PERJUANGAN DAN PENGORBANAN
DARI PERSPEKTIF WAHYU
PENGORBANAN.
Tiada hidayah tanpa daawah, tiada daawah tanpa perjuangan, tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Kiranya perjuangan adalah suatu kebanggaan nescaya pengorbanan pula adalah suatu kemuliaan . Mana kan tidak , mereka sanggup mengorbankan harta , tenaga , masa , darah dan nyawa demi sebuah perjuangan mendaulatkan Syariat Allah dan memartabatkan ummah .
Sungguhpun pengorbanan ini mengorbankan kepentingan diri dan duniawi , namun ia bukan suatu yang rugi bagi mereka yang berkorban demi perjuangan.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
-Surah As-Shaaf:10-13
Pengorbanan adalah bukti keyakinan dan kesungguhan terhadap perjuangan, demikianlah generasi gemilang melakar sejarah perjuangan mereka dengan turut mengisytiharkan slogan pengorbanan yang masyhur :
Mati dijalan Allah adalah setinggi-tinggi harapan kami.
Allah swt. melalui wahyu pekelilingnya menuntut pengorbanan dan menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda .
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
-Surah Al Baqaarah:245
Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
-Surah Saba’:39
Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).
-Surah Ali Imran:157
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
-Surah Al Baqaarah:207
Tanpa pengorbanan bukan sahaja bererti mereka menggagalkan perjuangan tetapi juga mengundang kemurkaan Allah swt .
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
-Surah Muhammad:38
Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya".
-Surah Al Fath:16
-TAMAT-
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home