" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, April 11, 2006

NIKMAT SIHAT SANGAT DIRASAI
BILA SAKIT MEMBELENGGU DIRI

Hari ini adalah hari ketiga saya terkurung dalam rumah kerana tidak mampu bergerak atau berjalan . Segalanya bermula dengan kemalangan yang saya alami sewaktu beraksi untuk pasukan EXCO DPPNP dalam karnival futsal tempohari .

Sudah lama saya tidak beraksi di padang , apatah lagi bertembung dengan tubuh - tubuh sasa anak muda yang terlatih di padang saban hari . Namun semangat saya tercabar apabila melihat kelibat rakan - rakan di padang lalu memaksa saya menyarung jersi no. 9 untuk turut sama beraksi .

Alhamdulillah , saya sempat beraksi untuk tiga perlawanan di peringkat liga .( perlawanan diperingkat liga mempunyai 4 perlawanan ) . Walaupun kesemua perlawanan peringkat liga itu , pasukan EXCO DPPNP tewas teruk , ( 3-1 / 4-1 / 3-0 / 4-0 ) saya sempat menjaringkan 2 gol .

Kesemua gol yang diperolehi oleh pasukan EXCO DPPNP adalah hasil jaringan saya . Namun malang apabila masuk perlawanan ketiga , saya mengalami kecederaan apabila lutut saya terkehel keluar dari landasannya .

Saya diusung keluar oleh pasukan perubatan khas perlawanan . Berkali - kali mereka sembur spray bagi membolehkan saya bangun dan meneruskan perlawanan .

Sebaik sahaja kesakitan reda , saya menggagahkan diri untuk masuk sekali lagi menggantikan rakan - rakan yang sudah mula penat menentang pasukan Indera mahkota 2 .( pasukan ini adalah naib Juara Futsal peringkat DPP Kawasan Indera Mahkota )

Ternyata percubaan kedua ini menambah lagi penderitaan dan kecederaan yang saya alami apabila sekali lagi kecederaan yang sama berulang dan saya diusung keluar sekali lagi.

Kali ini saya terpaksa pulang terhencut - hencut . Kesakitan kian terasa apabila menjelang malam dan keesokan paginya lutut saya membengkak dan saya tidak boleh berjalan lagi .

Hari ini masuk hari ketiga . Apa yang saya sedih ialah apabila saya terpaksa membatalkan banyak program saya yang telah dijadualkan . Sedang program tersebut sangat memerlukan komitmen saya .

Saya memohon maaf berbanyak maaf dari sahabat - sahabat penganjur . Terutama saudara Halim dari Shah Alam . Berbulan lamanya beliau menempah tarikh dan berkali - kali beliau confirm tarikh tersebut , malang apabila tiba tarikh yang dijadualkan , saya tidak dapat hadhir jua.

Tentu sdr Halim mengalami kesusahan untuk mencari ganti dalam tempoh yang singkat ini . Maafkan ana syeikh !

Insyaallah , rasanya esok surutlah bengkak kaki ini dan saya cuba menggagahi diri untuk menghadhiri program yang telah dijadualkan walaupun dalam keadaan terhencut - hencut .

Kini saya sangat menginsafi nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah swt. kepada diri ini . Apa yang paling penting , dengan kesihatan itulah saya mampu memacu perjuangan suci ini untuk meraih seberapa banyak restu dan redha daripada Allah swt .

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum wrt

Hebat juga exco dppnp MAIN FUTSAL, apa kata kalau exco dppn melaka nak cabar main futsal?

salahsorang exco dppnm

2:59 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Waalaikumussalam

Hang Tuah nak Cabar Mat Kilau ?

Insyaallah , DPPNP bebila jer bersedia untuk merapatkan ukhuwwah .

4:23 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home