Nota Kuliah ( 002 )
MAULIDUR RASUL saw.
Oleh : Ustaz Yusuf Embong
Lahirnya Nabi saw
1 ) 12 Rabi’ul Awal hari Isnin tahun gajah merupakan hari kelahiran RasuluLlah saw.
Yang mula2 sambut kelahiran Baginda saw ialah Abu Lahab sehingga sanggup menyembelih beberapa ekor unta dan memberikan seorang hamba abdi menyusukan Nabi saw yang bernama Thuwaibah.
Yang mula2 lawan kerasulan Baginda saw ialah Abu Lahab juga.
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
AL-Masad : 1 - 5
2- Apakah tanda-tanda yang kita cinta dan kasih kepada RasuluLlah saw. Cukupkah dengan berarak ke hulu ke hilir dengan membawa sepanduk dan berselawat beramai-ramai. Kita tidak menafikan bahawa ALLah suruh berselawat…..
{Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. }
al-Ahzab : 56
Jangan sampai Muhammad saw dilupa dan diabaikan sebagaimana sepanduk dibuang sehabis perarakan itu.
Tanda cinta kepada Muhammad saw ialah:
a- Taat dan kasih kepada Nabi saw lebih daripada yang lain DAN Sentiasa mendahulukan ALlah dan Rasul dalam kehidupannya.
{Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.}
Aali Imran 59
Tertib Ketaatan
i- Taat ALlah - لله التحيات
ii- Taat Rasul - أيها النبي السلام عليك
iii- Pemimpin/siapa sahaja yang taatkan - i (ALlah) dan ii- (Rasul) – السلام علينا
ii- Taat Rasul - أيها النبي السلام عليك
iii- Pemimpin/siapa sahaja yang taatkan - i (ALlah) dan ii- (Rasul) – السلام علينا
{Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.}
Aali Imran 31-32
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يُؤْمِنُ عَبْدٌ وَفِي حَدِيثِ عَبْدِ الْوَارِثِ الرَّجُلُ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ *
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang itu tidak boleh dikatakan beriman dan mengikut Hadith Abdul Warith seorang Lelaki ; sehinggalah AKU lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan manusia seluruhnya *
Menjadikan Nabi saw sebagai hakim dan ambil hukumNya.
{Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.}
An-Nisa’ 65
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. }
Al-Maidah 49 – 50
b- Sentiasa memperjuang dan mempertahankan ajaran Baginda saw.
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya"
Aali Imran : 81
c- Melantik-pilih orang yang disukai oleh Nabi saw dan memusuhi orang yang dimusuhiNya.
d- Membenarkan setiap kata-kata Nabi saw samada berhubung dengan urusan keagamaan dan keduniaan termasuklah perkara2 ghaib.
e- Menghidupkan sunnah Nabi saw dan melaksanakan syariatNya.
WafatNya Nabi saw
Gambaran awal kewafatan Nabi saw tersirat dalam ayat berikut:
{… Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu…..}
al-Maidah : 3
Para sahabat sangat bimbang jika Nabi saw wafat, siapakah yang akan membimbing dan memberi nasihat kepada mereka. Jawab Nabi saw bahawa ditinggalkan kepada sahabat-sahabatnya dua penasihat. Satunya yang berkata-kata dan yang keduanya diam.
Yang berkata-kata itu ialah al-Quran dan yang diam ialah maut.
Nabi saw wafat pada tengahari hari Isnin 12 Rabi’ul Awwal di ketika berumur 63 tahun.
Kewafatan Nabi saw telah menjadikan sebahagian umat Islam menjadi murtad keluar daripada Islam.
Yang kita sembah ialah ALLah, bukannya Muhammad saw. Yang kita abdikan diri ialah kepada ALlah manakala yang kita ikut ialah Muhammad saw.
Sesungguhnya barangsiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad sudah mati TETAPI barangsiapa yang menyembah ALlah sesungguhnya ALlah itu hidup dan tidak akan mati
(Ucapan Saidina Abu Bakar di hari kewafatan RasuluLlah saw).
من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات ومن كان يعبد الله فإن الله حي لايموت
Benarlah firman ALlah :
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
Aali Imran : 144
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
Al-Fath - 29
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لا يُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ *
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka *
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home