidi boleh jimat dan boleh bina lebih banyak MRR2, lebih banyak MARTRADE, lebih banyak Hospital Kulat, lebih banyak Bumbung Makmal Komputer Mudah Roboh dan sebagainya.

Semua ini untuk kemudahan rakyat. Tapi kalau anda rasa tak terjejas dan dikelilingi oleh golongan mewah, tak perlu risau jiran tetangga yang kelaparan tak perlulah lakukan PROTES SENYAP ini. Teruskanlah bercita-cita untuk makan apa hari ini, nak melancong mana minggu depan, nak tukar kereta apa bulan depan, nak hantar anak belajar universiti mana tahun depan.

Atau kalau nak pergi DEMONSTRASI AMAN, bolehlah pergi ke KLCC Jumaat ini jam 2 ptg, diperkarangan KLCC untuk membantah kenaikan harga minyak.

Ataupun ke Masjid Abu Bakar Temerloh , sejurus selesai solat jumaat pada 3 mac ini , membantah penghinaan ke atas Nabi saw dan isu kenaikan harga minyak .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home