" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, March 22, 2005

PAS TOLAK HIZBUT TAHRIR

Oleh: Khairul Azlam Mohmad (Wartawan Harakah)

MARANG 19 Mac 2005, Parti PAS ditubuhkan atas prinsip ‘Tajdid’ (Pembaharuan) selepas kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniah di Turki dan bukan atas dasar tidak puas hati kerana lambat mencapai kemenangan. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika menjawab soalan perwakilan pemuda Kedah berhubung kebimbangan menularnya pengaruh Hizbul Tahrir di kalangan ahli-ahli PAS. Katanya, pengaruh Hizbul Tahrir merupakan pecahan dari kebangkitan Islam di negeri Arab suatu ketika dahulu yang ditolak oleh PAS.

Menurutnya, apabila berlaku kebangkitan Islam di negeri Arab pertubuhlah parti Ikhwan Muslimin melalui gerakan Tajdid. Justeru itu, katanya lahirlah kumpulan yang tidak berpuas hati dengan jamaah terdahulu kerana lambat mencapai kemenangan Islam.“Hizbul Tahril adalah pecahan dari kebangkitan Islam di negeri Arab melalui Ikhwan Muslimin dan gerakan Tajdidnya, “Mereka (Hizbul Tahril) fikir cara perang, mereka fikir cara macam-macam dan mereka tidak puas hati dengan Ikhwan Muslimin kerana lambat capai kemenangan,” jelasnya di Ijtimak Perdana Pemuda PAS SeMalaysia, di Masjid Rusila, Marang, semalam.

Menurut Dato’ Seri Haji Abdul Hadi, golongan tersebut juga tidak setuju dengan cara parti Islam menyertai pilihan raya. Di mana, katanya jemaah (Hizbul Tahril) ini ditubuhkan atas dasar tidak puas hati dengan jamaah (Ikhwan Muslimin) yang lebih dahulu kerana lambat mencapai kemenangan. Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu mengakui parti PAS bukanlah sempurna 100 peratus dan masih mempunyai kekurangan yang boleh diperbaiki. “Kita (PAS) tidak mengaku kita parti yang sempurna 100 peratus dan kita masih ada kekurangan dan kita bersedia untuk membetul segala kekurangan kita, “Dan yang pentingnya parti PAS ini ditubuhkan atas prinsip Tajdid selepas jatuhnya khilafah, jatuhnya kerajaan Uthmaniah dan bukan di atas dasar tidak puas hati kerana lambat menang,”ujarnya dihadapan 3000 peserta Ijtimak Perdana itu. Oleh kerana itu, katanya ahli-ahli PAS serta umat Islam tidak boleh ikut parti yang berjuang kerana lambat menang atau pun kerana liku-liku perjuangan yang tidak sanggup dihadapi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home