" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, March 23, 2006

Sahabat ... Maafkan Saya !!

Saya dijadualkan berceramah di Desa Bakti Selayang pada malam ini . Jangkanya saya akan berlepas ke Selayang bersama akhi Fadhil , dimana beliau akan menunggu saya di Tol Temerloh / songsang .

Malangnya saya tidak dapat berbuat demikian setelah kereta saya mengalami kerosakan lagi . Tak berani pulak saya nak memandu jauh . Sebetulnya kereta tu , sudah lama menunjuk tanda tak sedap dipandu , tetapi saya terpaksa menangguhkan pembaikiannya sejak sebulan yang lalu kerana masaalah kewangan .

Keadaan kereta tu rasanya semakin tak sedap dipandu jauh , jadi saya terpaksa membatalkan program saya dengan sahabat di Desa Bakti Selayang .

Lantaran keadaan tidaklah terlalu mendesak , saya mohon kerjasama pihak penganjur agar menggantikan saya pada malam ni dengan Akhi Fadhli Ramli , seorang lawyer muda yang kian meningkat naik sekarang. Beliau kebetulannya adalah EXCO DPP Negeri Pahang .

Terasa juga terkilan jauh di sudut hati ini . Ya .. Kalaulah keadaan terlalu mendesak seperti tiada peganti atau program itu menentukan jatuh bangunnya Islam dan Ummah , Saya bertekad untuk pandu jua kereta ini ke destinasi berkenaan .

Namun ini bukan bermakna saya menganggap program ceramah saya di Selayang itu tidak penting , cuma saya harap ianya boleh diganti dan saya akan bagi tarikh lain di masa yang akan datang .

Apa pun saya sangat yakin , akhi Fadhli Ramli boleh memberi pengisian dan penyampaian yang jauh lebih baik dari saya .

Buat sahabat di Desa Bakti Selayang dan sekitarnya , saya mohon berbanyak maaf atas keuzuran ini malah saya akan senantiasa merindui kalian . Semoga kita dipertemukan lagi dalam program - program yang akan datang .

Sampaikan salam kemaafan saya buat semua sahabat di Desa bakti Selayang .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home