NOTA KULIAH ( 001 ) Pejabat MPKB .
KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM
Matlamat pengisytiharan dan pembentukan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam adalah mencari Redho Allah dan meraih KeampunanNya . Firman Allah swt :( bermaksud )
15. Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda ( yang membuktikan kemurahan Alla h) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur ), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri ( kampung mereka). ( lalu dikatakan kepada mereka ): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; ( negeri kamu ini adalah ) Negeri atau Bandaraya Yang baik ( maju , aman dan makmur ), dan ( Tuhan kamu adalah ) Tuhan Yang Maha Pengampun!. Surah Saba’ Ayat 15.
Untuk mencapai tahap dan taraf ; Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur , Kota Bharu mesti memiliki 2 unsur asas :
Material. Spiritual
· Material dengan asas utamanya berkonsepkan pertanian dan penyuburan tanah . Menghasilkan suatu yang boleh ( halal ) dimakan oleh rakyat . ( di mana tapak pertanian itu adalah soal kedua , tetapi hasilnya mesti mengalir ke Bandaraya Islam yang mungkin pula diolah dalam bentuk industri – industri lain untuk menjana ekonomi negeri dan melengkapkan keperluan rakyat atau ummah )
· Spiritual dengan prinsip dan konsep pengabdian diri kepada Allah swt , berteraskan taqwa dan syukur yang diterjemah dalam setiap aktiviti bandaraya ke arah mewujudkan iklim atau bia’h ( suasana ) yang islamik .
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa; Surah Aali Imran . Ayat 133
TANGGUNGJAWAB PENGUATKUASA Secara bersepadu ( antara MPKB dan Jabatan berkaitan )
Firman Allah swt yg bermaksud : 41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan (melaksanakan syariat ) serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan. Surah Al Hajj Ayat 41
Menguatkuasa Institusi solat ( tiang agama ) Menguatkuasa Institusi zakat ( sumber ekonomi ) Menguatkuasa syariat Menguatkuasa pencegahan mungkar / maksiat
IKTIBAR DARI KERUNTUHAN SEBUAH BANDARAYA
Allah swt berfirman dengan maksudnya :
6. (Kami tetap akan membinasakan orang-orang Yang menentangmu Wahai Muhammad), tidakkah Engkau perhatikan, Bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad ( yang kufur derhak a)
7. Iaitu penduduk "Iram" Yang mempunyai bangunan-bangunan Yang tinggi tiangnya, ( sesuai Dengan penduduknya )
8. Yang belum pernah diciptakan sepertinya ( tentang besar dan kukuhny a) di Segala negeri ( pada zamanny a)?
9. Dan (terhadap) kaum Thamud Yang memahat batu-batu besar di lembah ( Wadil-Qura Iaitu tempat tinggalnya )?
10. Dan (terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh?
11. ( semuanya itu ialah ) orang-orang Yang telah melampaui batas ( toghut ) di negeri (masing-masing).
12. Lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
13. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
MPKB PENGGERAK TAMADDUN ISLAM DAN UMMATNYA
Antara tanggungjawab asas penguatkuasa sebuah Bandaraya Islam ialah membentuk nilai solehah dalam semua institusinya ( individu , keluarga dan masyarakat ).
Membentuk iman dan moral Melahirkan rasa selamat dari pengaruh materialistik Menghubungkan talinya dengan Allah swt. Menaunginya dengan ketelusan dan keadilan . Mengurusnya dengan hikmah dan syura .
36. Oleh itu, apa jua Yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa Yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang Yang beriman dan Yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; 37. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan Yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya; 38. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya; Surah Asy Syura . 36 - 38
SEGALANYA NYA BERMULA DARI DIRI KITA .
2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! 3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya. Surah As – shoff . Ayat 2 -3
Kata Hassan Al Hudhaibi : أََقِيْمُوْا دَوْلَةَ اْلاِسْلاَمَ فِيْ قُلُوْبِكُمْ تَقُمْ عَلَى أَرْضِكُمْ Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu , nescaya ia akan tegak di atas tanahair kamu .
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi http://www.ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home