" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, March 26, 2005

KEMBALINYA SEORANG PEJUANG
AL FAATIHAH !!
Jam 4.00 pm tadi saya menerima panggilan dari Pejabat PAS Pahang. Panggilan yang biasanya untuk memaklumkan jadual Mesyuarat Dewan Harian Perhubungan PAS Negeri atau Mesyuarat Perhubungan Negeri , hari ini bertukar kepada makluman yang sangat mengharukan saya .
Mana kan tidak , berita kembalinya Al Fadhil Ustaz Mokhtar Ishaq ke rahmatillah tentu sahaja akan mengejutkan sesiapa yang menerima berita mengenainya.
Namun , taqdir ajal adalah ditangan Allah swt. Ternyata janjinya benar. Kini Al Fadhil Ustaz Mokhtar Ishaq telah meninggalkan kita buat selama - selamanya pada jam lebih 3.50 pm tadi.
Kejadian itu berlaku sewaktu Al Marhum menyampaikan ucapannya dalam majlis JPN ( Jabatan Pilihanraya Negeri ) di Pejabat PAS Pahang . Tidak semena mena , Al Marhum jatuh sewaktu menyampaikan ucapan dan terus kembali ke rahmatillah.
Semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas roh Al Marhum dan dimasukkan kedalam golongan hambanya yang soleh.
Al Marhum sepanjang hayatnya telah diabadikan kepada perjuangan suci bersama Parti Islam Semalaysia PAS untuk menegakkan agama Allah swt.
Al Marhum pernah menjawat jawatan Timbalan Pesuruh jaya PAS Pahang .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home