Kertas Kerja 013
SENSITIVITI GENERASI MUDA
TERHADAP ISU SEMASA :
CABARAN DAN MASA DEPAN . ( siri 1 )
فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم . ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار .
MUQADDIMAH.
Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah . Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan .
Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ .
Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang - orang tua menyanggahiku .
Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة .
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral. ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )
Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah . Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah . ( Fakta ini adalah jelas kerana : antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)
Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu , sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.
Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka .”
Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata :
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah .”
CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI .
Paling minima , cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah :
Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat
Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini , suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman .
Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik . Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh .
Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi.
إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ
و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ . رواه الحاكم
Maksudnya : Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain : Hidupmu sebelum datang matimu , sihatmu sebelum datang sakitmu , kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu , mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu .
Sabda Rasulullah saw :
لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ : عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه .
Maksudnya : Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara :Ke manakah dihabiskan umurnya , bagaimana ia manafaatkan usia mudanya , dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya . ( Riwayat At- Tarmizi )
Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini , sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran , keruntuhan moral , dan tentangan pemerintahan sekular .
ISU DALAM WAJAH : SERANGAN PEMIKIRAN
Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam , jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah .
1. Barat
Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.
Ø Dalam hal pentadbiran , Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة
Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan فصل الدين عن الحكومة و الدولة
Ø Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi . Urusan politik pula ,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.
Ø Urusan kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.
2. Timur Blok Komunis
Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.
Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam . ( Sifat Isu ini berpanjangan )
Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.
Firman Allah swt :
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ . وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا .
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. ( An Nasr 1- 3 )
Rancangan Jahat Mereka
Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.
Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )
Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut :
• Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali
• Isytihar Negara Sekular
• Mengekang gerakan Islam
• Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.
Generasi Muda yang dihormati sekelian,
Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.
Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.
Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu :
a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية
b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل
i) Gerakan Komunis
Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.
Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.
Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta .
Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.
Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.
Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam
1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan : “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.
2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”
3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan : Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.
4. Mu’tamar ke 22 ,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa : Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.
Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam
Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..
Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah . Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.
Sabda Rasulullah saw :
بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء
Maksudnya ; Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang - orang yang dagang ( asing )
b) Gerakan Solibiyyah
Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis , Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.
Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.
1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah
2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.
4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.
5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.
Wasilah-wasilah Mereka
1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .
2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3. Khidmat kebajikan masyarakat.
4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan ,arak,perrempuan dan sebagainya .
5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.
c) Gerakan Yahudi dan Freemason
Firman Allah swt :
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maksudnya : Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ( Al Maidah 82 )
Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.
Gerak Jahat Yahudi
1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.
2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel padaa 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.
3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:
Ø Kerjasama Israel Antarabangsa
Ø Mu’tamar Yahudi Antarabangsa
Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia
Ø Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Ø Pertubuhan Israel Sedunia
Ø Majlis Yahudi Rabbani Sedunia
Ø Pertubuhan Zionist Sedunia
Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:
a) Freemason
b) Rotary Club
c) Lions Club
Freemason , Rotary dan Lions
Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I ,sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.
Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة Melalui protokol ke-11 ,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina . Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.
( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya . Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani . )
Objektif Politik Zionist
1. Penguasaan ekonomi
2. Kekuatan tentera
3. Penguasaan media massa
4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran .
d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam .
Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum baangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam .Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah.
الشيوعية الملحدة / الصليبية الحاقدة / اليهودية الماكرة / المذاهب الإستعمارية المضللة ))
Ancaman golongan ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita . Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian , media massa , jabatan-jabatan pendidikan , muassasah-muassasah, yayasan-yayasan , badan-badan berkanun dan badan -badan swasta.
Lantaran itu, dengan tidak disedari , mereka telah meresapkan ideologi daan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari . Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini . Aduhai Generasi Muda , ingatlah penegasan Ilahi :
لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Maksudnya : Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. ( Ali Imran 196 - 197 )
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home