CYBERMAYA
Saya sejurus tiba di Terminal Bus Kemunting , disambut oleh seorang sahabat yang bernama Nik dan terus membawa saya ke Seri Malaysia Hotel . Permulaannya saya sekadar ingin menumpang rehat dirumah beliau sementara menunggu waktu program yang diatur . ( Khutbah dan ceramah ).
Oleh kerana hari ini adalah hari bekerja dan beliau hanya mampu pulang jam 5 petang , lalu saya di"simpan" di Hotel Seri Malaysia bersama Ustaz Ghani Shamsudin , cuma kami berlainan bilik .
Selepas solat subuh , saya terus bertanya pihak pengurusan hotel , kalau - kalau di hotel ini ada cyber cafe untuk saya access internet . Malangnya saya terpaksa ke bandar , lalu saya batalkan hasrat tersebut dan ambil sikap berehat di bilik sambil membaca kitab - kitab sebagai persediaan untuk khutbah dan ceramah malam ini .
Apa boleh buat , berehat dan membaca di atas katil , dalam bilik berhawa dingin pula hanya memudahkan saya lena .
Saya akhirnya keluar ke bandar , mencari cyber cafe . Habis bandar Taiping saya pusing , tiba - tiba saya sampai di sebuah bandar yang bernama Rocksy ( di Mesir ) , disitulah saya ternampak sebuah pusat internet lantas saya terus meluru ke sana untuk tujuan mencari maklumat dan juga up date blog saya .
Anehnya pusat itu hanya menyediakan khidmat internet untuk kanak - kanak sahaja . Peralatan komputer , meja , kerusi , landskap semuanya bercirikan kanak - kanak malah pengurus pusat tersebut juga adalah seorang kanak - kanak yang berusia 7 tahun .
Apabila saya bertanya bagaimana saya mahu menggunakan peralatan komputer sebegini , pengurus itu hanya menjuihkan bibir dan mengangkat bahu serta keningnya. Sehinggalah datang seorang wanita tua ( pengasuh pengurus tadi ) dan memberi tahu saya bahawa Pusat Internet untuk orang dewasa adalah dibangunan belakang .
Lalu saya terus tanpa lengah ( sebab saya kesuntukan masa ) menuju ke bangunan belakang yang terletak sekira - kira 300 meter dari bangunan tersebut. Saya berjalan terus sehinggalah saya sampai ke sempadan jalan yang tertulis padanya Kampung Baru Kuala Lumpur .
Setelah mengambil beberapa masa mencari , akhirnya saya gagal jua untuk mencari Pusat Internet tersebut. Kecewa bukan kepalang , lantas saya berjalan pulang dengan hampa sehinggalah dipertengahan jalan , saya ditumpangkan oleh seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas Yang Berhormat UMNO ( kini beliau telah masuk PAS ) dengan menaiki sebuah keretapi empat gerabak , dari Kampung Baru ke Hotel Seri Malaysia Taiping .
Sebaik sahaja sampai , sayup kedengaran azan berkumandang , saya tersentak sebab jam baru pukul 12 tengahari . Rupa - rupanya itu adalah alarm setting dari handset saya yang mengejutkan saya dari tidur .
Laaa , saya bermimpi rupanya .
Saya faham bahawa mimpi hanya satu mainan tidur . Lantaran itu sengaja saya paparkan permainan ini untuk dikongsi cerita dengan sahabat - sahabat sekelian .Semuanya gara - gara sehari tidak bersama internet sedang saya perlu up date blog saya sekerap yang mampu pula untuk mencari maklumat serta idea - idea baru yang boleh menjadi bahan kuliah dan ceramah serta penulisan saya .
Nampaknya keadaan telah jadi begitu . 3 atau 4 hari tinggal anak dan isteri kerana keluar berdakwah tidak sampai terbawa - bawa dalam mimpi , tetapi sehari tidak menulis dan membaca , hati jadi resah .
Apa pun , harapnya Allah swt terus mengekalkan semangat untuk menulis di persada cybermaya ini guna memperbanyakkan pembendaharaan ilmu di sini. Justeru saya sangat memahami bahawa di sana terlalu ramai mereka yang tidak berkesempatan hadhir atau mungkin tidak boleh hadhir ke kuliah - kuliah agama di masjid surau .
Mereka hanya mampu mengambil kesempatan mencari ilmu di celah - celah kesibukkan mereka di pejabat atau di tempat kerja . Apa pun usaha mereka adalah satu usaha baik daripada terus kekal dalam keadaan jahil tanpa ilmu .
5 Comments:
Asalamualaikum Ust,
Saya disini ingin bertanya mengenai hujah setengah2 golongan yg menggunakan hadis berikut sbg hujah utk tidal menjatuhkan pimpinan kerajaan skrg.
Dari Hudzaifah bin Yaman berkata : Rasulullah SAW bersabda : Akan
ada sepeninggalku nanti para pemimpin yang tidak mengambil
petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul
(pula) ditengah-tengah kalian orang-orang (dikalangan penguasa) yang
hatinya adalah hati syaithan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah)
bertanya : Apa yang harus saya perbuat jika aku mendapatinya? Beliau
bersabda :(Hendaknya) kalian mendengar dan taat kepada amir,
meskipun dia memukul punggungmu dan merampas hartamu. (Hadits shahih
riwayat Muslim dalam Shahihnya no. 1847 (52))
Terima kasih
1:00 AM
Asalamualaikum Ust,
Ada komen yg saya pernah membaca mengatakan PAS pernah menaja ahlinya utk belajar diIran. Malah mereka mendakwa PAS juga byk memuji pimpinan Syiah diIran terutamanya Presiden Iran yg baru, seolah olah menunjukkan PAS juga bersetuju dgn perjuangan Syiah.
Minta komen Ustaz ttg perkara ini.
1:04 AM
Kenapa dengan Syiah? ade masalah ke? Syiah telah diiktiraf sebagai satu Mazhab dalam Islam tetapi bukan Mazhab dikalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ada juga hukum hakam yang dibincangkan dalam kitab2 Hadis hukum dan sebgainya, termasuk juga fatwa2 dari golongan Syiah.
Iran dengan Syiahnya Saudi dengan Wahabi (Khawarij)nya..
Menyatakan sokongan tidak bermaksud menganut.
3:00 AM
bukan saya yg ada masalah tetapi bila ramai yg berhujah saya yg takde ilmu jadi keliru. Jadi saya perlukan penjelasan, salahkah itu?
3:14 AM
Assalamualaikum
Harap sahabat semua bersabar dan tenang dalam menghadapi apa jua khilaf dan perbedaan pendapat . Insyaallah , sekiranya saya mempunyai waktu yang sesuai saya akan memberi respon atau jawapan kepada persoalan yg dikekumukan .
Terima kasih krn memberi kepercayaan kepada saya .
12:00 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home