HUKUM DAN ANCAMAN
RASUAH
Artikel 001
Berasaskan suasana negara : ( sikap Pemerintah dan keadaan rakyat ) terdapat 4 jenis rasuah . ( ada yang haram dan ada pula yang diharuskan )
· Rasuah untuk memalsukan hak ( milik sebenar ) atau memberikan hak kepada yang palsu .
الرَشْوَةُ ِلإِبْطاَلِ حَقٍّ أَوْ اِحْقَاقُ بَاطِل
· Rasuah untuk memperolehi jawatan dan pekerjaan.
الرَشْوَةُ لِلْحُصُوْلِ عَلىَ مَنْصَبٍ أَوْ عَمَلٍ
· Rasuah untuk memperolehi hak ( yang selayaknya )
الرَشْوَةُ لِلْحُصُولِ عَلىَ حَقٍّ
· Rasuah untuk menolak bahaya dan kedhaliman
الرَشْوَةُ لِدُفْعِ الضَُرَرِ وَ الظُّلْمِ
Melihat kepada perbezaan keadaan , hukum rasuah dapat di kategorikan kepada 2 bahagian :
1. Hukum terhadap pemerintah iaitu dikalangan pemimpin dan pegawai kerajaan . Hukumnya HARAM membuka ruang untuk menerima rasuah daripada rakyat .
2. Hukum terhadap rakyat keseluruhannya juga adalah haram ( selama wujud keadilan ). Akan tetapi bila berlaku perkosaan hak, bahaya dan kezaliman ( darurat ) maka dikala itu rasuah dari pihak yg tertekan ( rakyat ) di haruskan sekadar memelihara keperluan tersebut.
Kesan dari Rasuah yang bermaharajalela :
· Negara bakal runtuh dan porak peranda
· Partai yang terlibat akan patir menuju kehancuran
· Mencipta sebuah negara yang penuh dengan kedhaliman
· Undang – undang dan kehakiman tidak di hormati
· Berlakunya ketidak adilan , tidak seimbang dan pilih kasih
· Menanam benih perpecahan , kebencian dan perseteruan ,
pulau memulau dsb.nya
SEJARAH RASUAH di Tanah Melayu .
Rasuah telah dikenali lama selari dengan kewujudan Islam Awal di semenanjung , iaitu dengan wujudnya Kerajaan Islam Kelantan pada kira kira 1181 Masehi dengan penemuan wang Dinar dan juga Kerajaan Islam Terengganu tahun 1303 Masehi dengan penemuan Batu Bersurat , iaitu dengan wujudnya kata kata dlm bahasa melayu :
Makan suap
Tumbuk rusuk
Duit kopi
Air kopi
Air the
Duit poket ( sesudah kedatangan Inggeris )
Boleh rujuk undang – undang Jenayah Negeri Kelantan tahun 1930 yang digubal di bawah pemerintah ke bawah Duli Sultan Ismail , seorang sultan yang kuat berpegang dengan ajaran Agama Islam ( Zaman Tok Kenali ) antaranya menyentuh perkara rasuah . Seperti bahagian IX perkara 161 / 165 / 168 / 169
HUKUM RASUAH .
Perbuatan rasuah itu adalah haram samaada bagi penerima : ( hakim , pegawai atau pekerja yang bergaji dan tidak lagi perlu diberi upah oleh seorang rakyat ) , demikian juga bagi pemberi dan perantara .
Dalil Al quran :
dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sesama kamu secara tidak sebenar dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim hakim agar dengan tujuan kamu dapat memakan sebahagian hartabenda orang lain secara dosa ( rasuah ) sedang kamu mengetahui .
al baqarah 188
dan kamu akan melihat kebanyakan mereka ( orang yahudi ) bersegera membuat dosa , permusuhan dan memakan sumber haram . Sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka lakukan . mengapa ilmuwan – ilmuwan mereka dan pendita pendita mereka tidak melarang mereka berkata bohong dan memajan sumber haram . Sungguh amat buruk apa yang mereka kerjakan ( rasuah ) .
Al Maaidah 62 – 63
Dalil Sunnah :
Dari Abu Hurairah rha. Dan Abdullah bin Umar Rha. Menjelaskan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda :
لَعَنَ اللهُ الرَّشِيْ وَ الْمُرْتَشِيْ فِي الْحُكْمِ
Allah swt. telah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam memutuskan hukuman ( penghakiman )
Hadis riwayat At Turmudzi , Ahmad dan Ibnu Hibban dari sumber pertama . dan Riwayat Abu Dawud dari sumber kedua . Menutur Al Baani : hadis ini Shohih )
Abdur Rahman bin Auf rha. Menjelaskan Rasulullah saw.telah bersabda :
اَلرَّاشِيْ وَ اْلمُرْتَشِيْ فِي النَّارِ
Pemberi Rasuah dan penerima rasuah akan berada dalam neraka .
Hadis riwayat Al Bazzar.
Dalil dari perkataan sahabat ( Aathar )
Khalifah Umar Al Khattab rha. Dalam surat yang di tulis kepada gabenornya Saad bin Abi Waqqas rha. Menegaskan :
وَ لاَ تَتَّخِذُوْا أَحَدًا مِنَ اْلمُشْرِكِيْنَ كَاتِبًا عَلىَ الْمُسْلِمِيْنَ ِلأَنَّهُمْ يَأْخُذُوْنَ الرَّشْوَةَ فِيْ دِيْنِهِمْ وَ لاَ رَشْوَةَ فِيْ دِيْنِ اللهِ
Dan janganlah kamu melantik seseorang kerani daripada kalangan yang musyrikin yang membuat urusan orang orang islam kerana sesungguhnya mereka mengamalkan rasuah dalam agama mereka sedangkan rasuah itu bukan lah suatu amalan dalam agama Allah swt.
Abdullah bin Masuud rha. Pernah berkata :
الرَشْوَةُ فِي الْحُكْمِ كُفْرٌ وَهِيَ بَيْنَ النَّاسِ سُحْتٌ
Rasuah dalam memutuskan hukuman itu adalah suatu kekufuran ( menentang hukum Allah ) dan bila dia berlaku dikalangan orang ramai maka dia adalah sumber haram .
RUKUN RUKUN KESALAHAN RASUAH.
Dari Fiqh Islami
Pemberi Rasuah
· Iaitu orang yang memberi harta atau manafaat kepada pegawai bagi memastikan dia akan memperolehi kehendak atau kepentingannya termasuk merugikan orang lain .
Penerima Rasuah .
· Iaitu Pegawai yang menerima harta atau manafaat untuk menunaikan kepentingan pemberi tanpa restu syara’ samaada pegawai itu berbuat sesuatu atau menghentikan sesuatu bagi kepentingan tersebut .
Bahan Rasuah.
· Iaitu harta atau manafaat yang dimakan atau digunakan bagi menyampai atau melaksanakan kepentingan pemberi rasuah .
PROSES MENETAPKAN KESALAHAN RASUAH
Mensabitkan kesalahan rasuah berlaku dengan 3 proses. Iaitu :
· Saksi
· Pengakuan tertuduh
· Bukti nyata
Penyaksianya pula mempunyai 3 peringkat :
· Penyaksian dua orang lelaki
· Penyaksian seorang lelaki serta dua orang wanita
· Seorang saksi serta sumpah .
Hukuman ke atas pesalah Rasuah ialah Takzir.
Ekstra :
SEBAB BERKEMBANGNYA RASUAH DI MASA KINI
· Lemahnya keimanan dan tandusnya pengkritik agama
· Kejahilan tentang bahaya menerima rasuah
· Rakus mengurus urusan keduniaan
· Menangguh dan melambatkan perbicaraan di mahkamah
· Berpunca gaji dan pendapatan pegawai rendah
· Hukuman yang tidak menepati hukum syara’
BAHAYA RASUAH KE ATAS INDIVIDU DAN MASYARAKAT
· Pemakan Sumber Haram ( Rasuah )
· Hilangnya keberkatan
· Doa tidak di perkenankan
· Makan rasuah mewarisi akhlak yang rendah
· Makan suap menghilangkan rasa malu
· Tersebarnya kezaliman dan kerusakan dalam masyarakat
· Melahirkan rasa dengki dan membenci antara anggota masyarakatMenimbulkan rasa buruk sangka kepada pemerintah dan pegawai pegawai
· Menyekat hartawan dan dermawan untuk menanam modal
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home