Media makin lucah dan liar, Pemuda PAS sokong MB Kelantan
Thursday, March 24 @ 11:07:57 MYT Oleh Wan Nordin Wan YaacobKUALA LUMPUR, 24 Mac
(Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendapati demi 'survival' media di negara ini semakin liar dan sukar untuk dikawal dengan memaparkan bahan lucah yang semakin menjadi-jadi. DPPWP sependapat dengan kenyataan, Menteri Besar Kelantan , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan kumpulan media tidak bertanggungjawab menjadi antara punca kepada berlakunya gejala keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda melalui penyiaran artikel dan gambar–gambar yang tidak berfaedah dan separuh lucah.
Bagaimanapun kata Ketua Penerangan DPPWP, Herman Samsudeen kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dibidas oleh segelintir pihak yang tidak pernah sedar akan hakikat sebenar. "Hakikatnya, rangkaian televisyen dalam negara seperti Astro, NTV7, TV3, TV8 malah TV1 dan TV2 pada hari ini telah lari dari citra budaya rakyat Malaysia,"kata Herman. Beliau berkata demikian pagi tadi ketika mengulas mengenai kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyifatkan antara punca keruntuhan akhlak remaja dan masyarakat ialah dari pemaparan bahan lucah di media-media massa dan elektronik.
Rancangan dedah aksi,lenggok tubuh wanita
Sebagai contoh Herman berkata, rancangan Dinner Treat :Anita, Dont Give Up di NTV7 memaparkan cerita kehidupan seorang wanita bernama Anita yang mana drama ini turut disulami dengan pelbagai aksi dan fesyen pakaian yang mendedahkan tubuh wanita yang tidak sesuai bagi tontonan umum.
Selain itu banyak lagi 'telenovela' dan 'sinetron' yang sedemikian rupa yang di import dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Amerika Latin yang disajikan buat rakyat Malaysia tanpa pengawasan rapi.
Tidak cukup dengan itu katanya, rancangan Pillow Talk yang telah masuk musim kedua yang dikendalikan oleh Jojo Struys gagal menafsirkan budaya dan aspirasi rakyat Malaysia yang sebenarnya.
Rancangan yang disiarkan pada jam 12.10 malam di NTV7 setiap Isnin hanyalah sekadar mempromosikan aksi pergaulan bebas lelaki dan wanita yang kononnya berdiskusi perihal isu kehidupan masyarakat masa kini.
Konsep pakaian malam yang digunakan juga tidak sesuai untuk tontonan, begitu juga dengan ‘props ruang tamu ala bilik tidur’ yang digunakan.
Konsep pakaian malam yang digunakan juga tidak sesuai untuk tontonan, begitu juga dengan ‘props ruang tamu ala bilik tidur’ yang digunakan.
Rancangan dari Barat tidak beri faedah
Selain itu DPPWP melihat, program American’s Next Top Model di 8TV dan ASTRO juga tidak memberikan apa-apa faedah untuk dikongsikan kepada penonton. Herman menyifatkan, rancangan itu sekadar meraikan kegilaan masyarakat Barat yang gila glamour sehingga sanggup tampil seksi dan berbogel demi mendapatkan gelaran American’s Next Top Model.
Dalam masa yang sama, program iklan SmartShop dan Quantum Showcase yang kerap disiarkan oleh NTV7, ASTRO dan TV3 pada lewat malam pula, turut menayangkan iklan beberapa produk kesihatan yang memperaga tubuh wanita dan lelaki yang hanya berbaju dalam dan seluar pendek sebagai model.
Astro sebagai syarikat penyedia rangkaian televisyen global dalam negara pula telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan dengan menambahkan lagi barah hiburan maksiat melalui program–program konsert, fesyen, drama serta filem–filem yang tidak bertapis dari luar Negara.
RTM turut terpalit dengan budaya hiburan, rancangan tidak berfaedah
DPPWP melihat, akibat tekanan dan saingan mendapatkan penonton, TV1 dan TV2 juga telah mulai membuat perubahan dengan konsep ‘Saluran Infortaimen Anda’. Tambah Herman, program fesyen, hiburan dan konsert ‘live’ turut disajikan kepada penonton. Carta muzik boleh dikatakan sebagai rancangan wajib bagi semua saluran.
DPPWP berasa hairan dengan senario ini, dan amat menyedihkan apabila penguatkuasaan pengkategorian rancangan televisyen seperti (U) untuk program umum dan (18SG), (18SX), (18PL) untuk golongan dewasa tidak lagi diambil serius.
Menurut Herman, kebanyakkan rancangan televisyen disiar terus tanpa tapisan yang teliti sehingga kadang kala melibatkan adegan bercium, raba, rogol, bunuh dan aksi ganas seperti rancangan WWE WrestleMania. "Beberapa perkataan kesat dan lucah kadang kala kedengaran tanpa penapisan yang cermat. Segala–gala adalah untuk tujuan hiburan semata,"katanya.
DPPWP tidak menafikan bahawa terdapatnya rancangan yang memberikan faedah kepada penonton, tetapi program yang bersifat hiburan picisan seperti yang ada pada hari ini terus dibiarkan memonopoli kaca televisyen ianya akan memusnahkan moral rakyat.
Akhbar turut papar aksi artis berpakaian separuh lucah
Selain itu menurut Herman, akhbar perdana juga kadang kala memaparkan berita sensasi yang berkaitan dengan dunia artis secara keterlaluan. Katanya, lensa kamera dihalakan pada susuk tubuh artis yang berpakaian separuh lucah. Tambah Herman, jika dahulu rakyat mempersoalkan kelucahan majalah Mangga, kini bukan setakat majalah tetapi akhbar turut sama memaparkan gambar-gambar separuh lucah.
Sebagai contoh kata beliau, setiap kali perlumbaan kereta Formula 1 tiba di Malaysia, pasti ada gambar–gambar gadis litar yang menampakkan pusat mereka disiar di dada-dada akhbar tempatan.
Selain itu DPPWP melihat akhbar lebih cenderung memapar perangai liar dan seksi artis tempatan disajikan dalam bentuk gambar melalui segmen hiburan. Kata beliau, bagi sesetengah artis Melayu, mereka tidak segan silu memakai skirt pendek atau baju yang hanya menutup bahagian atas dada. Bagaimanapun aksi mempamerkan pusat artis wanita dewasa ini tidak mendapat tentangan dari mana–mana pihak.
Sehubungan itu Herman berkata, DPPWP berharap agar Kementerian Penerangan dapat bertindak pantas dan tegas terhadap gejala yang tidak sihat ini.
"Kita harap agar ianya dimulai dengan membersihkan program-program sampah serta tidak berfaedah dalam TV1 dan TV2 dahulu. Kajian terperinci perlu dibuat bukan setakat mengira rating penonton pada setiap hari. Stesen – stesen televisyen lain perlulah dipantau agar tidak besar kepala,"tegasnya. - mks.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home