" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, January 19, 2006

SOAL JAWAB AGAMA ( 002 ) OLEH : HJ. NASRUDIN BIN HJ. HASSAN AT TANTAWI
BAGAIMANAKAH HUKUM MENGENAI AURAT WANITA MENURUT PANDANGAN ISLAM ? Di dalam Al Quran , antara ayat yang jelas memperkatakan tentang aurat wanita ialah firman Allah swt : ( yang bermaksud ) ....dan katakanlah kepada perempuan - perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram ) dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak anak mereka atau anak - anak tiri mereka atau saudara - saudara mereka atau anak bagi bagi saudara saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara - saudara mereka yang perempuan atau perempuan - perempuan islam atau hamba - hamba mereka atau orang - orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak - kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan jangan mereka menghentakkan kaki mereka untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu kepada Allah , wahai orang - orang yang beriman , supaya kamu berjaya . An Nuur 31 Tafsiran Ayat : Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw. kepada wanita - wanita beriman agar mereka menahan mata mereka dari memandang perkara yang tidak diharuskan oleh syara' . juga hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka dari melakukan zina dan dari dilihat oleh sesiapa yang tidak harus melihatnya iaitu dengan memakai pakaian yang menutup auratnya termasuklah kemaluannya . ( Tafsir at Tabari ( Imam Ibnu Jarir at Tabari ) , Sofwatu at Tafasir oleh Syeikh Muhammad Ali as Sobuni ) Janganlah mereka mendedahkan barang perhiasan di badan mereka kepada lelaki ajnabi ( yang bukan mahramnya ) kecuali yang zahir daripadanya iaitu Muka dan tangan ( mengikut jumhur ulama' ) . maka harus bagi perempuan Islam menampakkan celak mata mereka , cincin , inai dan gelang tangan mereka . Adapun anting - anting , rantai leher , gelang kaki atau sebagainya yang terletak di bahagian tubuh yang wajib ditutup , maka ia tidak harus di perlihatkan kecuali kepada orang - orang tertentu yang dibenarkan syara' . ( yang akan dijelaskan dalam ayat berikutnya ) ( Tafsir Suratun Nur Dr. Mahmud Syahatah hlm. 137 ) Melabuhkan tudung kepala mereka hingga menutupi leher dan dada mereka . Perkataan Al Juyub ( di dalam ayat ini ) memberi maksud bulatan atau belahan pada bahagian atas baju yang dibuat untuk memasukkan kepala ketika memakainya ( iaitu leher baju ) . Namun yang dimaksudkan kawasan belahan atau bulatan tersebut ialah bahagian bawah leher dan atas dada di mana kawasan tersebut adalah aurat yang wajib ditutup . maka kerana itu diperintah supaya dilabuhkan tudung hingga keparas bawah dada . ( Mu'jam Lughatul Fuqaha' al Muqthathaf min 'uyuni at tafasir , Tafsir Al maraghi , kamus Misbahul munir dan mu'jam kalimatil quran .) Menurut ulama' , ayat ini sekaligus menjadi dalil bahawa dada dan leher wanita adalah aurat , tidak harus dilihat oleh lelaki ajnabi dan tidak harus didedahkan kepadanya . ( Al Muqthathaf min 'uyuni at Tafasir ( jil 3 hlm 513 , nota kaki : iaitu ta'liq oleh Syeikh Muhammad Ali As Shobuni )
Posted by Picasa

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home