" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, March 17, 2005

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN
DARI PERSPEKTIF WAHYU
(Bahagian 2)
Bergelut dan berhempas pulas untuk memenangi atau melepasi tahap dan paras ujian - ujian tersebut dinamakan PERJUANGAN .Berasaskan pendedahan dan penegasan Ilahi melalui wahyunya , jelas bahawa kita tidak mempunyai helah dan alasan untuk mengelak diri daripada BERJUANG melepasi tribulasi ( ujian ) untuk sebuah kemenangan buat Islam dan ummatnya .
Berpeluk tubuh ( tanpa perjuangan ) dengan menyaksikan konspirasi musuh - musuh Allah beraksi memusnahkan ummah hingga ke akar umbi ( melalui program penghapusan etnik dan meracuni aqidah ), membiarkan ummah menjadi mangsa fatamorgana dunia dan syahwat serta akur terhadap manipulasi golongan opurtunis untuk melemahkan ummah dari dalam , adalah merupakan jenayah yang paling kejam dilakukan oleh seorang muslim .
Firman Allah swt. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang ( berjuang ) pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang ( berjuang ) pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Surah At Taubah:38 - 39
Melibatkan diri dengan perjuangan suci ini ( demi menganut , mengamal dan mendaulatkan syariat Allah ) adalah satu kebanggaan justeru ia adalah penunaian arahan dan amanah ilahi .
Firman Allah swt . Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
-Surah Al Baqaarah:193
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela ( Pejuang ugama ) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
-Surah As Shaaf:14
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
-Surah Al Baqaarah:190
dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
-Surah At Taubah:36
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
-Surah At Taubah:29
Sabda Rasulullah saw.
Maksudnya: Sesiapa yang mati sedang ia tidak berjuang dan tidak pernah berniat untuk berjuang maka matinya adalah mati Jahiliyyah .
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Surah An Nisaa’:95-96
Perjuangan ( jihad ) adalah kebanggan dan kewibawaan kita .
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
-Surah At Taubah:111
Turut menafsirkan pengertian jihad dan perjuangan ini , ialah Abdullah Ibnu Mubarak .
Maksudnya:
Wahai Hamba yang sedang beribadat di dua tanah haram
kiranya engkau melihat keadaan kami
Nescaya akan engkau sedari betapa ibadatMu hanya mainan dan sia-sia
Sebagai orang yang mengalir air mata dipipinya
Maka ditengkuk-tengkuk kami mengalir darah-darah kami.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home