" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, March 17, 2005

Pemuda: Masa Depan Adalah Milik Islam
Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti . Ia dapat diyakini melalui khabar gembira yang dijanjikan oleh AllahS.W.T dan Rasulnya S.A.W. و لا يزال هذا الدين قائما يقاتل عليه عصابة من المسلمين حتى تقوم الساعة
Maksudnya: Ugama ini (Islam) akan terus berkembang (sementara) segolongan daripada orang-orang Islam yang akan terus memperjuangkannya hingga ke hari kiamat. (Syaikhan) لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود حتى يختبئ اليهود من وراء الحجر و الشجر فيقول الحجر و الشجر: يا مسلم هذا يهودي خلفي تعال فاقتله إلا الغرقد فإن من شجر اليهود.
Tidak akan berlaku kiamat melainkan muslimin memerangi orang-orang yahudi sehingga yahudi terpaksa bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka berkatalah batu dan pokok: Wahai si Muslim Ini dia Yahudi dibelakangku, datanglah dan bunuhlah ia kecuali pokok Gharqad (yang tidak bersuara) maka sesungguhnya ia adalah pokok yahudi. (Syaikhan) Islam adalah suatu agama fitrah dan ia mampu menangani apa jua isu dan zaman. Setiap kali ia diserang akan pasti ada pembela, setiap kali ia diterajang akan pasti ada tangan yang menepisnya,setiap kali ia dituduh akan pasti ada peguam yang membelanya dan setiap kali Islam ditahan akan pasti ada tentera yang membebaskannya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق حتى تقوم الساعة
Akan senantiasa ada dari kalangan ummatku yang dhohir menegakkan kebenaran sehinggalah berlaku kiamat. (Syaikhan) Allah pasti sahaja memenangkan agamanya sekalipun di sana, pelbagai usaha dari pihak Orentalis dan Barat untuk memadamkan api cahaya Allah S.W.T.
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. Surah Ar Ruum Ayat: 47 Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. Surah Al Anfaal. Ayat: 30
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Surah At Taubah. Ayat: 32 Berasaskan kepada keyakinan ini, wajib keatas setiap muslimin dan pemuda sebahagian daripadanya untuk bekerja keras demi menatang kemenangan itu dengan penuh kesediaan apabila tiba masanya kelak. Buanglah rasa takut dan takjub kapada Kuffar Mustakbirin walau sebesar mana sekalipun kuasa mereka. Lupakah kita kepada firman Allah S.W.T
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah Al Maaidah. Ayat 3
Susunlah langkah, gandinglah tangan dan aturlah bicara untuk merencana kekuatan ummah dengan penuh yakin bahawa Islam adalah satu agama yang pasti menang. Namun, nilai kemenangan itu harus dibayar dengan harga yang amat tinggi. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. Surah At Taubah Ayat: 111 SELAYAKNYA SEBAGAI SEORANG PEMUDA
Pemuda adalah sayap kanan perjuangan untuk mengibar panji kalimah Allah di segenap penjuru dunia Islam. Justeru itu, tidak selayaknya pemuda-pemuda kita dijangkiti wabak putus asa, mengaku kalah dan mudah terpengaruh dengan propaganda yang dilancarkan oleh Orentalis dan Yahudi sedunia. Pemuda dalam apa jua keadaan sekalipun seharusnya tabah merentasi keadaan yang serba gawat ini.Selangkah berundur ke belakang bererti padah buat ummat Islam dan selangkah maju ke hadapan bereti ketuanan dunia milik Islam. Pemuda dan tribulasi dalam perjuangan ini adalah suatu yang bersinonim justeru ia adalah Sunnatullah, tinggal lagi pemuda selayaknya beristiqamah dan memilih karamah dari kejayaan dan kemenangan abadi bagi pihak perjuangan dan peribadi. Sabda Rasulullah saw. ألا إن رحى الإسلام دائرة فدوروا مع الإسلام حيث دار ألا إن الكتاب و السلطان سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب ألا إن سيكون عليكم أمراء يقضون لأنفسهم ما لا يقضون لكم إن عصيتموهم قتلوكم و إن أطعتموهم أضلوكم. قالوا يا رسول الله: كيف نصنع قال كما صنع أصحاب عيسى بن مريم عليه السلام نشروا بالمناشير و حملوا على الخشب موت في طاعة الله خير من حياة في معصية. Maksudnya : Ketahuilah sesungguhnya Islam berpusing sebagai satu bulatan maka hendaklah kamu berpusing bersama Islam sekira mana ia berpusing. Ketahuilah sesungguhnya Al-Kitab dan Pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan Kitab. Ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu pemerintah yang melaksanakan pemerintahan untuk kepentingan mereka tidak untuk kepentingan kamu. Jika kamu menginkari mereka, mereka akan membunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu. Lalu mereka berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana seharusnya kami lakukan ? Baginda menjawab: lakukanlah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi Isa bin Maryam عليه السلام, mereka dikelar dengan gergaji dan diganting di atas palang kayu, mati dalam keadaan taat kepada Allah adalah terlebih baik dari hidup dalam keadaan memaksiatkan Allah. Pemuda tidak selayaknya berpaling dari tanggunggjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun. Penglibatan pemuda adalah antara denyutan nadi perjuangan. Apakah kita tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah, sedangkan hidayah yang kita terima adalah melalui pengorbanan tenaga, dan jiwa mereka yang terdahulu. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Surah Ali Imran. Ayat 144 Pahit getir yang dilalui sepanjang perjuangan merealisasikan amal Islami menepati ujian Allah S.W.T keatas pejuang-pejuangnya. Kelayakan untuk menduduki Syurga Allah selayaknya dibayar oleh pemuda dengan pengorbanan dan istiqamah serta sabar menghadapi cabaran dan ujian. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Surah Al Ankabut. Ayat: 2- 3 Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. Surah Muhammad. Ayat: 31 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: Surah Al Baqarah. Ayat: 155 Selayaknya sebagai pemuda, bukan sahaja memiliki tenaga yangg gagah dan minda yang cerdas, tetapi juga jiwa yang optimis dan hati yang redha sekira-kira ianya menjadi suatu Qudwah yang baik untuk semua peringkat. Peribadi yang dihiasi dengan akhlaq terpuji dan semangat yang penuh hikmah juga selayaknya menjadi milik pemuda tatkala mengenderai amal Islami yang penuh dengan pancaroba. Tribulasi dan risiko yang dihadapi tidak selayaknya menjadikan pemuda gundah gulana dan teragak-agak malah sebaliknya iman semakin bertambah, tekad dan azam kian utuh. Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. Surah Al Ahzaab 22 – 23 Sabda Rasulullah S.A.W: تكون نبوة ما شاء الله لها أن تكون ثم تنقضى ثم تكون خلافة راشدة على منهاج النبوة ما شاء الله لها أن تكون ثم تنقضى ثم يكون ملك عضود (وارثيا) ما شاء الله أن يكون ثم تنقضى ثم تكون جبرية (ديكتاتورية) ما شاء الله لها أن تكون ثم تنقضى ثم تكون خلافة راشدة على منهاج النبوة تعم الأرض.
Maksudnya: Berlaku pemerintahan kenabian sebagaimana yang dikehendaki Allah supaya ianya berlaku sehingga berakhir. Kemudian berlaku pula pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidun mengikut manhaj kenabian selama mana Allah menghendakinya berlaku , seterusnya berakhir. Kemudian diganti pula oleh pemerintahan secara warisan selama mana yang telah ditentukan oleh Allah yang kenudiannya telah berakhir, seterusnya akan berlaku pemerintahan secara diktator selama mana ia dikehendaki oleh Allah sehingga ia berakhir. Seterusnya akan datang lagi pemerintahan khalifah yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian yang akan menyinari seluruh muka bumi. Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi Setiausaha Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home