KENAPA ADA MANUSIA TERLALU KEJAM !!
YA QADHI RABBUL JALIL !!
Saya hampir saja terduduk di lobi hospital sejurus mendengar satu berita yang sangat menyayat hati . Ya Rabbi Ya Allah !! Kenapa ada manusia yang sanggup berlaku zalim dan kejam. KepadaMu lah Ya Rabbi Izzati !! Aku bermunajat agar manusia kejam ini mendapat pembalasan setimpalnya.
Saya menerima berita ini bagaikan halilintar menerpa keluarga kami. Sudahlah saya sendiri sepanjang 5 hari ini memendam resah mengenang isteri yang terlantar di katil wad Hospital Muadzam Shah. Tiba - tiba pagi ini saya mendapat berita daripada Akhi Wan Haswari yang berada di Kelantan............
Katanya.....dengan suara yang penuh sedu sedan , bermula dengan memohon supaya saya dan sahabat sahabat sembahyang hajat memohon keafiatan ke atas isteri Yb. Ustaz Hj. Nasarudin bin Daud ( ADUN Meranti Pasir Mas Kelantan )
Saya bertanya balas dengan nada yang agak cemas ....kenapa wan ?.....Agak kelu untuk beliau menjawab dan kemudiannya beliau memberitahu bahawa semalam Yb. Ustaz Nasarudin Daud menyertai program bersama Dato' Ismail Kamus. Sepeninggalannya, rumah dan isterinya dirompak. Isteri dan anaknya yang berusia 4 tahun ditikam dan kini sedang dalam rawatan rapi ( ICU ) doktor pakar di Hospital USM Kubang Kerian .
Ya Allah !! Yb. Ustaz Nasarudin Daud adalah guru dan sahabat saya yang sangat saya hormati. Isterinya pula adalah sahabat rapat isteri saya yang juga kini terlantar di Hospital.
Saya tidak berupaya lagi untuk menatah bicara . Apa yang saya harap semua sahabat dapat solat hajat beramai ramai memohon keafiatan dan ketabahan dari Ilahi.
Kepada Ustaz Nasarudin dan Isterinya , saya harap juga agar bersabar menanggung derita ini.
Inilah secebis ujian buat seorang pejuang . Diari hidupnya penuh ranjau dan risiko.
Bacalah Munajat Pejuang.
( saudara boleh dapatkannya dalam web blog ini. )
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home