" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, April 03, 2008

FILEM AKHIRAT
MEMPERSENDA AGAMA


Saat ummat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan melahirkan kemarahan mereka terhadap kebiadaban seorang ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang telah menyiarkan sebuah filem berjudul FITNA , ( dengan maksud menghina dan memfitnah agama Islam dan ummatnya.) , negara kita gempar dengan penayangan filem AKHIRAT yang tidak kurang hebat agenda penghinaan dan persendaan terhadap agama Islam .


Filem Akhirat adalah sebuah filem Malaysia yang bukan sahaja melepasi Lembaga Penapisan Filem Malaysia tetapi juga mendapat tempat selesa di pawagam . Sedang ia adalah sebuah filem yang jijik dan hina berbanding judul filemnya "AKHIRAT" .


Kebelakangan ini , negara kita cenderung menghasilkan filem yang diberi judul berbaur agama. Kononnya untuk melahirkan kesedaran dan keinsafan di akhir cerita buat penontonnya. Namun realiti filem tersebut hanyalah lebih menonjolkan adegan - adegan panas berbanding cerita atau dialog yang boleh menimbulkan keinsafan.


Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengkaji secara lebih mendalam perkara ini dan satu memorundum berkait dengan perkara ini akan dikemukakan kepada Kementerian Penerangan. Harapan kita , melalui Menteri Penerangan baru yang dikatakan mempunyai sedikit latar belakang pengajian agama akan mengambil langkah wajar bagi menangani isu ini.


Perubahan Dasar


Perubahan landskap politik tanahair akibat dilanda gelombang tsunami politik tempohari mestilah dipastikan agar ia turut menjangkau perubahan dasar dan prinsip pentadbiran negara .


Menanti dan menunggu pemimpin UMNO dan BN menginsafi perkara ini , saya rasakan ia terlalu lambat malah masih ada yang kebelakang . Maka Pemuda PAS insyaallah akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan arus perubahan politik negara hari ini turut mendesak berlakunya perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan .


Mesyuarat DPPP akan datang , insyaallah akan turut memikirkan bagaimana tindakan dan langkah yang akan diambil bagi menangani isu seperti ini demi memelihara masa depan ummah agar tidak dicemari pemikiran mereka , tidak dimusnahkan peribadi mereka dan tidak juga diselewengkan aqidah mereka melalui filem dan aktiviti propaganda hiburan yang lain .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home