" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, April 03, 2006

APABILA PAK LAH TERSALAH LIDAH .
KUANTAN MENJADI KELANTAN ........

Sewaktu berucap di Majlis Perasmian atau Pelancaran Pesta Air Nasional di Taman Esplaned Kuantan jam 9.30 mlm tadi , Pak Lah kelihatan sangat tidak bersedia berucap .

Majlis yang turut dihadhiri oleh Yang Di Pertuan Agong dan Sultan Pahang itu agak cacat apabila Pak Lah selaku Perdana Menteri bangun berucap yang pastinya ucapan itu pula didengari oleh jutaan rakyat dari seluruh negara .

Selain daripada gagal mengemukakan ucapan yang teratur dan baik , Pak Lah lebih dilihat tercungap - cungap dan kelam - kabut menyampaikan ucapan turut melakukan kesilapan nyata dalam ucapannya.

Kesilapan dalam ucapan mungkin perkara biasa , tetapi apabila ia adalah majlis rasmi yang penuh dengan protokol , dan ucapan itu pula adalah ucapan standard Perdana Menteri , maka kesilapan itu dilihat mencacatkan ucapan dan majlis itu sendiri .

Saya mengikuti ucapan Pak Lah melalui corong radio 3 Kuantan setelah saya terperangkap dalam jem teruk di Bandar Kuantan sebelum saya sampai ke rumah dari perjalanan pulang menyampaikan kuliah maghrib di Bukit Setongkol malam tadi .

Pak Lah sedari awal melabuhkan ucapan syukur Alhamdulillah dan terus menghiasi ucapannya dengan alhamdulillah hingga ke penghujung . Saya sendiri memang agak canggung mendengar bagaimana perkataan Alhamdulillah digunakan saat merayakan pesta hiburan sebegitu .

Apakah ini wajah Islam Hadhari melahirkan rasa kesyukuran mereka kepada Allah di atas kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati . Menterjemah rasa syukur dengan nyanyian dan gelek tari penyanyi wanita ( Siti Nurhaliza , Ezlyn , farah AF , Misha Omar ) dihadapan umum serta diiringi pula teriakan / sorak sorai gembira dari pengunjung .

Saya teringat , seorang artis yang tentu sahaja pakaiannya menjolok mata tampil ke pentas untuk menerima anugerah . Sejurus hadiah atau tropi dijulang , beliau diberi peluang untuk berucap sepatah dua di pentas . Berkali - kali beliau menyebut Alhamdulillah kerana Allah kurniakan rezeki kepadanya hingga membolehkan beliau menang dalam pertandingan tersebut .

malah beliau berkata : " Insyaallah , saya akan terus meningkatkan mutu persembahan saya agar boleh menang lagi di masa yang akan datang "

Tentu sahaja persembahan artis wanita ini dengan pakaian dan liuk lintuk yang sungguh menggiurkan . Apakah Allah akan mengizinkan ia berbuat demikian ? Wallahua'lam . Tetapi ia tidak lepas - lepas dari menggunakan perkataan Insyaallah ( jika di izinkan Allah ) dalam ucapannya.

Sungguh pelik dan aneh ummat akhir zaman ini .Kelakuan Pak Lah sewaktu mengucap Alhamdulillah , ketita bersyukur kepada Allah atas kemajuan negara dalam majlis pesta hiburan itu , tidak ubah macam kelakuan para artis tersebut.

Lagi aneh , entah apa sebenarnya yang bermain dibenak kepala Pak Lah malam tadi , khasnya sewaktu berucap , apabila tiba - tiba beliau tergeliat lidah menyebut nama negeri KELANTAN sewaktu hendak memuji kerajaan Pahang dan penduduk KUANTAN yang memberi kerjasama menjayakan Majlis Pesta tersebut.

" Saya mengucapkan terima kasih kepada KELANTAN ......kepada Pahang dan Kuantan khasnya ...." begitulah lebih kurang ucapannya malam tadi .

Saya tersenyum sendiri .Apakah sebenarnya yang menjadikan ucapan Pak Lah dalam keadaan sangat gelisah dan kelam kabut malam tadi ekoran "KELANTAN" bermain dibenaknya . Atau ia hanya suatu kebetulan dan kesilapan biasa . Wallahualam .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home