STREET DANCE
Bukan Satu Penyelesaian
Bukan Satu Penyelesaian
Suka saya tegaskan di sini bahawa langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Exco Belia dan Sukannya , menganjurkan Tarian Jalanan secara terbuka adalah suatu langkah yang tidak wajar .
Biarpun mereka menggariskan objektif yang baik dan positif untuk mengelakkan para remaja bergaul bebas serta terjebak dalam perangkap alkohol dan dadah .
Namun Street Dance di pilih sebagai alternatif adalah suatu yang tidak wajar dan tidak boleh menyelesaikan masaalah sosial yang melanda muda - mudi pada hari ini . Terutama apabila ia juga melibatkan remaja yang beragama Islam .
Penglibatan para muda mudi dalam kancah gejala sosial yang parah hari ini bukan kerana mereka tidak tahu menari dengan baik dan disiplin , sehingga perlu dilatih untuk menari dan perkembangan tarian mereka dipantau serta dikawal selia tetapi kerana jiwa mereka kosong dan moral mereka dicemari oleh budaya hedonisme . Mereka tenggelam dalam keseronokan yang mereka buru tanpa pernah menemui kepuasan .
Program Tarian yang dianjurkan ini biarpun di kawal dan di pantau , namun ia tidak menumbuhkan kesedaran dan keinsafan untuk menghindarkan diri dari arak , dadah dan pergaulan bebas . Justeru kesedaran dan keinsafan hanya tumbuh melalui hati atau jiwa yang dididik dan dipulihkan dengan pembinaan spiritual dan pembentukan akhlak atau moral yang soleh .
Sementelah pula ia terbuka kepada muda - mudi muslim yang sepatutnya mereka tidak dilalaikan dengan aktiviti sedemikian sebaliknya dibina dan dimotivasi agar mereka mampu menyemai jatidiri yang unggul bersama keperibadian yang baik dan terpuji .
Bukan saya anti hiburan , tetapi saya anti kelalaian dan kelekaan serta aktiviti yang tidak mendatang manafaat kepada anak bangsa terutama mereka yang beragama Islam .
Kenapa tidak Exco Belia dan Sukan menganjurkan aktiviti riadah yang lebih mendatangkan manafaat dan mengaktifkannya dengan intensif yang menggalakkan anak - anak muda seperti lumba kuda , lawan pedang , olahraga , memanah , renang dan pelbagai aktiviti lasak yang sesuai malah menghiburkan para remaja tanpa perlu ditenggelamkan jiwa dan minda mereka dalam gerak tari serta iringan muzik percussion yang hanya akan mematikan jiwa dan dhomir mereka .
Saya memahami bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan sebuah Kerajaan Islam . Ia hanya sebuah kerajaan kompenan Pakatan Rakyat ( DAP ) , dimana salah satu anggota Pakatan Rakyat ialah PAS sebagai sebuah Parti yang berjuang untuk menegakkan Negara Islam .
Kerjasama PAS dan DAP dalam beberapa perkara yang telah dipersetujui bersama seperti menentang ISA , Rasuah , Penyelewengan kuasa dan seumpamanya . Namun tidak bermakna PAS mesti menerima atau mendiamkan diri terhadap aktiviti negatif yang dianjurkan , terutama aktiviti yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada generasi ummat Islam .
Saya harap teguran dan nasihat baik dari pelbagai pihak termasuk Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang diambil kira dan dipandang serius oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana Ketua Menterinya pernah malah berkali - kali menyebut bahawa mereka akan mengikuti corak kepimpinan dan pemerintahan Omar bin Abdul Aziz .
Saya tidak percaya Omar bin Abdul Aziz boleh bersetuju dengan Street Dance kononnya untuk mengelakkan anak - anak muda terjebak dalam arak dan dadah .
Perlu disedari bahawa yang dikatakan mungkar dan maksiat bukan terhenti pada arak dan dadah semata - mata tetapi juga kepada pergaulan bebas , pendedahan aurat , pakaian ketat yang menampakkan bentuk tubuh , aksi liuk lentuk wanita muslimah dengan gerak tarinya dihadapan umum dan muzik iringan yang melalaikan jiwa dari mengingati Allah Tuhan Rabbul jalil .
Oleh kerana perkara ini suatu yang sangat maklum di sisi agama Islam maka tidak perlulah saya mengambil menulis dengan mengemukakan nas kecuali selepas ini jika keadaan memerlukan .
Saya kira ini sebagai nasihat umum saya kepada pihak yang berkenaan agar bertindak sewajarnya
28 Comments:
Assalamualaikum,
Adakah para pengundi muslim, UMNO, PAS, PKR dll yg menyokong para wakil rakyat Pakatan Rakyat turut berkongsi dosa ? Berdosakah penyokong PR sepertimana berdosanya dan "kafir"nya org UMNO yg malaksanakan undang-undang kufur ?
Walau apapun saya tidak terkejut jika nanti ada para ulama PR berfatwa.....para pengundi yg menyokong PR tidak berkongsi dosa terhadap maksiat yg dilakukan kerajaan kufur DAP !!
Tidak mengejutkan kerana dapat difahami KAEDAH UMUM yg diguna pakai oleh SEBAHAGIAN ulama Pakatan Rakyat dalam mengeluarkan fatwa adalah : TUJUAN MENGHALALKAN CARA !!
Sebenarnya kaedah tersebut tidaklah secara bulat-bulat berbunyi demikian, namun hakikatnya, essensinya atau natijahnya, itulah kaedah yg sebenarnya. Kaedah-kaedah tersebut mungkin berbunyi, KALAU TIDAK DAPAT BUAT SEMUA, JGN BUANG SEMUA atau MEMILIH YG TERBAIK ANTARA YG TERBURUK @ YG PALING SEDIKIT BURUKNYA, FIKIH AL AWLAWIYAT dan sebagainya.
Bila diperhalusi, kaedah-kaedah di atas adalah kaedah yg mengajak kaum muslimin berkompromi dgn kenyataan/realiti atau lebih tepat kekufuran. Dalam konteks semasa, mengajak umat Islam berkompromi/menerima pemikiran dan sistem ideologi kapitalisme. Walhal Nabi saw dgn tegas menolak kompromi antara Islam & kufur.
Alasan yg mendasari kaedah-kaedah di atas adalah demi utk kebaikan @ MASLAHAT.
Persalannya, apakah yg dikatakan MASLAHAT ?
Di sini kita dapati para penganut kaedah yg tak berapa betul tu telah mendahulukan aqal dibanding nas dalam berhujjah @ membuat kesimpulan. Ini kerana berdasarkan kaedah ini, yg dikatakan maslahat tsbt adalah apa yg dianggap aqal manusia adlh maslahat. Walhasil....walaupun hukum asal suatu perbuatan itu haram....tetapi demi MASLAHAT...ianya menjadi HALAL.
Di sinilah antara kesalahan utama kaedah seumpama ini. Padahal apa-apa yg diharamkan Allah swt...selamanya haram dan tidak pernah menjadi halal. Dan bagi kita, apa-apa yg diharamkan Allah pasti berakibat negative, sebaliknya apa-apa yg halal, apalagi wajib, pasti berakibat positive....walaupun aqal manusia barangkali tidak mampu menjangkaunya. Di sini, apa yg membezakan dgn kaedah-kaedah PELIK di atas adalah, hukum syarak diletak didepan, berdasar hukum tsbtlah aqal kemdn memahami/menyimpulkan samada baik (memberi kemaslahatan) atau tidak !
Dalam isu perjuangan mengembalikan syariah melalui tegaknya sebuah negara Khilafah, Nabi saw mengajarkan kpd kita TIADA KOMPROMI dgn apa jua tawaran oleh pihak pendokong kekufuran. Nabi lebih rela musnah dan binasa drpd MEROJAKKAN KUFUR-ISLAM.
Apa-apa yg diharamkan PASTI berakibat negative / buruk. Jadi, berkompromi dgn ideologi/sistem kufur dgn harapan ianya membuka jalan kpd tegaknya syariah adalah suatu mimpi yg tidak akan pernah menjadi realiti.
Wallahulam.
7:19 AM
Dosa & pahala hak Allah utk beri pada sekalian manusia..
Tetapi bila diberi pilihan 1.w/pun mengaku islam tetapi bersifat zalim & menentang syariat islam & 2.seorang kafir(dlm kufur) tetapi bertegas utk menegakkan keadilan dan menolak kezaliman
So, tuan Anonymous apa pilihan tuan??
4:31 PM
Apa kata PAS Pulau Pinang rancang program alternatif mcam ustaz cadangkan untuk semua anak2 muda Islam Pulau Pinang?? Kalau pun kerajaan DAP tak mau buat,sy percaya mereka tak akan menghalang..
4:44 PM
Salam,
Eehh...mcm Bush pulak, "if you are not with me, you are with terrorist".
Amboi...amboi...amboi....dua pilihan je ke ? Tak de pilihan ketiga, keempat, kelima dan seterusnya...?
Tuan rhmyee, syariat mengajar kita berpegang teguh dgn syariat walaupun terpaksa menggigit akar kayu dan terpaksa mati kerananya.
Nabi juga pernah mengingatkan kita akan timbulnya kebaikan dan keburukan yg datang silih berganti. Antara peringatan Nabi adalah adanya zaman kebenaran diselaputi asap. Bila ditanya apakah maksudnya, Nabi saw menjelaskan ianya adlh keadaan di mana org ingin mencari kebenaran tetapi merujuk kpd selain dari petunjuk ilahi.
Walhasil, samada pilihan pertama mahupun pilihan yg kedua, kedua-duanya bukan pilihan yg patut dipilih oleh org beriman.
So, saya pilih pilihan ketiga, iaitu org-org beriman yg mahu menegakkan syariah.
Rhymee...di atas muka bomi ni, kita ada byk pilihan. Depa kata kita tak de pilihan...hanya ni je pilihan kita. Tu depa kata....kita yg merdeka jiwa dan raga tok sahlah terpenjara dgn kata-kata depa.
5:55 PM
rhymee,
Apa makna kafir dan apa makna zalim ?
Allah Swt di dalam al Quran menyebut;
"Barangsiapa yg berhukum dgn selain dari apa yg diturunkan Allah maka dia adalah org-org KAFIR."
"Barangsiapa yg berhukum dgn selain dari apa yg diturunkan Allah maka dia adalah org-org ZALIM."
Maknanya, selagi tidak berhukum dgn hukum Allah.....bermakna kufur dan zalim.
Oleh itu adakah or kafir tadi mahu menegakkan syariah ? Kalau sekadar berazam utk tegakkan keadilan dan menolak kezaliman tetapi tidak mahu berhukum dgn syariah.....tiada maknanya.
11:24 PM
salam, saya ambil pandnagn ini dr blog one-g blog sport. http://one-g.blogspot.com/2008/12/ulasan-artikle-ustaz-din-tontowi.html
moga2 boleh membuka minda kita. sekian- jack
-----------------------------------------------------------------
ULASAN ARTIKLE USTAZ DIN TONTOWI
Aku membaca tulisan Ustaz Din tontowi berkenaan dengan “street Dance” yang berlaku di Pulau Pinang. Tulisan yang boleh disifatkan sebagai “teguran” bercampur “sindiran” dari tulisan tersebut memang amat menarik jika dikaji. Kajian terhadap tulisan itu, sama ada boleh disifatkan sebagai emosi atau satu provoke.
sila baca dari blog ustaz Din Tontowi :
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/12/street-dance-bukan-satu-penyelesaian.html
Tetapi, pada pandangan peribadiku sendiri, dan aku tidak memaksa orang menerima pandanganku ini. Sikap aku dalam hal ini, aku tidak bertindak seperti yang dinukilkan oleh Ustaz Din dalam blog beliau.
Aku mengkhayalkan, jika aku memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat (sekadar khayalan, bukan betul-betul : minta berlindung dengan Allah dari memegang jawatan ini). Jika keadaan ini berlaku, aku tidak akan terus bertindak “mengherdik” program sebegini, tetapi aku akan merancang untuk mengadakan satu pertemuan dengan ketua Menteri Pulau Pinang, iaitu Lim Guan Eng yang berkali-kali menyebut, mahu mencontohi Omar Abdul Aziz dalam pemerintahannya.
Dalam pertemuan itu, aku akan menggariskan cadangan-cadangan sukan belia alternatif untuk remaja, yang pastinya merujuk kepada Islam yang syumul, sama ada untuk dilaksanakan kepada muslim dan non Muslim di Pulau Pinang.
Pada pemahamanku, Islam bukanlah satu agama yang hanya sekadar menyebut “stop” terhadap sesuatu perkara, tetapi sebelum ia menyebut “stop” ia akan menyediakan alternative. Atau dengan erti kata lain, aku memahami Islam adalah agama yang akan memberikan panduan kepada manusia dalam melakukan sesuatu perkara, bukan menutup terus perkara tersebut.
Ekoran dari itulah, bagi menjaga kemaslahatan nasab manusia, Islam mengharamkan zina, tetapi menyuruh manusia berkahwin. Bagi menjaga maslahat muamalah, Islam mengharamkan riba, tetapi dihalalkan dengan berbagai-bagai jenis bentuk jual beli.
Aku berkeyakinan, pengetahuan Lim Guan Eng terhadap Omar Abdul Aziz tidak setara dengan pengetahuan Aku terhadap tokoh islam yang hebat itu. Bahkan aku berkeyakinan, Ustaz Din Tontowi mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan dengan tokoh Islam tersebut, berbanding pengetahuan Aku dan Lim Guan Eng.
Sekian
p/s : aku sedang menunggu bentuk sukan belia yang akan dilaksanakan di negeri Kedah yang diperintah oleh PAS.
11:49 PM
Assalamualaikum..
ustaz yang dikasihi..
maaf..ana rasa ustaz patut menegur pemuda PAS Penang dalam hal ini kerana gagal memainkan peranan berkesan sebagai check n balance dalam decision making kerajaan Pakatan PP..
kerana pada pandangan ana PAS PP gagal bekerjasama secara proaktif dalam pentadbiran dan hanya bertindak secara reaktif..
sekarang ini, kereaktifan tanpa memberi alternatif perlu dikurangkan semaksima mungkin bagi membetulkan persepsi masyarakat terhadap pemuda PAS.. yang suatu ketika dulu dilihat hanya tahu menghalalkan dan mengharamkan..
ana mencadangkan supaya ustaz dapat memainkan peranan dalam membetulkan sikap Pemuda PAS PP jika terdapat kelemahan..
pastikan mereka terlibat dalam meeting.. dan tidak hanya membuat bantahan setelah keputusan diambil..
ana yakin jika kita cukup "hikmah" dalam berdakwah, program seperti ini dapat ganti dengan program yang lebih berkesan..
Wassalam..
2:50 PM
Assalamualaikum .
Dalam isu ini , bagus juga khayalan ustaz One G . Cuma apa yang dikhayalkan tu telah dilakukan oleh oleh Badan Perhubungan PAS Pulau PInang . Dan Dewan Pemuda PAS Pulau PInang menjadi pemantau sejauh mana syarat yang dikemukakan itu menepati persetujuan .
So Pemuda Pusat tak perlu lah turun ke Penang sebab banyak lagi perkara nak urus nih .
Tu lah , ana dah minta ustaz One G up grade jadi Ustaz Three G baru lah tak payah khayal - khayal , maklumat lebih cepat dapat di akses .
Pertemuan dan perbincangan telah diadakan malah telah ada persetujuan antara BP PAS Penang dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Penang .
Ada pun Dewan Pemuda , biarlah dia jadi pemantau . Kritikannya walau agak kritis , ianya bertempat dan bersebab . Pandanglah secara positif .
Macam sebelum sebelum ni lah , apabila ustaz One G kritik pimpinan , malah pernah juga mengkritik PAS dalam beberapa keadaan , pimpinan PAS Subang maklumkan kepada ana , ana kata , ambillah secara positif bila org tegur kita .Tambah - tambah yang menegur tu org macam ustaz One G.
Kalau benar kita buat seperti yg ditegur , kita insaf dan taubat atau mohon maaf . Kalau kita tidak buat , kita abaikan sahaja kritikan tersebut . selesai masaalah .
tak payah panjangkan masaalah , sehingga kita menghukum suatu yang kita tidak tahu seperti menghukum keikhlasan sedang ikhlas adalah suatu yg tersembunyi . so kita hukum yg kita nampak cukup lah .
Dalam isu street Dance , ana cadang kepada semua agar jgn check kenyataan ana atau kenyataan Dewan Pemuda PAS Penang . Tapi kalian check sendiri bagaimana program Street Dance tu dilaksanakan dan dilakukan setelah ada persetujuan dan pertemuan dgn Badan Perhubungan PAS yang meletak beberapa syarat .
Antum check yang tu , baru buat kenyataan balas . so apa - apa pun kena up grade laa dari One G kepada Three G . Ler ning org pakai Four G doh wei .... :)
4:56 PM
Ust kalau bukan islam mcm mana ?
12:25 AM
Semoga harap pemuda PAS Penang menjadi tonggak aspirasi Islam di sana.
RIRK
2:29 AM
Amboi...amboi...amboi....dua pilihan je ke ? Tak de pilihan ketiga, keempat, kelima dan seterusnya...?
Ya... Dlm nak memangkah undi disitu..
1. BN
2. PR (wakil DAP)
situasi skrg hanya ni jelah... ada lain?????
3:40 PM
Walhasil, samada pilihan pertama mahupun pilihan yg kedua, kedua-duanya bukan pilihan yg patut dipilih oleh org beriman.
So, saya pilih pilihan ketiga, iaitu org-org beriman yg mahu menegakkan syariah.
DLM STATEMENT SAYA ADA SEBUT PILIHAN KETIGA KE?? FAHAMKANLAH STATEMT TU KUI..KUI..KUI..
3:51 PM
Memilih utk tidak memilih juga suatu pilihan......
kuang...kuang...kuang
RIRK
12:46 PM
Orang Tak PAKAI DOH DIN TANTAWI sekarg ni YUSOf QARDHAWI jadi rujukan....
Saya tak nampak Peranan Pemuda Ke Arah Kerajaan Menunguu dari Sudut program dan sebagainya..
dok harap ko ustaz wan g jah,,
3:30 PM
Assalamualaikum
Tak nampak ana tu standard laa , sebab ana ni hanya buruh kasar jer dalam parti dan pemuda .
Tapi kalau tak nampak peranan Pemuda PAS , ana rasa kena gi check mata tuh :) [ gurau jer ]
Sejak Cikgu Mustafa Ali hingga Yb. Salahudin hari ni , banyak sungguh peranan Pemuda PAS dan besar sungguh jasa pemuda PAS kepada perjuangan Islam di malaysia .
Janganlah saudara kata tak nampak . Sebab tak nampak tu macam tak ada langsung sbb tak nampak .
Kalau saudara kata tidak memuaskan atau banyak kekurangan , itu ana boleh terima lah .
kalau tak nampak langsung ana pun ana boleh terima secara positif krn ana sangat sedar akan kelemahan diri ini . Tapi sekali lagi , jgn lah sampai tak nampak peranan pemuda PAS ...
ok ? selamat berjuang
10:58 PM
saya berharap ustaz Jaga Karisma ustaz dalam berhujjah dan menjawab isu kritikan,nak bergurau pun ustz kena email direct terutama ustz wan ji..memag dia org muda, tapi dia terbuka dan cube berfikir apo alternatif disebalik yg tidak dibolehkan..
kalu tak puas hati pun jangan duk main kutuk dihadapan pmbaca lain,,
Kedua..ana lihat statmen ustaz
"Pertemuan dan perbincangan telah diadakan malah telah ada persetujuan antara BP PAS Penang dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Penang "
Brcanggah dengan STATEMENT YDP ustaz SAlleh MAn..
"Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dipinta tidak meneruskan demonstrasi berhubung pengajuran i-Dance oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong sebaliknya mendapatkan penjelasan yang terperinci melalui perbincangan, " tegas Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man.
ADAKAH USTAZ SEDANG BERBOHONG DALAM ISU INI..
Saya akui peranan pemuda banyak, tapi kita kena fikir ISLAM akan memerintah dan Pemuda PAS khususnya bakal mewarisi pimpinan yang ada,, kalu pemuda pun berfikiran JUMUD tak terbuka dalam pelbagai isu,,SO macm mana org nak YAKINI PAS nanti..
Contohilah Tok guru NIK AZIZ dan Ustz YAHYA othman,,walaupun dah tua TAPI pemikiran beliau sesuai dengan keadaan Semasa,,
KAPTEN (B)
8:33 AM
Assalamualaikum Kapten ( B )
Pertama : Terima kasih atas teguran semoga Allah merahmati Kapten .
Kedua : Nampaknya Kapten marah sungguh kepada ana nih . Pasal apa yer , tiba - tiba jer ? Kalau kerana gurauan ana dgn ustaz One G , harap Kapten biasa - biasa sahajalah .
Sebab ana dgn ustaz One G ni sahabat karib . Sebagaimana dia tegur ana terbuka ana gurau dgn dia terbuka , biasa jer .Ana kira ustaz One G macam adik ana dalam jamaah . Kami ni memang terbuka .
Ketiga :Pasal karisma tu , jauhlah ana berbanding sdr Kapten . Ana ni prebet jer . Sebagaimana ana sebut sblm ni , ana buruh kasar jer . Tak ada apa - apa karisma , hanya insan dan pejuang biasa .
Keempat : Ana tidak kutuk One G , cuma ana suruh Up grad jadi Three G supaya cepat dapat akses maklumat secara bergurau . maksud ana agar Ustaz One G dapat maklumat dari ana dulu sebelum kritik tulisan ana , sbb dia mmg biasa telefon ana .
Kelima : atau mungkin Kapten marah sebab ana tegur seorang anonymous yang kata tak nampak peranan pemuda .
Ana kata , kalau tak nampak memang kena check mata lah . sebab tak nampak ni memang keterlaluan lah . Punya besar peranan pemuda PAS kepada Islam sejak lama dulu . sejak zaman ustaz Hasan Shukri jadi ketua pemudanya , mcm mana tak nampak ? kalau ada kekurangan , tidak memuaskan , itu ok lah .ana boleh terima . sebagaimana kalau dia kata tak nampak ana . ok juga sebab tak perlu dan tiada keperluan pun untuk nampak ana nih . yang penting nampak Islam dan nampak perjuangannya.
10:42 PM
Keenam : ana qoute :
[ "Pertemuan dan perbincangan telah diadakan malah telah ada persetujuan antara BP PAS Penang dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Penang "
Brcanggah dengan STATEMENT YDP ustaz SAlleh MAn..
"Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dipinta tidak meneruskan demonstrasi berhubung pengajuran i-Dance oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong sebaliknya mendapatkan penjelasan yang terperinci melalui perbincangan, " tegas Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man.
ADAKAH USTAZ SEDANG BERBOHONG DALAM ISU INI..]
...... apa yang tak kena dengan statement ana tuh . Memang betul Badan Perhubungan PAS Penang telah berjumpa dengan pihak EXCO Belia Kerajaan Pakatan Rakyat Penang . Ustaz Salleh Man tu Pesuruhjaya PAS Penang Kapten , bukan YDP Penang.
Kenyataan ana tu benar dan anta boleh rujuk Badan Perhubungan PAS Penang .
Ada pun Ustaz Salleh Man tegur Dewan Pemuda agar jgn buat demontrasi tu maksudnya beliau meminta agar pemuda jgn demo tapi bincang dgn Badan Perhubungan Penang .
Di Penang berlaku sedikit perbedaan pendapat dan pandangan antara Pemuda dgn Perhubungan dan saya kira itu perkara biasa lah .
Badan Perhubungan PAS Penang setuju street Dance / I dance dgn syarat - syarat yang telah dipersetujui bersama dgn pihak exco Belia kerajaan negeri . seperti asing lelaki perempuan , tutup aurat dan sebagainya .
Tetapi pemuda PAS Penang merasakan bahawa syarat itu tidak berlaku di mana tarian itu dibuat secara terbuka sebagaimana yg disiar dalam TV 2 hari lepas . terbuka dan mendedahkan aurat malah bercampur lelaki dan perempuan . So ana sokong Pemuda PAS Penang jadi pemantau dan menegur kerajaan negeri .
Soal ustaz One G khayal jadi ketua pemuda tu lalu bercadang nak gi jumpa Lim Guan Eng , bagus lah ,Kalau lah boleh One G buat temu janji dgn Lim Guan Eng , ana pun nak ikut sbb nak sangat jumpa dgn pengkagum Umar Abdul Aziz tu , yg baru semalam beliau membidas Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa krn berhasrat nak laksanakan hudud .
Sebabnya , Pemuda PAS Penang sudah mohon buat temu janji nak jumpa Lim Guan Eng sejak bulan April lalu , sampai bulan dec dah nak habis pun belum dapat turn lagi .
Ustaz Jamsari pun buat permohonan nak jumpa Guan Eng , entah berapa bulan dah , masih belum dapat turn lagi .
Mungkin tahun - tahun depan tu sampai lah turnnya , sabarlah pemuda PAS Penang & Ust Jamsari , sbb semua orang berebut nak jumpa Lim Guan Eng yang nak perintah penang seperti Umar Abdul Aziz tu .
Mungkin juga Ustaz One G boleh submit permohonan temu janji dan terus dapat jumpa sebagaimana One G mudah jer dapat jumpa dato' Seri Anwar Ibrahim .
Ana sendiri terasa susah nak jumpa , pernah sekali ana jadi penyambut tetamu beliau di satu majlis di Pahang dulu , susah juga nak masuk rapat jumpa Dato' Seri Anwar .
One G mungkin ada karamah tersendiri dan mampu masuk rapat dengan org high class nih . so , cuba lah dulu , mana tahu khayalan One G tadi tu menjadi kenyataan . Ana pun nak tumpang sekaki tapi jgn lupa ajak ana sekali . Kapten pun boleh join . dapat kita bincang banyak perkara .
Selamat berjuang .
Semoga ana dapat bertemu Kapten selepas ini kerana masih banyak perkara yang masih perlu ana belajar mengenai perjuangan ini .
11:00 PM
SAYA RAYU PADA USTAZ DIN YANG BIJAKSANA TANPA TOLOK BANDINGNYA INI AGAR TIDAK MENGAITKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM DALAM PERTELINGKAHAN MAHUPUN PERBEDAAN PENDAPAT..ANTARA USTAZ DIN YANG HEBAT DENGAN USTAZ ONE G.
CUKUPLAH... DAH MACAM-MACAM ORANG KATA PADA DATO SERI ANWAR.KALAUPUN USTAZ DIN YANG BIJAKSANA BENCI PADA DATO SERI ANWAR IBRAHIM.. ANA RASA LEBIH BAIK USTAZ TIDAK LANGSUNG MENYEBUT NAMANYA.
HARAP DIPERTIMBANGKAN RAYUAN ANA YANG BODOH LAGI HINA INI.
8:43 AM
Assalamualaikum,
Minyak dan air tidak dapat bercampur. Walaupun org berkata, dlm zaman moden yg serba canggih ni, tiada yg tidak mungkin...lalu minyak dan air, bila dicampakkan emulsi, ianya akan bercampur dan sebati seperti santan dan susu.
Ya...dgn adanya emulsi, minyak dan air kelihatannya bersatu....namun ianya tidak kekal. Buktinya bila agen emulsi tsbt rosak, air dan minyak akan terpisah semula. Ini kerana persatuan tsbt bukanlah suatu yg semulajadi. Ianya berbeza. Air bersifat polar manakala minyak non polar.
RIRK
2:11 PM
haa... ini apa ni, dok bincang pasal peribadi ana kat "ruangan sulit" ni???
pastu siap kait-kaitkan ana ngan Anwar Ibrahim lagi.. ini kerja parah... nanti sapa pula yang nak kena mubahalah....
bimbang...bimbang :)
nak jumpa Lim Guan Eng.... jom g lepak parlimen.. mesti dapat jumpa punya... :) siap boleh bagi hadiah jubah lagi.... mana tau, pak syeikh tu masuk islam...
mungkin kena beza, jumpa rasmi dengan tidak rasmi.... tapi, tak salah kot nak buat teguran dalam pertemuan tidak rasmi, yang pentingnya, tegur tetap tegur...
tapi dirasakan, lebih cantik kalau memberi cadangan berbanding tegur. sebab tegur ni, kalau sama-sama muslim, rasa macam relevan.. tapi kalau antara muslim dengan non Muslim, rasanya macam tak kena jer digunakan kalimah "tegur" (rasa je la, bukan khayal).
kan abang Mat rapat ngan Lim Guan Eng.. siap angkat mengangkat lagi.. ini abang angkat, itu adik angkat. cuba kita minta tolong dia. mana tau berjaya....
haa.. ana ada rancang nak buat hiburan alternatif. islamic metal.. lagu metal, tapi seru kepada jihad, puji tokoh jihad, macam khalid al-walid, salahuddin al-ayubi, tariq bin Ziyad, Abdullah Azzam dll.
kalau dah siap, mungkin hiburan ni nanti, ana nak cadang kat Lim guan Eng.. ana tak kesah dia nak terima ke tidak, yang penting ana dah cadang... dia tak terima, sebab dia kafir... yang peliknya, kalau UMNO tak terima... sebab dorang ni melayu Islam, tapi rasanya melayu harbi kot.... :)
susah gak kan kalau kita berniaga dengan rakan kongsi bersama cina dalam sebuah kedai..
kita adalah rakan kongsi kedai tu, tapi sayang, saham kita dalam rakan kongsi itu hanya 5 % sahaja. itu pun, sebab kita tak usaha sungguh-sungguh nak mendominasi penguasaan saham dalam kedai tu...
bila saham kita 5% sahaja, nampaknya, kita dapat bucu kedai je la.. bila dia jual arak, kita susah nak halang. kalau bising kuat-kuat, takut dikatakan biadap pula... tak pun, dia hambat terus kita keluar dari rakan kongsi.. rugi-rugi,...
last-last kita pesan kat cina tu, "u jangan jual arak sama orang islam tau??" dia kata, "mana boleh, itu pelanggan saya tau.. kalau tarak jual, nanti tarak untuk maaa".... kita nak buat macam mana..
mungkin kita kena fikir plan B.. iaitu, kita fikir untuk buat satu produk minuman baru yang rasanya lebih sedap dari arak, tapi ia tidak ada unsur haram, seperti mabuk...
lepas tu, kita jual kat ruang bucu yang kita ada dalam kedai itu... ana rasalah, kalau kita berjaya buat, tokey kedai tu kata, kita tak perlu lagi jual arak, tetapi sekarang kita jual minuman alternatif yang kita buat itu...
ntah lah.. adalah kita akan berjaya atau tidak???
usaha tetap usaha..
lebih baik kita silap ketika bekerja, berbanding kita silap dari tak buat apa-apa...
sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com (blog baru, tak tahu sapa yang hantar spam...)
3:44 PM
satu lagi....
isu ini tak ada kaitan dengan subang, tapi pelik dikaitkan dengan subang juga...
isu ini tidak ada kaitan dengan Anwar Ibrahim, tapi pelik dikaitkan juga....
ana pun tak tahu, apakah keperluannya dikaitkan juga...
pasal subang ni... ana cadang kepda Ustaz Din, jangan hanya merujuk kepada pimpinan Subang sahaja, macam KP, Pemangku YDP sahaja.. cuba rujuk ana sama... kan ustaz Din kata, kita ni kawan???
pasal Anwar Ibrahim, tidak perlu dikaitkan.. ana rasa, semua orang pernah berjumpa dengan Anwar Ibrahim. habis-habis tidak, berjumpa dengan dia masa dia ceramah kat mana-mana tempat yang kita hadiri ceramah beliau.. betul tak??
sebab, mengkaitkan itu menyebabkan ada insan-insan tertentu yang membaca blog Ustaz Din ini, hatinya akan terluka, bahkan mungkin mendatangkan kebencian kepada individu ustaz Din, bahkan kepada PAS itu sendiri... cukup sekadar itu...
orang yang "tassub" dengan ana pun ada baca blog ustaz Din ni.. walaupun ana cakap kat dorang, jangan "tassub"... bila ustaz Din sebut benda-benda macam ni, nanti dorang kata, PAS ni poyo.. ana bimbang yang itu sahaja.. sebab, dorang nampak, ustaz Din adalah PAS, dan PAS itu adalah ustaz Din....
ana bergerak cara lain... bermula "ABU" (aku Bukan UMNO), tapi sambil-sambil ajar dorang tengok keadilan Islam yang diperjuangkan oleh PAS....
cara kita berbeza, tapi mempunyai matlamat yang sama...
didoakan kita akan sama-sama capai kejayaan untuk memerintah dengan islam.. amin !!!!
sekian
Al-Bakistani...
4:28 PM
di pulau pinang dia istilah Pakatan Rakyat , hanya kerjaan DAP dan PKR sahaja .... jgn banding dgn Perak dan Selangor mereka ada pertemuan diantara organisasi parti politik melibatkan ketiga-tiga parti tp di pulau pinang tiada hanya 2 parti sahaja DAP dan PKR .....
7:05 PM
Assalamualaikum .
Salam Perdamaian buat semua .
Maafkan ana . mungkin ada silap faham kut dalam kita berbicara . Nampak sungguh kejahilan diri dalam menutur kalimah dan gagal memahamkan org lain . sekali lagi ana mohon maaf dari semua .
Pertama : ana tidak memusuhi ustaz One G . Ana cuma gurau gurau jer sebagai respon santai terhadap ulasan Ustaz One G secara terbuka mengenai artikel kecil ana baru - baru ni.
so , kepada penyokong setia ustaz One G tidak perlu gusar .Kerana ana juga menyokong ustaz One G .
Kedua : pasal sentuh atau kait dgn perkataan PAS subang tu pun sebenarnya ana sdg membela ustaz One G . Ana kata , semasa ana pergi ke subang , ada pimpinan subang maklumkan pd ana bhw ustaz One G kritik begini begini .... lalu ana kata , kita kena ambil positif apa yg di tegur oleh org spt ustaz One G . [ ana bukan memburukkan ustaz one G - ana sokong one G ]
Ketiga : Pasal kait nama Anwar tu plak . Ana bukan benci Anwar dan ana bukan sdg bercakap pasal anwar pun . Ana sdg bercakap pasal ustaz One G . Bagaimana hebatnya ustaz One G , setara Dato Seri Anwar Ibrahim yg hebat tu pun mudah jer dapat jumpa Anwar sdg ana susah nak jumpa ... [ mungkin krn ana tidak pandai protokol dan tak tahu cara nak berjumpa org besar ...] maka di sinilah ana nampak kehebatan ustaz One G .... so ana sdg bercakap pasal ustaz One G dan ana sokong Ustaz One G , ana bukan bercakap soal Dato seri Anwar dan tidak ada kenyataan ana membencinya.
Keempat : sekali lagi , mungkin krn tak pandai susun ayat dan tersalah lidah ni , ana mohon maaf banyak - banyak dgn sahabat semua . Ana hulurkan salam perdamaian .
Ayuh kita turun ke Kuala Terengganu , banyak kerja menanti kita kat sana . Temui ana di markaz pemuda . mungkin kita boleh berbual panjang . bertukar pandangan dan menimba pengalaman orang - orang bijak . semoga kita juga jadi bijak macam org org yang bijak .
2:46 AM
terima kasih Ustaz Din...
blog ustaz Din ni, ramai dah budak2 ana baca. ana suruh dorang jengok2 sama blog ini, agar faham bentuk perjuangan PAS....
ana dah liberalkan pendekatan ana untuk menghampiri dorang.. dan sekrang, tugas ustaz Din pula nak tulis benda2 yang jadi pengisian kepada mereka dalam memahami Islam dan perjuangannya...
agar kita sama2 berjaya..
sekian
Al-Bakistani
5:35 AM
jom pakat gi P036 weeh! Lupakah segala sengketa weeh!
3:19 PM
Ustaz, dalam PRU12 Ustaz tanding di Maran. Mengapa tak Inderapura?
3:21 PM
Inderapura ada calon yg lebih layak dan ana hanya mengisi di mana ada kekosongan ( tempat org tak nak atau memang tak ada org nak bertanding . bolehlah ana gi kat situ . )
Apa pun tertakluk kepada arahan pimpinan .
4:16 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home