" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, April 05, 2005

ADUAN TERHADAP KEBIADAPAN ASTORA JABAT
Saya Saiful Lizan Bin Hj.Mohd Yusoff ,Exco Pemuda Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Pulau Pinang nombor kad pengenalan 670627-02-5117 beralamat D-16-5 Flat Rafle Range Air Itam Pulau Pinang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dengan ini mengemukakan laporan polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:
SAIFUL LIZAN BIN HJ.MOHD YUSOFFD-16-5 FLAT RAFLE RANGE11300
AIR ITAM PULAU PINANG. KETUA POLIS IBU PEJABAT KONTIJEN POLIS PULAU PINANG JALAN PINANG 10600 GEORGETOWN PULAU PINANG.
Tuan,
ADUAN TERHADAP KEBIADAPAN ASTORA JABAT SECARA LANGSUNG MENGHINA ISLAM DAN MENYENTUH SENSIVITI UMAT ISLAM .
Saya Saiful Lizan Bin Hj.Mohd Yusoff ,Exco Pemuda Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Pulau Pinang nombor kad pengenalan 670627-02-5117 beralamat D-16-5 Flat Rafle Range Air Itam Pulau Pinang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dengan ini mengemukakan laporan polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:
Laporan akhbar Mingguan Malaysia 20 Mac 2005 yang ditulis oleh Astora Jabat dimana secara langsung telah menghina Islam dan menyentuh sensiviti umat Islam di Malaysia apabila artikel tersebut secara langsung menyokong usaha seorang wanita DR.Amina Wadud yang juga merupakan salah seorang pengasas Sister In Islam Malaysia menjadi khatib dan seterusnya menjadi imam solat Jumaat pada makmum lelaki dan wanita di Synod House Gereja St.John the Divene Manhattan New York baru-baru ini.
Salahlaku Astora Jabat boleh disabit kesalahan pakatjahat jenayah agama. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah Negeri P.Pinang
1.Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam Ini kerana banyak sekali hukum yang membelenggu wanita didakwa sebagai hukum Islam dan Syariah,tetapi sebenarnya tidak kena-mengena dengan Islam dan syariah. Sebaliknya ia merupakan hukum ijtihad ulama kerana ia tidak diperuntukkan dalam Al-Quran dan Hadis secara muktamad.
2.Mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith Tidak sama sekali akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada Wanita (wanita menjadi pemimpin mereka). Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari,At-Tirmizi,Al-Hakim Dan Lain-lain. Sebenarnya hadis diatas tidak boleh dijadikan hujah muktamad bahawa semua wanita tidak boleh menjadi pemimpin sama ada pemimpin negara mahupun pemimpin dalam bidang-bidang lain.
3.Pendapat yang bertentangan dengan Fatwa Pada zaman ini larangan wanita menjadi pemimpin yang difatwa oleh kebanyakan ulama sejak beratus dan beribu tahun lalu masih mempengaruhi orang Muslim walaupun reality membuktikan bahawa fatwa itu tidak lagi releven atau tidak lagi diikuti.
4.Penulisan agama yang bertentangan Hukum Syara Demikian itu kerana mengambil iktibar daripada pengakuan Rasulullah tentang kesempurnaan sesetengah wanita seperti mana pengakuan baginda terhadap kesempurnaan sesetengah lelaki walaupun kaum lelaki lebih sempurna daripada wanita seperti dalam kenabian (an-nubuwah). Yang dimaksudkan lelaki lebih sempurna daripada perempuan menurut pandangan Ibn Arabi ialah dalam nubuwah. Namun begitu dia menganggap walaupun wujud kelebihan itu tidak boleh menyekat wanita menjadi imam sembahyang lelaki.
Kanun Keseksaan(Akta 574) Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan Agama
1.Menyebut perkataan-perkataan,penulisan dan sebagainya dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang.
2.Menyebabkan dan sebagainya diatas alasan-alasan agama suasana tidak hormoni,perpecahan atau perasaan permusuhan ,benci membenci ,niat jahat,memudaratkan pemeliharaan keadaan hormoni atau perpaduan.
Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan Fitnah,Aib
1.Mencetak atau menulis perkara yang diketahui sebagai fitnah.
2.Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa : Oleh yang demikian ,saya menggesa pihak tuan supaya menyiasat mendakwa, menangkap Astora Jabat dengan segera diatas aduan saya oleh salahlaku Astora Jabat menghina Islam dan menyentuh sensiviti umat Islam.
Disini saya sertakan tulisan Astora Jabat,Majlis Mufti,Datuk Dr.Ismail Ibrahim sebagai lapiran aduan saya.
Sekian ,inilah aduan saya. SAIFUL LIZAN BIN HJ.MOHD YUSOFF
EXCO PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG 05/04/2005

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home