UNIVERSITY MENJADI SARANG
BUDAYA COUPLE DAN PERGAULAN BEBAS ?
Sejauh mana benarnya persoalan yang dikemukakan bergantung kepada tahap sensitiviti kita terhadap isu ini. Ramai pihak yang menganggap pergaulan bebas lelaki dan perempuan sebahagian daripada trend dan gaya hidup normal bagi era globalisasi ini.
Namun segelintir ummat Islam masih mempunyai rasa jengkel terhadap perkembangan masyarakat semasa dan suasananya yang menghampiri sempadan free sex . Malah apa yang lebih malang , apabila pusat pengajian tinggi , sebagai pusat pencernaan tamaddun manusia beraqal serta makmal yang melahirkan ilmu dan intelektual berwibawa turut dijangkiti wabak jelek ini .
Seminggu yang lalu , saya dihubungi oleh seorang rakan yang hanya dikenali sebagai Al Jengkawi bagi membicarakan soal budaya maksiat dan mungkar yang kini mula bersarang di pusat – pusat pengajian tinggi .( University ) .
Peringkat awal saya tidak berminat untuk memberi respon terhadap beliau yang sekadar bertanyakan hukum pasangan yang bercumbuan dan berpelukan menurut pandangan Islam , justeru hukumnya jelas dan suatu yang sangat maklum dikalangan ummat Islam .
Bahkan saya percaya , bahawa mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu pun menyedari bahawa perbuatan mereka adalah salah dan bercanggah dengan syariat , sedang mereka rata – ratanya adalah muslim .
Akhirnya saya rasa terpanggil untuk tampil membuat kenyataan terhadap isu ini dengan tidak sekadar memberi hukum tetapi cuba untuk menimbulkan kesedaran umum terhadap isu yang kian membarah dalam masyarakat kita hari ini.
Segalanya adalah manifestasi dari kegagalan sistem yang semakin hari semakin parah dan rosak teruk akibat berada jauh dari hidayah Allah swt.
1 Media cetak dan elektronik terlalu banyak ruang mempaparkan adegan dan dialog yang berimaginasikan seks guna merangsang nafsu dan syahwat masyarakat . Turut membantu kearah pembugaran daya rangsangan seksual ini ialah penampilan para artis dalam dunia seni mereka yang rata – ratanya berpakaian menjolok mata dengan menganggap `seksi’ adalah kriteria penampilan bersahaja seorang artis .
2 Konsert dan majlis hiburan pula mengetengahkan muzik hingar bingar berasaskan luapan nafsu yang lahir dari liuk lintuk dan gerak tari para artis di atas pentas , suasana makin terangsang apabila ianya kian gamat dengan sorak sorai juga pekikan lelaki dan perempuan yang turut berdansa mengikut rentak muzik dan gerak artisnya.
3 Kelab malam berasaskan disko , dangdut dan karaoke tumbuh bagaikan cendawan yang subur selepas hujan . Lesen premis tetap dibenarkan biarpun premis itu telah diserbu 25 kali oleh pihak berkuasa sebagaimana yang berlaku di Subang Jaya tempohari .
4 Sebahagian Pemimpin negara pula kerap kali dilihat membela para artis dan pelaku maksiat di atas nama hak asasi manusia kononnya . Penguatkuasa agama yang bertindak ke atas pelaku maksiat sering diasak dengan pelbagai bidasan dan tekanan .
5. Undang – undang negara yang diterima pakai dalam negara kita ini tidak memperuntukkan satu peraturan dan tindakan tegas kepada budaya maksiat dan mungkar justeru mereka mempunyai penafsiran yang berbeza dengan hukum agama yang tetap dari Ilahi .
Bertolak dari 5 unsur tersebut , persekitaran dan masyarakat negara kita lebih terdedah kepada budaya maksiat dan mungkar berbanding budaya iman dan taqwa . Lihat pertumbuhan aktiviti dalam negara kita , tentu sahaja aktiviti keagamaan tiada promosi dan support yang memberangsangkan dari mana – mana pihak , akhirnya berkesudahan dengan aktiviti yang hambar dan tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat yang jiwa mereka lebih diulit dengan hiburan yang melekakan .
Saya tidak hairan dan terperanjat apabila mangsa budaya cumbu , lucah dan porno ini dikalangan anggota masyarakat yang tidak berpendidikan tinggi . Lantaran mereka terlalu mudah untuk dipengaruhi .
Sangat malang , andainya budaya ini turut melanda golongan intelektual muda di universiti . Realiti ini menghantar isyarat jelas kepada kita bahawa masa depan masyarakat dan negara kita sangat gelap dan kabut .
Bukankah mereka akan menduduki takhta kepimpinan masyarakat pada suatu masa akan datang ? Sebagai guru , ketua keluarga , pensyarah , apatah lagi yang berhormat atau menteri semuanya dalam satu institusi , iaitu Pemimpin Masyarakat .
Cubalah kita bayangkan , bagaimana mereka memimpin masyarakat dalam keadaan mereka adalah kaki cumbu , kaki peluk , kaki raba , kaki skodeng , kaki mengorat , kaki zina , kaki rogol , kaki lesbian , kaki homoseksual , kaki lacur , kaki ectasy , kaki arak , kaki lepak dan seribu satu kaki .
Bagaimana pula keadaan masyarakat yang dipimpin oleh mereka yang punya akhlak dan pekerti seperti ini . Jawab mudahnya ialah Hancur !! . Ya hancur peradaban , akhlak , moral , maruah dan harga diri mereka .
Saya tidak menafikan , semua pihak wajar mainkan peranan , terutama mereka yang berada di universiti , kenapa harus mereka lacurkan masa mereka yang begitu berharga di Menara gading dengan hanya menurut runtunan nafsu mereka yang tidak mengenal erti puas.
Namun begitu ,
1 Seseorang tidak mempunyai kecenderungan bahkan peluang ke arah melakukan maksiat dan mungkar , andainya mereka berada dalam suasana yang mendidik jiwa dan akhlak mereka agar patuh pada suruhan agama dan takut kepada Allah Jalla wa A’la .
2 Nafsu mereka tidak bertindak liar dan melanggari batas susila dan adab seorang muslim yang soleh , kiranya mereka dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang mendorong mereka taat dan patuh kepada perintah Allah swt.
3 Perlakuan mereka tidak akan melampaui batas kesopanan dan kewarasan sebagai manusia bertamaddun dan berhemah sekiranya mereka diasuh dalam sistem yang diwarnai suasana hidayah dan insaf terhadap tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah di atas muka bumi ini , yang pastinya pula akan dihitung dan dinilai segala amal ibadah mereka di akhirat kelak . Samaada syurga atau Neraka .
2 Comments:
UIA dan UITM yg paling teruk ustaz . Yang berzina bawah tangga pun ada .
Inilah Islam Hadhari
8:27 AM
Universiti kita perlu asing tempat kuliyah seperti Di Al Azhar ni.... Selamat InsyaAllah.. betul tak Ustaz?
3:09 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home